Anda di halaman 1dari 23

WAN YAACOB BIN WAN OMAR, MAKTAB PERGURUAN

SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU.


PENGENALAN
Pergerakan pengakap didefinisikan sebagai sebuah
pergerakan sukarela yang bebas daripada pengaruh
politik dalam usaha untuk melatih generasi muda
serta terbuka kepada semua golongan masyarakat
tanpa mengira agama, bangsa dan keturunannya.

Definisi ini adalah selaras dengan tujuan, prinsip, dan


kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya, Lord
Baden-Powell.
Matlamat
Untuk menggalakkan perkembangan sikap
dan peribadi yang cemerlang ke arah
pencapaian tahap fizikal dan mental yang
maksimum selain daripada untuk menanam
semangat individu yang rajin berusaha untuk
memberikan sumbangan yang positif kepada
agama, keluarga, masyarakat, dan negara,
khususnya serta kepada dunia secara amnya.
Pengasas Pengakap

Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert


Stephenson Smyth Baden-Powell atau Lord Baden-Powell
(of Gilwell), seorang tentera Inggeris (British) berpangkat
Leftenan Jeneral.
Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” - dilahirkan
pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London.

Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang


pensyarah di Universiti Oxford, London.

Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana


British yang bernama W.T. Smyth.

Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia.

Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam


terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi.
Beliau pernah mengembara, berkhemah, dan berperahu di
beberapa buah tempat di England bersama tiga orang
abangnya.

Aktiviti-aktiviti tersebut telah memberikan suatu pengalaman


dan pengetahuan yang amat berguna kepada BP,
khususnya dari segi sikap bekerjasama dan mematuhi
perintah (ketua).

Oleh kerana minatnya yang mendalam terhadap aktiviti


pengembaraan dan perkhemahan, beliau telah memilih
tentera sebagai kerjaya tetapnya.
Setelah berjaya dalam peperiksaan ketenteraan, BP telah
ditauliahkan pangkat Leftenan Muda dan mula bertugas ke
merata-rata tempat di dunia, termasuklah di India dan
Afghanistan pada tahun 1876.

Beberapa tahun kemudian, BP dihantar bertugas di Benua


Afrika untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti,
Ghana.

Di situ, BP digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi


Besar. BP juga pernah mendapat gelaran IMPEESA yang
bermaksud Serigala yang tidak pernah tidur atas sifatnya
yang sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh
semasa dalam peperangan.
Permulaan Pengakap

Pada tahun 1897, BP telah dinaikkan pangkat sebagai


Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin pasukan
Dragon Guard ke-5.

Sebagai Kolonel, beliau pernah menghadiahi lencana


SCOUTS yang bermaksud Peninjau kepada askar-askarnya
yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam
ketenteraan.
Semasa berkhidmat di sinilah, BP telah menghasilkan
sebuah buku bertajuk Aids to Scouting (Bimbingan
Pengakap) pada tahun 1907.

Hasil daripada pengalaman dan pengamatan beliau


terhadap kepantasan dan kecekapan kanak-kanak semasa
menjalankan tugas sebagai utusan atau pemberita
menggantikan tentera di medan perang ketika pasukannya
dikepung musuh.

Buku Aids to Scouting telah mendapat sambutan yang amat


menggalakkan, khususnya di kalangan kanak-kanak.

BP telah mencipta pakaian seragam – baju kemeja, seluar


pendek, skaf, topi bulat bersisi dan kasut.
Sambutan yang amat menggalakkan terhadap buku
terbitannya telah mendorong BP menganjurkan satu
perkhemahan di Pulau Brownsea, England pada tahun
1907.
Inilah perkhemahan pengakap yang pertama pernah
dianjurkan di dunia.

Seramai 12 orang pengakap kanak-kanak telah


menyertainya dan dibahagikan kepada empat sekawan atau
empat patrol.

Mereka diajar cara-cara mendirikan khemah, memasak,


mengembara, berperahu, cara-cara menyelamatkan nyawa,
cara-cara untuk mengesan jejak dan berunggun api pada
sebelah malamnya.
Pada tahun 1908, BP telah menghasilkan sebuah buku lagi
bertajuk Scouting for Boys (Pengakap untuk Kanak-Kanak)
yang memuatkan segala pengalaman beliau semasa
bertugas di Afrika dan India serta perkhemahan pertama
pengakap di Pulau Brownsea.

Buku tersebut telah berjaya memikat lebih ramai lagi kanak-


kanak kepada pengakap.

Sehubungan dengan itu, BP telah menubuhkan Unit


Pengakap Kanak-Kanak kerana sebelum ini hanya belia
yang berumur sebelas tahun ke atas sahaja dibenarkan
menyertai Pasukan Pengakap.
Pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap telah ditubuhkan
di Canada, Amerika Syarikat, Ghana, India dan seterusnya
berkembang ke seluruh dunia.

Pada tahun 1919, BP telah mewujudkan satu tapak


perkhemahan yang pertama di dunia yang dikenali sebagai
Gillwell Park di London.

Setahun kemudian (1920), Jambori Pengakap Sedunia yang


pertama telah diadakan di Olympiad, Old Deer Park,
Richwood, London.

BP dilantik Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh


dunia semasa Jambori tersebut.
1937, semasa berumur 80 tahun, BP berpindah ke Kenya
(Afrika) bersama isterinya Lady Baden Powell.  

Sebagai mengenangkan jasanya dalam bidang


kepengakapan, BP telah dianugerahi gelaran Pengakap
Agung Sedunia dan kemudiannya gelaran Lord oleh Ratu
England.

BP juga telah dianugerahi gelaran Lord Baden Powell of


Gillwell. Pada tahun 1922, BP telah dianugerahi pingat
French Legion of Honour.

BP meninggal dunia pada 8 Januari 1941.


Mula diperkenalkan di Malaysia (atau Semenanjung Tanah
Melayu/Malaya ketika itu) oleh Frank C. Sands, seorang
pendidik dan jaguh pengakap dari Nottingham, England di
Institut Victoria (Victoria Institution) Singapura pada tahun
1910.   

Seramai 30 orang kanak-kanak telah menyertai pergerakan


tersebut.

Dipercayai bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang


paling awal menubuhkan pergerakan pengakap di
Semenanjung Tanah Melayu, iaitu pada tahun 1908 diikuti
Selangor pada tahun 1909 tetapi tidak bergerak cergas.
Pahang menubuhkan Pergerakan Pengakap Pahang pada
tahun 1912 oleh G.M. Laidlow;   

Sabah 1913;   

Pulau Pinang oleh H.R. Cheesman di Penang Free School


pada 1915;   

Sarawak juga pada 1915;   

Perak 1920 oleh I.R.Wheeler di Maktab Melayu Kuala


Kangsar;   

Kedah dan Perlis 1922;   


Melaka dan Negeri Sembilan 1925 oleh Brunstone;   

Selangor pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar;   

Terengganu juga pada tahun 1926 oleh A.J. Gracle;   

Kelantan 1927 oleh YM Tengku Ahmad Temenggong; dan   

Johor 1928 di Maktab Abu Bakar.   

Pergerakan Pengakap khusus untuk anak-anak Melayu


telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1919 oleh Kapten
N.M. Hashim dan A.Z. Al-Sagoff.   
Dipercayai, jumlah keseluruhan anggota pergerakan
pengakap sehingga 1928 ialah seramai 85,000 orang.

Sebelum merdeka, semua pergerakan pengakap di seluruh


Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Singapura
disatukan di bawah satu persekutuan dikenali sebagai
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya dan
diletakkan di bawah Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Great Britain.

Selepas Perang Dunia II, Persekutuan Budak-Budak


Pengakap Kawasan Malaya telah menjadi satu badan
bebas dan berasingan dan dikenali sebagai Persekutuan
Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 1 September 1957, Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan taraf
menjadi satu cawangan penuh kepada Persidangan
Pengakap Sedunia dan seterusnya diterima menjadi
anggota Kawasan Asia Pasifik.

Pada tahun 1964, selepas Malaysia diwujudkan,


Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah
Melayu dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Malaysia meliputi Pergerakan-pergerakan Budak-
Budak Pengakap Semenanjung Tanah Melayu, Singapura,
Sabah, dan Sarawak.
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia yang
dianggotai 14 Majlis Pengakap Negeri, termasuk Majlis
Pengakap Wilayah Persekutuan (selepas tahun 1972)
tertakluk di bawah Akta Parlimen No. 38 tahun 1968,
Pindaan Akta Parlimen No. 143 - Akta Persekutuan
Pengakap Malaysia Tahun 1974.

Akta ini telah menggugurkan perkataan Budak-Budak yang


terdapat pada nama Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Malaysia, lalu dikenali dengan nama baru sebagai
Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 - Akta
Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974 .

“…Maka inilah diperbuat Undang-undang oleh Duli Yang Maha Mulia


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut :

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap


Malaysia 1974.

2. (1) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang


diperbadankan di bawah Seksyen 3(1) Akta (Perbadanan)
Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, 1968. (kemudian
daripada ini disebut ‘persekutuan’ itu) hendaklah selepas akta ini
berkuat kuasa dikenali sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia
dan semua sebutan di dalam akta ini dan mana-mana undang-
undang bertulis lain mengenai persekutuan ini hendaklah
ditaksirkan sewajarnya…”
TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DALAM KERJA-
KERJAMU.

BERPENGAKAP SATU PERMAINAN BAGI KANAK-KANAK,


TETAPI SATU TANGGUNGJAWAB KEPADA
ORANG DEWASA.......

( kata-kata BP )

Anda mungkin juga menyukai