Anda di halaman 1dari 5

LUKISAN

Perkataan lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu
German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang
bermaksud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.

Beberapa buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan kering atau
basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan.

Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang
digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan
sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk ‘Unforgettable Fire’ yang
dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko Yagamata di Jepun pada tahun 1945 menggambarkan
peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.

Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan keperluan psikologi
sejarah dan artistik. Hal ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam
dirinya iaitu daya visualisai, daya emosi dan daya estetika.

SEJARAH LUKISAN

Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ia adalah milik semua
manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconteng di atas kertas atau dinding
merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk
visualisasi.

Ini juga ada kaitnya dengan perjumpaan lukisan-lukisan purba di gua-gua, lukisan itu
menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan. Manusia zaman dahulu
menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari
nafkah.

Pada dinding zaman Mesir purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan.
Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan
satu dokumentasi sejarah yang gemilang.
JENIS-JENIS LUKISAN

Lukisan Figuratif: Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang.
Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah
amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang menentukan
keindahan dalam karya lukisan figuratif.

Lukisan Kajian: Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadap tumbuh-
tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan
kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek alam seperti tumbuh-
tumbuhan dan haiwan.

Lukisan Informasi: Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan,


kebiasannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang
khusus dan melukis dengan cermat dan bersih.

Lukisan Teknikal: Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik. Lukisan
teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis
dengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan pengguna.

Lukisan Konseptual: Jarang sekali kedengaran. Pelukis memerlukan imaginasi yang kuat
untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem seram memerlukan
lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis
perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.

Lukisan Artistik: Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis


melukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni.
Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya
seni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya.

Lukisan Ilustrasi: Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni
grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis
memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran
melukis figuratif.
ELEMEN ASAS LUKISAN

Kualiti Garisan: Garisan merupakan elemen sangat penting dalam sesebuah hasil karya
lukisan. Tanpa garisan seolah-olah ia bukan sebuah hasil lukisan sebaliknya menjadi
karya catan. Hanya dengan garisan yang bersahaja dapat membentuk imej. Misalnya
karya Sochu Suzuki bertajuk ‘Mouse’ (1980), dengan satu palitan garisan ala kaligrafi
dapat menggambarkan seekor tikus. Inilah kekuatan garisan.

Sebenarnya kualiti garisan itu bukan tertumpu kepada kekuatan pada sesuatu karya
sahaja tetapi ia boleh memberi kesan ilusi kepada kita. Contoh karya ahli teori kognitif
‘Gestalt’ menghasilkan lukisan garisan yang boleh memberi kesan ilusi kepada kita.

Kualiti garis memberi penegasan kepada subjek yang dilukis. Oleh yang demikian
kajian garisan amat penting. Garisan akan membentuk mod sesuatu karya. Sebagai
contoh dua karya yang sama temanya menggunakan bahan yang berbeza dan
menggunakan teknik garisan. Tentu mod kedua-dua karyanya tersebut yang
membezakan.

Perspektif dan proposi: Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya yang
sempurna. Pendedahan kepada nilai perspektif adalah latihan awal kepada pelukis.
Pendedahan melukis di luar studio dapat menerangkan kedudukan perspektif yang
betul. Terdapat perspektif satu titik lelap, dua titik lelap, tiga titik lelap dan perspektif
pelbagai titik lelap.

Kesan Pencahayaan: Pada umumnya karya lukisan akan lebih menarik sekiranya
pengkaryanya dapat menfaatkan kesan cahaya pada karyanya. Penggunaan kesan
cahaya dapat memberi mod pada karya di samping dapat memperjelaskan suasana
pada karya tersebut. Aspek-aspek yang penting bagi menentukan pencahayaan ialah
kawasan paling cerah, cerah, bebayang, bebayang gelap, pantulan cahaya dan
bebayang objek.

Jalinan dan Gesture: Jalinan akan dibentuk melalui garisan dan kesan warna. Kesan
Gesture juga dapat membentuk jalinan yang menarik. Pelukis terkenal akan
mempelajari lukisan melalui lakaran yang bebas tetapi menampakkan imej yang hendak
disampaikan.
Kesan jalinan akan dibentuk melalui garisan silang, bintit, garisan bergoris dan
sebagainya. Jalinan juga dapat membentuk kedalaman intensiti ton.

Corak dan reka bentuk: Pada umumnya corak dan reka bentuk dalam karya lukisan
adalah menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam lukisannya. Karya Jasper
Johns bertajuk Flag (1958) sebagai contoh karya lukisan yang menekankan satu corak
dan reka bentuk. Beliau menggunakan pensil di atas permukaan kertas untuk
membentuk corak dan reka bentuk sebagai lakaran yang bersahaja tetapi mempunyai
gaya persembahan yang menarik.
Ruang: Pelukis yang baik akan membahagikan ruang dengan sempurna. Pelukis
master menggunakan ruang sebagai kekuatan dalam sebuah karya. Karya lukisan Cina
menggunakan ruang kelegaan sebagai identiti karya mereka. Terdapat tiga jenis ruang
yang boleh digunakan dalam penghasilan karya lukisan iaitu ruang dalam, ruang cetak
dan ruang datar. Ruang-ruang ini bergantung kepada susun atur objek yang akan
dilukis.

Struktur: Untuk menghasilkan sesebuah lukisan pelukis akan menentukan struktur


bentuk terlebih dahulu. Pelukis harus diajar membentuk struktur yang betul agar lorekan
untuk membentuk imej menjadi lebih menarik. Sebagai contoh lukisan yang banyak
menggunakan struktur ialah lukisan teknik.

Bentuk: Kajian bentuk dalam sesuatu karya akan digabungkan antara perspektif, ton,
jalinan dan struktur. Pelajaran awal pelukis didedahkan dengan bentuk-bentuk geometri
seperti bulat, empat segi, kun dan sebagainya.

Media dan teknik lukisan


Media: Media kering yang sering digunakan ialah pensil, arang/charcoal, berus, pastel, semua
jenis pen, berus, conte dan pensil warna. Manakala media basah yang selalu digunakan ialah cat
air, dakwat, cat akrilik, cat minyak, cat poster dan cat tempera.

Teknik: Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan latihan yang
berterusan. Antara teknik yang paling popular ialah teknik ‘Gesture’ yang menjadi satu identiti
dalam karya lukisan. Walau bagaimanapun banyak teknik boleh diterokai untuk mendapatkan
mutu karya yang baik.
Menurut Betti dan Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya ialah:

a. Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar,

b. Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa.

c. Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari idea yang terbaik)

d. Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yang terbaik.

Anda mungkin juga menyukai