Anda di halaman 1dari 3

Dasar Pendidikan Di Malaysia

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat

dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik,

ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan

yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan

sosialisasinya iaitu di mana kanak – kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali

budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi

kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai – nilai positif untuk

perpaduan kaum di kalangan para pelajar.

Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam menentukan hala

tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar ini dikenali sebagai ‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’.

Dasar Pendidikan Kebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957. Umumnya, terdapat 3

tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikan kebangsaan ini.

Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang

dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan

politik.

Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi dan menghormati kedua ibu

bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengan dasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses

pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkan perbelanjaan

awam yang tidak tersusun.

Yang ketiga pula, ianya untuk memastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan

khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif dan bahasa kebangsaan

dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.

Bagi

memajukan negara, memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap negara, serta menyedari akan

kepentingan bersikap toleransi sebagai asas kehidupan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan di bawah rancangan KBSR dan KBSM ini boleh dilaksanakan

secara tidak langsung melalui aktiviti berkumpulan di mana murid – murid akan dilatih mengamalkan

sikap seperti kerjasama, bertoleransi, hormat menghormati dan juga bertanggungjawab. Sikap – sikap

seperti ini adalah penting dalam usaha untuk membentuk integrasi nasional di kalangan pelajar yang

berbilang kaum. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR dan KBSM, ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan,

permainan serta unit beruniform. Melalui aktiviti – aktiviti yang dijalankan ini, pelajar mendapat peluang

berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat

mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan – rakan yang lain. Penerapan nilai – nilai

murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional. Seterusnya,

integrasi nasional dalam KBSR dan KBSM dapat dicapai melalui “Aktiviti Budaya Sekolah”. Aktiviti

budaya sekolah ini merangkumi aktiviti seperti menyanyikan lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu

patriotik secara bersama dalam perhimpunan sekolah, membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti hari

sukan, mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap pagi hari persekolahan dan melaksanakan program

Minggu Bahasa Melayu peringkat sekolah. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan aktiviti – aktiviti

budaya sekolah yang dijalankan ini dapat menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional melalui

pemupukan semangat patriotisme dan kenegaraan dalam kalangan para pelajar sekolah rendah mahu pun

di sekolah menengah.

3.2 Penutup
Kesimpulannya, kurikulum KBSR dan KBSM yang terdapat dalam sistem pendidikan di negara ini
sememangnya mempunyai motif untuk membentuk integrasi nasional dalam kalangan pelajar walaupun
dalam falsafah pendidikan tidak menyatakan secara jelas “ hendak menyatukan kanak – kanak dari semua
kaum di dalam negara ini “, sepertimana yang terkandung dalam Penyata Razak ( 1956 ). Bagaimanapun,
Falsafah Pendidikan Negara yang mengambil kesemua intipati Rukun Negara jelas menunjukkan
matlamat pembentukan perpaduan kebangsaan masih berkekalan. Untuk mencapai hasrat ini, adalah
dirasakan amat penting KBSR dan KBSM dijuruskan ke arah membentuk dan mengukuhkan ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan masyarakat, dasar – dasar negara, matlamat dan objektifnya serta
penegasan terhadap kesedaran kebangsaan dan pemupukan integrasi nasional secara menyeluruh dan
bersepadu.

RUJUKAN
Prof. Dr.Ansary Ahmad, Prof.Dr. Mansor Fadzil & Dr. John Arul Philips (2007).HBEF
1103 Sosiologi dan Falsafah Pendidikan Malaysia . Kuala Lumpur : Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad & Mazlan Zulkifli (2006). LANH1303 Pengajian Malaysia .
Kuala Lumpur : Meteor Doc. Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang (2004). Pengantar Pendidikan TERAS. Subang Jaya : Percetakan Sentosa Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj.Husin & Kamarul Azhar (1994). Asas Pendidikan III (Perkembangan & Perlaksanaan
Kurikulum). Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Ee Ah Meng ( 1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru, Petaling Jaya: Fajar Bakti
Ee Ah Meng ( 1989 ). Pedagogi Satu Pengenalan, Petaling Jaya: Fajar Bakti
Mok Soon Sang & Lee Shok Mee ( 1986 ), Kurikulum Baru Sekolah Rendah Tahap1, Malaysia :
Heinemann Sdn.Bhd
Mok Soon Sang (1991). Pendidikan di Malaysia, Subang Jaya : Kumpulan Budiman

Anda mungkin juga menyukai