Anda di halaman 1dari 16

Topik  X Alat-Alat

6 Perlindungan
dan
Pendawaian
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyenaraikan jenis-jenis peralatan perlindungan arus lebihan;
2. Menyatakan faktor fius;
3. Menyenaraikan jenis peralatan perlindungan arus bocor ke bumi;
4. Melukis litar kawalan utama dan kawalan pengguna;
5. Menyenaraikan jenis litar akhir; dan
6. Mengira kos tenaga elektrik.

X PENGENALAN
Alat perlindungan elektrik merupakan sebarang peralatan yang boleh
memutuskan litar secara otomatik atau secara sendirinya apabila berlakunya
arus lebihan yang melebihi had yang ditetapkan mengalir dalam litar tersebut.
Biasanya, peralatan perlindungan ini dipasangkan pada dawai hidup (L) di awal
masukan pendawaian.

Arus lebihan boleh berlaku disebabkan oleh litar pintas atau beban yang
berlebihan. Tujuan pemasangan peralatan perlindungan ini adalah untuk
mengelakkan berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila berlakunya arus
lebihan mengalir melalui alat tersebut.
100 X TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN

6.1 PERALATAN PERLINDUNGAN ARUS


LEBIHAN
Jenis-jenis peralatan perlindungan arus lebihan ialah seperti fius dan MCCB. Sub
topik ini akan membincangkan perihal peralatan perlindungan arus lebihan
dengan lebih mendalam.

6.1.1 Fius
Fius merupakan seutas dawai kuprum atau dawai aloi timah plumbum yang
akan lebur apabila arus melebih hadnya mengalir melaluinya. Apabila arus
melebihi had mengalir melalui fius, ia tidak terus putus sebaliknya ia akan
mengambil masa untuk putus/lebur. Oleh itu, perlindungan jenis ini boleh
dianggapkan sebagai kurang cekap.

Simbol fius adalah seperti di Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Simbol fius

Faktor fius adalah dipengaruhi oleh kadaran arus fius dan arus fius. Kadaran
arus fius merupakan kadar arus maksima yang boleh mengalir melalui fius tanpa
meleburkan/memutuskan fius tersebut.

Kadar fius yang biasa adalah seperti 1A, 2A, 3A, 5A, 13A, 20A, 25A, 30A, 45A,
60A, 70A, 80A dan 100A. Arus fius adalah arus minimum yang boleh mengalir
melaluinya dan menyebabkan fius tersebut lebur/putus.

Oleh itu, faktor fius adalah:

Faktor fius = Arus fius / Kadar arus fius

Terdapat tiga jenis fius yang biasa digunakan untuk kerja pemasangan elektrik.
Iaitu:

(a) Fius dawai semula. Keadaan fius ini adalah separuh tertutup atau
terdedah. Seperti Rajah 6.2.
TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN W 101

Rajah 6.2: Fius dawai semula

(b) Fius kartrij tertutup. Terdapat dua jenis iaitu:

(i) Jenis badan lutsinar yang boleh dilihat dawai fius (rujuk Rajah 6.3).

Rajah 6.3: Fius kartrij badan lutsinar

(ii) Jenis badan tidak lutsinar yang tidak boleh lihat dawai fiusnya (rujuk
Rajah 6.4).

Rajah 6.4: Fius katrij badan tidak lutsinar


102 X TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN

(c) Fius keupayaan pemutus tinggi. Seperti Rajah 6.5.

Rajah 6.5: Fius keupayaan pemutus tinggi

AKTIVITI 6.1

Senaraikan dua jenis fius yang biasa digunakan untuk kerja pemasangan
elektrik yang anda tahu dan jelaskan kelebihannya.

6.1.2 Molded-case Circuit Breaker (MCCB)


Pemutus litar MCCB digunakan untuk membuka atau menutup litar voltan
rendah dan menutup litar secara automatik apabila berlakunya litar pintas atau
lampau beban dalam litar pendawaian. Saiz pemutus litar ini adalah kecil oleh
itu ada yang memanggilnya sebagai miniature circuit braeker (MCB).
Kebanyakan fius di dalam kotak agih telah ditukarkan dengan MCB.
MCCB/MCB lebih mudah dikendalikan berbanding dengan fius.

Pemutus litar ini menggunakan kendalian jenis haba dan magnet. Pemutus litar
kendalian magnet adalah lebih peka berbanding dengan pemutus litar jenis haba.
Contoh MCCB/MCB adalah seperti di Rajah 6.6.
TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN W 103

Rajah 6.6: MCCB/MCB


Sumber: en.wikipedia.org/wiki/Residual-current_device

AKTIVITI 6.2
1. Apakah tujuan utama menggunakan MCCB/MCB dalam litar
pendawaian? Nyatakan.
2. Apakah kelebihan MCCB/MCB berbanding dengan fius?
Bincangkan.

6.2 PERALATAN PERLINDUNGAN ARUS


BOCOR KE BUMI
Peralatan perlindungan arus bocor boleh melindungi penggunanya terkena
renjatan elektrik apabila peralatan, kelengkapan atau pemasangan elektrik yang
berlaku arus bocor (leaking). Jika berlakunya arus bocor pada peralatan,
kelengkapan atau pemasangan elektrik, maka peralatan perlindungan mestilah
boleh berfungsi untuk memutuskan litar bekalan daripada masuk supaya
kemalangan nyawa dapat dielakkan.

6.2.1 Pemutus Litar Bocor Ke Bumi Kendalian Arus


Pemutus litar arus baki akan berfungsi apabila arus di pengalir fasa tidak sama
dengan arus di pengalir neutral. Keadaan yang tidak seimbang di antara pengalir
fasa dan pengalir neutral. Pemutus litar arus baki akan berfungsi apabila hasil
104 X TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN

darab arus kendalian dengan galangan buminya menghasilkan nilai melebihi 40v
dan arus kendalian pemutus litar tidak melebihi 2% daripada arus litarnya.
Rajah 6.7 menunjukkan sebuah pemutus litar arus baki.

Rajah 6.7: Pemutus litar arus baki


Sumber: en.wikipedia.org/wiki/Residual-current_device

Rajah 6.8 menunjukkan bahagian dalam sebuah pemutus litar arus baki. Berikut
adalah keterangan ringkas tentang kendalian pemutus litar arus baki tersebut.
(a) Terminal (1) merupakan punca sambungan bekalan masukan.
(b) Terminal (2) adalah terminal keluaran pemutus litar arus bocor.
(c) Apabila butang (3) diset, sesentuh (4) menjadi litar tutup dan
membenarkan arus mengalir dari (1) ke (2). Solenoid (5) akan menarik
sesentuh (4) sentiasa dalam keadaan hidup.
(d) Apabila berlakunya ketidak seimbangan arus, gelung pengesan (6) akan
menghantar isyarat ke litar pengesan (7). Litar pengesan akan mematikan
bekalan ke solenoid (5) dan menyebabkan sesentuh (4) menjadi keadaan
terbuka (off).

Rajah 6.8: Pemutus litar arus baki


Sumber: en.wikipedia.org/wiki/Residual-current_device
TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN W 105

6.2.2 Pemutus Litar Bocor Ke Bumi Dengan


Menggunakan Geganti
Rajah 6.9 menunjukkan pemutus litar bocor ke bumi dengan menggunakan
geganti. Litar jenis ini adalah lebih cekap. Merujuk kepada rajah 6.9 apabila
berlakunya arus bocor ke bumi, voltan di antara E1 dan E2 akan meningkat
melebihi 40V. Ini akan menyebabkan gegelong geganti berkendali lalu menarik
sesentuhnya. Keadaan ini akan menyebabkan gegelung 2 berkendali lalu
menarik sesentuh utama pemutus litar ke kedudukan buka (off) dan bekalan
akan terputus.

Rajah 6.9: Pemutus litar bocor ke bumi dengan menggunakan geganti

6.2.3 Langkah Keselamatan


Renjatan elektrik boleh berlaku akibat daripada tersentuh dengan bahagian
hidup talian bekalan atau pada logam yang terdedah pada talian hidup. Sebagai
contoh, pemanas air yang rosak akibat pemanasnya bocor. Akibatnya arus
elektrik boleh mengalir melalui air dan pengguna akan terkena renjatan arus
elektrik. Untuk mengelakkan daripada terkena renjatan elektrik, perlindungan
perlulah dipasang supaya apabila berlakunya bocoran arus elektrik pelindung
ini akan mematikan bekalan elektrik masukan.

Cara untuk mengelakkan daripada terkenanya renjatan arus elektrik adalah


seperti berikut:
(a) Penebatan sepenuhnya diadakan pada sepanjang pendawaian supaya jika
adanya bahagian yang membawa arus bocor tidak disentuh oleh pengguna.
(b) Membuat penebatan pada alat-alatan supaya bahagian logamnya tidak
terdedah kepada pengguna.
106 X TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN

(c) Membumikan bahagian logam yang terdedah supaya apabila berlakunya


arus bocor ia dapat dialirkan terus ke bumi.
(d) Asingkan bahagian logam dengan penghadang supaya pengguna tidak
tersentuh pada bahagian hidup.

AKTIVITI 6.3
1. Senaraikan dua jenis peralatan perlindungan arus bocor ke bumi.
2. Terangkan bagaimana pemutus litar arus baki berfungsi.
3. Senaraikan dua cara bagaimana renjatan arus elektrik boleh
dielakkan.

6.3 PENDAWAIAN
Bekalan yang diagihkan ke rumah-rumah kediaman atau taman perumahan
adalah dari sistem 3 fasa 4 dawai. Bekalan 3 fasa ini disalurkan dari kawasan
pencawang ke kawasan pengguna. Daripada sistem 3 fasa 4 dawai ini pula
dijadikan sistem fasa tunggal 2 dawai yang disalurkan ke rumah kediaman.
Rajah 6.10 menunjukkan contoh sambungan bekalan bekalan 3 fasa 4 dawai.

Rajah 6.10: Contoh bekalan tiga fasa empat dawai


TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN W 107

6.3.1 Litar Kawalan Utama Dan Kawalan Pengguna


Bekalan utama merupakan bekalan yang disalur masuk dari kabel sistem fasa
tunggal 2 dawai ke rumah kediaman. Bekalan utama akan disambungkan ke
rumah kediaman melalui fius perkhidmatan (service fuse) dan penyambung
neutral (neutral link) kemudian disambungkan ke meter kilowatt-jam. Selepas
meter kilowatt-jam, bekalan ini akan disalur masuk melalui kabel talian hidup
(L) dan neutral (N) ke papan kawalan agihan di dalam rumah untuk kegunaan
penggunanya. Lihat Rajah 6.11.

Rajah 6.11: Litar kawalan dan litar akhir


108 X TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN

Di papan kawalan agihan mengandungi kawalan seperti berikut:


(a) Pemencil (main switch/isolator);
(b) Perlindung arus lebihan (MCB); dan
(c) Perlindung arus bocor ke bumi (RCCB).

Kegunaan pemencil adalah untuk memisahkan bekalan utama ke litar pengguna.


Di dalam pemencil terdapat sebuah fius. Nilai fius ini bergantung kepada berapa
banyak beban yang digunakan.

Perlindung arus lebihan adalah bertujuan untuk melindungi litar, kelengkapan


elektrik atau kabel daripada menerima arus yang berlebihan dari had yang
ditetapkan. Peranti seperti fius, MCB atau MCCB biasanya digunakan sebagai
pelindung arus lebihan.

Perlindung arus bocor ke bumi digunakan untuk mengelakkan berlakunya


kejutan elektrik terhadap penggunanya. Jika berlakunya arus bocor ke bumi
peralatan ini akan memutuskan bekalan utama ke litarnya secara automatik.
Oleh itu, pengguna akan terselamat dari terkena kejutan elektrik.

Rajah 6.11 menunjukkan sebuah litar kawalan utama, kawalan pengguna dan
litar akhir sebuah rumah kediaman.

AKTIVITI 6.4
Senarai  peralatan  yang  terdapat  di  kawalan  utama  dan  kawalan 
pengguna.

6.3.2 Litar-litar Akhir


Litar akhir merupakan sambungan terakhir pemasangan pengguna. Litar akhir
bermula dari kotak fius agihan dan berakhir di beban (sebagai contoh lampu,
kipas dan lain-lain) atau soket alur keluar atau kelengkapan elektrik yang
dipasang oleh pengguna.

Merujuk kepada buku "Engineering Tomorrow" (I.E.E.E), litar akhir boleh


ditakrifkan sebagai litar yang disambung terus kepada kelengkapan yang
menggunakan arus elektrik melalui sambungan soket alur keluar atau
sambungan ke lain-lain poin alur keluar untuk sambungan kelengkapan (tidak
termasuk beban).
TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN W 109

Beberapa peraturan penting I.E.E.E untuk litar akhir kurang daripada 15Amp
ialah:

314-2 Jika sesuatu pemasangan mempunyai lebih daripada satu jenis


litar akhir, tiap-tiap litar akhir itu hendaklah disambungkan secara
berasingan dalam kotak agihan (berlainan fius dan kawalannya)
bagi mencegah gangguan bekalan jika litar akhir itu mengalami
kerosakan.
314-4 Pendawaian setiap litar akhir hendaklah diasingkan secara
elektrik (neutral dan hidup berlainan) kecuali bumi. Susunan
pemasangan neutral seboleh-bolehnya sama dengan susunan
pemasangan fius (dan dipasang berurutan mengikut hieraki
kadaran arus fius bagi memudahkan pemeriksaan).

(a) Litar Akhir Soket Alur Keluar


Pembahagian litar akhir adalah seperti berikut:
(i) Litar akhir pada kadaran arus yang kurang daripada 15A.
(ii) Litar akhir pada kadaran arus yang lebih daripada 15A.
(iii) Litar akhir pada kadaran arus yang lebih daripada 15A tetapi
tertumpu kepada soket alur keluar 13A sahaja (BS 1363).
(iv) Litar akhir untuk pemasangan alat pemasak dan pemanas air.

Litar akhir bagi soket alur keluar adalah terdiri daripada 5A, 13A, 15A,
16A, 30A. Jadual 6.1 menunjukkan spesifikasi pemasangan litar akhir soket
alur keluar BS 1363.
110 X TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN

Jadual 6.1: Litar akhir yang menggunakan soket alur keluar BS 1363
Luas
maksimum
Jenis lantai yang
Pelindung arus lebih Saiz minimum pengalir
litar boleh
dibekalkan
(mm2)
Kabel Kabel Kabel
pengalir pengalir pengalir
kupram aluminium kuprum
bertebat berlapis bertebat
PVK atau kuprum mineral
getah bertebat (mm2)
(mm2) PVK(mm2)
A1 Kadar Jenis 2.5J 4 1.5 100
gelang an
(Amp)
30 atau Sebarangan
32
A2 30 atau Fius kartrij 4 6 2.5 50
jejari 32 atau
pemutus
litar
A2 20 Sebarangan 2.5 4 1.5 20
jejari

Terdapat dua jenis litar akhir soket alur keluar 13A, iaitu:
• Litar jejarian; dan
• Litar gelang.

Litar Gelang
Litar gelang terbentuk apabila penyambungan kabel bermula dari satu
terminal di kotak agihan dan bersambung kepada setiap soket secara
jujukan (sequance) kemudian berbalik semula pada terminal
permulaannya. Saiz kabel untuk litar gelang adalah 2.5 mm2. Peralatan
perlindungan arus bocor yang digunakan adalah 32 Amp. Dalam litar
gelang, jika berlaku kerosakan perlindungan arus bocor akan mematikan
litar dan menyebabkan semua soket alur keluar tiada bekalan voltan. Luas
kawasan yang sesuai menggunakan litar gelang ialah 100m2.

Rajah 6.12 menunjukkan contoh sambungan litar gelang.


TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN W 111

Rajah 6.12: Sambungan litar gelang

Litar Jejari
Litar jejari membekalkan bekalan kepada beberapa bilangan soket alur
keluar di mana tamatan akhir pada soket terakhir. Saiz kabel yang diguna
adalah 2.5mm2 dan MCB yang diguna adalah 20Amp dengan saiz bilik
yang dibenarkan adalah sehingga 200m2.

Rajah 6.13 menunjukkan sambungan litar jejari litar akhir soket alur keluar.

Rajah 6.13: Sambungan litar jejari

AKTIVITI 6.5

1. Senaraikan jenis litar akhir yang terdapat di sebuah rumah


kediaman.
2. Senaraikan syarat-syarat untuk membuat litar akhir soket alur
keluar jenis litar gelang.
112 X TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN

(b) Litar Akhir Lampu


Bilangan beban yang boleh dipasang kepada sesuatu litar akhir lampu
adalah penting. Sebagai contoh, litar akhir yang menyambung kepada
lampu pijar, lampu nyahcas dan kipas siling biasanya menggunakan MCB
5Amp. Sedia maklum bahawa lampu nyahcas mempunyai perbezaan fasa
antara voltan dan arus bebannya. Dalam hal ini, anggapkan faktor kuasa
litar lampu nyahcas adalah ditahap tidak kurang dari 0.85.

Maka rumusan yang boleh dibuat adalah seperti berikut:

Arus lampu pijar bersamaan:

I = Watt / Volt = Kuasa sebenar lampu / Voltan bekalan

Arus lampu nyahcas bersamaan:

I = (Volt-amp X 1.8) / Volt = (Kuasa Ketara X 1.8) / Voltan bekalan

Litar akhir lampu boleh disambung bersama-sama dengan lampu pijar


dengan syarat permintaan arus perlu dikira berasingan. Jumlah arusnya
adalah merupakan permintaan arus litar akhir itu. Kadar maksima litar
akhir utnuk lampu biasanya adalah 5 Amp.

Sebagai contoh, Berapakah bilangan lampu pijar 100W 250V yang boleh
dipasang kepada litar akhir MCB 6 Amp?

Arus lampu pijar = 100W/ 250V = 0.4 Amp

Maka,

5 Amp / 0.4 = 12.5

Oleh itu, lampu pijar yang boleh di pasang pada litar akhir tidak boleh
melebihi 12 unit. Bilangan yang sesuai adalah 6 unit. Ini adalah bertujuan
supaya tidak membebankan litar akhir.

Penentuan saiz kabel untuk litar akhir adalah mustahak. Mengikut


peraturan buku (I.E.E.E) saiz kabel yang digunakan mestilah berupaya
membawa arus yang sama dengan peranti pelindung litar (I.E.E.E 433-2).
TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN W 113

6.3.3 Membaca dan Mengira Kos Tenaga Elektrik


Meter Kilowatt-jam yang dipasang dirumah adalah untuk menyukat dan
merekodkan unit penggunaan elektrik rumah tersebut. Meter ini terdapat dua
jenis, iaitu:
(a) Meter Kilawatt-jam analog; dan
(b) Meter Kilawatt-jam berdigit.

Bekalan elektrik kerumah adalah dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad. Bil
penggunaan elektrik akan dikeluarkan sebulan sekali oleh pihak Tenaga
Nasional. Pada bil elektrik tersebut terdapat beberapa maklumat penting iaitu:
(i) No. Akaun pengguna;
(ii) Nama dan alamat pengguna;
(iii) Bacaan meter terdahulu dan semasa; dan
(iv) Unit , kadar dan amaun yang perlu dibayar.

Sebagai contoh, jumlah bacaan terdahulu ialah 34700 kWh bagi bulan Jun.
Bacaan semasa iaitu bulan Julai ialah 35253 kWh.

Maka, bayaran yang perlu dibayar oleh pengguna ialah:


Unit penggunaa = bacaan semasa - bacaan terdahulu
= 35253 kWh - 34700kWh
= 553kWh

Bagi caj penggunaan domestik, 500kWj yang pertama ialah 0.286 sen dan
selebihnya ialah 0.378 sen.

Penyelesaiannya:
500kWj X 0.286 = 143.00
53kWj X 0.378 = 20.03

Oleh itu, jumlah yang perlu dibayar oleh pengguna ialah:


RM143.00 + RM20.03 = RM163.03
114 X TOPIK 6 ALAT-ALAT PERLINDUNGAN DAN PENDAWAIAN

AKTIVITI 6.6

Berapakah bilangan lampu nyahcas 40W 250V dan lampu pijar 60W
250V yang boleh dipasang pada litar akhir MCB 6Amp? Kirakan.

• Fius dan MCC digunakan sebagi peralatan perlindungan arus lebihan


dalam pendawaian elektrik.

• Pemutus litar arus bocor berfungsi sebagai pemutus litar apabila


berlakunya arus bocor dalam pendawaian elektrik.

• Pendawaian elektrik terbahagi kepada dua bahagian iaitu:


- Litar kawalan utama; dan
- Litar kawalan pengguna.

• Litar akhir terdiri dari litar soket alur keluar, litar lampu, litar kawalan
pemasak, pemula (starter), pemanas air dan lain-lain peralatan elektrik.

Arus bocor Lutsinar


Fius MCCB
Litar akhir

Abd. Samad b Hj Hanif & Mohd Nazi b Hj Mustafa. (1989). Teknologi elektrik
Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.
Bab 15 : Litar-litar Pengguna Asas

Abd. Samad b Hj Hanif & Mohd Nazi b Hj Mustafa. (1989). Teknologi elektrik
Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.
Bab 8 : Sistem-sistem Pendawaian Dan Perlindungan