Anda di halaman 1dari 2

Pandu Puteri Tunas 

Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang


ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada
mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama
Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun
1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja
Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju
untuk menukar nama Brownie kepada Pandu Puteri Tunas.
Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan
perkembangan bahasa di negara kita. Pandu Puteri Tunas
berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan
Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal
menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan
menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga
dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula
bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang
membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan
kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI
mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-
sifat warganegara yang sempurna.

T    Tolong orang selalu


U    Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan
Negara
N    Nilai hidup yang murni
A    Akhlak yang utuh
S    Selalu senyum tanda persahabatan
P    Patuh kepada undang-undang Tunas Puteri
U    Utamakan tanggungjawab sendiri
T    Tabah menghadapi cabaran
E    Erat dalam perpaduan
R    Rela berkhidmat untuk masyarakat
I     Indah budi bahasa

Ahli Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri Tunas dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Bagi
ahli baru, mereka akan menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pek
Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra-persetiaan ini, mereka dilantik menjadi seorang Pandu
Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan. Untuk mencapai kecemerlangan yang lebih, mereka dilatih
dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas, di samping mengambil ujian Lencana Kecekapan
yang digemari. 

Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh dengan ikrar yang dilafaz. Ikrar ini
menunjukkan bahawa seorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi
undang-undang yang telah ditetapkan. Ikrar Pandu Puteri Tunas berbunyi begini: 

“Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan,
Raja dan Negara saya, Malaysia, Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan
mematuhi undang- undang Pandu Puteri Tunas.”

Undang-Undang Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri Tunas mempunyai undang-undang yang mesti dipatuhi oleh ahli-ahlinya. Terdapat dua
undang-undang Pandu Puteri Tunas iaitu: 
Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. 
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja. 

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas


Cogan kata Pandu Puteri Tunas adalah 'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali
Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat
Besar.

Kumpulan Pandu Puteri Tunas


Nama kumpulan Pandu Puteri Tunas adalah terdiri daripada nama-nama bunga, seperti Melur,
Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan Kenanga. 

Melur taat dan setia


Melur
Berusaha setiap masa

Siantan datang berkawan


Siantan
Berani macam pahlawan

Teratai nama kami


Teratai
Bekerja setiap hari

Kami Kesidang datang


Kesidang
Menolong pagi petang

Cempaka bersuka ria


Cempaka
Menolong orang duka

Kami bernama Kenanga


Kenanga
Berjasa bertenaga

Pakaian Pandu Puteri Tunas

1. Blaus hijau muda berlogo lengan panjang


2. Seluar Panjang biru tua
3. Skaf coklat
4. Lambang kumpulan
5. Lambang Negeri
6. Woggle
7. Lencana dunia
8. Flashes bahu
9. Stoking hitam
10. Kasut hitam

Anda mungkin juga menyukai