Anda di halaman 1dari 26

UNIT 20

JENIS-JENIS KEGAGALAN
TANAH
SIFAT-SIFAT TANAH
Antara sifat-sifat tanah yang sesuai untuk kerja
kejuruteraan awam adalah:
Mempunyai kekuatan ricih yang baik dari segi kejelekit
dan juga sudut geseran
Mempunyai indeks kebolehmampatan yang sesuai agar
dapat mengurangkan kesan mendapan pada tanah.
Mempunyai kebolehtelapan yang sesuai agar tidak
mempengaruhi kesan kekuatan tanah.
Jenis-jenis tanah itu sendiri sama ada tanah berbutiran
kasar atau berbutiran halus atau campuran kedua-duanya.
JENIS-JENIS KEGAGALAN TANAH
Kegagalan cerun
Kegagalan tanah semasa kerja pengorekan
Kegagalan tanah asas cetek dan asas dalam
Kegagalan Cerun
Jenis-jenis kegagalan cerun ialah:
Jatuh
Gelincir putaran
Gelincir majmuk
Gelincir translasi
Aliran
Jatuh
Mod kegagalan tidak begitu serius
Dikaitkan dengan kegagalan jangka pendek cerun
tanah terkukuh lebih.
Dua fasa kegagalan dapat dikenalpasti.
Apabila sokongan sisi terhapus tanah di sekitar kaki
cerun membonjol keluar dan retak tegangan muncul
pada bahgian atas cerun.
Rajah 20.1 Mod
Kegagalan Jatuh

Kewujudan air di dalam


retakan akan menjejaskan
lagi kestabilan, akhirnya
jisim tanah tumbang dan
jatuh secara mendadak.
Gelincir Putaran
Berlaku pada tanah jelekit homogen
Permukaan yang gagal melengkung
Bergantung pada keceruman cerun, satah gelincir
yang gagal adalh dalam
Nisbah antara ketebalan maksimum gelincir dan
panjang maksimum gelincir di sepanjang cerun ialah
dalam lingkungan 0.15 – 0.33
Sambungan
Jisim tanah yang tergelincir tidak terpecah kecuali
tanah di kawasan terbawah
Jenis kegagalan gelincir putaran membulat berlaku
pada cerun tanah liat yang lebih seragam
Kegagalan gelincir putaran tak membulat terbentuk
pada cerun tanah liat terkukuh lebih yang tak seragam
Gelincir putaran cetek yang berbentuk bulat dan tak
bulat kerap terjadi pada cerun yang tidak begitu curam
Rajah 20.2 Mod
Kegagalan Gelincir
Putaran
Pergerakan jisim tanah tidak
sekata, oleh itu jisim tanah
yang tergelincir pecah
Gelincir Majmuk
Berlaku dengan bentuk permukaan kegagalan
dipengaruhi oleh kehadiran stratum bersebelahan
yang mempunyai kekuatan yang sangat berbeza
Juga berlaku apabila stratum bersebelahan adalah
pada kedalaman yang besar di mana permukaan
kegagalan mengandungi keratan berbentuk lengkuk
dan satah
Rajah 20.3 Mod
Kegagalan Gelincir
Majmuk
Gelincir Translasi
Berlaku kerana kewujudan keheterogenan seperti
lapisan tanah lemah dan sempadan di antara dua
bahan berlainan.
Gelincir ini berlaku biasanya keheterogenan terletak
agak cetek daripada permukaan cerun
Permukaan kegagalan hampir sesatah dan selari
dengan cerun muka bumi
Pada cerun tanah tak jelekit, gelincir translasi berlaku
apabila keadaan berubah contohnya berlaku risipan.
Rajah 20.4 mod
kegagalan gelincir
translasi
Jisim yang tergelincir dapat
bergerak jauh sebelum
berhenti
Mod Kegagalan Aliran
Merupakan satu daripada bentuk pergerakan jisim
tanah yang kompleks
Tidak wujud satah gagal yang dapat ditentukan secara
pasti.
Rajah 20.5 Mod
Kegagalan Aliran
Tanah yang mengalir bersifat
cecair likat
KEGAGALAN TANAH SEMASA KERJA
PENGOREKAN
Antara kegagalan tanah semasa korekan adalah
seperti berikut:
Enapan permukaan tanah yang bersebelahan dengan
korekan
Pergerakan air tanah
Lambung oleh dasar korekan
Rajah 20.6
Kegagalan Tanah
Semasa Kerja
Pengorekan
KEGAGALAN TANAH ASAS CETEK
DAN ASAS DALAM
Kegagalan tanah asas cetek dan asas dalam merujuk
kepada keupayaan galas tanah untuk menanggung
beban di atasnya atau merujuk kepada kegagalan ricih
tanah yang menyokong asas.
Kegagalan Asas Cetek
1. Kegagalan ricih am
2. Kegagalan ricih tempatan
3. Kegagalan ricih menebuk
Kegagalan Ricih Am
Permukaan kegagalan berterusan terhasil di antara
hujung-hujung asas dan permukaan tanah
Apabila tekanan dinaikkan, keadaan keseimbangan
plastik tercapai, tanah disekeliling asas beransur-ansur
merebak ke arah bawah dan keluar
Pada keadaan plastik terhasil sepenuhnya di seluruh
tanah di atas permukaan gagal
Rajah 20.7
Kegagalan Ricih Am
Perlambungan permukaan
tanah berlaku diatas kedua-
dua belah asas
Kegagalan Ricih Tempatan
Berlaku mampatan yang besar pada tanah di bawah
asas dan hanya sebahagian keadaan keseimbangan
plastik.
Berlaku sedikit perlambungan di bahagian permukaan
tanah dan berlakunya pemadatan di bahagian bawah
asas
Rajah 20.8
kegagalan ricih
tempatan
Kejadian ini menyebabkan
berlakunya mendapan pada
asas
Kegagalan Ricih Menebuk
Berlaku apabila terdapat mampatan tanah pada
bahagian bawah asas dan tidak berlaku perlambungan
tanah di bahagian permukaan tanah
Rajah 20.9
Kegagalan Ricih
Menebuk
Kejadian ini menyebabkan
berlakunya mendapan yang
besar pada asas
Kegagalan Asas Dalam
Bergantung kepada dua faktor utama iaitu:
1. Geseran antara tanah dengan cerucuk
2. Sokongan dasar cerucuk di dalam tanah

Anda mungkin juga menyukai