Anda di halaman 1dari 14

Science For Young Children KAK3023

1.0 Pengenalan

Dewasa ini, peranan pendidik dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada
anak didiknya sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran yang menjadi asas pegangannya.
Seseorang pendidik akan menggunakan kaedah pengajaran yang paling efisyen bagi menjamin
berlakunya pembelajaran di kalangan murid- muridnya. Secara umumnya, pengajaran ialah
penyampaian maklumat dalam seting pendidikan misalnya sekolah rendah, sekolah menengah
dan institusi pengajian tinggi. Manakala pembelajaran pula adalah perbuatan atau pengalaman
seorang pembelajar yang diperoleh melalui pendidikan. Namun, dalam konteks pendidikan,
pembelajaran membawa maksud perubahan tingkah laku seseorang akibat ilmu, kemahiran atau
amalan yang diperoleh melalui proses pendidikan.

Kemahiran kognitif terdiri daripada pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses
sains dan penyelesaian masalah. Kemahiran proses sains membolehkan kanak-kanak berinteraksi
dengan bahan-bahan dan fenomena alam serta memupuk sikap ingin tahu dan suka menyiasat.
Membuat pemerhatian atau pencerapan adalah kemahiran paling asas dalam proses sains.
Kemahiran proses yang lain ialah seperti berkomunikasi, membuat inferens dan membentuk
hipotesis. Kefahaman konsep asas serta penguasaan kemahiran proses diperolehi melalui
interaksi dan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti seperti bermain dengan blok, air dan pasir
serta bahan-bahan manipulative dan aktiviti-aktiviti seperti bernyanyi, berlakon dan mendengar
atau menonton cerita kanak-kanak. Keberkesanan pelaksanaan kurikulum ini banyak bergantung
kepada pendidik yang berada dalam bilik darjah. Teori-teori dari tokoh terkenal seperti Jean
Piaget, Brunner, dan L.Vygotsky telah banyak membincangkan mengenai tahap perkembangan
kanak-kanak dan bagaimana mereka berkembang melalui pendidikan sains.

1
Science For Young Children KAK3023

2.0 Teori perkembangan kognitif Jean Piaget

Piaget merupakan seorang tokoh psikologi terkemuka abad pada abad ke-20. Latar
belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau
bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet,
Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi
lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila
mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh
memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang
di kalangan kanak-kanak. Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah
memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Piaget, proses pemikiran
kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan.

Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-
perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling
berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu. Antaranya ialah kematangan
biologi di mana proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik. Selain itu
adalah interaksi individu dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk
memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan
menyusun maklumat yang didapati. Faktor pengalaman sosial iaitu perkembangan kognitif juga
dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran ibu bapa, adik beradik,
rakan, guru dan sebagainya. Bagi faktor keseimbangan ia adalah merupakan salah satu cara yang
digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.

2.1 Konsep-konsep asas Piaget

Terdapat beberapa konsep asas yang penting yang diutarakan oleh Piaget di dalam teori
beliau. Antara konsep terpenting itu ialah:

2.1.1 Skema

Sewaktu dilahirkan bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan


yang dikenali sebagai skema. Antaranya ialah gerakan menghisap, memandang, mencapai,

2
Science For Young Children KAK3023

merasa, memegang, dan menggerakkan tangan serta kaki. Dalam hal ini skema boleh wujud
menerusi gerakan fizikal atau gerakan mental. Skema dimaksudkan sebagai potensi am yang ada
dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu atau bertindak dengan cara yang tertentu. Bagi
gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak
menyakitkan. Oleh itu,bayi juga akan cenderung memegang benda- benda yang tidak
menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana
bayi bertindakbalas terhadap alam persekitarannya.

2.1.2 Asimilasi

Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia ada.Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia
mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu,
kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan
sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan
yang baru baginya berkenaan ‘sebiji epal’.

2.1.3 Akomodasi

Ia merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.


Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan)
persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan
menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep
terhadap magnet itu.

3
Science For Young Children KAK3023

2.1.4 Adaptasi

Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi


dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keadaan keseimbangan akan wujud
apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk mencipta hubungan
apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan
mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui.
Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya
hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan
terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut,
kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat
tahap yang mengikut turutan umur.

2.2 Peringkat-peringkat dalam Perkembangan Kognitif

Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat
tahap mengikut urutan umur. Tahap-tahap perkembangan adalah seperti peringkat Sensori Motor
(Semenjak lahir – 2 tahun), peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun), peringkat Operasi Konkrit (7 –
11 tahun) dan peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas).

2.2.1 Peringkat Sensorimotor (bayi 0 – 2 tahun)

Ketika peringkat ini, anak-anak mula mempelajari bahawa setiap tindakan yang
dilakukan akan menghasilkan kesan. Hal ini dikenali sebagai kesan dan faktor (cause and
effect). Sebagai contoh, mereka mempelajari bahawa pengoncangan loceng menggunakan
tangan akan menghasilkan bunyi. Justeru, kita dapat memerhatikan sikap ingin mencuba
terhasil dimana anak-anak akan bermain dengan setiap objek yang dilihat olehnya. Pada
peringkat ini, tahap kognitif anak-anak belum lagi berkembang. Biasanya, anak-anak
lebih menggunakan deria-deria mereka. Selain itu, anak-anak mempunyai tanggapan

4
Science For Young Children KAK3023

bahawa sesuatu objek yang hilang dari penglihatannya, hilang selama-lamanya. Mereka
tidak tahu bahawa, objek-objek yang hilang dari penglihatan mereka masih berada di
persekitaran. Walau bagaimanapun, anak-anak juga akan sedar fenomena ini ketika
berumur satu tahun dan ke atas.

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan
persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi
tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di
sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali
sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan,
1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang
dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

2.2.2 Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan
bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam
permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah
berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik
di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.
Mengikut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna
menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku di peringkat umur ini iaitu kebolehan mental
seperti mengira, melalui latihan yang diulang-ulang, serta memahami konsep objek.
Piaget mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena
mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan, dan bayangan.

Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan


sesuatu konsep. Piaget telah membahagikan tahap prakonsep tual iaitu (dua hingga empat
tahun) dan tahap praoperasi (empat hingga tujuh tahun). Pada tahap prakonseptual kanak-
kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa
yang sama kerana belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikirannya.

5
Science For Young Children KAK3023

Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu egocentrism,
konsep sebab dan akibat, peningkatan perolehan bahasa, dan pembentukan identiti diri.
Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan
melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi
pesat.Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa
dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan
mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep
keabadian bilangan.

2.2.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun)

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa
kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir
secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu
menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik
minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini
seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan
mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini
mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses


kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak kanak
sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah
boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan
kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit
sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak seperti
konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Oleh itu, mereka tidak
dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan
aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan
pengalaman secara langsung seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

6
Science For Young Children KAK3023

2.2.4 Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

Piaget menyatakan kaum remaja pada tahap ini didapati patuh dan berhati-hati
dengan pendapat dan pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan
peranan mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat perancangan
berdasarkan pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai dan norma yang
terdapat dalam masyarakat. Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif
atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan hukum matematik serta
membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga
boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang
abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk
menyelesaikan masalah matematik.

3.0 Teori pembelajaran/konstruktivis Bruner

Bruner menjadi salah satu pencetus utama psikologi kognitif, dan juga berpengaruh
terhadap teori pendidikan dan amalan. Beliau dilahirkan pada tahun 1915 di New York. Beliau
memasuki University of Duke pada usia 17 tahun dan mendalami bidang perguruan. Beliau
kemudian menyambung pengajian ke Harvard dan akhirnya bergelar doktor pada tahun 1947.
Bruner telah menggalakkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau lebih baik lagi
penemuan berpandu. Selain itu, beliau menggalakkan kanak-kanak supaya berfikir secara logik
dan juga membuat tekaan. Beliau juga mengutamakan pemikiran analitis dan intuitif,
mengutamakan pembelajaran secara induksi dari umum ke khusus dan mengutamakan
pembelajaran konsep atau kategori dan hubungannya dengan konsep-konsep yang lain.

Pembelajaran adalah satu proses sosial yang aktif di mana murid-murid kita akan
membina atau konsep baru berasaskan pengetahuan sedia ada. Mereka akan memilih maklumat
yang diperlukan, kemudian membentuk hipotesis dan seterusnya mengintegrasikan bahan yang
baru ke dalam pengetahuan sedia ada serta konstruk mental masing-masing. Pengetahuan dan
kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkansebagai pecutan dan rehat. Pecutan

7
Science For Young Children KAK3023

disebabkan oleh pemahaman satu-satu konsep yang mengambil masa untuk dikuasai sebelum
berlakunya pergerakan ke langkah seterusnya. Persekitaran di mana kita berada memainkan
peranan yang pentingdalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan satu-saru
konsep, iaitu sama ada mempercepatkan atau melambatkan. Murid-murid akan lebih mudah
untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemuinya sendiri.

3.1 Peringkat-peringkat perkembangan kognitif mengikut Bruner

Bruner melihat perkembangan kognitif individu itu sama seperti Piaget, iaitu
perkembangan kognitif melalui peringkat-peringkat tertentu. Pembelajaran berlaku mengikut tiga
langkah iaitu enaktif (berasaskan tindakan), ikonik (berasaskan imej) dan simbolik (berasaskan
bahasa).

3.1.1 Peringkat Enaktif (0-2 tahun)

Di peringkat ini kanak-kanak banyak menggunakan anggota-angotanya untuk


menyelesaikan masalah. Biasanya kanak-kanak di peringkat ini ialah dari sejak lahir dan
hinggalah mereka mencapai umur 2 tahun. Kita akan mendapati kanak-kanak sering
menjangkau sesuatu, ataupun bergerak menuju ke arah sesuatu yang telah menarik
perhatiannya. Pembelajaran melalui tindakan manipulatif dan tidak melibatkan bahasa.
Bahan maujud perlu dipegang dan digunakan untuk memperoleh pengertian. Contoh
memegang api -panas, dan melontar bola – melambung. Contohnya Irfan telah melihat
kereta mainan yang bewarna merah sedang bergerak dan dia berusaha untuk
mengambilnya. Ini kerana kereta mainan itu telah berjaya menarik perhatian Irfan.

3.1.2 Peringkat Ikonik (2-4 tahun)

Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi dibatasi oleh pergerakan-pergerakan yang
bersifat enaktif di atas. Mereka sudah berjaya membayang dan menggambarkan sesuatu
dalam fikiran mereka. Misalnya seorang kanak-kanak dapat menyimpan imej-imej
tertentu dalam pemikiran mereka. . Contohnya, kanak-kanak boleh melukis gambar epal

8
Science For Young Children KAK3023

tanpa melihatnya, kerana dia melukis gambar berdasarkan bayangan atau imej yang
disimpan dalam otaknya. Kanak-kanak pada usia ini juga dapat membentuk penanggapan
dan membina gambaran mental. Contoh, walaupun tanpa menyentuh bahan tajam seperti
pisau, kanak-kanak tersebut sudah tahu bahan itu boleh melukakan tangan jika terkenanya
dan tangan akan panas apabila memegang air yang tengah mendidih.

3.1.3 Peringkat Simbolik (5-7 tahun)

Apabila umur kanak-kanak mencapai tahap umur ini, dia memasuki peringkat
kognitif yang terakhir yang dinamakan sebagai peringkat perkembangan atau simbolik.
Pada peringkat ini kanak-kanak sudah berupaya berfikir dengan menggunakan bahasa dan
tidak lagi terkongkong oleh gerakan-gerakan enaktif atau bayangan ikonik. Pembelajaran
penemuan menggalakkan murid-murid untuk menggunakanintuisi, imaginasi dan kreativiti
secara aktif. Dengan kata lain, pendekatan pembelajaran penemuan ini menggunakan
penaakulan induktif. Oleh kerana pembelajaran kanak-kanak berkembang dari peringkat
motor-sensori (enaktif) ke peringkat penanggapan konkrit (ikonik), akhirnya ke idea
abstrak (simbolik), maka turutan pengajaran haruslah berkembang sedemikian.
Maksudnya, pengajaran dirancangkan untuk mendedahkan kanak-kanak memperolehi
pengalaman pada permulaan, kemudian bertindak balas dengan penyampaian konkrit, dan
akhirnya persembahan dalam bentuk simbol. 

3.2 Belajar melalui Kategori, Konsep atau Hukum

Bruner amat mementingkan pembelajaran konsep, prinsip dan hokum. Beliau amat yakin
akan pembelajaran induktif dengan menggunakan kategori dan konsep kerana konsep akan
memudahkan persekitaran kita. Kita tidak perlu selalu memikirkan tentang sesuatu objek atau
peristiwa di dalam persekitaran kita secara kursus. Dengan mengetahui kategori dan konsep, kita
dapat pula bertindak dengan wajar ke atas konsep atau kategori itu. Dengan mengetahui konsep
atau kategori, kita dapat mengurangkan tekanan kognitif untuk menguasai dan mengetahui serta
mengingati objek atau peristiwa khusus. Konsep  ialah idea-idea yang spesifik yang mempunyai
9
Science For Young Children KAK3023

ciri-ciri yang sama dan khusus. Kategori disamakan dengan konsep atau prinsip atau hukum.
Sesuatu konsep atau kategori mengenai sesuatu objek perlulah mempunyai ciri-ciri atau sifat-
sifat tertentu yang membezakan objek atau peristiwa itu dengan objek atau peristiwa yang lain.
Konsep diperoleh dengan mengkategorikan benda yang sama jenis atau mempunyai pola yang
tertentu.  Sebagai contoh, pengelasan konsep tumbuh-tumbuhan gurun adalah berdasarkan ciri-
ciri seperti berakar panjang, daun berduri, kebolehan tumbuhan menyimpan air dan sebagainya. 

4.0 Teori Perkembangan Vygostsky

Lev Semenavich Vigotsky merupakan ahli psikologi Russia yang lahir pada 5 November
1896 di Byelorussia (Soviet Union). Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1934 semasa
berumur 38 tahun. Beliau memulakan kerjayanya selaku ahli psikologi pada tahun 1917. Beliau
merupakan ahli psikologi Russia yang menganut dan mengamalkan fahaman Marxist. Sejak usia
remaja lagi Vygotsky telah berminat dengan sastera dan beliau merupakan salah seorang
pemaham seni dalam bidang puisi dan falsafah. Kemudian beliau telah mendalami ilmu
perubatan di fakulti perubatan di Universiti Mascow dan kemudiannya telah beralih ke bidang
undang-undang. Serentak dengan itu juga beliau telah mendalami bidang kesusteraan. Beliau
telah melibatkan diri secara serius dalam bidang sastera ketika berumur 28 tahun.

Vygostsky berkhidmat sebagai seorang guru di kampung halamannya dengan mengajar


subjek psikologi. Penyelidikan beliau yang unggul bertajuk “The Psychology of Art”.
Berdasarkan penyelidikannya beliau telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah di dalam bidang
Psikologi di Institut Psikologi, Universiti Mascow. Sepanjang hayat beliau telah menghadapi
kesukaran untuk menyerapkan teori-teori dalam idea-idea politik di Russia. Vygostsky (1930)
percaya manusia bertindak balas kepada rangsangan di persekitaran dan juga bergerak aktif
terhadap persekitarannya menerima rangsangan-rangsangan baru. Rangsangan yang utama
dicipta oleh manusia ialah isyarat komunikasi yang boleh mengubah suai gerak balasnya sendiri
dan juga geras balas orang lain terhadap berbagai-bagai rangsangan di persekitarannya.
Vygostsky (1933) menyatakan dengan terbinanya sistem penaakulan, berkembanglah kesedaran.
Penaakulan mengambil perlambangan material dalam bentuk bahasa. Semua bentuk simbol

10
Science For Young Children KAK3023

canggih seperti simbol matematik terbina daripada kesedaran asa yang diwakili secara material
oleh bahasa.

4.1 Zon Perkembangan Proksimal

Pada tahun 1960-an dan 1970-an, bidang psikologi perkembangan dipengaruhi kuat oelh
teori dan idea Piaget. Namun, pada akhir tahun 1970-an dan 1980-an sumbangan Vygostsky
adalah penting selepas Piaget. Idea-idea Vygostsky telah mempengaruhi pemikiran semasa. Dua
idea Vygostsky yang sangat penting untuk dianalisis ialah internalisasi dan Zon Perkembangan
Proksimal (ZPP). Dalam teori Piaget, perkembangan kognitif dilihat daripada kematangan dan
aspek dalaman kepada aspek luaran. Dalam pada itu, persekitaran membantu memangkin
perkembangan dan Piaget menekankan aspek biologi dan kematangan dalam perkembangan.

Vygostsky menekankan peranan persekitaran dalam perkembangan intelek kanak-kanak.


Perkembangan kognitif bergerak daripada aspek luaran kepada aspek dalaman melalui
internalisasi, iaitu penerimaan ilmu pengetahuan kepada konteks. Ini bererti aspek sosial yang
mempengaruhi teori perkembangan kognitif dan bukanlah aspek-aspek biologi. Pembelajaran
berlaku melalui interaksi kanak-kanak dalam persekitaran di mana keadaan ini akan menentukan
apa yang diinternalisasikan daripada aspek luaran kepada aspek dalaman diri seorang kanak-
kanak. Dalam bidang pendidikan. Vygostsky menyarankan bahawa peluang interaksi bersama
ibu bapa, rakan dan orang lain dengan kanak-kanak akan membantu penerimaan ilmu
pengetahuan dan pembelajaran apabila elemen-elemen di dalam persekitaran menerangkan
sebab-musabab terjadinya sesuatu perkara.

Bagi Vygostsky, bentuk interaksi pembelajaran adalah sumbangan penting kepada


perkembangan dan pendidikan psikologi. Vygostsky menyarankan zon perkembangan proksimal,
iaitu kadar keupayaan potensi (potential) yang tersirat dan tidak dapat dilihat seperti dalam rajah.
Apabila meneliti kanak-kanak, apa yang diperhatikan adalah keupayaan yang telah
dikembangkan melalui interaksi dengan baka (keturunan) dan persekitaran.

11
Science For Young Children KAK3023

Had Tahap penerimaan tanggungjawab oleh pelajar denan bantuan guru,


Atas jurulatih dan sebagainya.

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

Had Tahap penyelesaian masalah yang dilakukan oleh pelajar sendiri tanpa
Bawah bantuan orang lain.

Zon Perkembangan Proksimal

Kebiasaannya, guru mengukur pelajar tentang keupayaan kognitif dengan penilaian


persekitaran statik, iaitu guru bertanya soalan-soalan dan mengharapkan pelajar untuk
menjawabnya. Guru beralih kepada soalan-soalan lain sama ada murid berjaya menjawab dengan
betul atau tidak. Jadi Vygostsky mencadangkan guru beralih daripada penilaian persekitaranyang
dinamik dimana interaksi di antara pelajar dengan guru tidak tamat setelah pelajar memberi
jawapan yang salah. Dalam menguji dengan cara statik, guru beralih kepada soalan lain jika
kanak-kanak member jawapan yang salah. Dalam menguji secara dinamik, jika pelajar memberi
jawapan yang salah, guru seharusnya berusaha untuk membantu pelajar tersebut menyelesaikan
masalah. Ini bererti, guru bertugas sebagai pemeriksa dan penguji untuk membantu pelajar
member jawapan yang betul. Guru menyediakan perancah (scaffolding) disediakan untuk
memastikan pelajar mempunyai asas-asas yang kukuh untuk memahami isi kandunganpelajaran
yang dijar oleh guru.

Keupayaan menggunakan petua (clue) untuk mengukur ZPP adalah asas kepada pelajar
untuk bekembang daripada keupayaan asal yang dapat diperhatikan. Semasa proses menguji ZPP
dianggap konsep penting dalam psikologi perkembangan kognitif kerana dengan melaluinya
dapat menyelidiki prestasi pelajar. Justeru, pengajaran dan pengujian adalah dua aspek yang
penting kepada ahli psikologi dan pendidik kerana mereka tertarik dengan keupayaan
perkembangan kognitif pelajar.

12
Science For Young Children KAK3023

Jadi Piaget dan Vigostsky adalah ahli psikologi perkembangan yang berpengaruh
sehingga kini atas minat dalam menyelidik berdasarkan struktur dalaman untuk memahami
mengapa kanak-kanak bertingkah laku sedemikian. Hasil usaha kedua-dua tokoh psikologi
membantu meluaskan ilmu pengetahuan yang mendasari minda manusia. Seterusnya,
perkembangan kognitif dibincangkan melalui kemahiran-kemahiran pemprosesan informasi.

Selain itu, beliau juga ada menyatakan bahawa zon perkembangan proksimal ialah jarak
di antara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah secara
bersendirian dan tahap perkembangan potensi yang dicapai melalui penguasaan ilmu di bawah
bimbangan orang dewasa atau rakan sebaya yang mempunyai lebih kemahiran berbanding
dengannya. Oleh itu untuk menilai tahap kebolehan pelajar mengusai kemahiransecar
bersendirian dan juga tahap kebolehan pelajar tersebut menguasai kemahiran dengan bantuan
orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih kemahiran. Kita akan dapat memahi idea zon
perkembangan proksimal yang diutarakan oleh Vygostsky.

Kesimpulannya, zon ini pada suatu pihak mengandungi kemahiran atau kebolehan yang
boleh dikuasai oleh individu sendiri disatu pihak atau keadaan yang lain iaitu kemahiran yang
perlu dikuasai dengan bantuan atau bimbingan orang yang lebih mahir. ‘Scaffolding’ mengikut
makna asasnya ialah kerangka besi atau kayu yang menyokong bangunan. Scaffolding adalah
bantuan atau bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang dewasa atau rakan yang lebih
berpengetahuan dalam menguasai sesuatu kemahiran atau ilmu. Bantuan ini diberi lebih banyak
di awal pembelajaran dan menjadi semakin berkurang dan akhirnya tiada langsung bantuan
diberikan, disebabkan kanak-kanak itu telah mampu melakukan tanpa petunjuk dan orang
dewasa lagi.

5.0 Kesimpulan

Setiap teori pembelajaran yang dikemukakan memberi implikasi terhadap pengajaran dan
pembelajaran secara tersendiri. Melalui hujah- hujah yang dikemukakan, dapatlah disimpulkan
bahawa, implikasi teori ini dalam pembelajaran sains ialah peranan guru merupakan
13
Science For Young Children KAK3023

pembimbing, pemudahcara serta perancang dan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti
pembelajaran. Malah, pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang
mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. Ini bererti tahap isi pelajaran hendaklah sesuai
dengan kebolehan pelajar. Contohnya, jika pelajar tidak mampu menguasai sesuatu topik, guru
perlu mengubah pendekatan yang lebih mudah difahami oleh murid tersebut. Kanak-kanak pada
usia ini mempunyai perasaan ingin tahu yang amat tinggi serta akan mencari sesuatu yang
mantap untuk diimaginasikan. Sememangnya fitrah manusia akan mencari sebab dan akibat
tentang sesuatu fenomena yang berlaku dalam kehidupan, dan ilmu sains merupakan cabang
ilmu yang sememangnya mencari bukti kukuh tentang fenomena alam. Tidak salah membiarkan
kanak-kanak berimaginasi tentang sains, dengan konsep dan pendekatan yang betul serta
bersesuaian. Hakikatnya, sains adalah fenomena dalam kehidupan.

14

Anda mungkin juga menyukai