Anda di halaman 1dari 12

Unit 1 ETIKA PROFESSIONAL

Bab 1Pertimbangan Moral & Teori Etika

1.1 Pertimbangan Moral & Teori Etika

Pertimbangan Moral - proses dimana gelagat manusia, institusi-institusi


atau polisi-polisi dinilai sama ada ia telah menepati
atau melanggar piawaian (standard) moral.

Teori Etika - idea, kepercayaan atau tuntutan yang bertujuan


untuk menjelaskan fakta-fakta atau peristiwa-
peristiwa berdasarkan hujah-hujah yang betul.

1.1.1 Maksud Etika - Kajian moral – prinsip-prinsip moral kelakuan


individu yang boleh diterima dan kepercayaan
peribadi mereka mengenai apa yang di anggap
sebagai kelakuan yang betul atau salah.

- Etika bersifat:

• Individu - manusia mempunyai etika,


manakala organisasi tidak;
• Kelakuan beretika berbeza-beza di antara
individu;
• Etika adalah relatif, mengikut norma
sesebuah masyarakat. Ia bukan sesuatu
yang mutlak.

1.1.2 Etika Professional - Etika professional adalah nilai-nilai moral yang


dibentuk oleh sekumpulan manusia yang terlatih
dalam bidang yang sama untuk mengawal prestasi
sesuatu kerja atau kegunaan sumber.

1.1.3 Pembentukan Etika - Faktor-faktor yang instrumental adalah:


Individu - Pengaruh keluarga
- Pengaruh rakan sebaya/setara
- Pengalaman hidup
- Nilai dan moral peribadi
- Faktor situasi

1.1.4 Empat Pendapat/ i.Utilitarian–Tindakan bermoral adalah yang


berkesudahan
Pandangan Etika dengan manfaat/kebaikan terbesar yang boleh
dicapai bagi bilangan manusia yang terbanyak
(majoriti).

ii. ‘Golden Rule’- Lakukan kepada orang lain sepertimana anda ingin
orang lain melakukan kepada anda.
iii. Hak-hak Kantian
-Hak memilih (membenarkan atau tidak
-Hak kebersendirian
-Hak kebebasan mengikut suara hati
-Hak bersuara/menyuarakan pendapat
-Hak mengikut proses yang adil/ betul

iv. Kesedaran kepentingan kendiri (‘enlightened self-interest’)

– Sesuatu tindakan dianggap bermoral apabila ia


membenarkan individu atau pemegang-pemegang
kepentingan sejumlah manfaat yang maksimum,
tanpa memudharatkan atau dengan
meminimumkan sebarang kemudharatan kepada
pihak lain. Individu yang memelihara kepentingan
peribadi dapat meningkatkan kesejahteraan
seluruh ahli masyarakat.

1.2 Falsafah Normatif & - Falsafah normatif adalah kajian mengenai kaedah
Relativisme Etika pemikiran dan kelakuan, iaitu bagaimana kita harus
bergelagat dengan betul.

- Relativisme Etika adalah standard-standard moral gelagat yang


berbeza-beza di antara kumpulan yang berlainan,
sama ada di dalam sesebuah budaya, di antara
budaya serta pada masa-masa yang berlainan.

1.3 Lima Teori Etika dan i.Undang-undang abadi (‘Thomistic/Natural/Eternal


Law’)
Batasannya
- Sekiranya seseorang mempunyai hak untuk terus hidup, mempunyai
kebebasan dan inginkan kebahagiaan, maka
mereka juga bertanggungjawab untuk
membenarkan hak yang sama kepada orang lain
(‘Golden Rule’).

- Batasannya :- Terlalu banyak interpretasi terhadap apa yang


dianggap benar, terbaik atau betul.

ii. Utilitarianisme (Teleo-logical)

- Mementingkan akibat atau kesudahan sesuatu perkara.


- Manfaat yang terbanyak bagi bilangan yang terbanyak.

- Batasannya :- Konflik dalam menentukan jumlah


manfaat yang terbanyak serta bilangan manusia
yang terbanyak; Kepentingan golongan minority
juga diabaikan.

iii. Universalisme (Deonto-logical)


- Mementingkan niat seseorang
- Menganggap orang lain sebagai suatu matlamat yang harus dihargai,
bukan sebagai alat untuk mencapai matlamat.
- Batasannya :- Tidak mempunyai keutamaan atau tahap-tahap yang
berbeza. Sukar untuk mengamalkannya setiap
masa.

iv. Adil Pembahagi (‘Distributive Justice’)

- Keadilan sebagai satu-satunya nilai utama;


-Mengagihkan beban dan faedah dalam
masyarakat berdasarkan kesamarataan, keperluan,
usaha, sumbangan atau keupayaan.

- Batasannya :- Bergantung sepenuhnya kepada


kerjasama dalam sesebuah masyarakat. Usaha
individu diabaikan.

v. Kebebasan peribadi

- Kebebasan sebagai satu-satunya nilai utama


- Institusi atau undang-undang yang mencabuli
kebebasan individu akan ditolak walaupun ia dapat
memberi kebahagiaan atau faedah kepada pihak
lain.

- Batasannya :- Definisi kebebasan yang sempit


kerana kebebasan dilihat sebagai suatu hak
negatif, iaitu hak supaya tidak diganggu atau
disukarkan oleh pihak lain.

1.4 Kesimpulan a. Setiap teori menyatakan hanya satu


aspek/sebahagian daripada kebenaran
keseluruhan. Ia tidak lengkap dan tidak memadai
untuk menghukumkan sesuatu tindakan sebagai
bermoral atau tidak bermoral.

b. Tiada suatu sistem yang berjaya memberi panduan lengkap dalam


pembuatan keputusan oleh pihak pengurusan.

c. Oleh itu, kita harus menggunakan kesemua lima sistem dalam usaha
mencari penyelesaian yang saksama.
Bab 2 Tanggungjawab Moral dan Tanggungjawab Sosial

2.1. Akauntabiliti dan Apakah syarat-syarat yang membolehkan kita


meletakkan
Liabiliti Moral tanggungjawab akauntabiliti/liabiliti ke atas
seseorang?

• Pengetahuan dan kebebasan – seseorang itu


melakukan sesuatu perkara dengan penuh
kesedaran, kebebasan bertindak, beserta
niat yang sengaja.
• Tidak jahil (‘not ignorant’) – memahami
bentuk tindakan yang diambil serta
akibatnya.
• Tanpa unsur paksaan – tidak dipaksa atau
diancam untuk melakukannya.

Kajian Kes i. Kes Diskriminasi – Adakah terdapat elemen


paksaan yang berpunca daripada tekanan budaya?
Mengapa, atau sebaliknya mengapa tidak?

ii. Kes Kilang Nuklear – Apakah tindakan yang betul dari segi
moralnya? Berikan justifikasi.

iii. Kes Insurans – Adakah terdapat unsur paksaan? Adakah ‘adjuster’


tersebut mempunyai tanggungjawab moral?
Berikan justifikasi.

2.2 Menyelesaikan Kes i. Penyelesaian Undang-undang Abadi

- Kebenaran atau kesalahan seseorang boleh


dinilai berdasarkan tahap kerjasamanya dalam
sesuatu tindakan – sama ada kerjasama secara
‘formal’ atau ‘material’.

• Kerjasama ‘formal’ – sanggup melakukan


sesuatu perkara yang jelas salah,
membenarkan serta menyetujui perkara
tersebut.
• Kerjasama ‘material’ – bermaksud seseorang
itu di suruh melakukan sesuatu yang tidak
melanggar hukum moral atau buruk, tetapi
menyumbang kepada sesuatu
kesudahan/tindakan yang salah.

ii. Penyelesaian Utilitarian


- Jalankan suatu analisis kos-faedah – mana yang
mendatangkan lebih banyak kebaikan secara
keseluruhannya adalah di anggap bermoral dan
betul.

iii. Penyelesaian Relativisme Budaya


- Pemerhatian terhadap norma dan adat kebiasaan
masyarakat untuk menentukan amalan mana yang
konsisten dan dapat diterima.

2.5 Etika dalam Konteks - Piawaian (standard) etika peribadi warga


organisasi:
Organisasi
- Pengaruh gelagat/kelakuan tidak beretika
yang
wujud disekitar organisasi, serta faktor-
faktor
situasi.

- Amalan organisasi yang mempengaruhi standard etika


pekerja

2.6 Mengurus Gelagat Etika - Mewujudkan piawaian formal bagi gelagat


etika; garis panduan bagaimana berurusan dengan
pembekal, pelanggan, pesaing, dan lain-lain
konstituen.

- Kod Etika – mengandungi kenyataan nilai-nilai dan piawaian etika


sebagai panduan tindakan organisasi.

2.7 Tanggungjawab Sosial - Definisi – suatu set


tanggungjawab/kewajipan yang harus organisasi
pertahankan, sebar dan amalkan dalam
masyarakat di mana mereka beroperasi.

2.8 Sejarah Tanggungjawab i. Era Keusahawanan (1800s-1930)


Sosial
- Perhubungan penting di antara perniagaan, kerajaan dan masyarakat
mula diperakui; bahawa perniagaan mempunyai
peranan kemasyarakatan selain memaksimumkan
keuntungan.
- Meluluskan undang-undang untuk mengawal amalan perniagaan.

ii. Era Kemelesetan (1930-1960)


- Kuasa dan pengaruh organisasi-organisasi besar serta amalan tidak
bertanggungjawab sehingga mengakibatkan
kejatuhan pasaran saham pada 1929.
- Undang-undang diluluskan untuk melindungi pelabur dan perniagaan-
perniagaan kecil.
- Tindakan baru kerajaan yang menuntut supaya organisasi
memainkan peranan aktif dalam
mempertingkatkan kesejahteraan umum.

iii. Era Sosial (1960s)


- Era pergolakan sosial, pergerakan aktivis awam dan bantahan
terhadap Perang Vietnam
- Pendapat awam yang lantang terhadap nilai, keutamaan serta
matlamat Negara
- Pengisytiharan 4 hak asasi pengguna oleh J. F. Kennedy:
• Hak menggunakan produk yang selamat
• Hak diberitahu mengenai aspek-aspek
relevan sesuatu produk
• Hak menyampaikan rungutan
• Hak memilih apa yang mereka beli

2.9 Skop Tanggungjawab i.Konstituen – pihak yang menerima kesan


langsung akibat
Sosial syarikat amalan sesuatu organisasi serta mempunyai
kepentingan dalam prestasinya. Contohnya,
kerajaan, pemiutang, pembekal, pekerja dan
pelabur.

ii. Persekitaran alam semula jadi

iii. Kebajikan/kesejahteraan umum masyarakat

2.10 Hujah-hujah yang Hujah-hujah menyokong:


Menyokong atau a.Perniagaan yang menimbulkan masalah,
maka mereka
Membantah harus membantu menyelesaikannya.
Tanggungjawab Sosial b.Badan korporat sebagai warga masyarakat
c.Perniagaan memiliki sumber untuk menyelesaikan masalah.
d.Tanggungjawab sosial dapat meningkatkan keuntungan.

Hujah-hujah membantah:
a.Tujuan perniagaan adalah untuk menjana keuntungan kepada
pemiliknya, bukan bertanggungjawab sosial.
b.Penglibatan perniagaan dalam program sosial akan memberi terlalu
banyak kuasa kepada perniagaan.
c.Potensi wujudnya konflik kepentingan.
d.Perniagaan tiada/kurang kepakaran untuk mengurus program-
program sosial.
2.11 Empat Pendekatan/ i.Halangan Sosial– Melakukan seberapa sedikit
yang boleh,
Tahap Organisasi tidak mengakui atau menyembunyikan amalan
salah
dalam Tanggungjawab
Sosial ii. Tanggungjawab Sosial – Lakukan hanya setakat
yang dituntut oleh undang-undang, tidak lebih dari
itu.

iii. Responsif Sosial – Lakukan perkara-perkara melebihi kehendak


undang-undang atau etika.

iv. Sumbangan Sosial – Mencari-cari peluang secara proaktif untuk


menyumbang kepada masyarakat.

2.12 Kerajaan dan Bagaimana kerajaan dapat mempengaruhi


organisasi:
Tanggungjawab -Melalui peraturan langsung- mengarah, memantau
Sosial dan mengawal apa yang dibenarkan atau dilarang,
seperti:

• Melindungi alam sekitar


• Melindungi pengguna
• Melindungi pekerja
• Undang-undang sekuriti (seperti
pemilikan, cagaran, jaminan)

- Melalui peraturan tidak langsung, seperti:


• Undang-undang percukaian sebagai insentif
untuk mempengaruhi arah perbelanjaan
organisasi

2.14 Pengaruh Organisasi -Organisasi mempengaruhi kerajaan melalui:


• Kenalan peribadi - pergaulan sosial dan
‘networking’
• Melobi – individu/kumpulan cuba pengaruhi
pembentukan undang-undang
• Jawatankuasa Bertindak Politik – mengumpul
dan mengagihkan wang kepada calon politik (di
Amerika Syarikat terutamanya)
• Bantuan (‘favours’) – guna pengaruh bantuan
yang telah diberi untuk dapatkan sokongan.
2.15 Bagaimana Organisasi Pendekatan formal:
Mengurus Tanggung- - Perundangan – mematuhi undang-undang
tempatan,
Jawab Sosial: negeri, persekutuan dan antarabangsa.
Jangkauan Mematuhi - Etika – mematuhi standard asas gelagat beretika
Etika - Sumbangan filantropik – pemberian wang/hadiah
dalam aktiviti dan program amal.

Pendekatan tidak formal:


- Kepimpinan dan budaya organisasi – membina
budaya dan kepimpinan dengan menjelaskan
tanggungjawab sosial organisasi supaya dapat
diterap oleh warga organisasi
- Menyokong peniupan wisel – Pekerja
mendedahkan salahlaku (yang tidak beretika atau
menyalahi undang-undang) dalam organisasi
kepada pihak berkuasa awam serta media.

2.16 Menilai Tanggung- - Garis panduan atau Kod Etika


jawab Sosial - Audit sosial korporat

Bab 3 Sifat/Jenis Etika dalam Perniagaan Moden

3.1 Masalah Etika Sebagai - Suatu dilema kepada pengurus untuk


mencapai
Masalah Pengurusan keseimbangan (‘balance’) yang betul, sesuai dan
saksama di antara prestasi ekonomi dengan
prestasi sosial.

3.2 Ciri/sifat Masalah Etika i. Akibat yang berpanjangan – impak ke atas


pihak lain,
dalam Pengurusan sama ada di dalam mahupun di luar organisasi;
atau di luar kawalan pihak pengurus.

ii. Alternatif yang pelbagai – terdapat banyak alternatif dalam memilih


penyelesaian yang beretika – mana yang harus
dilakukan, mana yang tidak harus dilakukan.

iii. Kesudahan yang berlawanan – setiap alternatif membawa kos dan


faedah sosial yang berbeza-beza.

iv. Akibat yang tidak pasti – akibat setiap alternatif tidak jelas.

v. Implikasi peribadi – alternatif-alternatif mempunyai kos serta faedah


yang membri kesan peribadi kepada individu.
3.3 Contoh-Contoh -Perletakan harga – suatu keputusan
ekonomi yang boleh
Masalah Etika memberi kesan negatif/mudarat kepada pengguna.
Dalam Pengurusan
-Pengiklanan – tahap kebenaran/memperdaya yang
berbeza-beza, contohnya di antara iklan yang
seluruhnya benar, sebahagian sahaja yang benar
atau seluruhnya tidak benar.

-Promosi produk – tawaran promosi kadangkala


mengakibatkan pihak lain terpaksa menanggung
kosnya.

-Keadaan tempat kerja – ruang kerja yang lembab/tidak selesa, bising,


kurang cahaya, pengalihan udara tidak memadai,
asap dan debu, tidak selamat dsb.

-Khidmat pelanggan – kualiti produk yang menurun, rosak atau cacat.

-Pembuangan pekerja – untuk mengurangkan saiz operasi.

-Pencemaran alam sekitar – pembuangan toksik yang tidak selamat,


pencemaran dan pemupusan air/udara/kawasan.

-Perhubungan komuniti – firma gunakan kuasa ekonomi (contohnya


memindahkan operasi) sebagai tekanan untuk
mendapatkan kelonggaran/keistimewaan.

-Perhubungan pembekal – guna kuasa ekonomi terhadap para


pembekal kcil dalam komuniti mereka.

3.4 Analisis Masalah Untuk mencapai keseimbangan di antara


prestasi ekonomi
Etika dalam dan prestasi sosial:
Pengurusan
-Analisis ekonomi – sama ada sesuatu
keputusan/tindakan dapat menggunakan sumber
yang terhad dengan paling efisien serta efektif.

-Analisis Perundangan – sama ada sesuatu


keputusan/ tindakan telah melanggar mana-mana
undang-undang. Masyarakat akan mewujudkan
undang-undang dan peraturan untuk dipatuhi dan
dilayani secara adil. Jika tidak, undang-undang baru
akan digubal bagi menangani keadaan.

-Analisis etika – sama ada sesuatu


keputusan/tindakan diambil secara rasional
berdasarkan prinsip konsistensi serta prinsip
kebajikan – supaya ahli masyarakat dapat di layani
dengan cara yang paling adil.

3.5 Etika dalam Islam -Suatu mesej universal (pendekatan holistik) dalam
mencapai kesepaduan dengan:
• Tuhan
• Sesama manusia
• Agama

-Syari’ah –berasaskan Al-Qur’an; suatu sistem


perundangan yang komprehensif yang mengatur
kesemua aspek kemasyarakatan; peraturan-
peraturan yang ditafsirkan berdasarkan fahaman
beberapa mazhab.

-Perdagangan dan perniagaan – telah menyebarkan


Islam melalui orang-orang muslim Arab yang mahir
dalam mengemudi pelayaran, membina kapal,
astronomi dan alat-alat pengukuran saintifik.
Amalan etika perniagaan dalam aktiviti
perdagangan mereka turut tersebar.

-Ajaran-ajaran amalan ekonomi (Syari’ah dan


Hadith):
• Bercirikan perusahaan bebas, pendekatan
ekonomi pasaran sektor swasta
• Hak memiliki harta persendirian
• Keuntungan dibenarkan, tetapi tidak
mengatasi tanggungjawab persaudaraan,
perpaduan dan amal jariah
• Hukum halal dan haram, contohnya faedah
tetap

-Kewajipan kepada Tuhan, dalam:


• Berbelanja/bersedekah demi cinta terhadap
Tuhan
• Menunaikan syarat kontrak dengan
sempurna

UNIT 2 ETIKA PENGURUSAN, ‘RULE OF LAW’ DAN REKABENTUK


ORGANISASI

Bab 4 Etika Pengurusan dan ‘Rule of Law’

4.1 ‘Rule of Law’ -Bermaksud – Kita harus merujuk kepada undang-undang


apabila menghadapi konflik di antara prestasi ekonomik
dengan prestasi social. Undang-undang merupakan:
• Satu set peraturan yang dibentuk oleh ahli
masyarakat untuk mentadbir/mengawal gelagat
(‘behaviour’) dalam masyarakat mereka.
• Menggambarkan hukum-hukum moral kolektif yang
dipegang oleh ahli sesebuah masyarakat,
terutamanya dalam masyarakat demokrasi.

4.2 Undang-undang - Sekiranya kita tidak setuju dengan sesuatu


tindakan firma,
Sebagai Panduan maka kita harus mengambil langkah mewujudkan
undang-undang
Moral mengenainya, sama ada untuk menghalang tindakan
firma atau menggalakkan supaya tindakan alternatif di
ambil.

- Andaikata undang-undang yang diingini tidak dapat


diluluskan melalui proses demokratik, maka keadaan
tersebut harus diterima.

4.4 Undang-undang Contoh pilihan moral – Aktiviti pinjaman bank


Sebagai Satu - Sama ada meluluskan pinjaman berisiko tinggi kepada
sebuah
Kombinasi kepada sebuah firma kecil tempatan yang kadar
aedah/pulangan
Penghakiman nya dihadkan oleh undang-undang, atau memberi
pinjaman
Moral berisiko rendah kepada sebuah firma luar yang besar
dengan kadar pulangan yang sama?

Dilema etika – pilihan di antara prestasi ekonomi dan tanggung jawab


sosial menjadi rumit disebabkan oleh:
• Akibat/konsekuen yang berpanjangan
• Kesudahan yang tidak pasti
• Implikasi kerjaya peribadi

- Dalam sebuah masyarakat berdemokrasi, kta tidak


boleh melampaui batas undang-undang, kerana ia
bermakna bahawa kita tidak mematuhi standard-standard
moral majoriti (masyarakat).
- Sekiranya kita tidak menyukai sesuatu perkara,
dapatkan suara/sokongan ramai majoriti untuk mengubah
undang-undang. Sebelum berjaya melakukan sedemikan,
kita harus mematuhi kehendak majoriti.

4.5 Definisi - satu set peraturan untuk mentadbir/mengawal


bagaimana rakyat perlu bertindak dalam perhubungan
mereka dalam sesebuah masyarakat.

- Sifat-sifat/ciri-ciri utama undang-undang:


• Konsisten
• Sejagat (universal)
• Diterbitkan (published)
• Diterima (accepted)
• Berkuatkuasa (enforced)

- Disokong oleh suatu rangkakerja yang terdiri daripada


institusi-institusi sosial berikut (Rajah 4.1):
• Badan perundangan (legislature)– menggubal
undang-undang
• Peguam dan pembantu-pembantunya–
menjelaskan undang-undang
• Makhamah dan agensi-agensi perundangan –
menterjemah undang-undang
• Pasukan polis – menguatkuasakan undang-undang

4.6 Perhubungan di - Bertindih dengan standard moral


antara undang - Bersifat negatif, manakala standard moral bersifat positif
undang dan - Bersifat terkemudian berbanding standard moral.
Standard moral

4.7 Pembentukan - Melalui beberapa proses seperti berikut:


Undang-undang i. Proses individu – berasaskan norma, kepercayaan dan
nilai.
ii. Proses Kumpulan – berdasarkan konteks-konteks
budaya/ agama, sosial/politik dan teknologi.
iii. Proses sosial – berdasarkan perkaitan/perhubungan
dengan kumpulan yang lebih besar.
iv. Proses politik – berdasarkan institusi (pembentukan)
undang-undang.

4.8 Kesimpulan - ‘Rule of Law’ sebagai asas dalam membuat pilihan


moral, iaitu sama ada undang-undang benar-benar dapat
menggabungkan standard-standard moral peribadi untuk
dijadikan suatu undang –undang universal?

• Standard moral adalah berasaskan maklumat yang


tidak lengkap.
• Standard moral menjadi lemah apabila berpecah
kepada kumpulan-kumpulan kecil
• Standard moral mungkin tidak disampaikan dengan
tepat disebabkan oleh pengaruh organisasi besar.
• Undang-undang yang dibentuk mungkin tidak
mengikut standard moral dengan tepat.
• Undang-undang adalah tidak lengkap/tidak tepat,
maka ia memerlukan makhamah/agensi-agensi untuk
mentafsir/ menjelaskannya.