Anda di halaman 1dari 6

Gulai ikan

 2 ekor ikan kembung- (apa2 jenis ikan pun tak pe)


 1cm lengkuas
 1cm kunyit
 1 sudu besar cili giling
 1 keping asam gelugur/keping
 3-4 biiji bawang merah
 1 ulas bawang putih
 1 biji timun
 3 biji lada hijau
 1/2 biji kelapa-ambik santan

Cara-cara

1. Bersihkan ikan dan ketepikan.


2. Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.
Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. Masukkan juga asam gelugor.
Masak sehingga santan mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat.
4. Masukkan pula timun yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijau
5. Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api.

Karipan sedap!!!
Bahan-bahan ( 50 biji )

 Bahan Inti :
 500 g kentang - dipotong dadu
 300 gm bawang besar - dipotong dadu
 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
 Tumbuk Lumat :
 ½ biji bawang besar
 2 ulas bawang merah
 2 ulas bawang putih
 ½ inci halia
 ½ sd besar jintan manis
 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
 2 sudu besar minyak
 ½ batang besar kulit kayu manis
 2 sd teh gula / secukup rasa
 1 sd teh garam / secukup rasa
 350 ml air
 Doh Karipap :
 500 g tepung gandum - diayak
 ½ sd besar garam
 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
 1 biji telur
 ½ cawan ais
 250 ml air
 Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara-cara

1. Inti :
2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan
tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api
perlahan hingga bergumpal.
3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian,
masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan
kentang.
4. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan
sejukkan.
5. Doh :
6. Masukkan tepung dalam mangkuk.
7. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi
serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga
bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
8. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air
ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh.
Rehatkan 1 jam.
9. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil
1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga
jadi selinder .
10. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm)
setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti
sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk
mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
11. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
12. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas
kertas dapur dan hidangkan.
13. * Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2).
Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna,
keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama
dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku.
(1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh
simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

Ayam phat phet


Bahan-bahan ( 2 orang makan )

 Bahan A (Blend)
 5 biji cili padi
 2 hiris halia
 kunyit hidup
 1 atau 2 batang serai
 5 ulas bawang putih
 1 biji bawang besar
 Bahan B
 3 keping ayam mentah dipotong dadu
 1 batang serai
 1 asam keping
 4 helai daun limau purut
 sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara

1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi..
masukkan secawan air.
2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun
limau purut dan garam serta gula.
3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air
mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam
phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...

DONUT

Bahan-bahan ( 25-30 biji )

 1 kilo tepung gandum


 1 paket yeast ( jenama Mauripan)
 1 1/2 mug air suam
 1 sudu kecil gula
 5 sudu besar planta
 1 sudu besar kentang lecek
 gula halus/gula icing

Cara-cara

1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.


2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
3. Gaul tepung, susu tepung, dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
4. Masukkan bancuhan yis tadi.
5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat skit kt tangan, tp teruskan
menguli hingga dah x melekat lagi.
6. Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.
7. Biar naik lagi, then baru goreng.
8. Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
9. Gaul dengan gula atau tuang coklat.
Kuih masak lodeh
Bahan-bahan ( 20 biji )

 500g kacang dhal


 1 biji bawang besar (ptg dadu)
 8-10 biji cili api (ptg kcl)
 10 helai daun kari (ptg kcl)
 1-2 sudu teh garam (sesuaikan)
 2-3 sudu tepung gandum (sesuaikan)
 minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Rendam kacang dhal semalaman. Toskan dan blend tanpa air. (tak semua kacang akan
hancur.. biarkan begitu)
2. Gaulkan kacang mesin bersama bawang, cili api dan daun kari
3. Perisakan dengan garam.
4. Tambah tepung gandum sedikit-sedikit sambil merasa samada bahan-bahan boleh
dikepal dan melekat (agar ia tak hancur bila digoreng nanti)

5.

Kepal adunan dengan menggunakan tapak tangan (bukan jari) agar ia berbentuk bulat,
leper dan padat.

AYAM ASAM PEDAS


Bahan-bahan ( 1 ekor ayam )

 1 ekor ayam (dipotong 8@10@12)


 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
 7 ulas bawang merah
 5 ulas bawang putih
 1 inci kunyit
 1 inci halia
 Sebesar saiz ibu jari belacan
 1 batang serai (dititik)
 50gm daun kesum
 Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
 Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
 3 cawan air
 Garam secukup rasa
 Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Kisar cili kering + bawang merah + bawang putih + kunyit + halia + belacan
2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing
3. Masukkan ayam + bunga kantan + daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga
ayam agak mengecut
4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati
5. Masukkan pula garam. Gaul sebati
6. Tambahkan air
7. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan
kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat
berbanding asam pedas ikan)
8. **Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari
ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut
terlebih dahulu sebelum menghidangnya
9. ***Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam

MEE JAWA
Bahan-bahan ( 2 @ 3 orang )

 mee kuning sebgks (celur)


 2 biji sedang keledek merah (rebus & lecek)
 1 biji bawang besar (tumbuk)
 3 ulas bawang putih (tumbuk)
 2 senduk kecil cili boh
 1 batang serai (ketuk)
 10 ekor udang sedang *
 1 genggam udang kering (tumbuk)
 garam dan gula
 2.5 liter air (boleh adjust)
 minyak masak

Cara-cara

1. * rebus udang dengan garam. air rebusan diambil dan dikisar kulit udang. Hampas
udang ditapis & diambil airnya shj.
2. tuang minyak dalam periuk & tumis serai, bawang besar & putih serta udang kering
hingga wangi
3. kemudian masukkan cili boh dalam tumisan tadi serta goreng hingga pecah minyak.
4. selepas itu, masukkan air rebusan udang & biarkan mendidih sedikit
5. apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan kacau hingga kuah sebati
6. akhir sekali perasakan dengan garam & gula serta masukkan udang.

TOMYAM LADNA
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

 * 1 biji bwg besar


 * 3-4 ulas bwg putih
 * 1 inci halia
 3 batang serai - dititik
 4-5 helai daun limau purut
 1/2 kiub tomyam
 daging, sotong, ayam, udang (ikut suka) - tapi ikan tak boleh ye..
 jagung mini, carrot, brocoli, kobis bunga -
 sedikit minyak utk ditumis
 p/s : * - bahan yang perlu dikisar
 tepung jagung (dicampur dengan air)
 1 cawan air

Cara-cara

1. tumis bwg merah, bwg putih, halia n serai


2. bila dah naik bau, masukkan daun limau purut dan kiub tomyam
3. masukkan ayam, daging, sotong dan udang
4. masukkan 1 cawan air
5. bila dah mendidih, masukkan sayur²an
6. masukkan perasa dan jus tepung jagung
7. siap utk dimakan

Anda mungkin juga menyukai