Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAKTI

13300 TASEK GELUGOR, SEBERANG PERAI UTARA

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2009

1.0 PENGENALAN

Dalam meningkatkan kualiti pelajar dari segi akademik dan bukan akademik, kita perlu

sedar bahawa pelajar adalah golongan yang mempunyai kuasa besar untuk

membentuk masa hadapan negara. Mereka perlu dibimbing sebaik-baiknya, bukan

sahaja dari segi intelek tetapi juga dari segi rohani, emosi dan jasmani seperti yang

dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara.

Pelajar menimba pengetahuan dan pelajaran daripada guru, tetapi mereka belajar

membina nilai dan sikap daripada rakan sebaya, terutama apabila memasuki ambang

remaja. Oleh itu dengan melatih pelajar dengan kemahiran memimpin maka

diharapkan mereka ini dapat mempengaruhi rakan ke arah yang positif atau diingini.

Dengan usaha melatih pelajar yang berpotensi menjadi pemimpin pada diri mereka

dan pelajar lain, maka pelajar berkenaan akan dapat memajukan diri dan rakan-rakan

sekolah mereka yang lain. Semoga dengan usaha murni ini akan dapat menyumbang

kepada peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik serta bukan akademik

pelajar tersebut.

2.0 MATLAMAT

Membina potensi pelajar sebagai pemimpin dan melahirkan pelajar yang

berketerampilan dalam pelbagai bidang.

1
3.0 OBJEKTIF

 Melahirkan pelajar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan berwibawa.

 Membantu dalam mempertingkatkan sahsiah dan semangat kepimpinan.

 Menyedari tentang potensi diri dan kebolehan serta memupuk pelbagai kemahiran

sebagai pemimpin.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan pelajar yang menjadi sasaran untuk program ini adalah terdiri dari

Pengawas Sekolah seramai 90 orang

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Program ini akan dijalankan pada 6.03.2009 hingga 8.03.2009 iaitu selama tiga hari

dua malam

6.0 TEMPAT

Program ini akan dijalankan di D”Yan Chalet, Yan, Kedah.

7.0 STRUKTUR ORGANISASI

Penasihat I : Pengetua

Pengerusi : Penolong Kanan HEM

T/Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Hj Ishak b Said


P/Setiausaha : Pn Noor Aishah bt Abu Hassan
Ahli Jawatankuasa : En Anuar b Ahmad
En Mohamad Nasir b Abd. Razak
En Ravi A/L Supramoney
En Abdul Rahim b Abd Hamid
Pn Noraida bt Sulaiman
Cik Zalizah bt Zakaria
Pn Norihan bt Nordin
En Muniandy a/l Arokiam ( Kaunselor )
2
8.0 BELANJAWAN

Perbelanjaan

Makan/Minum/Penginapan Pelajar RM 30.00 X 2 hari x 90 orang RM 5400.00

Pengangkutan RM 1200.00

JUMLAH RM 6600.00

9.0 AKTIVITI/PENGISIAN PROGRAM

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kursus berlangsung ialah :

 Ceramah

 LDK (Latihan Dalam Kumpulan)

 Kembara Minda

 Riadah

 Kerohanian

10.0 PENUTUP :

Pelajar selalunya mengharapkan bimbingan yang sempurna dari orang yang lebih
berpengalaman. Penglibatan dari semua pihak diharapkan dapat merangsangkan
pelajar ke arah menuju kecemerlangan diri . Semoga bantuan dan sumbangan dari
semua pihak akan menghasilkan apa yang diharapkan . Insyaallah.

Anda mungkin juga menyukai