Anda di halaman 1dari 3

Solat

Pengertian Solat : Beberapa perkataan dan perbuatan disertai dengan niat, dimulakan dengan takbiratul
ihram dan diakhiri dengan salam.

Syarat Wajib Solat :

1. Islam –

2. Baligh – Umur 15 thn Hijrah (14 thn 6 bulan M) lelaki & perempuan

- Belum cukup 15 thn tapi dah berlaku ILTILAM (mimpi keluar mani) L&P

- Berumur 9 thn Hijrah (8thn 8 bln M), sihat dan telah keluar haidh

3. Berakal –

4. Suci –

5. Sempurna Pancaindera – mendengar & melihat. Buta & pekak sblm mumaiyiz x wajib solat.
Bila dah mumayyiz, maka wajib solat.

Syarat sah solat :

1. Suci dari hadas kecil dan besar

2. Suci daripada najis – pakaian, badan tmpat solat

3. Tutup aurat.

4. Yakin masuk waktu solat yang hendak didirikan.

5. Menghadap kiblat.

6. Tahu syarat wajib solat, syarat sah solat, rukun-rukun dan perkara yang membatalkan solat.

Solat fardhu

“solat yang wajib dilakukan sepanjang hayat “

“Sembahlah tuhanMu sehingga datang kepadamu kematian” (surah Al-Hijr :99)

Solat fardhu hanya pada Nabi Muhammad SAW dan umatnya. Solat Subuh (Adam), Zohor (Daud), Asar
(Sulaiman), Maghrib(Ya’akub), Isyak (Yunus).

“Amal seorang hamba yang mula-mula sekali akan dihisab pada hari kiamat kelak ialat solat…” (riwayat
At-tabrani)

“Anak kunci syurga ialat solat (lima waktu).( riwayat ahmad)

Solat tidak boleh ditinggalkan. – dalam kapalterbang, musafir, pasar malam, majlis kahwin, konvo,
perang (solat khauf). – Sakit – solat duduk, mengiring, menelentang.
Hukum tinggalkan solat

Meninggalkan solat fadhu lebih besar daripada dosa makan daging babi.

“Sesungguhnya yang membezakan antara seorang lelaki Muslim dengan syirik dan kufur ialah
meninggalkan solat”

Azab Meninggalkan Solat

Didunia:

1. Mukanya tidak berseri-seri

2. Tidak dapat pahala kalau dia buat amalan baik

3. Doanya tidak dimakbulkan Allah

Hendak Mati:

1. Mati dalam keaiban

2. Dalam keadaan sangat lapar

3. Dalam keadaan sangat haus

Dalam Kubur:

1. Dihimpit hingga berceragah tulang-tulang rusuk

2. Dibakar dengan api dalam kubur – diguling-gulingkan atas bara api

3. Dipukul berterusan sehingga hari kiamat dengan ular yang berbisa dengan mata yang berapi dan
berkuku besi dan panjangnya samadengan perjalanan sehari (berjalan kaki). Setiap pukulan
terbenam sehingga 70 hasta.

Hari dibangkitkan :

1. Kemurkaan Allah

2. Dicampak ke Api Neraka

Tempat dilarang solat

1. Dalam gereja

2. Tempat membuang kotorang binatang

3. Tempat untuk menyembelih binatang

4. Jalanraya

5. Tempat berteduh bagi binatang

6. Perkuburan
Kebersihan diri untuk solat:

“Lima perkara sebagai fitrah, iaitu mencukur bulu ari-ari, brkhitan, mencukur misai, mencabut bulu
ketiak dan memotong kuku” (riwayat al-Jama’ah)

1. Mencukur bulu ari-ari, misai dan cabut bulu ketiak – cabut seminggu atau 2 minggu sekali atau
rasa telah panjang. Paling lama 40 hari

2. Memotong kuku – seminggu atau 2 minggu sekali. Paling lama 40 hari.

- Dilakukan khamis atau jumaat

- Mula telunjuk kanan ke ibujari kanan, kmdian kiri

- Mulakan kelingking kaki kanan terus ke kelingking kiri.

- Disunatkan basuh kaki sebelum potong agar lembut.

- Boleh orang laing potongkan kuku

3. Bersugi – Ulama sepakat :

- Ketika hendak solat, baca Al-Quran, berzikir, hendak masuk Masjidil Haram

- Bangun daripada tidur, perut lapar, pulang daripada perjalanan

- Hendak bercakap dengan orang lain, suami isteri berjimak

- Ketika merasa nak mati supaya roh mudah keluar dari jasad.

Solat membudayakan kebersihan

1. Bersih dari khurafat dan syirik-apabila nak solat

2. Bersih dari jahil ( ilmu-ilmu tentang solat)

3. Bersih daripada hadas kecil dan besar

4. Bersih daripada najis di badan, pakaian dan tempat solat.

5. Bersih di hati (dah tak fikir apa2 kecuali hanya nak solat)

6. Bersih dari sebarang fikiran negative

7. Bersih dari sikap dan perbuatan yang merosakkan

8. Bersih dalam rumahtangga

9. Bersih alam persekitaran

10. Bersih dari perhubungan

11. Bersih dari kegiatan ekonomi.

Anda mungkin juga menyukai