Anda di halaman 1dari 2

Falsafah ini wujud pada abad ke 20, tetapi sebenarnya pada akhir abad 19 ianya sudah

bermula. Ianya berkembang daripada falsafah pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk
tujuan pendidikan oleh John Dewey. Pada tahun 1915, buku yang pertama diterbitkan
adalah School of Tomorrow dan kemudiannya pertubuhan pendidikan progresivisme
ditubuhkan empat tahun kemudian. Selepas 30 tahun pertubuhan ini bergerak, barulah ia
membawa kesan kepada pendidikan. Pada peringkat awalnya, ianya bersifat
individualistik tetapi akhir 1930 an barulah ia menumpukan kepada perubahan sosial.

Falsafah ini berbeza daripada skolatisisme, perenalisme dan essentialisme. Hal ini kerana
progresivisme lebih menumpukan perhatian kepada dunia sekarang iaitu masyarakat
masa kini. Progresivisme merupakan pendidikan yang berpusat pada individu dan
memberi penekanan lebih besar pada kreativiti, aktiviti, belajar “naturalistik”, hasil
belajar “dunia nyata”, dan juga pengalaman teman sebaya. Ia juga bermaksud memberi
kemahiran dan alat yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan
persekitaran yang sentiasa berubah secara konsisten. Segala kemahiran perlu di ajar
kepada individu untuk membantu mereka mengenalpasti, menganalisa dan
menyelesaikan sesuatu masalah dan membolehkan individu menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku dalam kehidupannya.
Dalam konsep progresivisme, matlamat pendidikan yang ditonjolkan ialah untuk
menyediakan golongan murid agar berupaya mengakomodasi sebarang perubahan yang
berlaku dalam kehidupan seharian (Keow, 2008). Individu yang berilmu dan
berpendidikan sebaik-baiknya berkebolehan untuk mencari alternatif penyelesaian yang
sesuai dengan masalah yang timbul dalam lingkungan persekitarannya.
Implikasi teori progresivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru
ialah guru tidak perlu memberi penerangan secara am atau terperinci terhadap sesuatu
pelajaran tetapi pelajar perlu membentuk penerangan sendiri. Di sini, guru hanya sebagai
pemerhati sahaja dalam kelas. Pendekatan seperti ini dipanggil sebagai pendekatan
induktif dan amat sesuai dilaksanakan untuk memastikan pelajar lebih memahami mata
pelajaran tersebut. Selain hal itu, kaedah saintifik dalam penyelidikan dan penyelesaian
masalah merupakan kaedah yang diterima dalam falsafah pendidikan progresivisme.
Guru tidak hanya menyuruh pelajar menghafal dan mengingati sesuatu perkara, tetapi
menyuruh mereka menyelidik sesuatu perkara dan menyelesaikan dengan sendiri untuk
meningkatkan kefahaman mereka.

Implikasi falsafah ini juga adalah, kebebasan diberikan kepada pelajar bagi mengejar apa
sahaja ilmu dan kemahiran yang diminatinya untuk perkembangan mental, jasmani dan
rohaniya. Contohnya, seperti yang telah diimplimentasikan oleh kerajaan kini, bermula
pada tingkatan empat, pelajar telah diberikan peluang untuk memilih bidang pengajian
mengikut pakej-pakej yang diminati dengan seluas-luasnya. Cuba fahami situasi ini:

Sekumpulan pelajar membuat satu eksperimen tentang proses fotosintesis.


Guru kelas mereka hanya sekadar membimbing kaedah berlakunya
proses itu tetapi guru mereka memberi peluang
kepada setiap pelajarnya untuk membuat penjelasan tentang proses itu.

Situasi ini menunjukkan guru itu memberi peluang kepada pelajarnya untuk mencari
keterangan masing-masing bagi menjelaskan proses fotosintesis itu.

Dalam konteks progresivisme, seseorang guru berperanan sebagai seorang pembimbing


dan membantu anak murid dalam apa jua aspek terutamanya dalam aspek akademik.
Seorang guru juga perlu menjadi pengurus iaitu pengurus pengajaran yang
bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajarang kondusif dan menarik,
mengemukakan soalan yang meransangkan pemikiran anak anak murid. Sebagai contoh,
dalam mata pelajaran matematik, guru memberikan soalan matematik yang bukan dalam
persekitaran anak murid mereka. Ini bertujuan agar mereka memikir sesuatu yang baru di
luar pemikiran mereka. Guru juga membimbing minat anak murid mereka ke arah yang
produktif.Ini dapat menjadikan pelajar yang dilahirkan bagus dan berguna pada masa
akan datang.

Anda mungkin juga menyukai