Anda di halaman 1dari 3

Makanan Segera: Buruk Untuk

Kesihatan
Thursday, 24 June 2010 17:16
Makanan proses atau lebih mudah dipanggil makanan segera kurang baik untuk kesihatan. Ini
kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan. Jika dijadikan hidangan yang dinikmati
sekali-sekala, makanan itu kurang memudaratkan. Tetapi jika terlalu kerap diambil, ia boleh
menimbulkan kesan buruk dari segi pemakanan.

Tanpa disedari, ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah
kerosakan gigi, sembelit, obesiti dan tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, penyakit
jantung malah mungkin kanser usus besar.

Apakah makanan proses atau manakan segera ini? Makanan proses atau segera adalah
komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu. la
mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot
dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Keperluan kepada makanan segera begini semakin ketara hari ini kerana masyarakat kini lebih
cenderung untuk bergerak cepat setiap masa. Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya
dengan pantas mendorong sebilangan orang menjadikan makanan segera sebagai pilihan. Lagi
pun makanan segera begini cukup mudah untuk diperolehi . Kunjungi sahaja mana-mana restoran
'fast food', pesan makanan yang  digemari dan tidak sampai lima minit hidangan akan sampai
terus ke meja.

Bagi makanan dalam tin atau sejuk beku pula, orang ramai boleh membelinya secara pukal di
pasaraya. Jika tiada masa, makanan itu dibuka dan dimakan terus atau dipanaskan sekejap. Dalam
masa tidak sampai dua minit, makanan boleh terus dijamah. Berbeza dengan cara biasa yang
selalu dilakukan, kita mengambil masa tidak kurang setengah jam untuk mulai menanak nasi,
menumbuk sambal dan menggoreng ikan.

Makanan segera banyak aditif


Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan
aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan
ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan
kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak
sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-
14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101
(Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin)
dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti
monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut.
Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan
sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini
termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di
bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa
kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian
tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap
MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan
Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai
contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang
goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih
halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung
di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak
lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula,
pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang
berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang
berkaitan dengannya.

Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori
dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh
tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan
kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat
diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek,
gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini
hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan
berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan
makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat
tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan
protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna
kimia.

Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna
keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan
pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan
kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.
Minuman berasaskan Kola:
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein.
Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari.
Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh
Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah
dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah
Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan
bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke
dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan
peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan
kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu
mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu
banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan
dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang
mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian


Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera.
Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan
sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat
besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng.
Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya
yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk
kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.
Last Updated on Thursday, 24 June 2010 17:21

Anda mungkin juga menyukai