Anda di halaman 1dari 24

Contoh Proposal (Ringkasan)

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN


AKADEMIK PELAJAR

Nama Penyelidik:
1. Roberto Carlos
2. Lionel Messi
3. David Villa
4. Christiano Ronaldo

Guru Penyelia: En. K. Rajagopal

SMK Ibrahim Fikri


Kuala Terengganu
2011

1
PERNYATAAN MASALAH
• Keputusan PMR- bilangan pelajar yang lulus
bertambah setiap tahun tetapi kadar kelulusan
hanya di tahap sederhana.
• Pelajar gagal menyesuaikan diri dengan cara
pengajaran dan pembelajaran (Ab. Ghani
Awang, 1996).
• Pelajar tidak mengetahui gaya pembelajaran
yang sesuai dengan diri mereka. (Baharin Abu,
2003).
LATAR BELAKANG KAJIAN
• Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang
menggunakan instrumen soal selidik berdasarkan
model Learning Styles Questionares Honey and
Mumford (1992).

• Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan


empat di SMK Ibrahim Fikri yang baru sahaja
memperolehi keputusan peperiksaan PMR.

• Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran


yang berbeza, oleh itu tujuan kajian ini ialah
untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang
dominan diamalkan oleh pelajar.
• Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui
samada terdapat perhubungan di antara gaya
pembelajaran pelajar dengan pencapaian
akademik mereka.

• Menurut Honey dan Mumford, terdapat 4


jenis gaya pembelajaran iaitu Aktivis, Teoris,
Pragmatis dan Reflektor.
PENDEKATAN TEORI
• Gaya pembelajaran Aktivis
– Berlandaskan pengalaman
– Obses kepada kerja berpasukan
– Suka mencuba sesuatu yang baru
– Kehidupan penuh dengan aktiviti
– Bosan dengan peraturan yang terperinci
– Suka menyelesaikan masalah dengan cara
sumbang saran
– Berfikiran terbuka, peramah dan suka bersosial
• Gaya Pembelajaran Teoris:
– Berasaskan logik
– Penyelesaian masalah dengan cara analisis dan
sintesis
– Bersifat analitik dan objektif
– Kurang kreatif dalam membuat keputusan
– Lebih menggunakan otak kiri
– Suka mempertikaikan dasar yang diketengahkan
• Gaya Pembelajaran Pragmatis:
– Bersikap proaktif, suka bercakap dan
berkeyakinan
– Gemar mencuba idea dan teori untuk diuji dalam
situasi sebenar
– Suka membuat keputusan secara parktikal dan
cuba jaya
– Mudah berpuas hati dengan sesuatu kejayaan
– Bersifat kreatif dan inovatif
– Banyak mengunakan otak kanan dalam
penyelesaian masalah.
• Gaya Pembelajaran Reflektor:
– Suka membuat pemerhatian dari pelbagai
perspektif
– Suka mengumpul banyak maklumat untuk
dianalisis sebelum membuat keputusan
– Suka berfikir sebelum bertindak
– Sangat berhati-hati dan tidak suka kepada
perbincangan
– Suka membuat kesimpulan melalui pemerhatian
sendiri dan orang lain
– Sensitif terhadap perubahan di sekeliling
PERSOALAN KAJIAN
• Apakah gaya pembelajaran yang
dominan diamalkan oleh pelajar
tingkatan empat?

• Adakah terdapat perhubungan di antara


gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik?
OBJEKTIF KAJIAN
• Mengenalpasti gaya pembelajaran
dominan yang diamalkan pelajar
tingkatan empat.

• Mengetahui samada terdapat


perhubungan di antara gaya
pembelajaran dengan pencapaian
akademik.
KEPENTINGAN KAJIAN
• Pelajar dapat mengenalpasti gaya pembelajaran yang
sesuai dengan diri mereka.

• Guru dapat menyediakan modul dan kaedah


pengajaran mengikut aras aspirasi pelajar.

• Ibubapa dapat menyediakan keperluan fizikal dan


mental untuk pembelajaran anak mereka.

• Institusi (sekolah) dapat mengurus program dengan


lebih tersusun ke arah kecemerlangan pendidikan.
HIPOTESIS KAJIAN
• HO1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pembelajaran reflektor dengan pencapaian akademik.

• HO2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya


pembelajaran teoris dengan pencapaian akademik.

• HO3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya


pembelajaran pragmatis dengan pencapaian akademik.

• HO4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya


pembelajaran aktivis dengan pencapaian akademik.
KERANGKA KONSEPTUAL

Model gaya Pembelajaran Honey dan Mumford (1992)

Pemboleh Ubah Tidak Bersandar Pembolah Ubah Bersandar

Gaya Pembelajaran:
-Aktivis Pencapaian Akademik
-Teoris

-Pragmatis

-Reflektor
SOROTAN LITERATUR
Mohd Nor Ihkasan (2007):
– 240 pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Pelajar-
pelajar mempunyai kekuatan dalam gaya pembelajaran
Teoris.
– Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya
pembelajaran Reflektif, Teoris dan Pragmatis dengan jantina
pelajar kecuali dalam aspek gaya pembelajaran Aktivis.
– Terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya
pembelajaran Aktivis, Reflektif, Teoris dan Pragmatis dengan
kumpulan pelajar lepasan diploma dan kumpulan pelajar
matrikulasi.
• Zainudin Abu Bakar dan Md. Saharudin Kasri
(2004)
– Kajian terhadap 186 pelajar tingkatan dua Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Gambir, Muar mendapati
gaya pembelajaran reflektif adalah gaya pembelajaran
yang dominan diamalkan oleh responden kajian.
– Gaya pembelajaran yang kedua adalah aktivis diikuti ketiga
ialah gaya pembelajaran pragmatis) dan keempat gaya
pembelajaran teoris.
– Dapatan ini menunjukkan kepelbagaian gaya
pembelajaran dan tahap kemahiran belajar memberi
kesan yang berbeza terhadap tabiat dan kesungguhan
pembelajaran akademik pelajar.
• Ahmad Johari b. Sihes dan Safiah bt. Ahmad
(2000)
– Kajian terhadap 100 pelajar PKPG tahun 4 program Ijazah
Sarjana Muda pengkhususan Kemahiran Hidup di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Hasil kajian
menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara gaya
pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.
– Gaya pembelajaran dominan yang menjadi amalan para
pelajar adalah reflektor dan gaya sampingan pragmatis
diikuti teoris dan akhirnya aktivis.
– Tidak terdapat perbezaan gaya pembelajaran reflektor,
pragmatis, teoris dan aktivis antara pelajar Perdana dan
pelajar PKPG.
REKABENTUK KAJIAN
• Kajian tinjauan berbentuk deskriptif
untuk mengkaji gaya pembelajaran
pelajar.
• Menggunakan set soal selidik untuk
mendapatkan maklumat dan data.
• Ujian kolerasi digunakan untuk
menganalisis data dalam hubungan gaya
pembelajaran dengan pencapaian
akademik.
TEMPAT KAJIAN
• Kajian ini dilakukan di SMK Ibrahim
Fikri, Kuala Terengganu.
POPULASI DAN SAMPEL

• Anggaran populasi adalah seramai 50


pelajar tingkatan empat (aliran Sains)
SMK Ibrahim Fikri.
• Jumlah sampel yang dipilih adalah
seramai 20 orang.
• Pemilihan sampel dibuat secara rawak.
INSTRUMEN KAJIAN
• Soal selidik terbahagi kepada 2 bahagian.
Bahagian A: maklumat peribadi.
Bahagian B: 20 item soal selidik mengenai
gaya pembelajaran berdasarkan The Manual
of Learning Styles oleh Honey dan
Mumford (1992).

• Instrumen soal selidik ini berskala 4 mata


Likert. (SS, S, TS, STS).
KAJIAN RINTIS
• Kajian rintis akan dijalankan kepada 10 orang
pelajar (yang tidak terlibat dengan kajian).
• Tujuan kajian rintis:
– Menentukan kebolehpercayaan dan kesahan soal
selidik.
– Mengenalpasti masalah pemahaman dan
interpretasi item.
– Mendapat maklum balas untuk memperbaiki
item.
– Mengetahui jangka masa yang diperlukan untuk
menjawab item.
ANALISIS DATA
• Data akan diproses menggunakan perisian
Statistic Package for Social Science (SPSS) for
WINDOW release 16.0.
• Pendekatan statistik deskriptif dan inferensi akan
digunakan untuk menganalisis data.
• Data akan dikumpul dalam bentuk jadual yang
menunjukkan taburan kekerapan, peratusan, min
dan sisihan piawai.
• Pendekatan inferensi kolerasi Pierson dan ujian-t
digunakan untuk merumus dan mentafsir data
dengan lebih terperinci.
Pesanan untuk pelajar:

• Tak payah nak fikir apa itu perisian SPSS !!!

Jangan nak menambah beban dan


memeningkan kepala….!

Buatlah kajian dengan bilangan sampel/responden


yang boleh di analisa menggunakan kalkulator
atau perisian Excel.
Sekian…

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai