Anda di halaman 1dari 29

PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1

KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

PENGENALAN
Terdapat banyak takrifan komunikasi yang dihuraikan oleh sarjana komunikasi sama
ada dalam bentuk yang eksplisit mahupun implisit. Kesemua definisi yang diberi cuba
menjelaskan dan memahami fenomena komunikasi. Walau bagaimanapun, ada takrifan
yang diberikan berbeza di antara satu sarjana dengan sarjana yang lain. Ia banyak
dipengaruhi oleh konteks serta perubahan landskap komunikasi yang berlaku pada
sesuatu masa tertentu.

Mengetahui pelbagai makna yang berbeza akan menjelaskan dengan lebih terperinci
tentang bagaimana proses komunikasi itu berlaku.

OBJEKTIF
Selepas mempelajari keseluruhan bab ini, anda seharusnya dapat:

1. memahami beberapa takrifan komunikasi;


2. mengenal pasti kepentingan komunikasi yang melibatkan semua aspek kehidupan;
3. mengenal pasti elemen-elemen asas dalam proses komunikasi; dan
4. mengenal pasti fungsi utama komunikasi.

1.1 BEBERAPA TAKRIFAN KOMUNIKASI

Berdasarkan pemahaman anda, apakah yang anda faham tentang


komunikasi? Bolehkah dikatakan bahawa komunikasi dianggap sebagai suatu
bentuk perhubungan melalui pertuturan?

Takrifan umum menganggap komunikasi sebagai proses interaksi dan perkongsian


makna, pertukaran idea, pendapat atau perkongsian maklumat sama ada secara bertulis,
simbol, bunyi-bunyian atau bertuturan baik yang disampaikan secara bersemuka
mahupun menggunakan media massa.

Terdapat pelbagai pengertian komunikasi. Ada yang menganggapnya sebagai satu seni
yang menyalurkan maklumat, idea-idea dan perlakuan dari seseorang kepada seorang
yang lain. Tujuan komunikasi ialah menyalurkan sesuatu mesej daripada seseorang
individu kepada seseorang individu lain. Perkataan komunikasi kadangkala digantikan
dengan perkataan interaksi atau perhubungan.

2 OUM
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Seterusnya kita akan meninjau pengertian komunikasi yang dikemukakan untuk


mengukuhkan lagi pemahaman terhadap maksudnya. Setiap pengertian itu pasti ada
matlamat yang tertentu dan sesuai dimengertikan pada masa dan konteks tertentu.
Walaupun komunikasi dianggap sebagai proses yang kompleks, ianya boleh di lihat dari
berbagai dimensi dan berdasarkan konteks, peranan sumber dan penerima, tujuan serta
maksud simbol. Jika diperhatikan takrifan yang diberikan, pengertian komunikasi boleh
dilihat dari pelbagai perspektif berdasarkan tujuan komunikasi itu dijalinkan.

(i) Takrifan oleh Wood (2001)


Wood mengemukakan empat aspek penting dalam definisi komunikasi sebagai proses
yang sistemik yang melibatkan seseorang berinteraksi menggunakan simbol tertentu
untuk membentuk dan menginterpretasi makna. Ini dapat dilihat dalam Jadual 1.1 di
bawah.

Jadual 1.1: Empat Aspek Penting dalam Definisi Komunikasi yang


Ditakrifkan oleh Wood

(i) Proses Komunikasi itu berterusan dan sentiasa mengalami


perubahan. Sukar ditentukan bila ia bermula dan berakhir.
Dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
(i) Sistemik Komunikasi berlaku dalam sistem yang saling berkait rapat.
Ia saling mendatangkan kesan kepada satu sama lain. Sistem
wujud dari sistem yang sekecil-kecilnya seperti sebuah
keluarga sehinggalah sistem yang lebih besar seperti
organisasi, komuniti dan bangsa serta budaya yang
diamalkan.
(iii) Simbolik Komunikasi bersifat simbolik. Ia melibatkan simbol yang
berbentuk abstrak, arbitrari, dan kabur maksudnya.
(iv) Makna Makna amat penting dalam komunikasi dan untuk
menerangkan sesuatu fenomena. Makna juga dapat dilihat
menerusi simbol. Makna dalam komunikasi dilihat dari dua
tahap iaitu:
(i) tahap kandungan makna dalam mesej, dan
(ii) tahap hubungan makna - apa yang dinyatakan tentang
hubungan komunikator dan mesej.

(ii) Takrifan oleh Verdeber & Verdeber (2002)


Komunikasi merupakan proses membentuk dan berkongsi makna dalam perbualan tidak
formal, interaksi kumpulan atau perucapan publik. Proses komunikasi itu melibatkan
komunikator, konteks, mesej, saluran, elemen gangguan (bising) dan maklumbalas.

(iii) Takrifan oleh Gamble & Gamble (2002)


Komunikasi didefinisikan sebagai proses pemindahan makna sama ada secara sengaja
atau tidak. Gamble mengaitkan pengalaman dengan perlakuan yang diperhatikan dan
tanggapan terhadap perlakuan tersebut. Jika perlakuan yang diperhatikan itu

OUM 3
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

diinterpretasikan sebagai mesej atau ianya memberi kesan kepada perlakuan seseorang
yang lain, bermakna komunikasi telah berlaku.

(iv) Takrifan oleh Hybels & Weaver ( 2001)


Komunikasi merupakan proses perkongsian idea, maklumat dan perasaan yang
melibatkan penuturan, penulisan, perlakuan, pergerakan badan dan stail. Pendek kata,
apa sahaja reaksi yang memberi makna terhadap mesej merupakan komunikasi.

(v) Takrifan oleh Trenholm (2001)


Pengertian komunikasi dintinjau dari tiga perspektif iaitu dari sudut psikologi, konteks
sosial dan pragmaktik. Beliau mendefinisikan komunikasi sebagai gabungan konsep
untuk melihat bagaimana manusia menggunakan simbol (berbentuk perkataan) untuk
membentuk kesamaan maksud yang akan dikongsi dengan orang lain.
Dari perspektif psikologi, makna komunikasi difokuskan kepada apa yang berlaku di
dalam minda pada ketika mesej ditransmisi dan diterima. Perspektif konteks sosial pula
melihat komunikasi sebagi proses di mana manusia menggunakan perantara yang wujud
dalam sesebuah budaya, yang membentuk gambaran yang kolektif tentang realiti.
Perspektif ini memfokus kepada hubungan antara komunikasi dan juga budaya yang
dikongsi. Berbeza dengan kedua-dua perspektif sebelumnya, perspektif pragmatik melihat
komunikasi sebagai sistem yang saling berkaitan dan melibatkan tindakan yang akhirnya
membentuk corak tertentu. Menurut perspektif ini, manusia mempunyai stail komunikasi
masing-masing.

Dari pengertian yang dikemukakan, nyatalah apabila berkomunikasi atau berhubungan


antara satu sama lain, apa yang ingin diwujudkan ialah satu “kesamaan” dengan orang
lain. Dengan kata lain, apabila berkomunikasi, kita akan cuba berkongsi pemikiran,
kepercayaan, nilai-nilai sosial dengan orang lain dengan tujuan mencari “kesamaan”.
Mencapai satu “kesamaan” dalam interaksi amat penting kerana tanpa kesamaan, maka
akan berlakunya salah faham “communication breakdown” dalam hubungan yang cuba
dibentuk.

Selain kesamaan, mentransmisikan apa yang kita rasa itu juga merupakan satu elemen
penting dalam komunikasi. Ringkasnya, definisi konvensional komunikasi adalah berkongsi
dan mentransmisikan idea bukan sahaja di kalangan individu tetapi juga kumpulan atau
masyarakat. Perkongsian ini merujuk pertukaran antara peribadi, silang budaya dan
amalan, manakala transmisi merujuk kepada perantara berupa teknologi yang digunakan
untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Rajah 1.1: Komunikasi yang bertujuan mencari


“kesamaan” dalam hubungan antara insan

4 OUM
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Apabila mengkaji komunikasi, kita mengkaji hubungan kemanusiaan yang berlaku dalam
kumpulan, organisasi atau masyarakat, bagaimana ia saling mempengaruhi, memberitahu
dan diberitahu, dihiburkan atau memberi hiburan. Untuk memahami komunikasi antara
insan, pertama perlu difahami bagaimana manusia berhubung sesama sendiri.

Apabila sesuatu perhubungan itu berjalan dengan lancar, hasilnya ialah kepuasan individu
yang merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Jika sebaliknya berlaku, akan
terhasillah salah faham dan konflik dalam hubungan.

Setiap definisi komunikasi yang diberikan ada kelebihan dan kegunaannya. Dengan kata
lain, asas komunikasi ialah hubungan (relationship) yang wujud. Hubungan yang
dimaksudkan dapat dilihat terjalin antara manusia dengan haiwan, manusia dan dirinya
sendiri, manusia dengan mesin, manusia dengan komunitinya, manusia dengan kumpulan
tertentu dan antara insan dengan Penciptanya.

Rajah 1.2: Takrifan komunikasi

Latihan 1.1

Berikan contoh-contoh senario di mana komunikasi:


(a) membentuk kesamaan antara seorang dengan yang lain.
(b) menyebarkan maklumat
(c) mentransmisi idea dan
(d) berkongsi maklumat.

Konsep “Seni untuk Masyarakat” seringkali dipegang oleh pengkarya-


pengkarya seni seperti penyair, pelukis, pemuzik dan sebagainya. Tahukah
anda bahawa media yang digunakan oleh golongan ini juga merupakan suatu
bentuk komunikasi yang dapat menghubungkan pengkarya dengan
masyarakat. Apa pandangan anda tentang perkara ini?

OUM 5
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

Hubungan sosial yang terjalin tidak semestinya secara bersemuka, tidak semestinya
melibatkan perlakuan secara fizikal, malah boleh menghasilkan implikasi psikologi. Dari
situ juga, lahirnya perkongsian idea serta maklumat yang mampu melahirkan emosi
dan perasaan. Setiap makna yang wujud dalam komunikasi ini akan melalui proses
komunikasi yang tersendiri. Proses ini membenarkan kita membentuk imej-imej dalam
fikiran yang boleh membantu dan membentuk keadaan sekeliling dan memandu tingkah
laku kita.

Sebagai kesimpulannya, takrifan komunikasi dapat kita bahagikan kepada tiga kategori
berikut:

1. Penyampaian dan penyebaran maklumat dengan membezakan antara pengaliran idea,


ilmu, pemikiran dan mesej.
2. Penghasilan idea yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu.
3. Perkongsian makna antara sumber dan penerima untuk membentuk hubungan.

What is communication?
1. Communication is a process of acting on information.
2. Communication is a process whereby people assign meanings to
stimuli in order to make sense of the world.
3. Comunication is a transmission of ideas, emotions, skills by the
use of graphics, symbols and words.
4. Communication is sharing of information.
5. Communication is a process whereby one person tells another
something through the written or spoken word.

Berdasarkan pengertian di atas, yang manakah memberikan maksud


komunikasi yang paling tepat pada pendapat anda? Apakah kesimpulan yang
dapat anda rumuskan dari definisi-definisi di atas?

Tidaklah mencukupi sekiranya seseorang itu mempunyai otak yang baik, apa
yang lebih penting ialah tahu menggunakannya – Descartes, 1639.

6 OUM
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

1.2 KEPENTINGAN KOMUNIKASI

Pernahkah anda terfikir apakah kepentingan komunikasi dalam kehidupan


harian anda? Apakah yang anda jangkakan sekiranya komunikasi tidak wujud
dalam kehidupan seharian anda?

Komunikasi berlaku setiap masa dan kadangkala terjadi tanpa disedari. Seseorang itu
melibatkan diri dalam komunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan. Ini dilihat
dari pelbagai aktiviti seperti berbual, mendengar, berfikir, menonton filem, menonton
televisyen, mendengar radio, berdiskusi dalam kumpulan, atau bertafakur. Seseorang
yang mendiamkan diri juga mungkin berkomunikasi dalam dirinya sambil memikirkan
sesuatu.

Kemampuan berkomunikasi dengan baik dan dengan berkesan sering kali dikaitkan
dengan kejayaan seseorang mengadaptasi diri dalam pelbagai situasi sama ada dalam
hubungan peribadi, kumpulan etnik, budaya yang berbeza, kehidupan profesional
mahupun kehidupan sivik. Kegagalan seseorang berkomunikasi dengan baik
menyukarkan hubungan yang ingin dibentuk. Kepentingan komunikasi dilihat dari
beberapa aspek kehidupan yang melibatkan:

• Kehidupan peribadi
• Peningkatan berkerjaya
• Etika dalam berkomunikasi
• Adaptasi dalam masyarakat pelbagai budaya
• Kesan perubahan teknologi dan hubungan

1.2.1 Komunikasi dalam Kehidupan Peribadi

Seseorang individu melihat dirinya dari pandangan atau mesej yang digambarkan oleh
orang lain, umpamanya interaksi antara sahabat atau kenalan, pasangan romantis,
pelajar dengan pensyarah, juga antara ibu dengan anak. Oleh itu, mengenali diri amat
penting dalam komunikasi. Dalam hubungan peribadi, komunikasi merupakan asas
interaksi dua insan atau dalam hubungan kekeluargaan.

1.2.2 Peningkatan Bekerjaya

Kemampuan berkomunikasi mempengaruhi kejayaan seseorang dalam berkerjaya.


Memang tidak dapat dinafikan bahawa memiliki kepakaran dalam bidang tertentu amat
penting tetapi kemampuan berkomunikasi dengan baik dan berkesan merupakan
kelebihan yang dicari-cari oleh setiap majikan. Ini kerana seseorang komunikator yang
baik mampu bertutur, mendengar, berfikir, mengadaptasi diri dalam kumpulan atau
dalam budaya yang berbeza dan juga membantu dalam membuahkan idea dengan
jelas.

OUM 7
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

Rajah 1.3: Kepentingan komunikasi dalam


peningkatan kerjaya

1.2.3 Etika dalam Berkomunikasi

Kita perlu menjaga etika dalam komunikasi kerana ia melibatkan prinsip moral
berhubung apa yang betul atau tidak wajar dilakukan ketika berkomunikasi secara lisan
atau bukan lisan. Isu etika kadangkala membawa kepada pincangnya hubungan
kekeluargaan, terjejasnya interaksi pekerja dengan majikan, hilang kepercayaan rakyat
terhadap pemimpin, kucar-kacir kehidupan sesebuah masyarakat atau menjarakkan
persahabatan dan memutuskan hubungan kekasih. Pendek kata isu etika dalam
komunikasi berkaitan dengan tanggungjawab dan sikap menghormati seseorang dalam
proses berkomunikasi.

Rajah 1.4: Beretika dalam komunikasi

1.2.4 Adaptasi dalam Masyarakat Pelbagai Budaya

Kehidupan dalam masyarakat pelbagai kaum, etnik atau komuniti memerlukan


seseorang itu menyesuaikan diri supaya dapat hidup dalam keadaan aman damai.
Pengetahuan, sensitiviti dan sikap yang positif terhadap latar belakang budaya, bahasa,
amalan hidup serta menghormati kepercayaan orang lain membantu dalam
berkomunikasi dengan pihak lain.

8 OUM
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Rajah 1.5: Komunikasi berlaku di dalam masyarakat


dan budaya pelbagai bangsa

1.2.5 Kesan Perubahan Teknologi dan Hubungan

Kemajuan teknologi merubah kaedah komunikasi antara insan. Kemampuan teknologi


memudahkan penyampaian dan perkongsian serta penerimaan mesej dengan pantas
bagi mereka yang mempunyai akses. Komunikasi yang dibentuk secara “virtual”
memberi implikasi terhadap hubungan antara individu dan juga komuniti. Perubahan
teknologi membolehkan orang berkomunikasi tanpa sempadan dan batasan. Rujuk
Rajah 1.6.
Voicemail
Web Site

Calendar
5 E-Mail

Lead Alerts

Rajah 1.6: Perubahan teknologi dalam komunikasi

Apakah pandangan anda berhubung implikasi teknologi terhadap komunikasi


bersemuka (face-to face communication)?

Saya mahu menulis perisian komputer. Saya tahu perisian komputer akan
menjadi industri besar. Saya tidak tahu sama ada saya akan berjaya atau
tidak, tetapi saya punya wawasan bahawa komputer akan menjadi alat yang
bernilai di atas setiap meja dan, akhirnya di setiap rumah – Bill Gates, 1993.

OUM 9
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

1.3 UNSUR-UNSUR DALAM PROSES KOMUNIKASI

Apakah yang anda faham tentang unsur-unsur komunikasi? Misalnya, adakah


unsur-unsur komunikasi memberi kesan kepada sosio budaya sesebuah
masyarakat?

Komunikasi merupakan satu proses yang dinamik. Proses yang dinamik dalam
komunikasi tiada awal dan tiada penghujungnya. Proses penyaluran mesej adalah satu
proses yang berterusan. Lantaran itu juga, komunikasi mempunyai ciri yang dinamik,
yang sentiasa mengalir dan berterusan.

Proses komunikasi menggambarkan bagaimana insan saling berhubungan antara satu


sama lain. Setelah kita mendapat gambaran tentang makna komunikasi, satu lagi isu
penting yang harus difahami ialah elemen-elemen yang terkandung dalam setiap proses
komunikasi. Persoalan yang timbul ialah sama ada wujud hubungan antara elemen-
elemen tersebut.

Kara Berlo, jika sesuatu komunikasi itu berlaku antara seorang individu dengan seorang
yang lain, maka punca (sumber) dan penerima mestilah mempunyai sistem kod yang
sama. Jika hal ini tidak berlaku, maka mereka tidak akan dapat berkomunikasi dengan
baik. Oleh yang demikian, untuk kita memahami dengan lebih lanjut lagi sebaik-baiknya
kita lihat beberapa unsur atau elemen yang terdapat di dalam komunikasi. Ini akan
membantu kita mengenal pasti apakah kekurangan atau kelebihan yang dilihat dari
proses komunikasi yang berlaku.

Rajah 1.7 memperlihatkan hubungan di antara elemen asas dalam proses komunikasi
tersebut. Di antara unsur yang dimaksudkan ialah :

• Sumber (Source)
• Penerima (Receiver)
• Mesej (Message)
• Saluran (Channel)
• Gangguan (Noise)
• Maklumbalas (Feedback)
• Rangkarujuk (Frame of reference)
• Konteks (Context)

10 OUM
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Rajah 1.7: Elemen-elemen asas dalam proses komunikasi

1.3.1 Sumber

Sumber merupakan punca sesuatu utusan. Semua orang mampu menjadi sumber
tidak kira sama ada dia seorang individu, satu kumpulan, persatuan atau sebuah
organisasi. Di dalam proses komunikasi sumber ialah sesiapa yang mempunyai
pendapat, fikiran, perasaan, atau utusan yang ingin disampaikan kepada orang lain.
Jika seseorang sumber itu berkata sesuatu atau menerangkan sesuatu perkara kepada
orang lain, proses itu dinamakan mengengkod mesej atau dengan kata lain proses-
proses membentuk mesej. Contohnya seorang guru sedang mengajar muridnya tentang
Matematik. Penjelasan yang diberikan oleh guru tersebut adalah menghantar mesej
agar difahami oleh para pelajarnya.

Proses komunikasi yang mendatangkan kesan yang baik memerlukan seseorang


sumber yang harus mempunyai empat ciri utama penyampai (komunikator) yang
berkesan seperti:

1. Kemahiran komunikasi
2. Sikap
3. Tahap pengetahuan
4. Kedudukan dalam sesuatu sistem sosiobudaya

OUM 11
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

Rajah 1.8: Empat ciri utama penyampai (komunikator)

Selain daripada empat ciri yang dinyatakan, apakah ciri-ciri lain untuk menjadi
komunikator yang berkesan?

• Kemahiran Berkomunikasi

Pernahkah anda mengalami situasi aktiviti berkumpulan, iaitu ‘Telefon Karat’


atau melalui aktiviti pesanan. Peserta pertama akan membaca mesej yang
diberi, kemudian meyampaikannya kepada peserta kedua hingga terakhir.
Hasilnya hanya 20% sahaja mesej sama dengan mesej yang asal. Apakah
yang anda fahami melalui aktiviti tersebut dan apakah moral yang terkandung
di dalamnya?

Kemahiran bertutur dan menulis merupakan aspek yang amat penting bagi sumber.
Adalah sangat sukar untuk seseorang berkomunikasi dengan seseorang yang pekak
dan bisu kecuali diketahui bahasa istimewa yang digunakannya atau menggunakan alat
tertentu. Komunikasi dengan insan kurang upaya pasti memerlukan pendekatan yang
berbeza dalam menyampaikan sesuatu mesej. Sumber mestilah mempunyai daya
pemikiran atau keupayaan untuk menimbang dan menilai sesuatu dengan akalnya. Ini
sangat penting dalam proses mengenkod (menghantar mesej). Jika sumber tidak
mempunyai pemikiran yang waras, maka orang tersebut akan menghadapi banyak
gangguan dalam proses komunikasi hinggakan komunikasi yang dilakukannya tidak
membawa erti dan tidak akan membawa kesan yang dikehendaki.

12 OUM
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

• Sikap
Satu lagi ciri yang penting bagi punca atau sumber ialah sikap. Sikap yang kita maksudkan
di sini ialah sikap terhadap mesej, terhadap dirinya dan faedah yang akan didapati oleh
orang lain.
Jika sikap negatif yang kita dapati daripada mana-mana pihak maka susah bagi komunikasi
itu untuk berjalan secara lancar dan licin serta mendatangkan kesan. Kaitan antara sikap
dan mesej juga amat penting. Jika terdapat pertentangan antara sikap dan mesej atau
keduanya tidak selari, besar kemungkinan komunikasi tidak mendatangkan kesan.
Contohnya, jika seorang yang mempunyai latar belakang pencapaian akademik yang
lemah dan beliau cuba menyampaikan mesej tentang kepentingan ilmu pengetahuan
maka kemungkinan besar mesej yang ingin disampaikan tidak berkesan. Khalayak
mungkin akan mengambil sikap tidak mengendahkan kata-kata beliau atau memandang
rendah kepada sumber yang menyampaikan mesej itu. Dalam situasi yang berbeza
sekiranya terdapat banyak kesamaan antara sikap dan kandungan komunikasi yang
dilakukan, besar kemungkinan komunikasi tadi akan mendatangkan kesan.
• Tahap Pengetahuan
Tahap pengetahuan juga amat penting dalam proses komunikasi. Jika punca tadi
mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai sesuatu perkara, ia akan menjadi terlalu
khusus. Akan berlakulah kesilapan dalam komunikasi kerana menyampaikan sesuatu
yang terlalu teknikal untuk penerima yang tidak dapat memahaminya.
Contoh: Ramai orang mengalami masalah kesihatan semasa berlakunya jerebu. Individu
yang mempunyai pengetahuan yang lebih akan menceritakan dengan terperinci sehingga
proses-proses saintifik di mana orang biasa yang mendengarnya tidak dapat memahami
atau menjadi bosan.
• Kedudukan dalam Sistem Masyarakat atau Sosiobudaya
Susun atur, norma dan sistem budaya yang tersendiri memang telah wujud dalam sesuatu
masyarakat dan ahli di dalam masyarakat tersebut harus mematuhinya.
Kita harus memahami peraturan-peraturan tersebut kerana ia akan mendasari bagaimana
kita harus berkomunikasi. Jika kita tidak mengetahui peraturan-peraturan dalam sistem
sesebuah masyarakat dan melanggarinya, mungkin kita akan dianggap sebagai “kurang
ajar”, tidak bersopan atau biadap.
Contohnya, Dalam masyarakat Melayu sekiranya semasa ibu bapa sedang berbual-
bual, anak remaja tuan rumah berulang-alik di hadapan kita beberapa kali tanpa memberi
hormat. Di sini telah berlakunya pelanggaran adat budaya. Kita akan beranggapan
bahawa remaja tersebut telah berlaku kurang ajar kerana tidak menghormati orang yang
lebih tua.

Sebagai seorang pelajar apakah kepentingan sumber terhadap mesej yang


disampaikan selain dari sikap, tahap pengetahuan, kemahiran dan kedudukan
dalam masyarakat?

OUM 13
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

1.3.2 Penerima

Penerima dalam proses komunikasi ialah sasaran sesuatu utusan. Penerima boleh
terdiri daripada seorang individu, kumpulan kecil, sebuah organisasi ataupun sejumlah
orang yang ramai. Dalam komunikasi massa, penerima utusan dikenali sebagai
khalayak. Sepertimana punca atau sumber, penerima mempunyai ciri-ciri tertentu
seperti kemahiran komunikasi, sikap, tahap pengetahuan serta kedudukannya dalam
suatu sistem sosiobudaya

Ciri-ciri penerima mempunyai persamaan dengan ciri-ciri sumber. Jika punca mesti
mempunyai kemahiran mengenkod (kemahiran bercakap dan menulis) penerima pula
mesti mempunyai kemahiran mendekod (mendengar dan membaca).

• Kemahiran Komunikasi
Seseorang penerima mestilah mempunyai kemahiran komunikasi iaitu daya
mengimbang dan menafsirkan sesuatu mesej yang disampaikan. Semua ini mestilah
dilakukan dengan pemikiran dan akal yang baik serta waras. Ianya penting bagi bagi
melihat kebaikan dan kelemahan sesuatu mesej.

Rajah 1.9: Kemahiran komunikasi

• Sikap
Dalam berkomunikasi, penerima juga harus bersikap positif dalam menafsir sesuatu
mesej. Jika terdapat pertentangan antara sikap dan mesej maka komunikasi yang berlaku
tidak akan mendatangkan faedah.
Keberkesanan sesuatu mesej yang disampaikan amat bergantung kepada sikap
penerima terhadap sumber. Jika penerima menyenangi sikap sumber maka besar
kemungkinan ia akan mempertimbangkan mesej yang disampaikan oleh sumber.
Sebaliknya jika penerima tidak menyenangi sikap sumber maka dia akan bertindak sambil
lewa atau tidak menghiraukan langsung apa yang cuba disampaikan oleh sumber.

14 OUM
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Rajah 1.10: Situasi penerima melalui sikap yang digambarkan


Sumber: Majalah Ujang, Isu 175, 15 Oktober 2003

• Tahap Pengetahuan
Tahap pengetahuan juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan sumber. Jika
penerima mempunyai pengetahuan mengenai apa yang diperkatakan oleh sumber maka
apa yang disampaikan akan mudah difahaminya. Namun jika penerima tidak mempunyai
pengetahuan tentang apa yang didengarnya maka mesej komunikasi sukar difahami.

• Kedudukan dalam Sistem Sosiobudaya


Sebagaimana sumber, penerima juga harus mengetahui norma, peraturan dan budaya
yang ada di dalam sesuatu sistem masyarakat. Ini bertujuan memastikan supaya
komunikasi berjalan lancar dan tidak menimbulkan salah faham antara satu sama lain.

OUM 15
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

Rajah 1.11: Situasi penerima melalui kedudukannya dalam sistem budaya

1.3.3 Mesej

Pernahkah anda menyaksikan cerita peperangan? Tahukah anda mesej yang


disampaikan apabila bendera putih dikibarkan?

Mesej adalah maksud yang terkandung dalam perkataan-perkataan atau simbol-simbol


yang digunakan oleh sumber untuk menyampaikan dan melafazkan sesuatu maksud.
Ia adalah hasil daripada proses enkod yang dijalankan oleh punca berdasarkan kepada
pemikirannya

Di dalam mesej tersebut terkandung perutusan idea dan perasaan yang ingin
disampaikan oleh punca kepada penerima. Mesej mengandungi idea serta perasaan
yang ingin dikongsi antara sumber dan penerima. Namun, idea dan perasaan hanya
dapat dikomunikasikan menerusi simbol tertentu sama ada secara lisan, konkrit,
abstrak mahupun bukan lisan.

Pendek kata, segala apa yang membawa makna boleh diistilahkan sebagai mesej.
Contohnya, seorang pengurus menunjukkan wajah serius semasa mesyuarat apabila
menerima laporan jualan yang menurun pada hujung tahun. Pasti mesej yang ingin
disampaikan difahami oleh kakitangan pemasaran supaya memberi sokongan untuk
mengatur strategi promosi komunikasi pemasaran bersepadu yang berkesan.

Terdapat tiga ciri utama yang harus dipunyai oleh mesej jika ingin disampaikan kepada
penerima dengan berkesan iaitu:
1. Kod mesej
2. Isi atau kandungan mesej
3. Pengolahan mesej

16 OUM
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

• Kod Mesej
Kod ialah satu kumpulan simbol-simbol, yang apabila disusun dengan teratur boleh
memberi makna kepada seseorang. Kod digunakan setiap hari dalam aktiviti seharian
terutamanya dalam komunikasi. Kod didapati dalam bahasa yang kita gunakan. Isyarat
yang terdapat di tepi lebuh raya, di bangunan-bangunan dan di kebanyakan tempat awam
juga merupakan suatu kod. Bahasa yang kita gunakan untuk berkomunikasi antara satu
sama lain merupakan kod simbol-simbol yang paling meluas digunakan oleh manusia
diseluruh dunia.
Perkataan dalam bahasa merupakan simbol lisan yang melambangkan sesuatu benda
atau idea. Simbol tanpa lisan pula merupakan cara berkomunikasi tanpa menggunakan
perkataan.
Bahasa sesungguhnya merupakan kod terpenting yang pernah dicipta dan diterima oleh
manusia yang digunakan untuk kemudahan dan keselesaan dalam kehidupan dan
difahami oleh semua yang melihat atau mendengarnya. Penggunaan kod bahasa ini
amatlah penting dalam menghasilkan mesej yang difahami apabila didengar atau dilihat.

Rajah 1.12: Contoh kod mesej di tepi jalan raya

• Isi atau Kandungan Mesej

“Pernahkah anda mendapat ‘memo’ dari kawan anda? Contoh: Perjumpaan


Kelab Ixora akan diadakan pada 19 Mac 2004, di Betty Villa jam 2.30 petang.
Apakah kandungan mesej yang anda jangkakan dari memo tersebut?

Untuk menjalankan komunikasi yang berkesan setiap mesej mestilah mempunyai


kandungan yang jelas. Kandungan mesej yang kosong tidak akan membawa apa-apa
makna. Isi yang di maksudkan di sini ialah maklumat yang diperolehi dan didapati dalam
mesej yang dienkodkan oleh punca kepada penerima. Tajuk, topik, tujuan dan harapan
yang terkandung di dalam sesuatu kandungan itulah yang disebut sebagai mesej.

OUM 17
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

Memo
Kepada: Cik Mariana

Daripada: Cik Warisna

Tarikh: 3 Mac 2004

Tempat: Betty Villa

Jam: 2.30 pm 

Tarikh: 19 Mac 2004

Perkara: Mesyuarat Bulanan Kelab Ixora

Tindakan: Sediakan laporan 

g
Rajah 1.13: Isi kandungan mesej yang lengkap

• Pengolahan Mesej
Kandungan mesej sekiranya tidak diolah dengan baik tidak akan difahami oleh penerima.
Pengolahan mesej yang baik akan mendatangkan kesan yang memberi makna kepada
apa yang akan dikomunikasikan. Pengolahan merupakan keputusan yang dibuat oleh
punca untuk memilih dan menyusun kedua-dua kod dan isi mesejnya. Bagaimana
seseorang itu melakukan pengolahan kepada mesej bergantung kepada beberapa faktor.
Antara faktor-faktor tersebut ialah gaya atau stail pengolahan mesej. Penyampai juga
mempengaruhi pengolahan yang dilakukan terhadap mesej.

Rajah 1.14: Pengolahan mesej yang tidak lengkap dan


sukar di fahami

18 OUM
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Berdasarkan Rajah 1.14, mengapakah pengolahan mesej tersebut dikatakan


sukar untuk difahami oleh penerima?

1.3.4 Saluran

Saluran boleh kita definisikan sebagai alat atau perantara yang menyalurkan mesej dari
sumber kepada seorang penerima atau beberapa orang penerima. Pemilihan saluran
dalam komunikasi adalah penting kerana ia akan membantu keberkesanan komunikasi.
Dalam masa yang sama, setiap saluran mempunyai kelemahan dan kekuatan tertentu.
Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, kaedah menggunakan beberapa saluran
untuk menyampaikan sesuatu utusan merupakan cara yang paling efektif.

Dalam apa sahaja bentuk saluran yang digunakan, pemilihannya harus mengambilkira
kesesuaiannya dengan situasi dan penerimanya. Pada amnya saluran terdapat dalam
bentuk-bentuk berikut:

1. Saluran media
2. Saluran bersemuka
3. Saluran mesej bukan lisan

Cetak

Rajah 1.15: Saluran komunikasi

OUM 19
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

• Saluran Media
Media meliputi aplikasi jenis-jenis media berikut :
1. Media Cetak seperti akhbar, majalah serta buku-buku.
2. Media Elektronik seperti televisyen, radio dan Internet.
3. Media Tradisional seperti teater, wayang kulit dan opera.

Pada pandangan anda adakah kaedah penyampaian mesej menerusi Internet,


seperti e-mel atau chat mampu menggantikan kaedah komunikasi
bersemuka?

• Saluran Bersemuka
Perbezaan yang nyata dapat dilihat dari kaedah penyaluran maklumat atau mesej yang
menggunakan media massa. Saluran bersemuka melibatkan interaksi atau hubungan
secara langsung antara sumber dan penerima. Sumber dan penerima berada dalam
situasi yang sama. Kaedah sedemikian dikatakan lebih mesra dan berbentuk dua hala.
Dalam situasi ini proses penyaluran mesej melibatkan maklumbalas di mana kesannya
lebih cepat dan segera. Perantara yang selalunya terlibat dalam saluran mesej bersemuka
ialah jiran tetangga, ketua komuniti dan sebagainya.
Dari segi menentukan kesan, beberapa persoalan harus difikirkan ketika berkomunikasi.
Beberapa ciri saluran perlu dikenal pasti untuk menentukan keberkesanan komunikasi
untuk tujuan-tujuan tertentu.
• Penggunaan Saluran yang Bersesuaian
Sebelum melaksanakan penyampaian mesej, seseorang itu harus memikirkan saluran
manakah yang paling sesuai yang harus kita gunakan supaya penerima boleh menerima
mesej yang kita sampaikan dengan cara yang paling mudah diakses dan difahami.
• Keupayaan Saluran yang Digunakan
Kita harus juga memikirkan sama ada saluran itu berupaya membawa mesej dalam
bentuk yang dienkodkan dan sama ada penerima berupaya mendekod mesej yang
dikirimkan melalui saluran tersebut.
Dalam membuat pemilihan saluran untuk mesej, haruslah diketahui apakah saluran
ataupun saluran-saluran yang paling baik dan paling sesuai untuk menyampaikan mesej
kita kepada penerima.
Contohnya apabila kita memilih saluran television untuk menyampaikan mesej berbentuk
pesanan yang panjang, sudah tentulah ianya satu pemilihan yang kurang bijak. Media
massa mempunyai keupayaan yang berbeza. Radio hanya mampu menyalurkan kesan
suara (audio) manakala televisyen pula mempunyai kesan audio dan visual. Akhbar dan
majalah mempunyai keupayaan untuk dibaca. Internet yang merupakan saluran
komunikasi tercanggih pula tiada batasannya dan tiada sempadan ruang dan masa tetapi
perlu mudah diakses. Sudah pasti kesemuanya memberi implikasi keberkesanan yang
berbeza-beza.
Kepelbagaian keupayaan perantara komunikasi, sama ada ianya kaedah konvensional
ataupun teknologi terkini, ada kelemahan dan kelebihannya. Oleh yang demikian, pemilihan
sesuatu saluran mestilah disesuaikan dengan keupayaan penerima dan utusan. Pada

20 OUM
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

masa kini, akses kepada teknologi dan aplikasinya menjadi isu yang hangat dibincangkan
kerana jurang digital di kalangan mereka yang tidak mampu dan yang berada; antara
yang kaya maklumat dan yang miskin maklumat.

1.3.5 Gangguan

Gangguan ialah sebarang bentuk halangan yang berlaku dalam proses komunikasi.
Gangguan berlaku apabila penerima tidak dapat menerima utusan dengan jelas atau
tepat sebagaimana yang disampaikan oleh sumber. Bunyi bising umpamanya
menghalang mesej dari disampaikan, diterima dan difahami dengan tepat.

Tardapat banyak sebab berlakunya gangguan yang menghalang proses komunikasi


yang berkesan. Gangguan dalam komunikasi boleh berlaku disebabkan oleh saluran,
keadaan sekeliling (luaran), keadaan mental seseorang (dalaman) atau gangguan
semantik yang boleh mengganggu proses penyampaian mesej.

Unsur gangguan mula diperkenalkan oleh Shannon dan Weaver melalui model sebaran
pada tahun 1949 dan gangguan dilihat berlaku disebabkan faktor-faktor berikut:

Rajah 1.16: Unsur-unsur gangguan

1. Gangguan Fizikal
Gangguan fizikal berlaku apabila punca gangguan itu datangnya dari keadaan sekeliling.
Contoh: bunyi bising akibat lalu lintas kenderaan semasa kita sedang berbual dengan
rakan. Ia mengganggu tumpuan kita kepada sesuatu mesej.

2. Gangguan Fisio-Psikologi
Ia berlaku disebabkan pengaruh tahap pengetahuan asas kita, sikap kita terhadap utusan
atau sumber dan keupayaan komunikasi kita.
Perbezaan budaya juga merupakan satu gangguan jika kita tidak memahami budaya
tersebut.

3. Gangguan Mental
Gangguan mental berpunca daripada pemikiran kita sendiri. Misalnya, fikiran yang
terganggu akibat peperiksaan yang semakin hampir, masalah kesihatan dan sebagainya.

OUM 21
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

1.3.6 Maklumbalas

Maklumbalas merujuk kepada respons yang berlaku apabila penerima memberikan


reaksi terhadap utusan yang disampaikan oleh sumber. Dalam komunikasi antara
individu, maklumbalas adalah spontan. Misalnya, apabila sumber bertanya “ bagaimana
keadaan anda sekarang?” dan penerima utusan menjawab “Baik-baik saja”.
Maklumbalas mungkin ditunjukkan pada riak wajah sambil menjawab. Jawapan dan
air muka penerima itu merupakan maklumbalas terhadap utusan yang disampaikan oleh
sumber. Begitu juga dengan lawak tutur kata A terhadap B sehingga B tersenyum atau
ketawa merupakan maklumbalas. Apabila maklumbalas itu positif, mungkin sumber
akan meneruskan komunikasinya. Namun, jika maklumbalas itu negatif, mungkin ia
akan berhenti di situ sahaja.

Dalam proses komunikasi massa, maklumbalas tidak sepantas komunikasi bersemuka.


Maklumbalas komunikasi massa adalah tertangguh iaitu lambat untuk diperolehi.

Maklumbalas dalam konteks komunikasi massa akan dibincangkan dalam unit 3 nanti.
Pentingnya maklumbalas dilihat pada tindakan yang harus diambil oleh seseorang. Di
samping itu juga, kepastian akan diperolehi terhadap idea dan perasaan yang cuba
dikongsi antara sumber dan penerima. Perkembangan teknologi komunikasi maklumat
terkini memungkinkan maklumbalas segera umpamanya penggunaan e-mel dan
pencarian maklumat menerusi Internet. Telefon bimbit kini memberi maklumbalas yang
pantas dengan pelbagai kaedah untuk menyampaikan mesej.

Rajah 1.17: Maklumbalas dalam komunikasi


bersemuka atau menerusi telefon

1.3.7 Rangka Rujuk

Rangka rujuk adalah pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu perkara yang
menjadi tajuk komunikasi. Komunikasi tidak akan mendatangkan kesan jika sumber
dan penerima tidak mempunyai rangka rujuk yang sama.

22 OUM
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Katakanlah seseorang yang mempunyai pengalaman bermain ski (luncur ais) di luar
negeri bercerita dengan kawannya di kampung tentang cara dan pengalaman berski.
Sudah pasti kawannya tidak dapat menghayati apa yang diceritakan.

Di sini jika penerima kekurangan pengetahuan mengenai perkara yang dibincangkan,


maka ia akan menjejaskan keupayaan penerima untuk memahami atau mengikuti apa
yang dibincangkan oleh sumber. Dengan itu, sudah pasti penerima tidak dapat
berkomunikasi secara berkesan dengan sumber.

Bagi membolehkan komunikasi berlaku dengan berkesan, kedua-dua sumber dan


penerima mestilah mempunyai rangka rujuk yang sama. Ini kerana setiap individu yang
terlibat dalam proses komunikasi mempunyai pengalaman yang tersendiri.

Dengan itu, hanya utusan yang difahami oleh kedua-dua pihak sahaja yang akan dapat
membantu keberkesanan komunikasi. Contohnya, minat yang sama, jantina, latar
belakang sosial dan lain-lain. Lebih luas ruang lingkup rangka rujuk di antara sumber
dan penerima, maka lebih besar kemungkinan komunikasi antara mereka memberi kesan.

1.3.8 Konteks

Komunikasi berlaku dalam konteks-konteks tertentu. Komunikasi tidak berlaku dalam


“kekosongan”. Komunikasi juga kadangkala terjadi dalam keadaan yang semulajadi tanpa
disedari. Konteks komunikasi merujuk suasana atau keadaan sekeliling di mana
komunikasi itu berlaku.

DeVito (2001) menyatakan bahawa komunikasi yang berlaku dalam konteks tertentu akan
mempengaruhi bentuk dan kandungan mesej. Konteks juga kadangkala tidak jelas dan
dalam keadaan tertentu pula mendominasi (sama ada menstimulasi atau menghalang
mesej yang disampaikan. Konteks komunikasi adalah seperti situasi (fizikal), temporal,
pensejarahan psikologi-budaya, masa dan sosiobudaya. Setiap dimensi tersebut
dikatakan saling berkait rapat dan mempengaruhi antara satu sama lain.

Berdasarkan konteks situasi atau keadaan, yang mencakupi keseluruhan komunikasi yang
berlaku sama ada dalam keadaan formal atau tidak formal, maka tindakan komunikasi
pasti dipengaruhi oleh keadaan tertentu. Contoh, komunikasi antara seseorang dengan
seseorang yang lain atau antara sekumpulan ahli dalam sesebuah organisasi; jumlah ahli
dan jenis komunikasi dan interaksi; suasana, masa dan siapa yang terlibat dalam
komunikasi. Konteks yang berlainan memberi kesan komunikasi yang berlainan.

Setiap konteks memberi kesan terhadap apa yang dikomunikasikan. Konteks juga
mempengaruhi persekitaran, perlakuan, tindakan dan sebaliknya. Konteks juga
menentukan jenis komunikasi yang harus digunakan.

Apakah kerja yang paling sukar di dunia? Berfikir


– Emerson, 1836.

OUM 23
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

1.4 FUNGSI KOMUNIKASI

Pernahkah anda terfikir bahawa seseorang yang beribadah juga


berkomunikasi. Apakah fungsi-fungsi komunikasi anda dan individu lain?
Adakah komunikasi membantu anda dalam kehidupan seharian?

Fungsi komunikasi bergantung kepada tujuan ia dilakukan. Ia dilihat dari perspektif yang
berbeza-beza. Jika diperhatikan dari perspektif sumber (penghantar mesej), komunikasi
mempunyai fungsi untuk memberitahu, menghibur, belajar, memahami atau membuat
keputusan sama ada menerima atau menolak mesej yang diterima.

Dari perspektif individu, komunikasi bertujuan memberikan gambaran sebenar tentang


realiti, memperolehi kemahiran dan pengetahuan serta membuat keputusan.

Jika diperhatikan pula dari perspektif sosial, komunikasi memainkan peranan-peranan


berikut :

1. menyumbang ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama


2. mengukuhkan proses sosialisasi ahli dalam sesebuah kumpulan
3. menghibur
4. melahirkan kesepakatan untuk mendapatkan pengaruh, dan
5. membujuk

menyumbang
ilmu

membujuk

PERANAN
KOMUNIKASI melahirkan
menghibur kesepakatan

mengukuhkan proses
sosialisasi

Rajah 1.18: Peranan komunikasi dari perspektif sosial

Untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai fungsi-fungsi komunikasi, cuba


gambarkan beberapa situasi yang berlaku di dalam kehidupan kita sebagai individu.

Sejak bermulanya peradaban manusia, komunikasi memainkan peranan yang penting


dalam segala aspek kehidupan. Sama ada di pejabat (menulis surat, memberi arahan,

24 OUM
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

berkomunikasi menerusi e-mel) dan lain-lain, di sekolah (mengajar dan belajar)


mahupun di rumah (chatting dalam ruang siber), kita berkomunikasi untuk tujuan
tertentu.

Cuba bayangkan bagaimana dan mengapa komunikasi berlaku. Seseorang guru


berkomunikasi secara bersemuka dengan sekumpulan murid di sekolah. Seorang anak
menelefon ibunya untuk bertanya khabar berita ayahnya di kampung atau A yang
menghantar SMS kepada teman untuk menyatakan perasaannya. Seorang tua duduk
bermenungan di tepi tasik. Kesemua yang berlaku, sama ada secara terancang atau
tidak disengajakan, menggambarkan sebab mengapa komunikasi berlaku. Dalam setiap
keadaan yang digambarkan tadi, komunikasi memainkan peranan penting
menghubungkan seseorang dengan seorang yang lain, dalam diri sendiri atau di
kalangan kumpulan tertentu.

Sekumpulan pelajar boleh berkomunikasi dengan gurunya; seorang ahli perniagaan


dapat memperluaskan peluang perniagaan ke luar negara; seorang ibu dan anak dapat
merapatkan hubungan kekeluargaan. Jalinan komunikasi antara insan juga memberikan
ruang untuk kita mengenali diri sendiri dengan lebih baik.

Kemajuan teknologi komunikasi maklumat juga membolehkan komunikasi dijalankan


dengan lebih cepat dan pantas membentuk jaringan elektronik. Kepentingan
berkomunikasi antara seorang pengurus yang beroperasi dari jarak jauh memerlukan
kaedah berkomunikasi menerusi e-mel dengan rakan perniagaannya di sebuah negara
yang lain.

Rajah 1.19: Perniagaan secara elektronik

Penggunaan komputer dan komponen interaktif Internet seperti e-mel memungkinkan


kita berhubung dengan seseorang di mana-mana pada bila-bila masa. Mesyuarat
sesebuah perniagaan boleh dijalankan menerusi “telesidang”.

Proses komunikasi amat berkait rapat dengan pencarian maklumat. Apabila ilmu
komunikasi dipelajari sebagai satu bidang pengajian atau disiplin, pakar-pakar dan para
pengkaji komunikasi sering menganggap bahawa komunikasi mempunyai fungsi yang
berbeza.

OUM 25
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

Di antara fungsi-fungsi komunikasi yang utama ialah:

Rajah 1.20: Fungsi-fungsi komunikasi

1.4.1 Fungsi Memberitahu

Pada hari ini sumber maklumat dengan mudah dapat diperolehi menerusi Internet yang
juga bertujuan memberitahu. Berita yang disiarkan di akhbar, radio dan televisyen bertujuan
memberitahu khalayak tentang perkembangan semasa.

Fungsi ini boleh dikatakan antara fungsi komunikasi yang sering digunakan dalam
kehidupan manusia. Fungsi ini bertujuan memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara
yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain. Terdapat banyak contoh
komunikasi yang menjalankan fungsi memberitahu, contohnya: papan tanda seperti
“Dilarang Merokok”, “Sila beratur”, “Ikut kiri”, “berhati-hati di jalan raya” dan sebagainya.

Fungsi memberitahu ini menumpukan perhatian kepada penyampai atau sumber


maklumat. Penyampaian mesej bertujuan memberitahu. Sesungguhnya, maklumat adalah
sesuatu yang amat penting dalam memperolehi ilmu dalam kehidupan kita. Setiap orang
memerlukan maklumat dalam menguruskan kehidupan sehari-hari. Maklumat penting
kerana ia akan membuatkan seseorang itu berfikir. Ini kemudiannya akan mendorong
seseorang membuat keputusan tentang sesuatu isu dan akan memungkinkan tindakan
diambil. Tanpa maklumat maka sukarlah untuk seseorang membuat keputusan. Anda
pasti selalu mendengar pesanan-pesanan penyampai dalam rancangan-rancangan di
radio yang memberitahu tentang keadaan jalan raya di bandaraya. Seorang yang sedang
dalam perjalanan pulang dari kerja akan berpeluang membuat keputusan untuk mengelak
dari terperangkap dalam kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur.

Berdasarkan huraian tadi, komunikasi juga memainkan peranan penting dalam proses
mendapatkan maklumat. Melaui proses komunikasi, maklumat disebarkan secara
berterusan dan dikongsi bersama oleh penyampai dan penerima untuk membentuk
persefahaman. Namun, kita harus memastikan bahawa maklumat yang disampaikan perlu
difahami oleh penerima. Jika ianya tidak difahami maka ia bukanlah komunikasi yang
berkesan.

26 OUM
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Rajah 1.21: Komunikasi berfungsi memberitahu

1.4.2 Fungsi Mendidik

Komunikasi juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan bahan
pelajaran. Pendidikan/pembelajaran berlaku dari tahap kanak-kanak sehinggalah
seseorang itu dewasa. Pendidik menjadi aktor utama menyumbangkan ilmu yang
diberikan. Interaksi antara guru dan pelajar merupakan proses komunikasi.

Dalam kehidupan manusia, kita bukan sahaja belajar daripada pengalaman peribadi
sahaja tetapi kita juga belajar daripada pengalaman orang lain. Misalnya, seorang pelajar
yang rajin membuat rujukan lazimnya mendapat keputusan peperiksaan yang baik.
Pelajar pula mestilah memberikan kepercayaan kepada pengajar serta rela dan
sanggup menerima ilmu. Dalam konteks ini tujuan komunikasi adalah memindahkan
ilmu kepada penerima walaupun keberkesanannya masih boleh dipersoalkan. Fungsi
mendidik ini memperlihatkan kepentingan sumber dan penerima maklumat untuk
memastikan fungsi tersebut berjaya dilaksanakan.

Rancangan-rancangan yang berbentuk pendidikan banyak disiarkan di televisyen.


Kebanyakan rancangan yang berunsur mendidik, kadangkala bertindan dengan fungsi
memberitahu dan berhibur. Rancangan “Discovery Science”, TVIQ dan “Art Attack” di
ASTRO, umpamanya, jelas menjalankan fungsi mendidik untuk setiap lapisan
masyarakat. Begitu juga dengan klip-klip “Teleinfo” yang membekalkan penonton dengan
berbagai maklumat. Rancangan berbentuk mendidik dapat memperluaskan
pengetahuan. Selain itu juga, ilmu yang diperolehi akan membantu seseorang berfikir
secara kritikal atau memahami sebab-sebab berlakunya sesuatu perkara yang kompleks
di sekeliling mereka.

1.4.3 Fungsi Membujuk

Komunikasi juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam proses pembujukan.
Fungsi ini berbeza dengan dua fungsi komunikasi yang telah kita bincangkan tadi.
Fungsi membujuk bertujuan mengubah sikap dan tingkah laku seseorang sepertimana
yang dikehendaki. Namun, pembujukan bukanlah bermakna bahawa dengan

OUM 27
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

menggunakan komunikasi kita dapat dengan mudah memujuk orang lain ataupun orang
ramai. Jika dirujuk buku-buku yang ditulis dalam bidang psikologi sosial, kita akan
dapati tidak semua orang boleh memujuk atau dipujuk untuk mengubah sikap mereka.

Selain daripada memberitahu, komunikasi juga digunakan untuk menawan hati dan
fikiran orang ramai. Kebanyakan contoh pembujukan ini dapat kita lihat melalui iklan-
iklan dan klip-klip video yang disebarkan di media.

Anda pasti selalu melihat iklan di akhbar dan televisyen serta mendengarnya melalui
radio. Tujuan utama iklan adalah untuk mempengaruhi kita membeli barang-barang yang
diiklankan. Pembujukan bukan hanya menyebarkan maklumat tetapi mestilah dapat
menembusi dan menawan perasaan serta emosi khalayak sasaran mereka. Adakala
maklumat sengaja ditambah-tambah bagi mencapai tujuan tersebut.

Contohnya, iklan pencuci muka menggunakan seorang bintang filem wanita yang
diminati ramai. Mesej iklan ialah jika dia menggunakan ubat pencuci muka baru itu maka
kulitnya akan kelihatan cantik dan nampak menawan. Dalam contoh iklan ini, emosi
memainkan peranan penting. Untuk kelihatan menawan, mesej sebenar yang ingin
disampaikan adalah supaya pembeli membeli produk tetapi mainan emosi dijadikan
modal pembujukan dalam mesej komunikasi dalam iklan ini.

Apakah simbol-simbol di sekeliling anda yang berfungsi menyampaikan mesej


pembujukan kepada khalayak?

1.4.4 Fungsi Menghibur

Fungsi komunikasi yang menghibur merupakan perkara yang paling mudah dilihat
dalam kehidupan seharian. Wayang gambar, rancangan hiburan, lawak jenaka, drama,
sketsa, komik, kartun merupakan contoh-contoh bagaimana komunikasi digunakan
untuk menghibur. Oleh kerana hiburan merupakan fungsi komunikasi yang paling popular
dan diperlukan oleh orang ramai, maka rancangan-rancangan berbentuk hiburan amat
diminati ramai. Majalah-majalah hiburan ramai pembacanya. Drama komedi tempatan
dan juga dari luar negara berjaya menawan hati penonton televisyen. Radio pula
menyiarkan lagu-lagu kegemaran menghiburkan pendengarnya. Berbual-bual dengan
rakan-rakan juga merupakan satu hiburan.

Masyarakat sebelum wujud televisyen dan radio berhibur dengan mendengar cerita-
cerita penglipurlara atau pun dengan menonton wayang kulit.

Pada umumnya keberkesanan fungsi ini boleh diketahui melalui reaksi seseorang
apabila berkomunikasi. Seseorang akan berasa terhibur bila saling bercerita tentang
zaman kanak-kanak, zaman persekolahan atau mengenang semula kenangan manis
pada zaman remaja. Pendek kata, apabila seseorang itu dapat menghilangkan perasaan
duka bolehlah dikatakan bahawa fungsi menghibur itu telah tercapai.

Oleh kerana fungsi hiburan itu amat digemari oleh orang ramai, maka terdapat usaha
untuk menerapkan unsur pendidikan, penerangan, dan pembujukan melalui hiburan.

28 OUM
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI
BAB 1 KONSEP ASAS KOMUNIKASI

Oleh yang demikian, timbul beberapa konsep baru dalam fungsi komunikasi seperti
edutainment (gabungan education dan entertainment) dan infotainment (gabungan
information dan entertainment)

Televisyen banyak menyiarkan rancangan yang menggabungkan peranan menghibur


dengan membujuk. Misalnya, melalui drama diselitkan unsur-unsur perpaduan antara
kaum dan semangat patriotik dalam lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Keranamu
Malaysia dan Malaysia Tanah Airku. Rancangan kanak-kanak pula banyak menyelitkan
kedua-dua konsep edutainment dan infotainment.

Senaraikan rancangan televisyen yang menyalurkan mesej menerusi


kedua-dua konsep edutainment dan infotainment.

1.4.5 Mensosialisasikan Masyarakat

Fungsi ini melibatkan kebolehan membimbing ahli masyarakat dalam menggunakan


kaedah ataupun tingkahlaku yang bersesuaian dalam kehidupan bermasyarakat. Di sini
kita akan lihat pertindihan antara fungsi pembelajaran atau pendidikan yang telah kita
bicarakan sebelum ini.

Dalam proses sosialisasi ahli-ahli masyarakat saling belajar dan mengamalkan aspek-
aspek seperti kemahiran, kepercayaan dan norma-norma masyarakat. Contohnya, ibu
bapa akan mengajar anak-anak bagaimana cara menghormati golongan tua. Proses
ini bertujuan membentuk tingkah laku yang sesuai sebagai salah seorang ahli
masyarakat. Menerusi komunikasi, individu membentuk hubungan dengan sahabat,
kumpulan kecil, anggota keluarga, rakan sekerja dan juga komuniti tertentu.

Dalam keadaan sebenar, sesuatu proses komunikasi itu tidaklah hanya tertumpu
kepada satu fungsi sahaja. Fungsi mensosialisasikan masyarakat melibatkan
kemampuan individu mengadaptasi diri dalam pelbagai konteks komunikasi. Bagaimana
seseorang itu menyesuaikan diri dengan rakan, teman sepejabat, kumpulan sosial,
komuniti tertentu melibatkan komunikasi. Kesemua bentuk hubungan ini mempengaruhi
tindakan komunikasi antara insan.

Sila rujuk buku oleh Hashim Fauzy Yaacob, (2001). Komunikasi Antara
Manusia. Skudai: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

OUM 29
PENGENALAN KEPADA BIDANG KOMUNIKASI UNIT 1
KONSEP ASAS KOMUNIKASI BAB 1

Latihan 1.2
1. “ Dalam situasi komunikasi yang ideal, mesej diterima dan difahami
seperti mana yang dirancangkan. Namun apabila mesej tidak
dikomunikasikan seperti mana yang dijangkakan, timbul percanggahan
terhadap mesej yang disampaikan.”
Berikan pandangan anda terhadap kenyataan tersebut.
2. Huraikan tajuk-tajuk berikut:
(a) Komunikasi sebagai satu proses.
(b) Implikasi budaya terhadap komunikasi

RUMUSAN
Di dalam bab 1 ini, kita telah membincangkan takrifan komunikasi dari pelbagai
perspektif. Setiap satu pengertian melambangkan perspektif komunikasi yang berbeza
antara satu sama lain. Apa yang jelas, kita tidak mampu mencari satu takrifan
komunikasi yang mempunyai ciri-ciri sepunya atau satu takrifan yang dianggap tepat
dan terbaik. Oleh yang demikian, penggunaan sesuatu takrifan itu perlulah dilihat dari
perspektif dan konteks komunikasi. Tiada satu definisi yang paling tepat untuk
memberikan maksud yang khusus atau menyeluruh kepada makna komunikasi yang
sebenarnya.

Komunikasi yang terbentuk melibatkan idea, pengetahuan, perasaan dan makna yang
ingin dikongsi. Proses perkongsian makna itu pula tidak berlaku sehala. Dalam
kebanyakan situasi komunikasi berlakunya perkongsian yang bertimbal balik sama ada
secara terang-terangan atau tersirat menerusi simbol-simbol yang membawa pelbagai
interpretasi. Dalam masa yang sama, wujud elemen-elemen gangguan yang memberi
impak kepada keberkesanan komunikasi. Jika bijak mengadaptasi diri dalam pelbagai
konteks komunikasi akan membentuk iklim komunikasi yang harmonis dan berkesan.

Lazimnya sesuatu proses komunikasi itu akan melibatkan beberapa fungsi komunikasi
yang saling digabungkan untuk menghasilkan kesan komunikasi yang lebih besar.

Justeru itu, komunikasi yang baik haruslah berupaya dan bersedia untuk mengenal pasti
gabungan fungsi komunikasi yang mana satukah yang akan membawa kejayaan dalam
perancangan strategi komunikasi yang akan dilaksanakan.

30 OUM

Anda mungkin juga menyukai