Anda di halaman 1dari 6

What are the factors that contributed to World War I in Europe ?

[Apakah faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia I di Eropah?]

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama


1. Peristiwa di Sarajevo yang berlaku pada 28 Jun 1914 merupakan faktor serta-merta yang mencetus
Perang Dunia Pertama.

2. Dalam peristiwa tersebut, Franz Ferdinand iaitu bakal Raja Austria dan isterinya Countess Sophie
telah dibunuh oleh seorang nasionalis Serbia.

3. Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk menyerang kedaulatan
Serbia yang sudah lama menghasut rakyat Austria berbangsa Slav bangkit menentang kerajaan
Austria.

4. Kerajaan Austria menuduh kerajaan Serbia bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan itu
dan tuduhan itu turut mendapat sokongan daripada Jerman.

5. Apabila Serbia enggan menerima tuduhan ini maharaja Austria Joseph I memohon bantuan Jerman
untuk menyerang Serbia.

6. Rusia sebagai sekutu Serbia memberi amaran kepada Austria supaya jangan menggangu
kedaulatan Serbia. Rusia juga membuat persediaan ubtuk berperang.

7. Jerman menasihatkan agar Rusia menghentikan persiapannya untuk berperang tetapi Rusia
enggan.

8. Akhirnya, Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia dan sekutunya Perancis.

9. Britain menyertai peperangan dengan pihak kepada Rusia dan Perancis.

10. Serangan Jerman ke atas Perancis melalui Belgium dirancangkan dengan cermat oleh Jeneral
Count Von Schlieffen dari Jerman.

11. Selain daropada Britain, Itali turut menyebelahi Rusia dan Perancis kira-kira selepas sembilan
bulan perang itu berlaku.

12. Perang yang berlarutan selama empat tahun ini turut memperlihatkan kerajaan Turki
Uthmaniyyah memihak kepada kuasa-kuasa Tengah.

13. Manakala kebanyakan Negara di luar Eropah yang lain seperti Jepun dan China menyebelahi
Pakatan Bertiga.

14. Hasil campur tangan Amerika pada tahun 1917 telah membawa kejayaan kepada pihak Pakatan
Bertiga.
15. Perang Dunia I tamat pada 29 Jun 1919 selepas Perjanjian Versailles ditandatangani di antara
pihak Berikat (Pakatan Bertiga) dengan Jerman .

Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan bermula di Balkan.
Pada 28 Jun 1914, Archduke Franz Ferdinand dari Austria-Hungary bersama isterinya terbunuh di
Sarajevo, Bosnia. Bosnia merupakan kawasan Austria yang dituntuti oleh Serbia, sebuah negara Balka
yang kecil di mana pembunuhan tersebut telah dirancang. Dengan sokongan negara Jerman, Austria-
Hungary memutuskan menghukum Serbia.
Austria-Hungary menyerang Serbia pada 28 Julai 1914. Rusia membuat penyediaan untuk menyokong
Serbia dan diserang oleh Jerman. Negara Perancis pula menyokong Rusia dan Jerman juga
menyerangnya. Untuk sampai di Paris dengan secepat mungkin, tentera Jerman menyerang Belgium,
sebuah negara yang berkecuali. Britain kemudian menyerang Jerman.
Pada permulaannya, negara Jerman memenangi peperangan itu akan tetapi negara Perancis, Britain dan
Rusia terus bertempur. Jerman, Austria-Hungary dan sekutunya digelarkan "Kuasa-kuasa Pusat"
manakala negara-negara yang menentangi mereka digelarkan "Tentera Bersekutu". Sewaktu
peperangan berlanjutan, negara-negara lain bercampur tangan. Hampir kesemuanya memihak dengan
Tentera Bersekutu. Pada tahun 1915, Itali menyertai Tentera Bersekutu kerana ingin menguasai tanah
Austria. Dan pada tahun 1917, Amerika Syarikat memasuki peperangan memihak Tentera Bersekutu.

Sekitar kemusnahan serta pertempuran yang berlaku semasa Perang Dunia I.


Sungguhpun Tentera Bersekutu amat kuat, negara Jerman kelihatan hampir-hampir memenangi
peperangan itu. Selepas 1914, negara Jerman menguasai Luxemborg, kebanyakan Belgium, serta
sebahagian daripada Perancis utara. Negara Jerman juga menang di Barisan Timur ketika usaha Rusia
tergagal. Akan tetapi menjelang 1918, tentera Jerman telah mengalami keletihan. Bekalannya tidak
mencukupi dan terdapatnya pergolakan sosial di dalam negara sendiri. Pada waktu yang sama, semakin
ramai tentera Amerika Syarikat baru tiba untuk mengukuhkan Tentera Bersekutu. Pada musim panas
1918, tentera Amerika Syarikat membantu menentangi serangan Jerman yang terakhir di barat. Negara
Jerman menurunkan tandatangan perjanjian gencatan senjata pada 11 November.
Di bawah Perjanjian Versailles yang ditandatangani selepas Perang Dunia I, negara Jerman
menyerahkan tanah-tanah jajahan dan sebahagian daripada wilayah Eropahnya. Poland diasaskan
semula dan menerima Posen {sekarang digelar Poznani), sebahagian Silesia serta sebahagian Prussia
Barat. Alsace dan bahagian Lorraine yang dikuasai oleh Jerman dipulangkan kepada negara Perancis.
Negara Perancis juga dapat menguasai kawasan Saar selama 15 tahun. Perjanjian ini juga meletakkan
Rhineland di bawah pendudukan Tentera Bersekutu selama 15 tahun. Bilangan tentera Jerman
dikecilkan tidak melebihi 100,000 askar serta dilarang mempunyai tentara udara. Jerman juga perlu
membayar Tentera Bersekutu pampasan perang yang sungguh besar.
Dianggarkan terdapat 8.6 juta mangsa peperangan ketika Perang Dunia I. Pihak Bersekutu kehilangan
5.1 juta orang sementara Kuasa-kuasa Pusat 3.5 juta. Peperangan tersebut mengakibatkan kemusnahan
besar kepada negara-negara yang terlibat dan dikenali sebagai "peperangan untuk mengakhiri semua
peperangan" sehinggalah Perang Dunia II berlaku.

[sunting] Punca Perang Dunia I


Perang Dunia I berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi. Antara faktor politik termasuklah
kemunculan nasionalisme dan sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan
Pakatan Bertiga. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang
ekonomi.
Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah
bangsa yang lebih besar, contohnya Jerman dan Itali. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar
Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah
jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi
membuktikan kekuasaan masing-masing. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20,
persaingan sengit berlaku di kalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru. Kuasa besar mula
bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan bahan mentah serta
untuk memasarkan barangan siap mereka.

1914
• 28 Jun: Archduke Franz Ferdinand dibunuh di Sarajevo.
• 28 Julai: Austria-Hungary mengumumkan perang ke atas Russia.
• 2 Ogos: Jerman menceroboh Luxembourg.
• 3 Ogos: Jerman mengistiharkan perang ke atas Perancis.
• 4 Ogos: Britain mengistiharkan perang ke atas Jerman dan Austria-Hungary.
• 4 Ogos: Tentera Jerman menceroboh Belgium melanggar perjanjian yang ditandatangani oleh
Prussia untuk menghormati keberkecualian Belgium.
• 19 Ogos: Wilson merayu untuk berkecuali.
• 26-30 Ogos: Pertempuran Tannenberg.
• Ogos: Pertempuran Togoland dan pengejaran Goeben dan Breslau.
• 5-10 September: Pertempuran Pertama Marne.
• September: Pertempuran Pertama Aisne dan pertempuran Lemberg.
• Oktober-November: Pertempuran Pertama Ypres.
• November: Pertempuran Lodz.
• 25 Disember: Kedamaian sementara tidak rasmi sempena Krismas di Barisan Barat.

[sunting] 1915
• 19 Januari: Serangan udara zeppelin Jerman pertama ke atas Britain.
• 4 Februari: Jerman mengistiharkan sekatan kapal selam kepada Britain.
• Februari: Pertempuran Masuria.
• Mac: Pertempuran Neuve-Chapelle.
• Mac-Disember: Pertempuran Rabung Aubers dan Festubert.
• 22 April-5 Mei: Pertempuran Kedua Ypres. Pengunaan senjata kimia pertama.
• 23 April: Serangan Tentera Bersekutu ke atas Gallipoli.
• 7 Mei: Kapal Lusitania ditenggelamkan oleh kapal selam Jerman.
• 13 Mei: Nota Lusitania pertama.
• Mei: Pertempuran Gorlice-Tarnow.
• 30 Ogos: Berdasarkan tuntutan Amerika, kapal selam Jerman menghentikan menenggelamkan
kapal tanpa amaran.
• 5 September: Tsar Nicholas memerintah askar Rusia.
• September-Oktober: Pertempuran Artois dan Champagne serta Pertempuran Loos.
• 7 Disember: David Lloyd George menjadi Perdana Menteri Britain.
• 28 Disember: Tentera Bersekutu berundur dari Gallipoli.

[sunting] 1916
• 21 Februari: Pertempuran Verdun
• Mei-Jun: Serangan Trentino.
• 31 Mei: Pertempuran Jutland.
• 4 Jun: Serangan Brusilov.
• 1 Julai-18 November: Pertempuran Somme.
• 7 November: Woodrow Wilson dilantik semula.
• 31 Disember: Rasputin dibunuh.

[sunting] 1917
• 22 Januari: Ucapan "Keamanan tanpa Kemenangan" oleh Presiden Wilson.
• 1 Februari: Jerman mengistiharkan pertempuran kapal selam tanpa batasan kembali.
• 24 Februari: Penenggelaman Laconia.
• 15 Mac: Tsar Nicholas turun takhta.
• Mac-September: Perpecahan Rusia berlaku.
• 6 April: Amerika Syarikat mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
• 16-29 April: Serangan Chemin des Dames.
• April: Pertempuran Arras dan Vimy Ridge serta Serangan Nivelle.
• Jun: Pertempuran Messines.
• 6 Julai: Aquaba ditawan orang-orang Arab pimpinan T.E.Lawrence.
• 16 Julai-10 November: Pertempuran Ketiga Ypres.
• 6 Ogos: Aleksander Fyodorovich Kerensky dilantik sebagai Perdana Menteri Rusia.
• Oktober: Pertempuran Caporetto.
• 7 November: Kerajaan baru Kerensky digulingkan oleh Bolshevik.
• 10 November, 1917 Pihak British sampai ke Passchendaele.
• November: Pertempuran Cambrai.
• 3 Disember: Gencatan senjata Jerman-Russia.
• 9 Disember: Jerusalem ditawan oleh Britain.

[sunting] 1918
• 3 Mac: Perjanjian Brest-Litovsk antara Rusia dan Kuasa-kuasa Pusat (Jerman, Austria-Hungary
dan Turki).
• 15 Mac: Rusia mengesahkan Perjanjian Brest-Litovsk yang membawa Rusia keluar dari perang.
• Mac-Jun: Serangan Ludendorff.
• April: Serangan Zeebruggge.
• Jun-Julai: Serangan Piave.
• 16-17 Julai: Bolshevik membunuh Tsar Nicholas dan keluarganya.
• 17 Julai: Ekspedisi Archangel.
• 29 September: Tentera Bersekutu melintasi Garisan Hindenberg.
• September: Serangan St. Mihiel.
• September-Oktober: Pertempuran Megiddo.
• September-November: Pertempuran Meuse-Argonne.
• 28 Oktober: Kelasi Jerman memberontak.
• 9 November: Kaiser Wilhelm meletakkan jawatan.
• 10 November: Republik Jerman ditubuhkan.
• 11 November: Perang Dunia I berakhir. Kuasa-kuasa Pusat dipaksa membatalkan Perjanjian
Brest-Litovsk.

[sunting] 1919
• 28 Jun: Perjanjian Versailles secara rasminya mengakhiri Perang Dunia I.

[sunting] Korban

Gambar zon peperangan

[sunting] Tentera Bersekutu


• Belgium: 13,700 (0.2%)
• Pihak British: 908,000 (16.5%)
• Australia: 60,000
• Kanada: 55,000
• India: 25,000
• New Zealand: 16,000
• Afrika Selatan: 7,000
• Britain: 715,000
• Perancis: 1,354,000 (24.6%)
• Greece: 5,000 (0.1%)
• Itali: 650,000 (11.8%)
• Jepun: 300 (0.0%)
• Rumania: 336,000 (6.1%)
• Rusia: 1,700,000 (30.9%)
• Serbia: 450,000 (8.2%)
• Amerika Syarikat: 50,600 (0.9%)
• JUMLAH: 5,497,600 (100%)

[sunting] Kuasa-kuasa Pusat


• Austria-Hungary: 1,200,000 (35.5%)
• Bulgaria: 87,500 (2.6%)
• Jerman: 1,770,000 (5.3%)
• Kerajaan Uthmaniyah: 325,000 (9.6%)
• JUMLAH: 3,382,500 (100%)
[sunting] Orang awam
• Austria: 300,000 (4.6%)
• Belgium: 30,000 (0.5%)
• Britain: 31,000 (0.5%)
• Bulgaria: 275,000 (4.2%)
• Perancis: 40,000 (0.6%)
• Jerman: 760,000 (11.7%)
• Greece: 132,000 (2.0%)
• Romania: 275,000 (4.2%)
• Rusia: 3,000,000 (46.2%)
• Serbia: 650,000 (10.0%)
• Kerajaan Uthmaniyah: 1,000,000 (15.4%)
• JUMLAH: 6,493,000 (100.0%)