Anda di halaman 1dari 12

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Pengurusan Gerko ini. Saya
berpuas hati dengan hasil kerja saya dan bersyukur dapat menyiapkan pada waktu
yang telah ditetapkan.

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang
terlibat dalam membantu saya menyiapkan dan menyempurnakan kerja kursus ini,
terutamanya pensyarah saya, rakan- rakan dan kepada sesiapa yang juga turut
membantu saya. Tunjuk ajar dan panduan yang diberikan tidak akan saya lupakan,
malah saya akan cuba mempraktikkan dalam menyiapkan sesuatu kerja kursus.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu mencari dan
berkongsi maklumat untuk melengkapkan lagi kerja kursus ini.

Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari mengatur kemaafan sekiranya ada
salah silap dan kekurangan dalam penghasilan kerja kursus ini. Terima kasih sekali
lagi kepada pihak yang telah banyak membantu saya.
Sekian. Terima Kasih.

1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN 1

SI KANDUNGAN 2

HALAMAN PENGAKUAN 3

PERBINCANGAN- SURAT PEKELILING IKHTISAS 4-9

REFLEKSI 10-11

BIBLIOGRAFI 12

LAMPIRAN 13

2
HALAMAN PENGAKUAN

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".

Tandatangan:

Nama Penulis: Siti Haszirah Hasan


Tarikh: 20 Ogos 2009

3
PERBINCANGAN

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 9/2000 bertajuk ‘Panduan


Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah’ dan
Surat Pekililing Ikhtisas Bil. 1/1995 bertajuk ‘Keselamatan Diri Pelajar Semasa
Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan
Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah’, saya telah membuat pemerhatian,
perbincangan, rumusan serta refleksi tentang tajuk yang saya pilih ini.

Aktiviti kokurikulum, sukan dan pendidikan jasmani didefinisikan sebagai


aaktiviti yang membantu murid menjadi cergas dan meningkatkan pengetahuan
kesihatan melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan gaya hidup sihat.
Kokurikulum Merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang tidak
melibatkan waktu pembelajaran

Dewasa ini banyak aktiviti kokurikulum, sukan dan pendidikan jasmani yang
dilakukan sewaktu di sekolah. Oleh itu satu tatacara tindakan yang dapat menjadi
panduan semua pihak perlu disediakan untuk menjaga keselamatan semua pihak.
Selain itu, guru menghadapi masalah apabila murid yang di bawah jagaannya
mendapat kemalangan disebabkan masalah-masalah tertentu seperti kesihatan
yang sepatutnya boleh dikesan lebih awal. Jadi, langkah-langkah yang tepat harus
diambil untuk mengatasi masalah ini.

4
Antara objektif Surat Pekeliling ini ialah :

•Memastikan tiada kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti kokurikulum,


sukan dan pendidikan Jasmani.
•Memastikan aktiviti yang dijalankan, dirancang dengan mengambil kira tatacara
keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pelajaran.
•Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang
disediakan.

Guru memainkan peranan penting dalam memastikan matlamat perkara ini


dicapai dengan jayanya. Antara peranan guru ialah :
Sewaktu aktiviti kokurikulum:
•Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami isi kandungannya.
•Memahami dan mematuhi tatacara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti
dijalankan.
•Menyimpan rekod profil dan juga kegiatan pelajar serta dikemaskini.
•Merekodkan sebarang kemalangan semasa aktiviti dalam buku rekod kemalangan.
•Mengenal pasti pelajar yang tidak sihat atau mempunyai surat pengesahan
perubatan tentang sesuatu penyakit yang perlu dikecualikan daripada menjalankan
aktiviti.
•Menyediakan surat makluman kepada ibubapa / penjaga tentang sesuatu aktiviti
yang dijalankan.
•Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk dipenuhkan dan
dikumpulkan semula aktiviti dijalankan. Borang ini difailkan dalam fail Kebenaran
Menyertai Aktiviti di bilik GPK Kokurikulum.
•Hadir di tempat aktiviti 10 minit sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi murid
sepanjang masa untuk mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang tidak
diingini.
•Mencatat kehadiran pelajar.
•Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan pelajar.
•Memastikan kawasan yang digunakan dalam keadaan yang selesa dan selamat.

5
Aktiviti perkhemahan dan lawatan sambil belajar:
•Mestilah mempunyai Sijil Pertolongan Cemas atau Sijil Kelayakan dalam sesuatu
aktiviti yang dijalankan.
•Jika guru tidak mempunyai sijil kelayakan yang diperlukan, tenaga pengajar atau
kakitangan lain yang terlibat dalam aktiviti yang dijalankan mesti mempunyai sijil
kelayakan yang diperlukan.
•Memohon kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri dan juga pihak polis
bergantung kepada jenis aktiviti dijalankan.
•Menyediakan senarai barang-barang keperluan pelajar.
•Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa / penjaga.
•Mengedarkan borang keperluan ibu bapa dan dikumpulkan semula sebelum aktivtiti
dijalankan.
•Menyediakan peraturan yang lengkap sepanjang aktiviti dijalankan.
•Pengawasan dan penyeliaan yang rapi.
•Mengkaji dan meninjau tempat aktiviti yang dijalankan.
•Mengatur program yang sesuai.

Pelajar juga perlu memainkan peranan mereka.untuk memastikan setiap


aktiviti yang mereka lakukan berjalan dengan lancar sekaligus keselamatan mereka
juga terjamin. Setiap pelajar perlu ada tatacara semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum, sukan dan pendidikan jasmani. Antara peranan sebagai pelajar ialah :

Sukan dan permainan


•Pelajar hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini sebelum menjalankan
aktiviti.
•Memakai pakaian yang sesuai sewaktu aktiviti dijalankan.
•Bergerak ke kawasan sukan setelah menerima arahan daripada guru.
•Mesti mengikut arahan guru semasa melakukan kemahiran asas pergerakan dan
permainan.
•Laporkan segala kerosakan alat kepada guru yang bertugas jika alat yang rosak
selepas digunakan. Jika terdapat alatan yang rosak, jangan digunakan dan laporkan
kepada guru .
•Melaporkan kemalangan yang berlaku kpad guru bertugas.
6
Unit beruniform
•Mesti sihat untuk menjalankan aktiviti dan memakai pakaian yang sesuai.
•Berada di lokasi aktiviti pada tempat dan masa yang ditentukan.
•Ketua Pasukan merekodkan kdatangan ahli .
•Aktiviti dijalankan secara berkumpulan.
•Tunggu arahan daripada guru penasihat.
•Sentiasa mematuhi arahan guru penasihat.
•Sekiranya berlaku kemalangan ikut tatacara menghadapi kemalangan dan beri
rawatan.

Kelab/persatuan
•Pelajar berada di tempat tepat pada masa yand ditetapkan.
•Setiausaha merekodkan kehadiran ahli.
•Memakai pakaian yang telah ditetapkan.
•Mengikut arahan guru sepanjang aktiviti.
•Sekiranya berlaku kemalangan/kecemasan hendaklah diberi rawatan kecemasan
dengan segera dan laporkan kepada guru.
•Sekiranya pelajar tidak dapat meneruskan akiviti ,guru penasihat hendaklah
melaporkan kepada ibu bapa dan menghantar pelajar pulang atau ke hospital.

Aktiviti gotong-royong
•Melengkapkan borang kebenaran ibu bapa .
•Memakai pakaian yang sesuai semasa aktiviti gotong royong.
•Mematuhi arahan dan pembahagian kerja oleh guru
•Penggunaan peralatan yang tajam mesti mendapat pengawasan guru.
•Memaklumkan dengan segera kepada guru sekiranya ternampak
serangga/binatang yang berbahaya.
•Sentiasa bekerja dalam kumpulan.
•Tidak bergurau atau bermain semasa menggunakan peralatan.
•Memastikan peralatan yang digunakan adalah sesuai dalam keadaan sempurna.
•Jika peralatan yang digunakan rosak, maklumkan dengan segera kepada guru.
•Memulangkan semula peralatan gotng royong yang digunakan.
•Membersihakn diri selepas aktiviti gotong-royong tamat.

7
Lawatan sambil belajar
•Pelajar melengkapkan borang kebenaran waris yang disediakan dan
menyerahkannya kepada guru penasihat.
•Pakai pakaian dan peralatan yang sesuai.
•Pastikan ada pengenalan sekolah dan diri masing-masing.
•Bawa peti kecemasan yang lengkap.
•Catat kedatangan dan naik kenderaan yang digunakan dengan mengutamakan
keselamatan.
•Setelah tiba ke tempat yang dituju ikut arahan guru.
•Lakukan aktiviti dalam kumpulan.
•Sekiranya terpisah daripada kumpulan, jangan panik , tunggu di satu tempat dan
minta bantuan sehingga bantuan sampai.

Aktiviti perkhemahan
•Lengkapkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan serahkan kepada guru.
•Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
•Pakai baju lengan panjang dan kasut sukan.
•Dirikan khemah di kawasn sesuai .
•Tabur serbuk belerang di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang merayap
yang berbisa.
•Bersihkan kawasan sekeliling khemah.
•Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana mungkin beracun.
•Ketua kumpulan jalankan aktiviti kumpulan.
•Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.
•Sekiranya diganggu oleh haiwan liar atau kecemasan jangan panik menjeritlah
minta pertolongan kecemasan dengan segera.
•Laporkan kepada guru / penyelamat keselamatan.
•Sekiranya berterusan, keluar dari kawasan perkhemahan dan dapatkan rawatan di
klinik/hospital berdekatan.
•Bawa peralatan yang lengkap dan peti kecemasan.
•Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru / pegawai bertugas /
penyelamat kelemasan.
•Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.

8
Dalam merealisasikan tujuan dan objektif perkara ini, bukan setakat guru dan
pelajar perlu memainkan peranan. Ibubapa juga haruslah memainkan peranan
mereka agar objektif dapat dicapai sepenuhnya. Antara peranan ibubapa ialah :

•Mengambil tahu aktiviti kokurikulum dan sukan yang diikuti oleh anak-anak jagaan
masing-masing.
•Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang
berakitan dengan aktiviti yang dijalankan. Memastikan anak berada dalam keadaan
sihat.
•Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-
masing.
•Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk mengikuti
sebarang aktiviti.
•Menandatangan borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
•Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
•Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor
telefon guru berkenaan/pihak sekolah.

9
REFLEKSI

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan


setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar
bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa
muridmurid tidak mendapatpengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti
kokurikulum dapat menyediakan pelbagaipengetahuan dan pengalaman untuk
perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohanidan pembentukan nilai-nilai
estetika serta sosial yang positif.

Sebagai seorang guru pendidkan jasmani, saya seharusnya sedia maklum


bahawasanya keselamatan pelajar sewaktu melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan, kegiatan kokurikulum dan sukan merupakan perkara utama yang
harus dititik beratkan. Saya perlu mengambil langkah berjaga-jaga dalam
memastikan aktiviti yang saya jalankan berjalan dengan lancar.

Panduan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan


panduan yang terbaik yang oleh diikutu oleh semua guru. Antara langkah yang
wajar dilakukan oleh seorang guru seperti saya ialah sentiasa mengawasi dan peka
terhadap keselamatan semua murid-murid. Peralatan yang digunakan untuk
melakukan aktiviti pula haruslah sentiasa diperiksa keadaannya sama ada boleh dan
selamat untuk digunakan oleh murid-murid.

Selain itu, saya haruslah mengenali para pelajar saya dan mengenal pasti
sipakah di antara mereka yang boleh mengikuti dan yang tidak boleh mengikuti
aktiviti yang bakal dijalankan. Saya juga haruslah mempunyai ilmu tentang rawatan
kecemasan supaya sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, maka dapatlah
saya melakukan perkara yang perlu dan betul pada waktu kecemasan seperti itu.

10
Akhir kata, saya amatlah bersetuju tentang peringatan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 dan Bil.
1/1995 ini. Saya berharap semua guru mengambil berat tentang isi kandungan Surat
Pekeliling ini, dan menjadikannya sebagai panduan utama mereka dalam melakukan
sebarang aktiviti kepapda murid-murid sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

11
BIBLIOGRAFI

1) Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 9/2000 bertajuk ‘Panduan Keselamatan Diri Pelajar
Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan serta Kegiatan
Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah’

2) Surat Pekililing Ikhtisas Bil. 1/1995 bertajuk ‘Keselamatan Diri Pelajar Semasa
Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum
dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah’

3) ppdlms.edu.my/portal/download/pekelilingiktisas/1995/1-1995.pdf

4) www.scribd.com/.../Keselamatan-Diri-Pelajar-Ketika-Kegiatan-Luar-1

5) www.skkolapis.com/page1002.aspx

12

Anda mungkin juga menyukai