Anda di halaman 1dari 5

LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN KIT PEMBELAJARAN

LITERASI BAHASA (WAJ 3104)

KANDUNGAN KIT LITERASI BAHASA

 PRABACAAN

 PRATULISAN

 PEMULIHAN MEMBACA

 PEMULIHAN MENULIS

 RANCANGAN PEMBELAJARAN HARIAN

 CD PERSEMBAHAN ICT

PERLAKSANAAN AKTIVITI PRA BACAAN


Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan,pendengaran dan pergerakan tangan dan mata

Langkah-langkah perlaksanaan

1. Menunjukkan persembahan penggunaan alatan ICT (Rujuk lampiran CD) dalam kaedah

power point yang menunjukkan berbezaan bentu,objek,mendiskriminasi jarak dan

keserupaan.

2. Permulaan persembahan dengan set induksi yang disertakan dalam persembahan ICT

3. Penggunaan gambar-gambar benda maujud yang sama jenis,warna dan saiz.Murid diminta

mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan.

4. Melaui persembahan ICT ini juga dapat melaksanakan aktiviti pengamatan

pendengaran,gerak balas kepada bunyi,gerak balas kepada nada dan gerak balas kepada

diskriminasi bunyi.

5. Untuk aktiviti pergerakan tangan dan mata kertas yang mengandungi titik-titik diedarkan

kepada murid-murid untuk disambung oleh mereka.Bentuk corak-corak yang dipilih adalah

bersesuaian dengan tahap murid-murid tersebut.

Bengkel asas membaca (Kaedah Fonetik)

Langkah-langkah perlaksanaan

1. Bahan bantu mengajar (BBM) yang disediakan adalah seperti carta huruf dari A-Z disediakan

untuk memberi pendedahan awal pengenalan huruf.

2. Latihan menyembunyikan huruf dan asosiasi benda dengan bunyi huruf melalui

persembahan ICT (Rujuk lampiran CD) .Set induksi yang menyertakan lagu-lagu yang

terkandung dalam persembahan ICT untuk menarik perhatian murid-murid.Selain itu lirik

lagu yang mudah dan dapat mempamerkan penggunaan lirik yang beserta melodi mudah

diterima oleh murid-murid


3. Melaui persembahan ICT ini juga menerapkan latihan membatang sukukata dan perkataan

dan latihan membaca frasa dan ayat

Bengkel Asas membaca (Kaedah Abjad)

Langkah-langkah perlaksanaan

1. Bahan bantu mengajar (BBM) yang disediakan adalah seperti carta huruf dari A-Z disediakan

untuk memberi pendedahan awal pengenalan huruf.

2. Aktiviti menyebut nama huruf Abjad a hingga z,Huruf Besar dan Huruf kecil yang melibatkan

semua pelajar

3. Aktiviti menyebut Suku Kata V dan KV yang menerapkan kaedah latih tubi mengeja Suku

Kata,Perkataan dan Frasa.

4. Aktiviti menyesuaikan suku kata untuk menjadi satu perkataan yang melibatkan semua

murid

Bengkel Asas membaca( Kaedah Pandang dan sebut )

Langkah-langkah perlaksanaan

1. Bahan bantu mengajar (BBM) yang disediakan adalah seperti carta huruf dari A-Z disediakan

untuk memberi pendedahan awal pengenalan huruf.

2. Aktiviti menyebut perkataan yang disediakan dan mencerakinkan perkataan menjadi suku

kata

3. Dalam aktiviti membina dan membaca ayat ceraian suku kata diberikan kepada murid murid

dan dicantumkan menjadi perkataan dan membacanya dengan intonasi yang betul
BENGKEL AKTIVITI PRATULISAN

Langkah-langkah perlaksanaan

1. Melalui penggunaan ICT, memberi penerangan tentang cara-cara untuk melukis atau

menulis huruf-huruf.

2. Aktiviti menggerakkan jari, tangan dan mata untuk melatih tangan dan mata dalam menulis

huruf-huruf.

3. Aktiviti membuat corak, menyambung titik dan memadankan bentuk.

4. Melaksanakan aktiviti-aktiviti membentuk huruf serta menulisnya.

Bengkel Aktiviti Penulisan Mekanis

Langkah-langkah perlaksanaan

1. Latihan menulis huruf kecil dan huruf besar dari a hingga z di atas kertas berkotak, bergaris

empat, bergaris tiga dan bergaris satu.

2. Aktiviti susulan seperti memadankan huruf kecil dengan huruf besar.

3. Aktiviti memadankan nama huruf dengan bunyi huruf berkenaan.

4. Aktiviti menulis huruf mengikut urutan,.

5. Membuat aktiviti mengisi tempat kosong dengan huruf-huruf yang tertinggal.

6. Latihan menulis suku kata, perkataan dan ayat tunggal.


PEMULIHAN MENULIS

Bengkel Penyerapan Pemulihan Dan Menulis Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Muzik

Langkah-langkah perlaksanaan

1. Bahan bantu mengajar (BBM) yang disediakan adalah seperti pelbagai lagu kanak-kanak

sekolah dan alat muzik yang sesuai disediakan untuk memberi pendedahan awal bunyi huruf

dengan melodi.

2. Aktiviti membunyikan huruf a-z secara individu ataupun berkumpulan.

3. Seterusnya, melagukan bunyi sukut kata mengikut melodi yang disediakan

4. Murid membuat pergerakan badan iaitu membuat simulasi dengan berlakon membentuk

huruf a-z.

5. Lagu kanak-kanak sekolah ditayangkan dan dinyanyikan oleh semua murid mengikut melodi

dan liriknya.

PEMULIHAN MEMBACA

Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca Dan Menulis Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Mengeja Dan Menyebut Perkataan Berdasarkan Gambar Yang Dilukis Kraf, Kolaj Dan Ukiran Yang
Dihasilkan

Langkah-langkah perlaksanaan

1. Murid-murid akan menggunting dan tampal huruf a-z di atas satu kertas yang lain.

2. Pelbagai warna akan digunakan untuk mewarna huruf a-z.

3. Aktiviti seterusnya, murid membuat ukiran atau kraf huruf a-z.

4. Murid akan mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan huruf yang ditampal.

Anda mungkin juga menyukai