Anda di halaman 1dari 7

lagi satu cara, ambik ikan tersebut...

balut dgn tuala basah, terutama bahagian kepala supaya sentiasa ada air mengalir melalui insang...

kikis bahagian luka ikan dengan menggunakan kuku... isi ikan yg buruk akibat dimakan parasit akan
tanggal dengan mudah...

sepantas kilat (0.05 saat - tahap gaban) ambil garam dan sapu pada luka tersebut, kalau berlubang,
bagi penuh lubang tersebut.. ikan akan meronta2 sbb sakit, pegang jer ekor ikan tu.
lepas tu, sepantas kilat lagi, ambil pewarna hijau untuk akuarium (ubat S1) titiskan pd tempat sapu
garam tadi.. biar dalam 10 saat, lepaskan balik ikan tu dlm kolam... kalau ikan tu idup, maknanya ok
lah tu. kalau x, akan trus mati   ... anyway kalau x buat camtu akhirnya mati jugak...

sedikit info pasal ubat ijau S1 tu... ianya adalah pati daun ketapang..
sekiranya tuan/puan membela ikan... memadai untuk mengambil sehelai daun ketapang, rendamkan
dalam akuarium sampai ijau air... ianya penawar semulajadi...

sekiang laporanggg...

Pengurusan Penyakit Ikan


1.0 Pendahuluan.

Ikan-ikan hidup dalam keadaan sihat di perairan semulajadi yang mempunyai ekosistem yang seimbang
dan sesuai untuk mereka. Ekosistem yang seimbang akan memberi keselesaan kepada ikan dan hidupan
lain. Ikan di perairan umum akan mengalami ketegasan akibat ekosistem yang telah terganggu dan
tercemar oleh aktiviti manusia seperti pembuangan bahan kumbahan dari kawasan perumahan, efluen
dari kilang dan hakisan tanah dari kawasan pembinaan, pembalakan dan aktiviti pertanian. Apabila ikan
mengalami tegasan, maka ikan akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit.

Dalam ternakan ikan air tawar dalam kolam, penyakit juga sering menyerangkan apabila ikan
mengalami tegasan. Oleh itu untuk mengelakkan ikan dari di serang penyakit, pengurusan kesihatan
ikan perlu diberi keutamaan dalam usaha mencegah berlakunya penyakit ikan. Pengurusan yang baik
dapat mengujudkan suasana ekosistem yang baik dan produktif serta boleh menyediakan tempat yang
sesuai untuk ikan hidup, membiak dan membesar. Keadaan ini dapat mengelakkan berlakunya penyakit
ikan yang biasanya akan menyebabkan kerugian yang besar kepada penternak. 

2.0 Penyakit Ikan.

Penyakit ikan berlaku atau menyerang ikan apabila ikan mengalami ketegasan akibat faktor-faktor
berikut :

• Apabila mutu air merosot atau berada di paras yang melebihi julat yang sesuai untuk ikan hidup dan
membesar.

i. Oksigen terlarut kurang dari 3.0 mg/l.


ii. pH kurang dari 6.0 dan melebihi 8.5
iii. Ammonia melebihi 1.0 ppm
iv. Nitrat melebihi 1.0 ppm
v. Nitrit melebihi 0.02 ppm
vi. Suhu kurang dari 26 ºC.

• Kekurangan makanan seimbang atau makanan yang tidak berkualiti.


• Baka yang kurang baik.
• Pertukaran air yang tidak sempurna.
• Penyediaan kolam yang tidak betul.

Fenomena berlakunya penyakit ikan dapat digambarkan seperti di Gambar Rajah di bawah

Gambarajah : Fenomena Penyakit Ikan

Penyakit ikan berlaku apabila keadaan alam sekitar yang tidak baik yang menyebabkan ikan mengalami
tegasan dan lemah. Keadaan ini akan menyebabkan agen penyakit akan menyerang ikan dan berlakunya
jangkitan penyakit ikan.
3.0 Jenis-jenis penyakit ikan.

Jenis-jenis penyakit ikan adalah terdiri dari

3.1 Penyakit yang disebabkan oleh Parasit.

3.1.1 Jangkitan Ichthyophthirius multifilis.

Parasit ini terdiri dari kumpulan protozoa dan dikenali dengan nama ringkas ‘Ich’. Merupakan salah satu
penyakit yang boleh menjangkiti dan membahayakan ikan dalam masa yang singkat dan boleh
menyebabkan kematian yang serentak. Parasit ini menyerang semua jenis ikan air tawar terutama rega
dan benih ikan. Akan menyerang apabila ikan mengalami tegasan dan pada julat suhu yang terlalu
berbeza. Mudah menyerang semasa suhu air rendah. Ikan yang dijangkiti akan menunjukkan bintik-
bintik putih pada seluruh badan. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit bintik putih. 

3.1.1.1 Morfologi dan Biologi.

Parasit ini berbentuk bulat dan bersilia disekelilingnya. Mempunyai makronukleus yang besar berbentuk
ladam kuda atau berbentuk c dan dapat dilihat dengan jelas di bawah mikroskop. Parasit ini akan
menyerang bahagian badan iaitu kulit, sirip dan insang. Kehadiran parasit ini dapat dilihat pada badan
ikan dengan jelas melalui bintik-bintik putih yang terbentuk pada ikan. Pada fasa dorman
pembentukkan sista akan berlaku terutamanya pada bahagian insang ikan. Parasit akan berada pada
kulit sehingga matang sebelum meninggalkan perumahnya dan berlindung pada substratum di dasar
kolam. Parasit ini membiak secara belahan dua dan menghasilkan beratus-ratus larva yang dikenali
sebagai tomit. Tomit yang dihasilkan adalah bersedia untuk menyerang pemangsa. Tomit adalah
peringkat anak parasit yang bentuknya bujur dan aktif berenang semasa mencari mangsa dengan segera
agar dapat mengulangi kitar hidupnya ( 3 – 4 hari ).

Gambarajah 1 : Ichthyopthirius multifilis ( White Spot )


Gambarajah 2 : Kitaran hidup protozoa Ichthyopthirius multifilis

3.1.1.2 Tanda- tanda penyakit.

a. Ikan tiada selera makanan. Makanan yang diberi tidak habis dimakan oleh ikan.

b. Ikan akan berenang perlahan, tidak tentu arah, lemah dan kadangkala bergerak pantas di permukaan
air.

c. Menggeselkan badan pada batu, kayu atau objek keras di dalam kolam kerana gatal.

d. Terdapat bintik-bintik putih pada badan bagi ikan yang dijangkiti. 

3.1.1.3 Rawatan.

Bahan 
Dos 
Kekerapan

i.Garam + Formalin

ii. Kalium permangganat

iii. Garam

1000 ppm + 20-25 ppm

2.0 ppm

10 ppt 
3 kali berturut-turut(Setiap 2 hari) selama 2 minggu.

1 kali seminggu & ulang sehingga sembuh

Tiap-tiap hari selama 3 hari

3.1.1.4 Pencegahan.

Jangan gunakan alat-alat yang telah digunakan di kolam yang telah dijangkiti ke kolam-kolam lain.
Peralatan perlu dirawat agar jangkitan tidak merebak melalui penggunaan peralatan. Pastikan suhu air
kolam sentiasa berada pada paras yang telah ditetapkan. Kolam-kolam yang dijangkiti perlu disediakan
dengan teliti dan pengapuran kolam dengan kapur abu panas pada kadar 10 tan sehektar perlu
dilakukan.

3.1.2 Jangkitan Trichodina.

Penyakit ini disebabkan oleh parasit Trichodina sp. Menjangkiti semua jenis ikan ternakan seperti Kap
Kepala Besar, Kap Rumput, Lee Koh, Lampam Jawa dan Tilapia. Penyakit ini akan cepat merebak di
kolam yang berlaku kemerosotan mutu air. Boleh menyebabkan kematian yang tinggi.

3.1.2.1 Morfologi dan biologi.

Berbentuk bulat dan bersilia disekelilingnya yang jelas kelihatan di bawah mikroskop. Menyerang
bahagian kulit dan insang ikan. Dentikelnya yang bulat dan berangkai seperti cincin merupakan cirri
utama dalam pengkelasan protozoa ini. Dentikelnya boleh dilihat dengan jelas dari pandangan
bawah(ventral) melalui mikroskop. Dari pandangan sisi, Trichodina sp. kelihatan seperti loceng atau
topi. Pergerakannya sangat pantas jika dilihat di bawah mikroskop. Cepat membiak dengan cara
pembiakan berganda dan ia mudah merebak dan menjangkiti ikan-ikan lain.

3.1.2.2 Tanda-tanda penyakit.

• Ikan yang dijangkiti akan berkeadaan lemah dan merasa gatal serta menggesel-geselkan badanya
pada batu atau kayu yang terdapat dalam kolam.

• Akan terdapat lendir yang berlebihan pada kulit dan insang.

• Ikan akan berenang pantas dan kadang kala berpusing ligat.


3.1.2.3 Rawatan.

Rawatan yang disyorkan adalah seperti di bawah :

Bahan

Dos 
Kekerapan

i. Garam + Formalin.

ii. Formalin

1000 ppm + 25 ppm

25 ppm 
2 – 3 hari berturut-turut selama 1 minggu ( 2x )

2 hari berturut-turut selama 1 minggu ( 3 x )

3.1.2.4 Pencegahan.

Langkah pencegahan yang disyorkan adalah seperti berikut :

a. Pastikan benih-benih yang hendak dilepaskan ke dalam kolam adalah sihat dan tidak dijangkiti oleh
Trichodina sp. Jika tidak rawatan prapenibaran perlu dibuat dengan merendam benih ke dalam larutan
garam + formalin pada kadar 2000 ppm + 10 ppm.

b. Periksa parameter mutu air dan pastikan mutunya sentiasa baik dan memuaskan.

c. Sisa-sisa makanan yang berlebihan dalam tangki terutamanya diperingkat asuhan benih perlu
dibersihkan agar ia tidak mengotorkan air.

3.1.3 Jangkitan Chilodonella.

Penyakit ini berpunca dari parasit Chilodonella sp. Parasit ini akan menjadikan kulit dan insang sebagai
sasarannya. Parasit ini menyerang semua jenis ikan. Sasaran utamanya adalah anak benih diperingkat
asuhan di mana keadaan kualiti air yang merosot.

3.1.3.1 Morfologi dan biologi.

Parasit ini berbentuk bulat melonjong atau seakan-akan bentuk jantung manusia. Ianya juga mudah
dikenali kerana mempunyai beberapa barisan silia yang selari mengikut sisi atau tepi badan protozoa
tersebut. Biasanya dapat dikesan bersama-sama parasit lain. Parasit ini membiak dengan cepat
mengikut cara pembiakan “asexual atau sexual”.

3.1.3.2 Tanda-tanda penyakit.

a. Ikan kelihatan gelisah, menggesel-geselkan badan pada benda keras kerana gatal.

b. Kulit dan insang yang dijangkiti berwarna kelabu keputihan.

3.1.3.3 Rawatan.

Rawatan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Bahan

Dos 
Kekerapan

a. Garam + Formalin

b. Formalin 
1000 ppm + 25 ppm

25 ppm 
3 hari berturut-turut selama 1 minggu (2x)

2 hari berturut-turut selama 1 minggu ( 3 x )

3.1.3.4 Pencegahan.

Langkah-langkah pencegahan adalah seperti berikut :

a. Pastikan mutu air sentiasa berada dalam keadaan baik.

b. Kapur kolam yang dijangkiti dengan kapur abu panas semasa penyediaan kolam.

c. Rawat benih dengan garam dan formalin pada kadar 1000 ppm dan 25 ppm sebelum dilepas ke dalam
kolam.

3.1.4 Penyakit ‘ Velvet’.

Penyakit ini disebabkan oleh parasit Piscioodinium pilluare yang dahulunya dikenali sebagai Oodinium
sp. dan menjadi agen penyebab penyakit ‘velvet’ pada ikan hiasan. Pada hari ini, penyakit ini telah
menjangkiti ikan ternakan terutamanya ikan lampam jawa. Jangkitannya menjadi masalah besar
khususnya pada peringkat asuhan benih dan boleh menyebabkan kematian sehingga 100 peratus.
Walaupun terdapat beberapa spesies kap seperti Jelawat, Kap Rumput dan Kap Kepala Besar dijangkiti
oleh penyakit ini , namun yang paling serius adalah adalah jangkitan terhadap ikan Lampam Jawa. 

3.1.4.1 Morfologi dan biologi.

Piscinoodinium sp. jelas dilihat di bawah mikroskop berbentuk bulat dan bujur. ‘Trophont’ parasit ini
berbentuk spera atau ‘pyriform’ ( seperti buah lai ), tidak bergerak, berwarna coklat atau hitam dan
saitoplasmanya mempunyai bintik-bintik granul terapung. Berbeza saiznya mengikut peringkat kitaran
hidupnya. Trophont mempunyai struktur sitoplasma yang berakar, berfungsi sebagai organel pelekat
pada tisu perumah. Struktur ini hanya jelas kelihatan di bawah mikroskop electron dan digelar sebagai
‘rhizoid’.

‘Rhizoid’ ini akan menembusi tisu dan merosakkannya terutama di insang dan kulit kerana penembusan
organel-organel seperti akar ke atas tisu tersebut. Jangkitan pada insang akan menykarkan pernafasan
dan jika jangkitan pada kulit akan menyebabkan jangkitan sekunder oleh bacteria. ‘Trophont-trophont’
yang melekat pada ikan akan matang dengan mudah pada suhu yang sesuai 
( 26 –27º C ). Oleh itu jangkitan akan mudah berlaku dan merebak dengan sepatnya.

3.2 Penyakit yang disebabkan oleh Kulat.

3.2 Penyakit yang disebabkan oleh Bakteria.

3.3 Penyakit yang disebabkan oleh Virus.

Anda mungkin juga menyukai