Anda di halaman 1dari 2

Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi bahasa Melayu telah dilakukan oleh pedagang

, penggembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan. Pada


ketika itu bahasa Melayu menggunakan sistem ejaan tulisan huruf Rumi Latin. Mere
ka telah tertarik dengan tatabahasa yang terdapat dalam sistem ejaan ini. Bermul
a pada abad ke-16 itu para pedagang, sarjana dan penjelajah terus menggunakan tu
lisan Rumi Latin dalam bahasa Melayu.
Pada tahun 1902 perancangan awal terhadap sistem ejaan telah dilakukan o
leh kerajaan tanah melayu pada ketika itu. Hal ini bermula apabila kerajaan Nege
ri-negeri Melayu Bersekutu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang telah
diketuai oleh R.J Wilkinson. Hal ini telah menghasilkan sistem ejaan Wilkinson
yang telah diterbitkan pada Oktober, 1904. Ejaan Wilkinson ini telah digunakan d
i semua sekolah Tanah Melayu serta turut diaplikasikan dalam kamus bahasa Melayu
iaitu Kamus Jawi-Melayu-Inggeris (1903).
Sistem ejaan Rumi terus berkembang mengikut peredaraan masa dan keadaan
sekeliling ketika itu. Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) telah ditubuhkan pad
a tahun 1922 adalah bagi meneruskan perkembangan sistem ejaan di Tanah melayu. B
eberapa buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tulisan Rumi yang memperluaskan siste
m ejaan sekolah yang berasaskan sistem ejaan Wilkinson telah disusun, digubal da
n diterbitkan oleh tokoh-tokoh bahasa, pengkaji bahasa dan tenaga pengajar di ma
ktab perguruan tersebut. Contoh bahan ilmiah yang telah berjaya dihasilkan seper
ti Kitab Loghat Melayu, Kitab Kumpulan Nama Melayu (IBrahin Datoâ Muda Linggi) dan K
itab Pelita Mengarang (rumi).
Perkembangan sistem ini bukan hanya terhenti disitu, malah kemunculan Si
stem Ejaan Zaaba telah memartabatkan lagi sistem ejaan Rumi di Tanah Melayu yang
wujud pada tahun 1972. Sistem ejaan Zaaba telah diperkenalkan oleh Maktab Pergu
ruan Sultan Idris (SITC).
Selain daripada sistem ejaan Zaâ ba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942- 1945, t
erdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan Zaâ ba di
Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan â 50 kemudian
nya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Selain daripada
itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-apa, at
au sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem- sistem yang ada, term
asuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak melua
s dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan buk
u.
Sistem ejaan Rumi Zaâ ba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang
huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dal
am amalan penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi
. Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Zaâ ba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan
kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem
ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan
dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an.
Pada tahun 1956, satu perhatian serius yang penting dan besar telah dibe
rikan terhadap sistem ejaan di tanah Melayu. Lantaran itu satu kongres telah dia
dakan iaitu Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu. Beberapa pembaharuan telah dir
ancang dan dilaksanakan. Semangat yang tinggi dalam memperjuangkan sistem ejaan
pada ketika itu telah mendapat perhatian dan sokongan dari kerajaan sehingga seb
uah Jawatankuasa Ejaan telah berjaya dibentuk. Pada tarikh 17 April 1959 satu pe
rjanjian persahabatan telah dimenterai Tanah Melayu dan negara Republik Indonesi
a. Hasil dari perjanjian tersebut maka terbentuklah sistem Ejaan Kongres.
Ejaan Kongres adalah sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956. Perkara ini d
irumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi. Antara das
ar yang telah dipersetujui adalah ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah dis
atukan atau disamakan, peraturan ejaan hendaklah mudah; dan sistem fonologi dite
rima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik dan satu fonom henda
klah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja.Pengejaan hendaklah tetap
sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam.Kata-kata dari bahasa-bahasa asing
hendaklah disusunkan pengejaannya dengan hukum-hukum fonologi Melayu.
Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang ber
landaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupa
kan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional y
ang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusn
ya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat baha
sa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Eja
an Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golon
gan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.
Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip-prinsip linguistik, ekonomi, ke
sederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi da
n lebih nyata berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu. Ejaan Rumi Baharu
tidak syak lagi merupakan wahana yang cukup mudah dan cekap bagi penulisan Rumi
bahasa Melayu di rantau ini untuk beberapa dasawarsa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai