Anda di halaman 1dari 6

FALKULTI PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN BAHASA

DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN PRA SEKOLAH

MUZIK DAN PERGERAKAN KREATIF

(ETD 2232)

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TARIAN TRADISIONAL

(TARIAN ZAPIN)

NAMA: IZATUL MUNIRAH BINTI MOHAMAD BADRUL MUNIR

NO. MATRIK: 3081016651

KUMPULAN: KOHORT 6 GROUP 1

NAMA PENSYARAH: ENCIK HASANOL ISYRAF


Pengenalan

Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Zapin ini
dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat dan tidak banyak gerak bunga
tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan dan enam puluhan. Zapin Johor dikenali
dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan
perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realitinya kedua-dua genre zapin itu berasal
daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut.

Tanah Melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat
aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah
mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional
sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia
ditarikan, antaranya adalah:

 Tarian Zapin Arab


 Tarian Zapin Johor
 Tarian Zapin Lenga
 Tarian Zapin Pekan
 Tarian Zapin Tenglu

Di Johor, Malaysia, tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam
dan berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara sekular mahupun pada sambutan
hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin
Melayu Johor walaupun lahir daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara
selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan
keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.
Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa
persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan sesama
mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara
simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha
individu di samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan mahupun antara
kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif inilah,maka keunikan dan keistimewaan tarian Zapin
Johor amat terserlah.

Zapin Pekan dipercayai telah diperkenalkan di sekitar daerah Pekan, Pahang oleh seorang
tukang songkok yang berasal dari Sumatera bernama Adam pada tahun 1930-an. Tarian Zapin
Pekan bercorak tarian persembahan atau pertunjukan. Gerak tarinya berasaskan kepada langkah
gerak penari. Sungguhpun tarian ini berasal dari Arab-Parsi, namun dari segi pakaian penari
memakai busana tradisional Melayu selengkapnya.

Tarian ini digerakkan oleh dua hingga enam pasangan penari antara lelaki dan perempuan
yang memakai baju gombang Pahang yang bersampin songket tenun dan bersongkok untuk
lelaki dan baju kurung yang ditenun sebagai pakaian yang sesuai untuk tarian ini. Tarian ini
ditampilkan dalam tiga peringkat. Peringkat pertama, permulaan tarian atau pembukaan tarian.
Peringkat kedua ialah pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga adalah
peringkat akhir iaitu sebagai penutup tirai tarian.

Zapin Pekan begitu popular pada tahun 1950-an dan 60-an di sekitar daerah Pekan
terutama di Kampung Tanjung Gemuk dan Kampung Lamir. Tarian zapin ini biasanya ditarikan
pada majlis perkahwinan dan majlis keramaian. Anak-anak muda menjadi penggiat utama dalam
tarian zapin ini kerana mereka mempunyai tenaga dan keupayaan menari dalam rentak dan
pergerakan yang cepat. Alat muzik utama yang digunakan dalam tarian ini ialah gambus, rebana,
gendang dan marakas. Antara lagu berirama asli yang didendangkan mengikut irama zapin ialah
lagu Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan banyak lagi.

Seorang pemuzik dikenali sebagai Tengku Mansor, mengambil inisiatif mencipta lagu
sebagai pengiring kepada muzik dan tarian zapin. Antara lagu yang dicipta ialah Ya Salam, Yale-
yale, Tanjung Serindit, Sri Pekan, Lanchang Kuning, Gambus Palembang dan Lancang Daik.
Lagu ini dinyanyikan isteri beliau sendiri, Cik Norlia yang berasal dari Singapura.
TEKNIK PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN

Sebagai sebuah tarian persembahan, tarian Zapin terbahagi kepada 3 peringkat :

1. Peringkat pertama - permukaan tarian atau pembuka tari.

2. Peringkat kedua - pecahan atau gerak serta lenggang tari.

3. Peringkat ketiga - penutup tarian.

Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak
merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun. Posisi tangan
tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri
berada di bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini
diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti “salam” dan “assalamualaikum”, kata–
kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti.
PAKAIAN DI DALAM TARIAN ZAPIN

Sungguhpun Zapin mempunyai pengaruh Arab–Parsi, tetapi dari segi pakaian, penari–
penari memakai pakaian Melayu selengkapnya iaitu bagi lelaki berkain samping dan bersongkok
dan wanita memakai kurung beserta kain sarong.
Rebana Gendang Rebab

Gambus marakas

ALAT MUZIK YANG DIGUNAKAN

Alat muzik utama yang digunakan bagi mengiringi tarian zapin ialah gambus, rebana,
gendang, rebab dan marakas. Petikan gambus untuk membawakan lagu, sementara rentak
gendang atau rebana atau rebab menentukan rentak dan pecahan tari. Antara lagu zapin ialah
Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan lain–lain.