Anda di halaman 1dari 4

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BENGKEL

PENGENALAN

Pengurusan dan pentadbiran bengkel perlu dititik beratkan terutamanya jika


berada didalam bengkel kemahiran hidup yang dilengkapi dengan mesin-mesin serta
alatan tangan yang berisiko berlakunya kemalangan. Justeru itu, pengurusan dan
pentadbiran bengkel ini tidak boleh dipandang ringan agar objektif pembelajaran
tercapai. Prinsip-prinsip pengurusan dan pentadbiran bengkel perlu diketahui oleh guru.

Terdapat beberapa fasa yang perlu dilalui didalam proses mengurus dan
mengendalikan bengkel. Antaranya kawalan guru yang mudah, selamat untuk semua
peralatan, pencahayaan yang baik, keperluan psikologi, persekitaran yang selamat dan
efisien.
MEMUDAHKAN KAWALAN GURU DI SEPANJANG MASA

 Guru perlu mempunyai penglihatan yang baik.


 Dapat mendengar bunyi peralatan dan mesin yang sedang beroperasi.
 Mempunyai kemudahan laluan yang cepat ke semua bahagian dalam bengkel.

MEWUJUDKAN KEADAAN YANG SELAMAT KEPADA SEMUA ALATAN, MESIN DAN


BAHAN YANG PENTING DI DALAM BENGKEL

 Reka bentuk bengkel yang dapat meminimumkan kemungkinan kehilangan atau


kerosakan.

MENGHASILKAN SEBUAH BENGKEL YANG EFISIEN

 Dapat memaksimumkan produktiviti dan mengurangkan pembaziran tenaga dan


masa.
 Susunan alatan dan kelengkapan yang dapat membantu menjalani latihan.

MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG SELAMAT DAN SIHAT UNTUK BEKERJA

 Kemudahan pencahayaan yang baik, system pengudaraan yang baik, system


penyerapan bunyi yang baik dan peralatan yang selamat digunakan.

MEMENUHI KEPERLUAN PSIKOLOGI PELAJAR

 Perlu dapat menghasilkan persekitaran yang mendorong pembentukan sikap yang


baik.
 Juga dapat melahirkan kesihatan mental yang baik dikalangan pelajar.

MEWUJUDKAN PENCAHAYAAN YANG BAIK KEPADA PENGGUNA BENGKEL

 Pencahayaan yang mencukupi, penggunaan warna , susunan bengkel, ruang dan


semua faktor yang memberi kesan dari segi penglihatan kepada pengguna bengkel.
PROSES PENGURUSAN BENGKEL MENGIKUT FASA
TUJUAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
BENGKEL

Anda mungkin juga menyukai