Anda di halaman 1dari 3

FRIEDRICH FROEBEL (1782-1852)

- seorang tokoh pendidkan Jerman


- banyak habiskan masa hayatnya menbentuk system pendidikan awal
kanak- kanak.
- Belajar daripada Pestalozzi dan bekerja dengannya.
- Bentuk kurikulum dan kaedah pengajaran awal kanak- kanak.
- Digelar “father of kindergatden”.
- Membuka sebuah sekolah (1837)( dikenali dengan taman kanak-kanak)
hasil daripada hubungan rapatnya dengan Pestalozzi dan bacaan hasil-
hasil kerja Rousseau untuk praktikkan idea- ideanya.
- Sekolah ini dinamakan “kindergarten”. Kinder bermaksud kanak- kanak,
garten bermaksud garden of children.

PANDANGAN FROEBEL TERHADAP KINDERGARTEN.

1. Dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak- kanak.


2. tidak dilengkapi kerusi dan meja atau keadaan yang sempit sehingga
menyusahkan perjalanan aktiviti.
3. perlu dipenuhi dengan pemandangan, buniy- bunyian dan objek- objek
untuk kanak- kanak yang mempunyai bentuk- bentuk yang mudah,
saiz dan warna.
4. ia merupakan institusi yang membolehkan kanak- kanak bergaul
dengan rakan sebaya tanpa kawalan ibu bapa dan guru.
5. suasana di kindergarten hendaklah dapat mengawal kanak- kanak
daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya
alam semula jadi.
6. di kindergarten, perkembangan mental, fizikal dan social kanak- kanak
hendaklah dipupuk.
7. Kindergarten merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-
kanak.
8. pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak- kanak.
i. Berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak- kanak.
ii. Kanak- kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan.
iii. Kanak- kanak hendaklah dianggap kanak- kanak dan mereka
perlu diberi kebebasan.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

i. Menekankan kaedah bermain dan belajar melalui membuat.


- Bermain adalah asas untuk kanak- kanak mempelajari sesuatu.
- Bermain itu kehidupan dan bermain itu satu tahap yang tertinggi
dalam perkembangan kanak- kanak.
- Oleh itu, semua kerja- kerja yang dilakukan oleh kanak- kanak
perlu mempunyai ciri- ciri main.
- Froebel menerima prinsip yang dikemukakan oleh Pestalozzi
mengenai penggunaan alat/ objek dalam pengajaran.
- Juga prinsip yang menyatakan bahawa semua pendidikan bermula
dengan persepsi deria dan objek boleh guna untuk menimbulkan
minat dalam pembelajaran.

ii. Gift atau bahan- bahan dalam bentuk yang terdapat di alam semula
jadi.
- Bentuk- bentuk seperti sfera, kubus, silinder, segi empat tepat, segi
tiga, bulatan dan garisan.
- Membantu kanak- kanak meneroka dan memahami hubungan
dengan alam semesta.
- Bahan- bahan ini membantu kanak- kanak belajar membilang,
mengukur, membeza dan membanding sesuatu mengikut arahan
guru.

iii. Membentuk urutan aktiviti yang dinamakan pekerjaan.


- Iaitu bahan- bahan bagi membentuk pelbagai kemahiran seperti
menjahit menenun, menyusun manik, mencantumkan titik,
membuat model, memotong, menampal dan melipat kertas.

iv. Mempelajari lagu atau puisi di samping melakukan pekerjaan yang


dikenali sebagai permainan fingerplay.
- Kanak- kanak menggerakkan tangan atau badan sambil
menyanyikan lagu.
- Froebel percaya tentang kepentingan membangkitkan,
mengekalkan minat dan perhatian, menimbulkan rasa ingin tahu
dan merancang motivasi untuk belajar bagi kanak- kanak semasa
proses pembelajaran.
MARIA MONTESSORI (1870-1952)

- wanita pertama di Itali yang menjadi doctor perubatan dan peroleh ijazah
kedoktoran berkaitan antropologi.
- Bentuk kaedah pendidikan menggunakan namanya sendiri dan nama itu
berterusan sehingga kini di sekolah- sekolah seluruh dunia.
- Timbul minat dalam pendidikan apabila mengendalikan kanak- kanak
cacat.
- Beliau akhirnya mendapati kaedah pengajaran yang digunakan dapat
diaplikasikan kepada kanak- kanak yang tidak mengalami kecacatan
mental.

CIRI- CIRI PENDIDIKAN MONTESSORI.

- Tidak ramai yang percaya pada kepentingan pengalaman sekolah untuk


kanak- kanak.
- Kebanyakan pendidik percaya pada kecerdasan yang tetap.
- Pembelajaran yang difikirkan sesuai adalah dengan menggunakan
motivasi melalui rangsangan yang menyakitkan atau keperluan biologi.
- Kehendak guru bagi mengekalkan kawalan dan arahan dalam kelas.

PANDANGAN MONTESSORI.

i. Guru sebagai pembimbing.


- Menyediakan persekitaran yang membimbing kanak- kanak
menguasai kemahiran yang dibina daripada pengalaman
pertama.
- Guru dan kanak- kanak dilatih supaya menghormati tugas
dan tidak mengganggu setiap kanak- kanak semasa bekerja.
ii. Pengalaman kanak- kanak.
- Kanak- kanak perlu terlibat dalam aktiviti yang dapat memberi
peluang kepada mereka mengendalikan bahan- bahan bagi
menyelesaikan tugas sebenar.
- Berdasarkan pada idea bahawa kanak- kanak meniru reality
dengan cara memerhatikan mengikuti demonstrasi.