Anda di halaman 1dari 3

Menggelecek bola

Menggelecek bola adalah satu kemahiran yang menggerakkan bola dan mengawalnya.

Perlakuan:

1. Badan menghadap ke hadapan dan menghadap bola.


2. Bola ditahan dengan perlahan menggunakan bahagian dalam atau bahagian luar
kaki.
3. Bola digerakkan ke hadapan dengan sentuhan pada sebelah dalam atau luar
kaki, bola tidak lebih dua kaki atau 2 per 3 metar daripada kaki.

Menanduk bola
Menanduk ialah menghantar atau mengarah bola ke atas, ke hadapan dan ke sisi
dengan menggunakan kepala terutamanya bahagian dahi. Kemahiran ini rumit kerana
elemen kelajuan bola, penerbangan bola serta kedudukan bola harus diambil kira.
Untuk latihan permulaan, bola lembut boleh digunakan.

Perlakuan:

1. Pemain menghadap bola, bawa kepala ke belakang.


2. Badan dicondong ke belakang dan lutut dibengkokkan.
3. Bola disentuh di dahi dan badan digerakkan ke atas dan ke hadapan dengan
meluruskan kaki.
4. Kepala mengarah ke arah baru bola untuk ikut lajak.

Mengawal Bola
Kawalan bola boleh dibuat sama ada dengan kaki, kepala, dada, perut atau paha.
Setiap kemahiran ini,memerlukan latihan yang cukup, berterusan dan serius,supaya
seseorang itu dapat menguasai kemahiran mengawal bola dengan baik dan sempurna.

Menggunakan dada

Condongkan bahagian atas belakang badan semasa bola akan menyentuh dada.Jadi
bola akan datang ke dada dan berada rapat dengan badan.
Condongkan bahagian atas badan ke depan ke atas bola. Jadi bola akan jatuh ke tanah
di depan.

Menjaringkan gol
Matlamat terakhir setiap serangan adalah untuk menjaringkan gol.

Bagaimana melakukan tendangan dengan kekura kaki:

Gunakan tendangan kekura kaki untuk menendang bola yang meleret atau dalam
keadaan statik.Mekanik tendangan adalah hampir serupa dengan yang digunakan
untuk hantaran dengan kekura kaki kecuali ia mempunyai pergerakan ikut lajak kaki
menendang yang lebih ketara.Menghampiri bola dari belakang pada satu sudut
kecil.Menapak kaki imbangan anda di sisi bola dengan membengkokkan sedikit kaki
imbangan anda. Kukuhkan kedudukan kepala dan tumpu pada bola.Tarik kaki
menendang anda ke belakang dan luruskannya.Pada ketika ini,lutut kaki tendangan
anda harus berada di atas bola.Luruskan kaki anda dan kontak bola di tengah dengan
kekura kaki anda.Kaki anda harus kukuh dan menghala ke bawah ketika ia kontrak
dengan bola.Bahu dan pinggul menghadap sasaran.Gunakan satu fasa lajakan yang
maksimum untuk menghasilkan daya yang kuat dan padu pada tendangan.

Bagaimana melakukan tendangan voli:

Kebanyakan pemain mendapati tendangan voli adalah lebih sukar daripada melakukan
tendangan dengan kekura kaki.Ini tidak menghairankan kerana ia memerlukan
jangkaan masa yang tepat berserta dengan teknik yang betul untuk menendang bola di
udara.Menguasai kemahiran tendangan voli ini akan membantu anda menjadi seorang
penjaring yang berbahaya.

Tendangan Voli Penuh

Gunakan voli penuh untuk menendang bola terus di udara.Bergerak ke tempat bola
akan jatuh.Bengkokkan lutut kaki imbangan untuk pengimbangan dan kawalan
badan.Tarik kaki menendang ke belakang dan luruskan hujung kaki
penendang.Kukuhkan kedudukan kepala dan sentiasa melihat pada bola.Petik kaki
penendang anda lurus dan kontak di bahagian tengah bola dengan kekura kaki
sepenuhnya.Bahu dan pinggul menghadap sasaran.

Kaki penendang anda mesti dalam keadaan kukuh dan menghala ke bawah pada
ketika kontak dengan bola.Kedudukan ini membolehkan lutut kaki penendang berada di
atas bola.Kedudukan kaki dan lutut yang betul amat diperlukan untuk membolehkan
tendangan bola anda rendah.Gunakan satu pergerakan kaki yang pendek,kuat ketika
kaki penendang dipetik lurus.

Penjagaan pintu gol


Bagaimana menerima bola leret:

Secara umumnya, kebanyakan bola yang diselamatkan oleh penjaga gol adalah dari
variasi yang sama dan bukanlah dalam bentuk yang luar biasa kecuali jika sekiranya
rakan anda gagal untuk membantu dan membiarkan pasukan menyerang menjaringkan
gol tanpa halangan pasukan pertahanan.Kebanyakan bola yang diselamatkan pula
melibatkan bola leret atau layangan.

Bola leret tepat ke arah penjaga gol

Gunakan teknik yang biasa dikenali sebagai menyelamat sambil berdiri.Dari kedudukan
bersedia, dengan pantas bergerak ke sisi ke satu kedudukan antara bola dengan pintu
gol.Luruskan dan buka sedikit kaki anda dan bongkok ke hadapan pada paras pinggang
ketika menerima bola leret.Luruskan tangan anda ke bawah dengan tapak tangan ke
depan.Lengan anda harus hampir selari dengan satu sama lain dan hujung jari anda
harus hampir tersentuh dengan bumi.

Anda mungkin juga menyukai