Anda di halaman 1dari 2

MINGGU : KE – 1 HARI : ISNIN

TEMA : MINGGU ORIENTASI TARIKH : 03.01.2011

TUNJANG / MASA PERKARA CATATAN/IMPAK

RUTIN DAN Rutin kelas :


PERBUALAN PAGI - Murid berkumpul untuk sarapan,mengucapkan selamat pagi, menanda kehadiran, H :
( 30 MIN ) melafaz syahadah, Al-Fatihah dan doa penerang hati. TH :
Perbualan pagi :
1. Ibu bapa / Penjaga menyerah anak-anak mereka kepada guru kelas dan
Pembantu Pengurusan Murid.
2. Memberi ruang dan masa untuk murid-murid menyesuaikan diri.

FIZIKAL & ESTETIKA Standard Pembelajaran BBM


( 40 MIN ) (PFK 1.1.2)Menggunakan tangan untuk merenyuk ( Crush ) kertas - Kertas
(PFK 1.1.9) Menggunakan jari untuk mengoyak bahan mengikut rupa

Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1. Merenyuk kertas sehingga menjadi bulat.
2. Mengoyak kertas menjadi cebisan kecil.

Aktiviti
1. Murid diberi kertas dan guru menunjuk cara bagaimana untuk merenyuk
kertas menjadi bulat.
2. Kemudian membuka kertas tersebut dan mengoyak kertas menjadi
cebisan kecil.
3. Murid merenyuk dan mengoyak kertas tersebut menjadi cebisan kecil.
4. Murid digalakkan melakukan berulang kali sehingga mereka boleh
melakukan dengan betul.

KETRAMPILAN Standard Pembelajaran


( 40 MIN ) (PSE 1.1.4) Menceritakan pengalaman emosi yang melibatkan perasaan seperti
gembira, sedih, takut dan marah.

Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1. Menceritakan pengalaman pada hari pertama persekolahan.

Aktiviti
1. Guru berbual dengan murid untuk merangsang mereka bercerita.
2. Murid bercerita pengalaman mereka semasa di hari pertama, sama ada
gembira, sedih , takut dan marah.

SAINS & Standard Pembelajaran BBM


TEKNOLOGI ((ST 1.1.2) Menunjukkan sikap sistematik, bekerjasama dan bertanggungjawab. - LEGO
( 30 MIN ) (ST 2.3.1) Membanding dan mengumpulkan objek-objek mengikut - BONGKAH
satu ciri:
a. Warna
b. Bentuk
Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1. Membanding dan mengumpulkan objek mengikut warna dan bentuk.

Aktiviti
1. Guru menunjukkan bongkah pelbagai warna kepada murid-murid.
2. Murid-murid berada dalam kumpulan dan membuat pertandingan
mencari bongkah yang sama warna
3. Murid mengelaskan lego mengikut bentuk dan warna.
MINGGU : KE – 1 HARI : ISNIN
TEMA : MINGGU ORIENTASI TARIKH : 03.01.2011

TUNJANG /MASA PERKARA CATATAN

30 MIN REHAT

BAHASA MALAYSIA Standard Pembelajaran Nilai murni


( 60 MIN ) (BM 1.1.6) Mendengar dan bertindak balas terhadap ucapan selamat dan bertatasusila - bersopan
dengan bimbingan. santun
(BM 2.1.3) Berbual dengan menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang - Hormat-
betul menghormati

Objektif
Diakhir pembelajaran murid boleh :
1. Mengucapkan ucapan bertatasusila.
2. Berbual dengan sebutan yang betul.

Aktiviti
1. Majlis suaikenal dengan murid-murid Prasekolah.
2. Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid.
3. Menyanyikan lagu ucapan selamat
Contoh: Selamat pagi cikgu,
Selamat pagi cikgu,
Selamat pagi,
Selamat pagi,
Selamat pagi cikgu.
(Melodi: Happy Birthday)
4. Bercerita tentang diri sendiri.

AKTIVITI PENAMAT Guru bersoaljawab dengan murid mengenai pembelajaran hari ini. Menyanyikan lagu
( 40 MIN ) selamat pulang.
Murid berbaris dan mengucapkan ucapan selamat pulang serta membaca doa untuk
pulang.

REFLEKSI :

Anda mungkin juga menyukai