Anda di halaman 1dari 3

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

 
Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi pada masa itu kebanyakannya terdiri daripada tanah lanar yang
rata dan mempunyai tanih yang subur yang amat sesuai untuk pertumbuhan
tumbuhan. Penduduk-penduduk pra sejarah hidup semata-mata bergantung kepada
keadaan alam sekitar. Oleh itu, bentuk muka bumi yang strategik dan terdiri
daripada tanih yang subur telah banyak membantu mereka untuk menghasilkan
makanan daripada sumber alam dan kemudian berkembang sehingga mereka
mengetahui cara bercucuk tanam yang dapat menghasilkan makanan untuk sara
diri dan kemudian berkembang ke arah yang bertamadun. Penghasilan makanan
yang banyak dalam sesuatu tempat tertentu telah menyebabkan pertambahan
penduduk dan menyebabkan tempat itu berkembang menjadi sebuah bandar kecil.
Sebagai contoh, tanah loes di Lembah Hwang-Ho dan tanah lanar di Lembah
Sungai Nil yang amat subur untuk menjalankan kegiatan pertanian telah
berkembang menjadi perkampungan yang kecil.
 
Lembah Sungai
Sungai adalah salah satu faktor yang penting bagi kemunculan tamadun awal.
Orang pra sejarah biasanya bertumpu di kawasan yang berhampiran dengan sungai
yang mempunyai sumber perairan yang baik. Hal ini adalah kerana kehidupan
seharian manusia sejak awal lagi adalah tidak dapat berpisah dengan air. Oleh itu,
kawasan tepi sungai telah menjadi tumpuan penduduk pra sejarah awal. Sungai
menyediakan air untuk tanaman khususnya kepada mereka yang mengetahui cara
bercucuk tanam. Sungai juga menjadi sumber makanan yang utama kerana di
dalam sungai terdapat habitat ikan dan mereka dapat menjalankan kegiatan
penangkapan ikan di ditu. Sungai juga menjadi alat perhubungan bagi penduduk
pra sejarah dengan menggunakan perahu yang diperbuat daripada batang-batang
kayu yang berongga untuk dijadikan sebagai pengangkutan air dan mereka yang
mengamalkan sistem barter dapat berhubung antara satu sama lain untuk
menjalankan aktiviti pertukaran barang.
 
Iklim
Satu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan mempunyai iklim yang
sesuai. Dengan adanya iklim yang sesuai, alam sekitar dapat menghasilkan sumber
makanan khususnya pertumbuhan tumbuhan. Iklim yang sesuai menggalakkan
tumbuhan dapat bertumbuh dengan subur dan haiwan juga dapat melakukan
pembiakan dalam keadaan yang baik. Dengan itu, habitat haiwan tidak akan
menjadi pupus dan manusia dapat memperolehi sumber makanan yang banyak
daripada binatang dan tumbuhan liar. Tamadun awal bermula di kawasan iklim
yang berhawa sederhana, contohnya seperti di Asia Barat yang beriklim kering
telah menyebabkan hutan terbakar dan tidak terdapat tamadun dan kehidupan angin
kering di Mesir telah menyebabkan tumbuhan bertumbuh dengan cepat.
 
Pertambahan Penduduk
Perkembangan tamadun awal manusia merupakan satu proses yang berlaku secara
beransur-ansur. Pada peringkat awal, manusia hidup dalam kumpulan-kumpulan
kecil dan menjalankan aktiviti memburu dan mengumpul makanan. Manusia
semakin bertamadun apabila mereka hidup dalam kumpulan besar dan penempatan
tetap serta menjalankan pelbagai kegiatan seperti bercucuk tanam, menternak,
membuat alat-alat senjata dan sebagainya. Kemajuan tamadun berterusan apabila
penempatan mereka mengalami proses urbanisasi dan berkembang menjadi negara
kota yang diperintah oleh seorang ketua dengan sistem pentadbiran dna
perundangan yang tersusun serta sistem sosial yang teratur. Dengan pertambahan
penduduk yang pesat wujud sebuah masyarakat yang lebih dinamik atau berdaya
maju. Penduduk-penduduk dapat melahirkan idea-idea dan ciptaan baru dengan
menggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikar dengan lebih bermutu dan
cepat. Mereka mula mengamalkan pengkhususan kerja dengan menunjukkan
kemahiran dalam menenun kain daripada bulu binatang dan gentian tumbuh-
tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Mereka juga pandai menganyam
bakul dan membuat barang-barang tembikar.
 
Kemajuan Perlindungan
Menurut ahli-ahli sejarah tamadun manusia yang terawal muncul di lembah-
lembah sungai kerana ia merupakan tempat yang paling sesuai untuk dijadikan
kawasan penempatan. Kedudukan lembah-lembah sungai yang dikelilingi oleh laut
dan kawasan tinggi menjadikan ia selamat kerana kawasan-kawasan tersebut boleh
mengurangkan kemungkinan serangan musuh dari luar. Empat tamadun terawal
yang wujud di lembah-lembah sungai ialah Tamadun Mesopotamia di Sungai
Tigris-Eupharates, Tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil, Tamadun Indus di
Lembah Sungai Indus dan Tamadun Hwang-Ho di Lembah Sungai Kuning.
Tamadun-tamadun ini bermula sebagai perkampungan kecil kemudian berkembang
dengan pesat menjadi negara-negara kota yang lebih besar dan kompleks.
 
Kemajuan Teknologi
Satu lagi faktor kemunculan tamadun awal ialah dengan adanya kemajuan
teknologi seperti penciptaan roda, layar kapal, kain dan tembikar. Mereka pandai
membuat barang-barang tembikar daripada tanah-tanih yang kering. Alat-alat
tembikar digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air.
Mereka menggunakan roda ceper untuk menghasilkan tembikar dengan lebih
bermutu dan cepat. Baka-baka baru tanaman yang dicipta membolehkan lebih
banyak tanaman dihasilkan. Kewujudan sistem pengairan yang maju turut
membantu kegiatan pertanian dapat menghasilkan hasil yang berlipat ganda. Roda
telah dicipta untuk mempercepatkan perjalanan dan memudahkan pergerakan. Di
Sungai Hwang Ho, tembok telah dibina untuk menghalang banjir.
 
Perkembangan Agama dan Kepercayaan
Agama dan kepercayaan merupakan satu ciri penting dalam pembentukan sesuatu
tamadun. Ia adalah penting untuk mengatur tatacara hidup masyarakat dan juga
bertindak sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan. Perkembangan agama
dan kepercayaan kebanyakannya terpengaruh dengan  kepercayaan animisme dan
yang berdasarkan mimpi. Mereka mempercayai bahawa setiap benda mempunyai
roh. Mereka menyembah unsur-unsur alam semesta dan roh si mati agar tidak
ditimpa malapetaka dan bencana alam seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan
sebagainya. Pemujaan unsur alam semesta telah menjadi satu amalan yang penting
untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik. Kepercayaan yang sedemikian rupa
telah menguatkan lagi penyembahan berhala untuk mendapatkan perlindungan.
 

Anda mungkin juga menyukai