Anda di halaman 1dari 1

Dalam pendahuluan terdapat ringkasan kepada prinsip SUMO.

Bahagian ini secara


ringkasnya berbicara tentang komposisi buku, motivasi di sebalik komposisi terasbut dan
tujuan serta sasaran.
Mesej dalam bab pertama adalah cuba mengubah pandangan kita terhadap kehidupan. Kita
harus berhenti menyalahkan orang lain atas segala yang terjadi pada kita dan mula mengambil
tanggungjawab untuk diri sendiri. Kita semua terlalu mudah untuk menyalahkan sesuatu,
seseorang atau segalanya apabila sesuatu terjadi kepada kita, tetapi kita harus
bertanggungjawab atas cara kita bertindak balas dalam menghadapi keadaan yang sukar.
Bab dua cuba mengubah cara kita fikir dan akan memberi kesan kepada cara kita bertindak
dan penampilan kita kepada orang lain, yang akan dapat meningkatkan keadaan diri kita.
Bab tiga menyataka boleh kita bersedih atau kecewa pada ketika-ketika tertentu selagi kita
tidak berpanjangan melayani perasaan kecewa itu. Bagi mereka yang tertekan atau kecewa,
penting untuk mereka tabah dalam menghadapi kekecewaan itu, namun mereka tidak wajar
melayan rasa kekecewaan itu berpanjang-panjangan. Bab ini juga memberikan kaedah-kaedah
untuk mengatasi rasa kecewa itu, seperti tidak membicarakan perkara yang mengecewakan itu
dengan begitu ramai orang kerana hal ini akan menyuburkan kembali rasa tersebut
memastikan kita hanya bercakap dengan orang yang akan membantu kita dan tidak
menghalang kemajuan kita.
Dalam bab empat pembaca dibawa untuk membayangkan sebuah bola yang besar antara kita
dan berdiri seseorang yang bertentangan kita. Di sisi kita bola itu berwarna biru dengan titik
putih dan di sisi yang bertentangan dengan kita bola itu berwarna putih dengan bintang-
bintang kuning. Kita berdua mempunyai perspektif yang berbeza dari bola yang sama dan
tidak peduli seberapa keras kita cuba, kita tidak akan dapat meyakinkan orang lain bahawa
pandangan kita adalah 'benar'. Bola tersebut adalah analogi yang menunjukkan perbezaan
antara manusia. Bab ini juga mengajar kita agar menerima perspektif orang lain, berusaha
memahami mereka dan juga berurusan dengan perbezaan tersebut. Kita jauh lebih bersedia
untuk menghadapi cabaran jika kita memahami perkara yang mempengaruhi perspektif kita
dan orang lain terhadap cabaran tersebut.
Bab lima menyoroti hakikat yang kita benar-benar perlu melakukan sesuatu apabila
menghadapi satu-satu masalah. Buku ini mungkin buku panduan yang baik untuk membantu
kita berubah, namun pada titik tertentu kita perlu melaksanakan teori dalam amalan kita dan
LAKUKAN SESUATU. Hal ini mungkin berkaitan dengan alasan kita menolak perubahan
dan nasihat tentang cara-cara untuk menangani hal-hal yang kita dapati sukar.
Dalam bab enam pembaca diajak untuk membuangkan pemikiran bahawa ‘whatever will be,
will be’ dan berusaha menuju masa depan yang kita inginkan. Bab ini mengajak kita
mendefinisikan tujuan hidup kita dan jalan untuk mencapai tujuan tersebut.
Buku ini ditutup dengan catatan peribadi dalam bentuk singkatan peristiwa penting dalam
kehidupan penulis. Bab ini menyoroti perspektif yang berbeza dalam hidup kita. Apabila kita
tahu perkara yang benar-benar penting bagi kita, hal-hal kecil bukan lagi masalah, dan hal ini
diceritakan oleh penulis apabila beliau berurusan dengan hal kecurian kereta dan tidak boleh
dibandingkan dengan kemungkinan bahawa orang yang dicintainya meninggal dunia.

Anda mungkin juga menyukai