Anda di halaman 1dari 4

SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS

Soalan 1 - 5
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan memilih
jawapan yang paling sesuai.

Maka geringlah Tuan Puteri Nur Lela hendak bersalin. Maka baginda pun sangatlah keluh kesah seraya
bertitah menyuruh panggil bidan yang ketujuh. Maka biduanda pun pergilah ke rumah bidan itu dan
memberitahu kepada sekalian orang-orang besar sekaliannya. Maka sekaliannya isteri orang-orang besar
dan orang-orang kaya pun masuklah berhimpun ke dalam istana baginda penuh sesak langsung ke selang
penanggah, masing-masing dengan kerjanya; ada yang mengangkatkan air hangat, ada yang mengambil
air dan kayu, dan ada yang membakar rabun, ada yang menyemburkan kunyit terus serata-rata tempat
Tuan Puteri gering itu; dan beberapa pula tabib dan bomoh, dukun yang besar-besar duduk menjampi di
hulu Tuan Puteri. Maka baginda dan orang-orang besar pun ada bersemayam hampir dengan adinda
baginda.
Hatta, Tuan Puteri pun makin sangat geringnya, seketika lagi sampailah tengah hari: Tengah buntar
bayang-bayang,

Elang mengelit di udara,


Turun-temurun hujan panas,
Sabung-menyabung kilat,
Panah-memanah halilintar,
Pelangi meminum di angkasa,
Mendayu-dayu guruh balu.
Setelah didengar dan dilihat oleh bidan yang ketujuh dan sekalian tabib, bomoh dan dukun itu, maka
sekaliannya menangis menggelengkan kepalanya, serta tiadalah sedap perasaan hati masing-masing. Maka
baginda pun dengan sekalian orang-orang besar demikianlah juga, tiada tentu kelakuannya seperti orang
gila.

(Dipetik daripada "Putera Besar Lahir ke Dunia" dalam


antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)

1 Mengapakah baginda berasa cemas?


A Permaisuri sudah hampir-hampir hendak bersalin.
B Biduanda masih belum menjemput bidan.
C Bidan ketujuh belum sampai-sampai
D Tuan Puteri Nur Lela sedang gering.

2 Semua perkara berikut dilaksanakan oleh biduanda, kecuali


A menjemput bidan ke istana.
B melaksanakan titah Tuan Puteri Nur Lela
C mengerah orang besar dan orang kaya membuat pelbagai persiapan.
D menyampaikan khabar tentang keadaan Tuan Puteri Nur Lela kepada orang besar negeri.

3 Nilai murni utama yang terungkap melalui petikan cerita ialah


A toleransi
B amanah
C pengorbanan
D tolong-menolong

4 Yang berikut merupakan perwatakan Tuan Puteri Nur Lela, kecuali


A taat menunaikan suruhan agama
B bertanggungjawab
C penyayang
D baik hati

5 Antara yang berikut, yang manakah merupakan perumitan plot cerita ini?
A Tuan Puteri Nur Lela meninggal dunia.
B Tuan Puteri Nur Lela menghadapi kesukaran untuk melahirkan kandungan.
C Biduanda menjemput segala dukun dan bomoh ke istana Tuan Puteri Nur Lela.
D Tuan Puteri Lindungan Bulan pengsan sebaik sahaja bondanya meninggal dunia.
Soalan 6 - 10
Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
memilih jawapan yang paling sesuai.

PANTUN PERIBAHASA

Buat bangsal di Pulau Daik,


Menahan taut sambil mengilau;
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau.

Hendak layari perahu payar,


Angin berpuput di Laut India;
Takkan lari gunung dikejar,
Hilang kabut nampaklah dia.

Hendak belayar ke Teluk Betung,


Sambil mencuba labuhkan pukat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

(Dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta,


Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

6 Maksud baris takkan lari gunung dikejar ialah

A sesuatu yang sudah pasti diperoleh jika ditakdirkan menjadi milik kita
B cita-cita perlu dikejar supaya kita dapat mencapainya
C orang yang inginkan sesuatu perlu berusaha
D sesuatu tidak akan diperoleh jika kita tidak mengejarnya

7 Kalau asal benih yang baik,


Jatuh ke laut menjadi pulau.

Apakah pengajaran yang terdapat dalam baris pantun di atas?

A Bersabar untuk mencapai kejayaan


B Mengekalkan sifat mulia di mana-mana kita berada
C Bersatu padu agar negara harmoni
D Berlari laju supaya kejayaan tidak terlepas
8 Nilai-nilai berikut terkandung dalam Pantun Peribahasa kecuali

A rajin
B tabah
C kerjasama
D penyayang

9 Citra masyarakat yang dapat dibentuk berdasarkan saranan dalam rangkap ketiga
pantun ialah

A masyarakat yang penyayang


B masyarakat yang berani
C masyarakat yang berdisiplin
D masyarakat yang bersatu padu

10 Berdasarkan pantun ini, apakah kepentingan perbincangan ?

A Mengurangkan tekanan perasaan


B Menghilangkan kebosanan
C Mencapai kata sepakat
D Mengatasi masalah

Anda mungkin juga menyukai