Anda di halaman 1dari 4

Tag Archives for kursus penternakan ikan

Percuma, Cara Membuat Benih Keli

Cara Membuat Benih Keli

1. Pilih Induk keli jantan yang matang dengan melihat alat jantina nya yang panjang. Biasa
nya perlu di puasakan selama lebih 3 hari ( tanpa berpindah tempat asal*) untuk
mengelakkan tahi ikan menggangu proses pensenyawaan. Sperma mestilah berrupa cecair
macam susu cair, tidak pekat. Jika pekat bermakna ia belum lagi matang. Ratio jantan
dengan betina ialah lebihkurang 1:5. Sesetengah breeder injek jantan untuk mendapatkan
sperma lebih baik. Sukatan hormone adalah ½ dari sukatan biasa.
2. Betina induk yang matang berumur lebih 1 tahun dan mempunyai perut kembung apabila
tidak di beri makan selama tiga hari. Untuk memastikan peratus telor matang, picit perut
sebelum di injek. Telur akan keluar, ini menunjukkan peratus telur yang matang tinggi.
Jika peratus telur menetas (matang) mencapai 30% maka itu di kira peratus kebiasaan,
dan boleh di katakana peratus tinggi. Sekiranya telur tidak keluar apabila di picit
( sebelum injek) maka peratus telur matang lebih rendah, mungkin kurang 30% menetas.
Seperti jantan biasa nya betina di puasakan selama 3 hari ( tanpa berpindah tempat asal*)
untuk mengelakkan tahi ikan menggangu proses pensenyawaan.
3. Sediakan air garam (salina) dengan sukatan 7gram untuk 1 liter air mineral. Atau 1kg air
mineral di campur dengan 10grm garam. Rendam kan ia semalamam. Saline di gunakan
untuk membancuh sperma, untuk menjadikan supaya telur tidak melekat antara satu
dengan lain.
4. Sebelum di gunakan goncang K-Dom hormone agar ia sebati. Perkakas termasuk alat
penyuntik dan tangan anda perlu benar benar bersih dari gangguan kuman. Sebaik nya
guna air suam untuk membasuh tangan dan peralatan.
5. Injek waktu malam agar selepas injek 10 jam waktunya siang supaya cuaca panas untuk
mempercepat penetasan. Yang terbaik pukul 9- 11 pagi. Jadi waktu terbaik menyuntik
ialah pada pukul 11 malam, dimana pukul 9 pagi telur akan keluar bila di picit. Jika telur
lewat di picit keluar, dan sekiranya telur keluar dengan sendirinya maka ia akan rosak
kerana di masuki air sebelum di masuki sperma.
6. Picit telur supaya keluar dari betina kedalam bekas berisi sperma di campur saline.
Pastikan sebelum di masukkan sperma bekas bersih dan kering tanpa air. Kacau telur
dengan sperma dengan bulu ayam lembut perlahan2 agar tidak rosak/ pecah. Pastikan
bulu ayam di rebus terlebih dahulu dan di keringkan supaya tiada berkuman dan berair.
7. Tabur telur yang telah disnyawakan itu keatas wire mesh halus (morina) menggunakan
sesalur supaya ia tidak jatuh berlapis lapis. Pastikan telur di tabus tidak berlapis- lapis
untuk mengelakkan benih ( larva) sukar untuk bangun. Jaring morina tersebut perlu di
letakkan di bawah permukaan air di kolam penetasan tidak melebihi 6 inci supaya ia
dapat tahap kepanasan untuk menetas.
8. Pastikan air kolam penetasan bersih, tanpa klorin, beroksijen, dan di taburkan metaline
blue (air biru) untuk membunuh kuman dan kulat. Jangan di campur dengan benih yang
telah menetas lebih awal kerana ia akan menggangu telur/ larva yang baru nak menetas.
9. Telur akan menetas selepas 24 jam. Penetasan semua akan berlaku selama 48jam. Selepas
48 jam buang jarring morina yang mengandungi telur yang tidak menetas. Telah di
beritahu tadi, hanya lebih kurang 30% telur menetas jika telur matang. Jika telur tidak
matang, peratus lebih rendah.
10. Keluarkan benih yang berumur 4 hari ke dalam kolam tanah yang telah di penuhi moina
sebagai makan benih ikan tersebut yang berumur 4 hari ke 7 hari. Moina boleh di perbuat
menggunakan tahi ayam. Benih ikan yang berumur 4 hari tidak boleh makan dedak/palet
sebab ia tidak punyai sesungut, jadi ia hanya boleh makan benda yang bergerak seperti
moina ( sejenis hama)
11. Setelah berumur 8 hari beri makan dedak atau makanan lain yang sesuai untuk
pembesaran.
12. Nota:-
a. Induk matang ( umur 1 tahun lebih) ialah induk yang boleh mengeluarkan telur
matang ( boleh netas) sebanyak lebih kurang 30% menetas dari jumlah seluruh
telur. Ini bermakna ikan keli yang berumur 3 bulan pun boleh mengeluarkan telur
matang dan boleh menetaskan anak secara semulajadi, tetapi peratusnya amat
sedikit, mungkin 1% sahaja. Induk matang boleh juga menetaskan anak secara
semulajadi ( tiada paksaan- injek), tetapi peratus nya sedikit dan beransur ansur
tidak sekali gus. Peratusnya mungkin hanya 5%. Kalau secara aruhan (paksa
injek) boleh capai 30% sekali gus jika induk matang.
b. Telur matang ialah telur yang boleh menetas apabia di senyawakan dengan
sperma samaada secara semulajadi atau aruhan (paksa-injek)
c. Selepas di injek telur yang keluar bila di picit tidak semuanya matang. Injek
sekadar untuk mengeluarkan telur secara aruhan (paksa), sebab walaupun telur itu
matang tidak semestiunya ia boleh keluar dari perut induk secara semulajadi.
Teknik aruhan-injek bertujuan mempercepatkan penetasan kerana ia boleh di
lakukan sekali gus dan boleh memaksa telur yang matang keluar.
d. Seekor induk beratnya 1 kg boleh mempunyai lebihkurang 250,000 telur dan jika
ia induk yang matang peratus telur yang matan( boleh netas) ialah 30% ( 80,000
ekor larva). Dan sekiranya peratus hidup larva iru 60% maka anda boleh dapatkan
anak keli sebanyak 50,000 ekor untuk satu induk beratnya 1 kg. SELAMT
MENCUBA. Teknik ini adalah hasil pengalaman kami secara praktikal yang telah
kami usahakan di pusat pembenihan kami, mungkin lain pengusaha lain caranya.
e. Nak beli benih kami call 017-2396413. Harga murah2 je 3 inci 7sen,Sekian
terima kacih. Bye from us DEMENSHIN WATERS SDN BHD, Rawang
Malaysia

Written on 05 December 2009 by admin under Fish Fry with 23 Comments


Tagged with benih ikan keli, benih keli, cal 0172396413, cat fish, ikan keli, keli, kursus
penternakan ikan, pembeli ikan keli, ternakan ikan keli kanvas

Rahsia menternak ketutu

Ramai penternak ketutu gagal di sebabkan:-

1- Mengikuti kursus yang di jalankan oleh penganjur yang hanya ingin dapat duit secara mudah.
Konon nya tahu teknik menternak ketutu. Tetapi malangnya penganjur kursus yang kaya, tapi
penternak gagal. Yang peliknya pengendali kursus tidak dapat membuktikan apa yang di ajar
kepada penternak. Cuma setakat tiori dan gambar2. Adakah pernah anda berjumpa dengan
instructor yang boleh membuktikan secara praktikal dan fisikal apa yang di ajar memberikan
hasil yang sukses. Adakah mereka menunjukkan kepada anda rupa ikan ketutu yang berjaya
di ternak. Berapa lama ia membesar hingga 1kg? Berapa peratus survival rate. Berapa kos
pemakanan?

2- Antara kegagalan termasuk:-

a) Ketutu banyak yang mati

b) Ketutu tidak mahu membesar atau lambat membesar walau makan kuat

c) Ketutu tidak mahu makan

d) Jenis makanan palet yang menyebabkan daging lembik

e) Makanan anak ikan yang punyai protin rendah

f) Banyak lagi lah…

3- Rahsia PERCUMA menternak ketutu agar ia cepat membesar, kurang yang mati:-

a) Air mesti ada “baja” untuk menjadikan habitat semulajadi ketutu.

b) Air perlu ada ” special reticulation sistem” yang boleh membersih dan retain baja tersebut
c) Air perlu ada oksijen cukup. Cara menyediakan oksijen ada berbagai cara.

d) Air mempunyai PH berapa?

e) Benih perlu dari origin, species dan benih baik

f) Benih bebas dari jangkitan fungi(kulat), cacing, parasite, dsb. Bagaimana cara mengawal dan
ubatinya.

g) Air perlu di “treatment” agar ikan tidak di jangkiti penyakit

h) Kalau ikan tidak mahu makan, apa perlu di buat

i) Bagaimana cara untuk membuat ikan kuat berselera makan dan selalu makan setiap masa,
kerana ketutu malas nak makan.

j) Kenapa garam perlu di tambah ke kolam.

k) Banyak lagi

SEMUA NYA AKAN TERJAWAB DALAM KURSUS KAMI YANG DI JALANKAN OLEH
PENTERNAK YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SENDIRI SECARA PRAKTICAL.

Anda boleh lihat sendiri ikan ikan yang BERJAYA kami ternak di kolam2 showcase kami
dan membesar dalam masa yang singkat dengan pemakanan hanya di beri sekali
sahaja!!?!

Kami juga menjual benih murah2 je at 017-2396413. Email dmenshin@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai