Anda di halaman 1dari 8

KOMUNIKASI, BAHASA DAN PERTUTURAN

Elemen-elemen Pertuturan

• Aspek segmental

• Aspek non-segmental

Aspek-aspek bahasa
• Bentuk bahasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian yang lain, iaitu unsur segmental
dan unsur suprasegmental. Unsur segmental dapat dibahagikan kepada segmen yang
lebih kecil, dan unsur suprasegmental ialah bahagian bahasa yang kehadirannya
ditentukan oleh unsur segmental.

Aspek segmental
• Unsur segmental bahasa, secara kronologinya dapat diperincikan daripada unit yang
lebih besar hinggalah unit yang lebih kecil, iaitu wacana, ayat, klausa, frasa, kata,
morfem, suku kata, fonem, dan fon.

Aspek suprasegmental
• Unsur suprasegmental bahasa terdiri daripada intonasi dan unsur di bawahnya, yang
kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental bahasa.

• Unsur intonasi ialah tekanan (keras lembutnya ujaran), nada (tinggi rendahnya ujaran),
durasi (panjang pendeknya setiap segmen), dan perhentian (pembahagian arus ujaran).

Ciri-ciri Pertuturan yang Baik


a. Sebutan
 Huruf mestilah dibunyikan dengan tepat mengikut ejaan.
 Menyebut suku kata demi suku kata dengan tertib dan teratur.
b. Tekanan
 Merupakan satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan
tekanan pada tempat-tempat tertentu.
 Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk menandakan
keras atau lembut sesuatu ucapan.
c. Intonasi
 Intonasi ialah keadaan bunyi yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat itu
dilafazkan.
 Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza
mengikut jenis ayat yang dituturkan.
d. Nada
 Nada ialah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu
perkataan atau suku kata itu dilafazkan.
 Di dalam muzik umpamanya, terdapat lapan nada, iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti,
Do.
 Setiap nada ini mewakili satu suku kata.
e. Tatabahasa
 Tatabahasa adalah satu sistem pertuturan atau undang-undang yang
menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat-ayat.
 Pertuturan atau undang-undang ini mempunyai kaedah dan formula tertentu.
 Dalam bahasa pertuturan (lisan), murid perlu dipastikan bercakap mengikut
tatabahasa yang betul.
f. Laras Bahasa
 Laras bahasa bermaksud boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai
konteks, situasi dan suasana yang sesuai.

IMPLIKASI TERHADAP INTERVENSI BAHASA


i. Penilaian
 Pakar yang menilai kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran perlu
mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap
kemungkinan berlakunya kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang
dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak ,
penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Mereka juga
perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain
yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka.
 Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan
tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak.
Kanak -kanak mungkin menjadi lebih hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh
menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat
pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting
terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu
disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan.
 Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya
penglihatan atau pendengaran , kekok tangan masalah sawan , gangguan pada
urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas
dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika disyaki
pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian
psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada
masa itu. Jika kanak -kanak itu disyaki menghidap sesuatu penyakit , doktor akan
menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.
  Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak
-kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur
disfungsi perkembangan (elements of disfunctions ) masih kurang. Penilaian
seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan
kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat
-maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan
menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas
kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara
seorang kanak -kanak dengan yang lain.
 Kanak -kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu
dengan ubat - ubat stimulant tertentu dan kaedah pengubahsuaian tingkah laku (
behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya inggatan
digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu
perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.
ii. Strategi
 Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi-
intitusi yang menawarkan program-program pengayaan.
 Institusi-intitusi ini juga mengaturkan aktiviti-aktiviti atau kurikulum yang
menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti-aktiviti harian kanak-
kanak tersebut.
 Pengusaha-pengusaha tadika memberikan program pengayaan kepada anak-
anak murid mereka dengan menggunakan berbagai-bagai teknologi
pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi
pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek
kanak-kanak.
 Pengalaman yang diperoleh daripada program-program intervensi keatas kanak-
kanak cacat telah membolehkan para profesional memahami konsep by pass
strategies, iaitu strategi-strategi yang membolehkan kanak-kanak cacat
memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan keupayaannya.
 Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah pembelajaran
di kalangan kanak-kanak telah berkembang dengan pesatnya.
 Pengalaman hidup seseorang kanak-kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat
terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.
 Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan-tanggapan yang
mungkin kurang tepat terhadap kanak-kanak yang kurang maju dalam
pelajarannya.
 Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan
mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman, teknik mengajar tidak
berkesan, pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak.
 Ramai ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti kelas
tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka.

INTERVENSI BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI


MASALAH PENGLIHATAN

i. PENILAIAN

 Perkembangan Persepsi

Perkembangan persepsi merupakan suatu proses mengumpul dan mengintergrasikan


asas-asas pengalaman sensori secara berperingkat. Menurut teori Gibson, gabungan
pengalaman perseptual yang lebih mantap melalui latihan-latihan yang spesifik dan
berterusan akan menghasilkan sesuatu yang lebih mantap dan matang. Pengalaman
menginterpretasikan sesuatu maklumat akan mempengaruhi pencapaian seseorang
kanak-kanak bukan sahaja dari aspek persepsi tetapi juga kognitif (Kail, 2001).

 Sebagai contoh ialah konsep warna yang amat sukar diterangkan kepada kanak-kanak
cacat penglihatan (Moore, 1997). Menurut Nielsen (1991) bagi kanak-kanak buta,
konsep ruang boleh dikatakan sifar kerana hanya dengan berbekalkan pengalaman dan
latihan sahaja mereka akan dapat memahami konsep ruang ini.

 Pelbagai ujian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa kanak-kanak cacat


penglihatan yang mengalami kecelaruan di dalam konsep ruang, diantaranya ialah ‘meta
analysis’ dimana kanak-kanak buta dan rabun diletakkan di suatu kawasan dan diuji
bagaimana mereka mengamati ruang di dalam kawasan tersebut. Hasil ujian
menunjukkan bahawa kanak-kanak buta amat sukar untuk mengadaptasi sumber atau
petunjuk (clue) yang ada. Mereka memerlukan latihan sebelum didedahkan kepada
sesuatu situasi baru (Linn & Petersen, 1985).

ii. STRATEGI

 Keupayaan persepsi adalah berkaitan dengan penggunaan deria. Oleh yang demikian
adalah tepat jika dikatakan bahawa penggunaan deria bagi kanak-kanak cacat
penglihatan perlu dimaksimumkan untuk mendapatkan tahap perseptual yang terbaik
(Kain, 2004).

Kanak-kanak yang mengalami kebutaan memerlukan pelbagai pendedahan dan latihan


intensif. Diantaranya ialah peningkatan deria bau diperingkat bayi. Bayi perlu diberikan
pendedahan tentang individu-individu penting seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
Tindakan ini akan memberikan kesan psikologi iaitu rasa selamat pada seseorang bayi.
Menurut Vaughn et al. (2003) kesan psikologi yang baik kepada bayi yang berisiko tinggi
seperti bayi buta akan dibawa hingga mereka mampu memahami persekitarannya.
 Jika diperhatikan kepada gaya dan perlakuan seseorang kanak-kanak cacat penglihatan,
mereka sering menunjukkan tingkahlaku atau emosi takut. Perasaan takut ini akan lebih
menonjol pada keadaan atau situasi yang baru dilaluinya. Mereka akan sukar untuk
melakukan pergerakan jika tiada pemandu celik disampingnya. Ini adalah disebabkan
mereka tidak menguasai konsep ruang. Latihan yang diperlukan ialah mengenal gema,
orientasi dan mobiliti (Jacobson, 1993). Latihan mengenal gema adalah dengan melatih
kanak-kanak mengenal balikan gelombang pantulan pada objek seperti dinding agar
mereka mengetahui kedudukan mereka adalah berhampiran dengan sesuatu objek.

 Bagi kanak-kanak cacat penglihatan, maklumat tentang jarak sering menjadi kekeliruan.
Latihan perlu diberikan untuk mereka mengenal sesuatu jarak seperti apakah yang
dikatakan dengan satu depa dan sepuluh meter. Kanak-kanak ini perlu diberikan
pengalaman untuk membuat ukuran sendiri menggunakan tali pengukur untuk
mendapatkan perbandingan jarak.

 Pengenalan kepada saiz memerlukan pelbagai elemen yang dapat menyokong sesuatu
keadaan. Aktiviti untuk mengenal saiz boleh dilakukan dengan membuat persamaan
dengan kehidupan harian. Sebagai contoh, adik memakai seluar saiz S, abang memakai
seluar saiz X dan ayah memakai seluar saiz XL. Perbezaan ini boleh diterangkan kepada
kanak-kanak cacat penglihatan untuk membolehkan mereka membuat perbandingan
saiz. Kepelbagaian material yang digunakan akan dapat memantapkan lagi pemahaman
tentang sesuatu saiz.

iii. KEBERKESANAN

 Murid perlu diberi peluang merasai sendiri sesuatu situasi agar kefahaman yang ada
dapat diperkukuhkan. Seterusnya memantapkan lagi pemahaman perseptual mereka.
Hanya latihan yang berulang kali dapat membantu kanak-kanak cacat penglihatan ini
memahami sesuatu konsep itu selain bersandarkan kepada umur mereka.
MASALAH PENDENGARAN

I. PENILAIAN
 Umum beranggapan seseorang yang cacat pendengaran atau pekak akan turut
kehilangan keupayaan untuk bercakap apalagi menguasai kemahiran menulis. Malah
sangkaan sedemikian jugalah diyakini oleh penulis semenjak dahulu lagi terhadap
mereka yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) atau insan istimewa ini.

 Namun satu tugasan berkaitan Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia (PKPM) baru-
baru ini menyedarkan bukan sahaja penulis malah para hadirin pada majlis itu bahawa
insan istimewa ini juga berupaya untuk bercakap, membaca, menulis dan mengira.

II. STRATEGI
 Terdapat 4 bahasa komunikasi untuk orang pekak yang boleh digunapakai dan yang
manakah satu yang boleh kita iiktirafkan sebagai Bahasa Komunikasi untuk mereka.

 1. Kod Tangan Bahasa Melayu ( Kom.Seluroh Kod Tangan Bahasa Melayu) KTBM
 2. Bahasa Isyarat Malaysia - BIM
 3. Pertuturan Kiu Bahasa Malaysia - PKBM
 4. Penulisan Bahasa Malaysia - PBM

 berpandukan kepada ukuran ketidakupayaan pendengaran sepertimana di bawah,


berpendapat bahawa intervensi awalan untuk anak-anak pekak mempelajari serta
menguasai bahasa komunikasi hendaklah berpandukan kepada tahap pendengaran
masing-masing dan tiada paksaan untuk mereka untuk memilih bahasa yang akan
digunakan. Semua jenis bahasa komunikasi yang tersebut di atas adalah terbaik dan
terpulanglah kepada ibu bapa untuk memilihnya.

 1. minimum (mild) - ( 20 - 30db


2. sederhana ( moderate ) - ( 30 -60db )
3. Teruk ( severe ) - ( 60 - 90db)
4. Sangat Teruk ( Profound ) - ( melebihi 90db )

III. KEBERKESANAN
 KTBM ditekankan oleh Jabatan Pendidikan Khas agar Orang Pekak Malaysia
menggunakan KTBM untuk menguasai Bahasa Melayu. Bukan sahaja KTBM tidak
memberi kesan yang baik tetapi juga merosakkan pemahaman Orang Pekak
Malaysia dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Ini kerana KTBM dan lisan memberi
kesan tidak sama. Bagi penggunaan KTBM, Orang Pekak Malaysia sukar melihat
maksud dan gambaran sehingga tidak menarik lagi kerana KTBM digunakan tanpa
bahasa badan dan mimik. Manakala lisan itu memberi kesan yang pelbagai kepada
Orang Pendengaran kerana lisan menggunakan latar suara yang berlainan dapat
memberi gambaran dan maksud kepada Orang Pendengaran.
 Cara Orang Pekak membaca Bahasa Melayu secara tulisan tidak sama dengan cara
membaca BIM secara visual. Oleh sedemikianlah, mana-mana bahasa isyarat tidak
menjamin kejayaan menguasai Bahasa Melayu. Bagi pelajaran Bahasa Melayu, BIM
bertindak sebagai satu komunikasi untuk memudahkan pengajaran dan
meningkatkan intelektual. Tetapi, apabila Orang Pekak berkomunikasi di luar
pelajaran Bahasa Melayu, BIM bertindak sebagai bahasa ibunda bagi Orang Pekak
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai