Anda di halaman 1dari 31

ASP MOHAMMAD KAMAL BIN AHMAD,

(KAUNSELOR BERDAFTAR)
KETUA CAWANGAN
BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING (BAKA)
IBU PEJABAT BRIGED TENGAH PGA
CHERAS
Tel: 03 -90862270
Fax : 03-90756732
HP: 019 235 8044
Email: Kmalsar_83 @ Yahoo.com
KAUNSELOR MEMBANTU
MERINGANKAN MASALAH

Sabda Nabi s.a.w


” Barang siapa melapangkan diri seorang
mukmin yang sedang dalam kemarahan,
atau menolong seorang mukmin yang
teraniaya, nescaya ia akan diampunkan
dosanya”.
APA ITU KAUNSELING?
Apa itu Kaunseling?
Satu proses bagi membina perhubungan berkerjasama
di antara kaunselor dan klien (orang yang memerlukan
pertolongan).

Dalam situasi pekerjaan, kaunseling lebih merupakan


perhubungan di antara seorang ketua (penyelia) dan
pekerja (klien).

Lebih berbentuk usaha melakukan perubahan terhadap


sikap dan tingkah laku seseorang.
Apa itu Kaunseling?
Persatuan Kaunseling Malaysia(PERKAMA),
telah mendefinisikan;

• Kaunseling sebagai suatu proses perhubungan


menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi
yang dilakukan oleh kaunselor professional bagi
menghasilkan perubahan, perkembangan dan
penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh
secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika
kaunseling.
Apa itu Kaunseling?
5 objektif yang perlu difahami oleh
seorang kaunselor iaitu;

1 Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan


kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan
berkesan

Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi


2
bekerja
Apa itu Kaunseling?
Menolong klien menyelesaikan masalah mereka
3

Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka


dan tingkah laku yang mengganggu
4
Mengimbas kembali kemungkinan yang akan terjadi
akibat daripada setiap cara atau perbuatan yang
5 mengganggu
Apa itu Kaunseling?

Secara umumnya, kaunseling boleh


dianggap sebagai bentuk perhubungan
sosial antara dua orang secara
bersemuka dan melibatkan individu
yang normal.
Apa itu Kaunseling?
• Kaunselor perlu difahami bahawa kaunseling itu
bukanlah satu bentuk hukuman.
• Sebarang bentuk kritikan yang boleh menjejaskan
perasaan dan emosi seseorang adalah perlu
dielakkan.
• Selain itu, perlu juga menghindari tabiat suka
mencari kesalahan sesuatu pihak.
Apa itu Kaunseling?
Kaunseling adalah bertujuan:-
• Sebagai pembetulan, nasihat dan pandangan yang membina
• Membangun dan menghasilkan perubahan yang positif dalam
diri klien
• Menjadikan klien lebih stabil dan produktif
• Memenuhi potensi dan seterusnya menjadi seorang yang
berjaya
• Membantu membuat penyesuaian kehidupan tanpa banyak
penderitaan
• Mempertingkatkan perkembangan diri klien supaya dapat
mencapai tahap kesihatan mental yang maksimum.
5 FAKTOR – MENGAPA
PERKHIDMATAN KAUNSELING
DIPERLUKAN ?
5 Faktor – Mengapa Perkhidmatan Kaunseling
Diperlukan ?

1 Memberi maklumat
Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan
maklumat mengenai masalah tersebut

Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas


berhubung dengan masalah dari kaunselor, ini secara
langsung dapat membantu klien mengatasi masalahnya
5 Faktor – Mengapa Perkhidmatan Kaunseling
Diperlukan ?
2 Menggalakkan Celik-Akal

Membantu klien memahami lebih lanjut


mengenai diri (menyelami diri) dan
persekitaran

Membantu klien mengetahui bahawa dirinya


adalah kunci kepada masalah yang dihadapi
5 Faktor – Mengapa Perkhidmatan Kaunseling
Diperlukan ?
3 Memberi sokongan

Masalah yang terlalu banyak dan susah


hendak diubah memerlukan sokongan emosi
yang tidak berbelah bahagi, kemesraan dan
pamerkan perasaan yang klien itu faham
serta dapat mengurangkan bebanan masalahnya.
5 Faktor – Mengapa Perkhidmatan Kaunseling
Diperlukan ?

4 Penyelesaian Konflik
- Mengurangkan ketegangan dan permusuhan di antara dua
individu (pihak)
- Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari
jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan
- Mempelajari penggunaan perlakuan yang sesuai
- Menolong klien menyelesaikan isu mengganggu
- Menyelidiki dan memahami bentuk tekanan jiwa dan
masalah yang dialami oleh klien dengan lebih jelas lagi
5 Faktor – Mengapa Perkhidmatan Kaunseling
Diperlukan ?
5 Membuat keputusan

Membantu klien membuat keputusan


kerana kebanyakan masalah yang
dihadapi adalah untuk membuat keputusan

Kaunselor boleh mengemukakan


cadangan dan berbincang dengan klien
sebelum sesuatu keputusan diambil
take 5…?

AMARAN KERAJAAN MALAYSIA


MEROKOK MEMBAHAYA KESIHATAN !!!
SENDIRI MAU INGAT!
RASIONAL PERLUNYA
PERKHIDMATAN KAUNSELING
Rasional Perlunya
Perkhidmatan Kaunseling

• Banyak orang beranggapan bahawa kaunseling bukanlah


satu kaedah yang dapat membantu penyelesaikan masalah.

• Tanggapan seperti ini secara psikologinya adalah tidak


berasas berdasarkan bahawa seseorang manusia itu tidak
dapat dipisahkan antara aspek pemikiran, emosi dan sikap
apabila ia menghadapi sebarang masalah.
Rasional Perlunya
Perkhidmatan Kaunseling
Perkhidmatan kaunseling dapat membantu seseorang
individu mengurangkan tekanan dan masalah seperti
berikut:-
 Ketegangan Dan Ketidakpuasan
Di Tempat Kerja
• Membuat kerja yang rutin tanpa mempunyai apa-apa variasi –
membosankan
• Lebih teruk lagi sekiranya terdapat pula perselisihan yang
ketara di antara para pekerja
Rasional Perlunya
Perkhidmatan Kaunseling
• Ketidakseimbangan Emosi
- Penurunan prestasi kerja mungkin timbul disebabkan oleh
permasalahan keluarga yang besar sehingga terbawa-bawa
ke tempat kerja

• Kebimbangan Tentang Kemahiran Dan


Kemampuan

- Timbul apabila terdapat pembaharuan di tempat kerja yang


memerlukan pekerja untuk mempelajari dan mendapatkan
kemahiran yang berlainan.
Rasional Perlunya
Perkhidmatan Kaunseling
• Perbezaan Individu Yang Bertentangan Dengan Imej
Korporat

- Masalah timbul disebabkan individu tidak dapat menerima


hakikat bahawa beliau terpaksa mengubah sikap (tabiat) bekerja
apabila bertugas untuk menyesuaikan diri dengan imej
korporat yang sedia ada

- Merasa tertekan apabila berada di tempat kerja


Rasional Perlunya
Perkhidmatan Kaunseling

• Konflik Peranan Dengan Caragaya Pentadbiran

- Berlaku apabila terdapat pertukaran pegawai.

- Kakitangan bawahan tidak dapat menyesuaikan diri


ataupun caragaya pentadbiran mengikut kehendak pegawai yang
baru
Rasional Perlunya
Perkhidmatan Kaunseling
• Perbezaan Di Antara Keperluan Personal Pekerja Dengan Polisi
Jabatan

- Contohnya seseorang pekerja itu terpaksa membawa anak ke


tempat kerja kerana penjaganya jatuh sakit sedangkan ia tidak
mempunyai cuti rehat

- Polisi pejabat pula tidak membenarkan cuti kecemasan ataupun


membawa anak ke pejabat

- Pekerja tersebut terpaksa mengambil cuti tanpa gaji walaupun


amat memerlukan duit tersebut

- Ini menimbulkan bebanan dari segi kewangan dan perasaan


kepada pekerja – mengakibatkan stress, prestasi menurun
Rasional Perlunya
Perkhidmatan Kaunseling

• Prestasi Kerja Tidak Memuaskan Dan Tabiat Kerja


Tidak Baik

- Disebabkan rasa tidak puashati pekerja terhadap


pekerjaannya ataupun ganjaran yang diperolehi

- Sikap pekerja yang sambil lewa atau malas yang


sememangnya perlu ditangani
Rasional Perlunya
Perkhidmatan Kaunseling

• Masalah Peribadi Dan Keluarga

- Masalah yang selalunya tidak dapat diselesaikan dengan


sendiri tanpa pertolongan dari orang luar. Contohnya:
seperti penderaan sama ada secara fizikal, mental atau
seksual
Rasional Perlunya
Perkhidmatan Kaunseling
• Kebosanan Kerja Dan Kekurangan Perkembangan
Kerjaya
- Timbul apabila pekerja tidak diberi peluang untuk meningkatkan
perkembangan kerjaya melalui kursus ataupun melanjutkan
pelajaran

• Meningkat dan Mengembangkan Potensi Diri

- Diperlukan oleh mereka yang mempunyai keyakinan diri rendah

- Perubahan yang ingin mereka lakukan seperti berhenti merokok


apabila menghadapi ’stress’
Rasional Perlunya
Perkhidmatan Kaunseling
• Keperluan Sokongan Dalam Menghadapi Krisis
Semasa

- Adakala masalah yang dihadapi itu terlalu rumit sehingga


tidak dapat diselesaikan dengan sendiri. Misalnya,
kematian ahli keluarga
KAUNSELING ITU RAHSIA

” Barang siapa yang mengetahui keburukan


saudaranya kemudian menutupinya, pada
hari kiamat , Allah akan menutup
dosanya ”.
(Hadis Riwayat At-Thabrani)
Q&A
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai