Anda di halaman 1dari 9

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluanpendidikan


yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.PK menyediakanpeluang-peluang
pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang bakuatau
biasa."(Culcutta,R.A.,Tompkins J.R.Fundamentals of Special Education,1999)
 
PENGENALAN
 Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara,semua kanak-kanak berhak untukmendapatkan
pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing (En.Abd Rahim BiN
Talib,2007). Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yangdirekabentuk bagi memenuhi
keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yangberkeperluan khas.Pendidikan Khas bukan sahaja
perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas,iajuga perlu diketahui oleh semua lapisan
masyarakat terutama sekali guru di sekolah(Jamila K.A Mohamad,2005). Tanpa pengetahuan
tentang pendidikan khasmenyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang
dihadapi olehseseorang murid itu. Tanpa pengetahuan juag menyebabkan pelbagai lontaran
stigmadiberikan kepada kanak-kanak ini. Ia menyebabkan murid-murid ini dilabelkan
sebagaimalas, bodoh,degil dan tidak mahu mendengar arahan walhal terdapat keadaandalaman
yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki oleh guru.Individuals with Disabilities
Education Act(IDEA),1990 mengklasifikasikan kanak-kanakberkeperluan khas kepada 13
kategori, manakala Abdullah Yusof,2006mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahaja dengan
merangkumkan beberapa kategoriseperti di bawah;KANAK-KANAK BERKEPERLUAN
KHAS;

Y KURANG UPAYA PENDENGARA


Y KURANG UPAYA PENGLIHATAN
Y KURANG UPAYA PERTUTURAN & BAHASA
Y KURANG UPAYA MENTAL(KERENCATAN AKAL)
Y KURANG UPAYA FIZIKAL & KESIHATAN
URANG UPAYA MENTAL(KERENCATAN AKAL)
Y KURANG UPAYA FIZIKAL & KESIHATAN
Y KURANG UPAYA PEMBELAJARAN
Y GANGGUAN EMOSI & TINGKAH LAKU
Y PINTAR CERDAS
Jabatan Pendidikan Khas (2003) mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khasseperti di
bawah;
Y BERMASALAH PENDENGARAN
Y BERMASALAH PENGLIHATAN
Y BERMASALAH PEMBELAJARAN
 Lembam (Slow Learner)
 Sindrom Down
 Hiperaktif 
 Disleksia
 Palsi Selebral
 Autisma
Menurut modul Pengenalan Pendidikan Khas KPLI-SR-LPBS,kanak-kanakberkeperluan
khas ini terdiri daripada 8kategori iaitu masalah penglihatan, masalahpendengaran, masalah
emosi dan tingkah laku, masalah fizikal dan kesihatan, masalahmental, masalah komunikasi,
masalah pembelajaran dan kanak-kanak cerdas pintar.Bagi kanak-kanak bermasalah
penglihatan dan masalah pendengaran, merekaditempatkan di sekolah-sekolah pendidikan khas
masalah penglihatan dan
pendengaran. Manakala kanak-kanak yang lain diletakkan di bawah kanak-kanakMasalah
Pembelajaran.Definisi murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang
mempunyaimasalah kognitif(kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan
bolehmendapat pendidikan formal (En. Abdul Rahman Bin Talib,2007). Mereka iniditempatkan di
dalam Program Khas Masalah Pembelajaran yang diintegrasikandengan sekolah-sekolah biasa.

 
MASALAH PENGLIHATAN
 Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat. Menurut Heward(1996),seseorang
yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurangdaripada mata yang sihat dengan
pembetulan(kaca mata) atau mempunyai medanpenglihatan yang sempit kurang daripada 20
darjah.Menurut Hallahan &Kauffman (2002), kehilangan daya penglihatan terhadap
cahaya(kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan
gelap)mahupununjuran cahaya(kebolehan untuk mengenalpasti punca arah cahaya.Menurut
National Society For Prevention of Blindness(1990),ketepatan penglihatan20/200 atau kurang
daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan ataumempunyai ruang penglihatan
melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada matayang terbaik setelah dijalankan
pembetulan.Masalah penglihatan terbahagi kepada dua iaitu rabun dan buta. Rabun atau
kurangNampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandanganyang
kabur (penglihatan <3/60) iaitu mereka yang langsung tidak dapat melihat danmemerlukan
bantuan kod Braille untuk membaca.Punca terjadinya kecacatan ini adalah faktor komplikasi
semasa hamil dan selepaslahir,rubella,sifilis,kecederaan dan penyakit. Menurut Hewett Fan
Forness(1974),49%kecacatan disebabkan oleh kesalahan pada mata iaitu
hiperopia,myopia,astigmatisme
7% disebabkan jangkitan selepas lahir,33% akibat peracunan,7%-8% akibat penyakitdan 2%
disebabkan kemalangan.Menurut Menon(1981),diantara sebab-sebab menjadi buta adalah
katarak iaitu 66%cacar variola,kurang zat pemakanan,kemalangan dan glaucoma masing-
masingsebanyak 25%,15% disebabkan jangkitan dan 5% disebabkan trokoma. Tidak
dinafikanjuga,masalah ini berlaku adalah faktor baka.Tanda-tanda fizikal yang ada pada mereka
yang mempunyai masalah penglihatanadalah bebola mata yang selalu berputar, matanya
sensitive terhadap cahaya,bahagiantepi mata kelhatan merah,kelopak mata bengkak,mata selalu
berair,juling dan terdapatbintik-bintik ditengah mata. Mereka juga sering mengadu tidak dapat
melihat denganjelas, sakit kepala apabila membuat sesuatu kerja,pandangan kabur dan
kadangkalaobjek yang dilihat menjadi dua imej.Tingkah lakunya pula,mereka selalu
memusingkan kepala pada sebelah arah iaitusemasa melihat objek,selalu mengerut atau
mengecilkan mata,kerap berkedip,selaluterlanggar objek,keliru dengan huruf,menonton televisyen
dan membaca buku padajarak yang sangat dekat dan memegang kepala dengan cara luar
biasa.Disebabkan kekurangan yang mereka ada,timbul perasaan kurang keyakinan diri
dansering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang baikkepada
mereka(bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasaberbeza dengan orang
normal).
 

MASALAH PENDENGARAN
 Masalah pendengaran adalah melibatkan ketidakupayaan untuk
mendengar.MenurutCruickshakn dan Johnson (1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan
deriadengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.Terdapat dua kategori iaitu pekak danseparuh
pekak.Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai deri dengar yang tidakberfungsi. Manakala
separuh pekak adalah kanak-kanak yang masih bolehmenggunakan deria dengar tetapi dengan
menggunakan alat bantuan mendengar.Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak
boleh dikatakan lebih tepat sebagaiseorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan
keadaan,contoh ia mempunyaipendengaran yang separa,adalah luar biasa kerana memang ia
tidak dapat bertindakke aras bunyi-bunyi sekeliling.Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak
sebagai seorang yang dilahirkan dengankecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat
mengenal bunyi bahasa,tidakdapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami
serta menghayatipemikiran dan budaya melalui bahasa.Menurut Bee H.(1995),mentakrifkan
kanak-kanak pendengaran adalah mereka yangmenghadapi kesukaran mendengar atau
kekurangan pendengaran yang jelas.Masalahpendengaran berpunca daripada faktor sebelum
lahir,semasa lahir dan selepas lahir.

Y Sebelum lahir ü Baka disebabkan geneticü Bukan baka§ Jangkitan semasa hamil
seperti rubella,meningitis,campak,caar,kencing manis dan sebagainya§ Pengambilan dadah
semasa hamil
§ Mengandung terlalu kerap§ Oksemia pada peringkat akhir kehamilan 
Y Semasa Lahir ü Kepala bayi terlalu lama berada di pintu rahim menyebabkan
tekananyang kuat di bahagian telingaü Kelahiran tidak cukup bulanü Kecederaan pada bahagian
telinga semasa lahir ü Penyakit µhomolisis¶ yang disebabkan oleh Rhesus (Rh) 
Y Selepas kelahiranü Penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virusü Kemalangan yang
mencederakan bahagian telingaü Terdedah kepada bunyi kuat Tanda-tanda yang menunjukkan
kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaranadalah kurang member perhatian di dalam
kelas,kelihatan selaluberkhayal,percakapannya tidak jelas,terkejut apabila dihampiri daripada
belakang,tidakmemahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya
berkaitandengan bahasa
agi perkembangan fizikal,motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama sepertikanak-kanak
normal. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan olehkelambatan
perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantungkepada pengalaman
mereka, cara layanan yang diterima dana melalui kebolehanperkembangan mereka sendiri.     
 
MASALAH EMOSI-HIPERAKTIF
 Hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkahlaku yang
terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Iadikenali sebagai
Attention ±Hyperactivity Disorder 
(ADHD). Kanak-kanak ini tidak bolehdiminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga
20 minit.Menurut Marityn Friend (2005), Persatuan Psikologi Amerika(APA) mendefinisikanADHD
sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesanpada umur tujuh
tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu;· ADHD Kurang Tumpuanü Mereka mungkin kerap
mengelamun di dalam kelas,kerap pelupadan kerja tidak teratur · ADHD Hiperaktif-impulsif ü
Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi
Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir · ADHD Gabunganü Menunjukkan kedua-dua
ciri diatas iaitu kurang tumpuan,hiperaktif danimpulsive Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD
adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHDhiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah
laku yang lebih jelas daripada ADHDimpulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka
kerap memulakan sesuatupergaduhan,kerap membuat kesalahan akibat kecuaian,gagal
menyiapkan kerjasekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar
mengatur tugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan.Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih
tertumpu kepada penghargaan kendiri di manapenghargaan kendiri positif atau negative
bergantung kepada keadaan persekitaranyang mereka terima dan mereka mudah
menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.     

 
MASALAH FIZIKAL DAN KESIHATAN - PALSI SELEBRAL
 µCELEBRAL¶ bermaksud OTAK. Manakala µPALSY¶ membawa erti KURANG
atauTIDAK BERUPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTAK¶. Definisi palsi selebral
adalahkecacatan anggota disebabkan oleh kecacatan hubungan saraf di antara bahagian otak
dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia. Kanak-kanak palsiselebral
sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otakyang
mengakibatkan kurang upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegakbadan.
Kecacatan otak dan saraf ini lazimnya berlaku sebelum,semasa dan di peringkatawal bayi iaitu
ketika bahagian otak kanak-kanak pesat berkembang.Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi
Selebral spastik, palsi selebral athetiod,palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri
fizikal pada kanak-kanak palsiselebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu
seperti tangan dankaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi
terhadatau tidak berkodinasi. Contohnya jika ketegangan otot berlaku pada kaki,
pergerakanpermulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan
tenagamenyebabkan pergerakannya kurang terkawal.Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka
mempunyai anggota yang lebih meliuk dantidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia
pula, imbangan badan merekaadalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak
berkodinasi.Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu
jenispalsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadpi olehnya adalah otot-
ototnyakejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini
adalah dalam menyesuaikan diri didalam masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur
dengan baik,merekaberasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan
persekitaran.Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa
yangterlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan kanak-kanak ini
langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagipenjagaan diri sendiri.  

 
MASALAH MENTAL
 
A. TERENCAT AKAL
 Masalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana murid yangmengalami
masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah. Punca seseoranganak itu terencat akal
boleh dikaitkan dengan faktor biologi(baka) dan persekitaran.Faktor baka banyak mempengaruhi
prestasi intelek seseorang kanak-kanak berbandingdengan faktor persekitaran.Kanak-kanak ini
mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal iaitudaripada segi pertumbuhan
bahagian-bahagian badan walaubagaimanapun terdapatkekurangan dalam menggunakan motor
halus. Kanak-kanak ini lambat menguasaikemahiran motor halus.Oleh itu, ibu bapa atau guru
perlulah memantau perkembanganmotor halus mereka.Kanak-kanak ini sering mempamerkan
kepayahan untuk member tumpuan atau focuskepada proses P&P didalam kelas,sukar
menyiapkan tugasan dan mudah membuatkesalahan disebabkan kecuaian.Mereka juga sering
menunjukkan tingkahlakuyangsering mengganggu rakan.Di dalam hubungan sosial dengan
rakan-rakan,mereka kurang diterima oleh rakankerana tidak pandai menyesuaikan diri,kurang
matang dan mempunyai masalah dalammenguasai kiu-kiu sosial yang halus sehingga mereka
kerap menyalah tafsir aksi-aksimurid lain. Tingkah laku yang lain adalah menarik
rambut,menggigit kuku,tabiat sukamencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta
untuk melakukan sesuatucontohnya jika enggan melakukan aktiviti P&P,guru akan memberikan
sesuatu yangdisukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti.

B. SINDROM DOWN
 Sindrom Down bermaksud kecelaruan genetic yang menyebabkan kecacatan akal padakanak-
kanak. Istilah Sindrom Down diambil daripada perkataan µsindrom¶ yangbermaksud koleksi
tanda atau ciri-ciri dan µdown¶ iaitu nama seorang doktor yangberjaya mengumpulkan
kesemua tanda dan punca.Punca yang sangat jelas terjadinya sindrom down adalah kelebihan 1
kromosom iaitupada pasangan yang ke-21(dikenali sebagai Trisomi 21). Sindrom Down
terbahagikepada tiga iaitu;· Trisomi 21 Standard terjadi apabila kromosom 21 telah wujud di
dalamsperma atau dalam pembahagian pertama· Trisomi 21 Mozek terjadi apabila seseorang itu
mempunyai sel-sel trisomi· Trisomi 21 Transiokasi terjadi apabila kromosom berlebihan
berpindahlokasi(bercantum atau melekat dengan kromosom yang lain)Ciri-ciri fizikal kanak-kanak
ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas,belahankelopak mata pendek dan terdapat
lapisan kulit di dalam mata,bentuk mukaleper,kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian
belakang kepalarata,telinganya kecil dan bekedudukan rendah,mulut kelihatan kecil dan
bibir nipis,bentuk leher lebih pendek,kaki dan tangan pendek,tapak kaki lebar dan jari
kakipendek,mempunyai masalah jantung dan lain-lain lagi
Daripada segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama
adaringan,sederhana,teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masihboleh
dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyaimasalah
pendengaran.Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja dan
memerlukanperhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain
iaituhiperaktif dan masalah tumpuan singkat. 

AUTISMA
 Autism adalah keadaan di mana kanak-kanak menumpukan perhatian dalam
dunianyasendiri.istilah autisme adalah berasal daripada perkataan autos yang bermaksud
dirisendiri dan isme yang bermaksud aliran.Punca menyebabkan autism adalah tidak diketahui
tetapi kajian yang dijalankantertumpu kepada masalah genetic, masalah semasa dan selepas
kelahiran, fungsi otakdan lain-lain lagi.A. Bakaü Adik beradik autism lebih berisiko mengalami
autisma berbanding orang lainü Kecelaruan geneticA. Sebelum dan selepas kelahiranü
Jangkitan rubella semasa dalam kandunganü Encephalitisü Kurang oksigen semasa lahir ü
Keracunan makanan
A. Fungsi Otakü Ketidakfungsian serebelum,sisitem limbic dan kemungkinan temporal lobe
dancortex terjadi kepada individu autism Perkembangan fizikal kanak-kanak autism sama seperti
kanak-kanak normal dankelihatan seperti mempunyai masalah pendengaran dan tidak
mengendahkan apa yangdiperkatakan orang lain. Daripada segi emosi pula ianya sukar diramal
kerana ia seringberubah-ubah.Ø Sering ketawa,menangis dan marah tanpa sebabØ Mengamuk
tanpa terkawal jika tidak menuruti kemahuan atau melarang daripadamelakukan sesuatu yang
mereka inginiØ Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosi tergangguMenyerang
sesiapa sahaja berhampirannya jika emosi tergangguØ Ada kalanya mencederakan diri sendiri  
MASALAHPEMBELAJARAN
  
A. LEMBAM (SLOW LEARNER)
  Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikankelas
pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenalpasti pada peringkat awal setelahmendapati tidak
dapat menguasai kemahiran3M dalam pendidikan
Walubagaimanapun,adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas diperingkat awal
perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana
pemasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas merekamemasuki alam persekolahan
pemasalahan mereka dapat dikesan. Menurut Messe(2001),keupayaan intelektual kanak-kanak
ini berada tahap sederhanaiaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan
kecerdasan. Mereka jugamempunyai masalah dalam memberi perhatian,mengumpul atau
memproses maklumatyang diterima di dalam ingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak
lembam mudahhilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian,sukar untuk
menyiapkantugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata
pelajaranmatematik,mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati symbol-simbol
yangdigunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik. Disebabkan
masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkantugasan dan lain-lain
lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi.Tingkah laku kanak-kanak lembam
sering mengganggu rakan-rakan.  

B. DESLEKSIA
 Perkataan desleksia berasal daripada dua perkataan Greek iaitu µdys¶ yang
bermaksudkesukaran dan µlexia¶ yang bermaksud perkataan. Maka ini memberi
maksudµkesukaran dengan perkataan bertulis¶. Disleksia didefinasikan
ketidakupayaanmemperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran
mentafsir kod ayat.
Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam bacaan,menulis danmengeja(Sanders dan
Myers.1996). Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitudisleksia visual melibatkan deria
penglihatan,disleksia melibatkan pendengaran dandisleksia visual auditori yang melibatkan
penglihatan dan pendengaran. Perkembangan fizikal,mereka tidak berminat dalam pelajaran dan
selalu dilabelkansebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak
kemasdan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai
dayapengamatan.pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di
manamereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.Semasa membaca pula, mereka sering
berpua-pura membaca dan menunjukkan tekssemasa membaca. Kekeliruan dalam perkataan
juga timbul seperti di bawah;ü Keliru kedudukan perkataanü Pembalikan perkataanü Keliru
b.inggeris dengan b.melayuü Penambahan huruf ü Kependekan perkataanü Pembalikan huruf
dalam perkataan

PINTAR CERDAS

 Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yangtinggi di


dalam akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal keranatidak memberi
perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dantelah menguasai
pengajaran guru.Menurut Ross(1993),definisi kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-
kanakdikenalpasti semasa pra sekolah,sekolah rendah atau menengah menunjukkan bakatatau
potensi yang cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanakyang sebaya
dengan mereka,sama pengalaman dan persekitaran. Mereka jugamenunjukkan prestasi yang
tinggi dari segi intelek,seni dan mempunyai kepimpinanyang luar biasaPerkembangan kanak-
kanak cerdas pintar ini menunjukkan cirri-ciri luar biasa padaumur yang sangat muda berbanding
kanak-kanak biasa. Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur
satu tahun dan menunjukkanperkembangan dalam domain yang luas. Mereka memperoleh
maklumat denganmenyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula
maklumat.Kanak-kanak ini boleh merancang,memantau dan menilai menggunakan
pemikiranadvance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain.Dari segi emosi,mereka
sangat matang berbanding kanak-kanak lain, mudah kecewadan menghina rasa takut pada usia
yang muda serta terlalu sensitif.

Anda mungkin juga menyukai