Anda di halaman 1dari 2

PENYAKIT ikan hiasan

Ikan hiasan mudah dijangkiti penyakit apabila :


1. Suhu air di dalam akuarium adalah terlalu rendah atau tinggi

2. Air terlalu kotor kerana tidak di tukar dalam jangka masa yang lama.

3. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

CONTOH PENYAKIT IKAN HIASAN

 Penyakit bintik putih


- Penyakit ini disebabkan oleh parasit yang melekat pada badan ikan .
- Disebabkan oleh suhu air yang terlalu sejuk .

 Jangkitan kulat
- Kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan jika dibiarkan.
 Jangkitan Bakteria
- Disebabkan mutu air yang tidak seberapa baik .
- Disebabkan oleh pemakanan yang tidak sesuai.
- Disebabkan oleh ikan mengalami stres.

Antara symptom jangkitan penyakit pada ikan hiasan ialah :

1. Bintik putih seperti gula pada badan dan sirip .


2. Tumbuh kulat pada bahagian kulit ikan yang luka.
3. Kulit berubah warna menjadi pudar.
4. Sisik atau ekor mengembang.
5. Perut ikan menjadi buncit.

Anda mungkin juga menyukai