Anda di halaman 1dari 12

ZA

KI

PERUBAHAN RAJA MONKUT


DAN RAJA CHULALONGKORN
ZA
KI

DASAR TUTUP PINTU SIAM:


Dasar tutup pintu Siam diteruskan oleh Raja Rama II dan Rama III. Walaupun terdapat
hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa Barat, ia adalah dalam bentuk yang terhad.
Kuasa asing yang menjalinkan hubungan diplomatik dengannya ialah British. Raja Rama
III berusaha untuk mengelakkan British daripada menguasai Siam melalui peperangan
sepertimana yang berlaku di Burma. Selain itu, semasa pemerintahan  Rama III, Amerika
Syarikat juga turut berminat menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan
dengan Siam. Namun, Raja Rama III masih  mengamalkan dasar tutup pintu  terhadap
kuasa Barat.
ZA
KI
DASAR TUTUP PINTU SIAM
DIHAPUSKAN
 -Dasar tutup pintu Siam kemudiannya dihapuskan ketika Raja Rama IV, iaitu Raja Mongkut
manaiki takhta pada tahun 1841. Baginda mengamalkan dasar diplomasi dengan kuasa-
kuasa asing untuk mengekalkan kemerdekaan Siam. Baginda telah membawa Siam kepada
hubungan diplomatik dan perdagangan. Dasar pintu terbuka ini dimulakan apabila
Mongkut mengadakan Perjanjian Bowring dengan British pada tahun 1855. Apa yang
dilakukan oleh Monkut adalah berlawanan dengan dasar anti-asing yang diamalkan oleh
raja-raja Dinasti Chakri yang sebelumnya iaitu, Rama I, II dan III. Mongkut telah sedar
bahawa sekiranya sikap memencilkan diri Siam tidah diubah, kuasa-kuasa asing akan tetap
membukanya secara paksa dan ganas sepertimana yang telah berlaku di China, Burma dan
Vietnam. Pihak British telah mengambil peluang dan kesempatan yang diberikan oleh Raja
Monkut dengan menandatangani perjanjian diplomatik dan perdagangan.
ZA
KI

PERJANJIAN BOWRING:
Perjanjian Bowring telah ditandatangani antara John Bowring dengan Raja Mongkut pada
18 April 1855. Melalui  perjanjian tersebut, Siam memberi keistimewaan kepada British
dengan kadar cukai yang rendah dan membenarkan kapal-kapal dagang British bebas
berlabuh di pelabuhan Siam. Dasar buka pintu Siam terhadap kuasa asing ini juga telah
menyebabkan banyak perjanjian ditandatangani dengan kuasa-kuasa asing lain. Misalnya
dengan Amerika Syarikat (1856), Perancis (1856), Denmark (1858), Belanda (1860),
Jerman (1872) dan Norway serta Sweden (1868).
ZA
KI

KESAN PERJANJIAN BOWRING:


  Perjanjian Bowring yang ditandatangani dengan Lord Bowring bagi pihak British itu telah
membuka Siam  kepada perdagangan antarabangsa. Melalui perjanjian itu juga, hak
wilayah asing diberikan kepada pedagang British manakala seorang konsul British
ditempatkan di Bangkok.Raja Mongkut bertindak dengan bijak  apabila turun turut
menandatangani perjanjian yang sama sifatnya dengan kuasa-kuasa imperialis yang lain.
Antaranya ialah, Amerika Syarikat pada tahun 1855, Perancis (1856), Denmark (1858),
Portugal (1859), Holland (1860), Prussia(1862), Belgium, Itali, Norway dan Sweden pada
tahun 1868. Dengan cara ini, Mongkut berjaya mewujudkan keseimbangan kuasa di
kalangan kuasa-kuasa besar itu. Tidak ada mana-mana kuas yang dapat menindas Siam
kerana masing-masing mahukan hak di Siam.
ZA
KI
HUBUNGAN DENGAN PERANCIS
 Hubungan perdagangan dengan Perancis telah dijalinkan pada tahun 1856. Pada
mulanya, hubungan antara kedua-dua pihak tidak begitu baik kerana Perancis berusaha
meluaskan kekuasaannya di Indo-China yang merupakan wilayah naungan Siam. Raja
Mongkut menyedari masalah tersebut dan berusaha untuk menjalin hubungan dengan
Perancis. Ini terbukti dengan perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1867. Antara isi
kandungan perjanjian tersebut ialah, penyerahan wilayah naungan iaitu Laos, Vietnam dan
Kemboja kepada Perancis tanpa sebarang tuntutan. Selain itu, segala urusan perdagangan
antara Siam dan Perancis tiada sebarang sekatan. Hal ini menyebabkan Perancis tiada alas
an untuk mengganggu pentadbiran Raja Mongkut.
ZA
KI
EKONOMI:
Raja Monkut juga telah banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan ekonomi
Siam. Perdagangan dengan Barat juga telah meningkatkan sumber ekonomi negara.
Sistem ekonomi komersil telah dipergiatkan untuk memajukan ekonomi rakyatnya. Raja
Mongkut juga telah memperkenalkan penggunaan mata wang sendiri iaitu Bhat dan
sekaligus memudahkan urusan perniagaan. Bagi mewujudkan system kewangan yang
cekap dan sistematik, Raja Mongkut telah menubuhkan kewangan Diraja. Jabatan Cetak
Kewangan Diraja telah ditubuhkan pada tahun 1861 untuk uruasan mencetak wang
kertas. Selain itu, bagi melicinkan urusan perdagangan, siatem pengangkutan yang lebih
baik telah diperluaskan di Siam. Jalan raya yang menghubungkan kawasan pedalaman
dengan kawasan sumber ekonomi utama telah dibina. Dengan ini, urusan penghantaran
akan lebih cepat dan mudah dipasarkan. Kemudahan pertanian seperti terusan dan tali
air juga telah dibina, contohnya di kawasan Central Palm.
ZA
KI

SOSIAL:
Selian memantapkan system ekonomi, Mongkut juga turut memodenkan system social
masyarakat Siam dengan menghapuskan amalan orang awam berlutut di hadapan raja.
Orang asing pula dibenarkan menunjukkan hormat mereka kepada raja dengan cara
masing-masing. Mongkut juga memberikan kebebasan kepada mubaligh  Kristian untuk
menjalankan aktiviti mereka di Siam. Ini termasuklah menyebarkan agama Kristian dan
mendirikan gereja. Mongkut juga telah memberi perhatian terhadap perkembangan
pendidikan. Raja Mongkut menggalakkan rakyatnya untuk mendapat pendidikan Barat.
Beliau telah memperkenalkan beberapa matapelajaran moden seperti bahasa asing,
matematik, sains dan astronomi
ZA
KI

PENTADBIRAN:
 Raja Mongkut dan Siam telah memodenkan system pentadbiran kerajaan dan
memperkenalkan beberapa pembaharuan. Langkah-langkah pembaharuan yang
mereka lakukan itu telah dapat mengurangkan kemungkinan campur tangan kuasa
asing di Siam. Dalam melaksanakan langkah-langkah pembaharuan, Mongkut telah
mengambil kira-kira 80 orang penasihat untuk membantu penyusunan semula
perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan. Misalnya, Mongkut mengambil guru-guru dan
penasihat kewangan British, penasihat ketenteraan Perancis dan penasihat
perkhidmatan kastam Amerika.
ZA
KI
RAJA CHULALONGKORN
Raja Chulalongkorn yang menggantikan Mongkut pula telah meneruskan dasar-dasar
bapanya dalam memajukan dan memodenkan Siam. Beliau menghapuskan sistem hamba
abdi dan memusatkan pentadbiran kerajaan Siam. Chulalongkorn juga turutmenubuhkan
system perbendaharaan dan system keadilan yang lebih moden. Dasar buka pintu yg
dijalankan oleh Mongkut telah diteruskan oleh puteranya, Raja Chulalongkorn yg
mengadakan hub diplomatic dan perdagangan dgn banyak kuasa barat. Baginda turut
memodenkan Siam mengikut asas yg telah dijalankan oleh raja Mongkut.
ZA
KI

Raja Chulalongkorn tlh menghapuskan adat perhambaan, menubuhkan  Maktab Diraja


utk anak-anak raja dan gol  bangsawan serta memperkenalkan system pelajaran
moden iaitu pd tahun 1891 yg disampaikan dlm bahasa Inggeris dan bahasa Siam.
Selain itu, perkhidmatan pos dan telegraf juga diperkenalkan serta pengunaan kapal-
kapal wap dan keretapi utk memudahkan Siam menghubungi konsul di luar negeri.
Raja Chulalongkorn juga tlh menyerahkan 12 buah wilayahnya kpd Perancis agar
kedudukan negaranya sbg sebuah negara yg bebas drpd penjajah kekal. Akhirnya,
semasa perang dunia kedua, Siam tlh membuka buka pintunya  kpd Jepun utk
mengelakkan drpd penjajahan.
ZA
KI

DISEDIAKAN OLEH
NURZAKI FADHLI BIN RIDZUAN

GURU

THE END
PN SAZLINA OTHMAN

KELAS PPU BK2


SMK TINGGI SETAPAK KUALA LUMPUR

Anda mungkin juga menyukai