Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN 2
ABSTRAK 3
REFLEKSI TINDAKAN 3

OBJEKTIF KAJIAN 4
KUMPULAN SASARAN 4
PERLAKSANAAN KAJIAN 5
1.1 UJIAN PRA
1.2 TEMUBUAL
1.3 UJIAN POS
PERLAKSANAAN KAEDAH 5-8
DAPATAN KAJIAN 9
PENILIAN DAN REFLEKSI 10
RUJUKAN 10
LAMPIRAN 11-12

1
PENGHARGAAN

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

SYUKUR KE HADRAT ILAHI DENGAN IZIN-NYA, KAMI DAPAT MENYUDAHKAN


KAJIAN TINDAKAN INI. TERIMA KASIH YANG TIDAK TERNILAI UNTUK TUAN
PENGETUA SMK BEAUFORT II ENCIK MAHAMAD SYUKRI BIN SAID YANG TELAH
MENCETUSKAN IDEA DAN MENDESAK GURU-GURU UNTUK MENULIS KAJIAN
BERHUBUNG MATA PELAJARAN YANG DIAJAR. BAGI KAMI TERLALU SUSAH
UNTUK MENULIS KAJIAN KERANA ISU YANG KAMI ALAMI PERKARA YANG
SELALU BERLAKU DI KALANGAN PELAJAR. NAMUN ATAS USAHA MURNI
RAKAN PUAN MASRIJAH BT SHAMSUDDIN DAN PUA SURIYAH BT SALLEH
MEMBIMBING DAN MEMPERBAIKI TULISAN KAMI AKHIRNYA TERHASIL SATU
KAJIAN GEOGRAFI TENTANG MASALAH MENGIRA WAKTU TEMPATAN DI
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2.

TERIMA KASIH UNTUK KELUARGA KHUSUS IBU BAPA, ADIK-BERADIK DAN


ANAK-ANAK YANG SENTIASA MEMAHAMI TANGGUNGJAWAB KAMI SEBAGAI
GURU DI SMK BEAUFORT II YANG SELALU SIBUK DENGAN TUGAS-TUGAS
UNTUK MEMAJUKAN SEKOLAH.

KEPADA SEMUA RAKAN GURU BUKANLAH SUSAH UNTUK MENGHASILKAN


KAJIAN TINDAKAN YANG PALING PENTING SELALULAH BERTANYA PADA
MENTOR BERKAITAN ISU YANG DIHADAPI. BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN
SAMA DIJINJING INSYALLAH SEMUA KERJA DAPAT DISELESAIKAN.

“SEKOLAH DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

2
MENGINGAT FORMULA KIRAAN WAKTU TEMPATAN MELALUI
KAEDAH MODEL BATERI PLUS(+) N MINUS (-)
MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN DUA

Oleh:
RAHIM GHAPAR / AIDAH EDIN
Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort II
Peti Surat 362,
89808 Beaufort, Sabah.

ABSTRAK

Soalan berkaitan dengan pengiraan waktu bukanlah satu soalan yang dianggap mudah
oleh pelajar. Ianya melibatkan pengiraan dan memerlukan pelajar benar-benar
memahami kehendak soalan dan mengingat data yang berkaitan dengan kedudukan di
sesuatu tempat. Soalan berkaitan dengan waktu tempatan seringkali ditanya dalam
peperiksaan yang terdiri daripada pelbagai bentuk soalan. Pelajar akan kehilangan
markah dan membuang masa yang banyak jika tidak ada kaedah yang cepat menjawab
soalan berkenaan. Bersandarkan maklumat di atas, penyelidik memperkenalkan kaedah
bateri ‘Plus n Minus’ untuk membantu pelajar menjawab soalan dengan cepat, mudah
dan tepat. Juteru itu penglibatan guru amat penting dalam membimbing pelajar
menggunakan kaedah ini kerana ianya melibatkan kognitif untuk mengingat asas-asas
pengiraan waktu dan memberi latihan yang berterusan untuk memahirkan diri pelajar.

3
1.0 REFLEKSI DARIPADA PENGAJARAN LALU

Melalui pemerhatian yang dilakukan penyelidik beberapa bulan mengajar kelas


berkenaan masih terdapat pelajar yang bermasalah untuk menggunakan asas
pengiraan seperti tolak dan tambah dalam konteks geografi khususnya tema
kedudukan iaitu tajuk mengira waktu tempatan. Kelemahan ini disebabkan pelajar tidak
menguasai kedudukan nilai tolak dan tambah untuk diletakkan di mana apabila soalan
diberikan. Kesalahan meletakkan dan menggunakan nilai tolak dan nilai tambah akan
menyebabkan pelajar akan salah menjawab soalan dengan tepat. Oleh itu, satu kaedah
beteri Plus n Minus diperkenalkan untuk memudahkan pelajar mengingat dan mengira
dengan cepat untuk menyelesaikan pengiraan waktu tempatan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas


2. Meningkatkan keupayaan pelajar menguasai asas-asas kemahiran geografi melalui
pengiraan waktu dan yang berkaitan dengannya
3. Meningkatkan minat pelajar untuk menjawab soalan yang berkaitan pengiraan melalui
kaedah bateri Plus n Minus.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan pelajar tingkatan 3 yang terdiri daripada 10 orang pelajar yang
terpilih berdasarkan tahap pencapaian yang berbeza-beza dari kelas yang berlainan.

4.0 PERLAKSAAN KAJIAN


Kajian ini telah dijalankan mengikut cara di bawah.

4.1 Ujian Pra

4
Sebanyak 6 soalan objektif diberikan. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan
dengan menunjukkan pengiraan pada setiap soalan dan memberikan jawapan yang
betul. Tempoh masa ujian 20 minit

4.2 Temubual

Diadakan untuk melihat maklumbalas terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam


kelas yang melibatkan penerimaan pelajar atau cara penyampaian serta perlakuan guru
di dalam kelas

4.3 Ujian Pos

Melihat keberkesanan dan keupayaan pelajar menjawab soalan yang diberikan dengan
baik atau sebaliknya selama 20 minit.

5.0 PERLAKSANAAN KAEDAH


1. Pelajar perlu mengetahui asas masa selama 24 jam sehari dan arah mata angin
Timur (T) , Barat (B), Utara (U) dan Selatan (S)
2. Pelajar mesti tahu kedudukan arah jam
3. Pelajar mesti faham pergerakan arah ke timur menunjukkan nilai tambah (+)
manakala pergerakan ke sebelah barat adalah nilai tolak (-)
4. Pelajar perlu menghafal iaitu 1 darjah bersamaan 4 minit dan 1 jam bersamaan 60
minit dan 1 jam bersamaan 15 darjah.
5. Pelajar mesti tahu kedudukan yang perlu dijawab atau dicari berdasarkan soalan
6. Guru memperkenalkan kaedah model bateri Plus n Minus.

5
FORMULA YANG PERLU DIINGAT:-

i. Untuk mendapatkan nilai Jam

Langkah 1

Dari B ke B = -
Dari T ke T = -

Barat Timur
(B) 0° (T)

- -
-
+
*0 menunjukkan garisan meridian pangkal(Greenwich)

Langkah 2

Dari T ke B = -
Dari B ke T = +

6
ii. Untuk mendapatkan nilai Waktu

Langkah 3

Dari B ke B = +
Dari T ke T = +

Barat Timur
(B) 0° (T)

+ +

-
+
*0° menunjukkan garisan meridian pangkal(Greenwich)

Langkah 4

Dari B ke T = +
Dari T ke B = -

7
Contoh soalan:-

Apakah waktu tempatan Y(60° T) , Jika waktu tempatan d X (15° T) ialah jam 12.00
tengahari.

Untuk mendapatkan Jam

Menggunakan langkah 1

Formula T ke T = -

Y(60° T) – X(15° T)
60° - 15° = 45°
Tukar kepada minit
45° X 4 = 180 minit
Tukar kepada Jam
180 / 60 = 3jam

Untuk mendapatkan waktu

Menggunakan langkah 3

Formula T ke T = +
Y(60° T) – X(15° T)
? 12.00 tengahari

3 jam + 12.00 = 15.00

15.00 bersamaan jam 3.00 pm.

6.0 DAPATAN KAJIAN

8
6.1 Analisa pencapaian pelajar

Bil Nama pelajar Ujian Pra Ujian Pos


01 A 1 4
02 B 2 4
03 C 2 5
04 D 0 3
05 E 2 4
06 F 1 3
07 G 4 6
08 H 3 6
09 I 2 5
10 J 0 4

Berdasarkan analisis data yang dipaparkan di atas dapatlah dikatakan bahawa kaedah
bateri Plus n Minus memberikan kesan yang positif dari segi pemahaman dan
penguasaan pelajar terhadap satu-satu tajuk pengajaran. Langkah ini bukan saja
memudahkan pelajar dan guru malah mewujudkan suasana yang merangsang ke arah
pembelajaran yang seterusnya. Pelajar dapat menggunakan teknik hafalan dan
mengingat dalam satu masa tanpa membuang masa yang banyak menggunakan
kaedah dan langkah pengiraan tradisional.

7.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI SELEPAS RAWATAN

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah Plus n Minus lebih mudah difahami, cepat
dan tidak membuang masa malah membantu pelajar yang lemah dalam menyelesaikan

9
menjawab soalan. Pokoknya pelajar perlu menghafal formula dan mengingat langkah-
langkah pengiraan jam dan waktu.

Pelajar juga boleh terus menggunakan kulkulator tanpa mengunakan alat tulis yang lain
untuk menjawab soalan jika menggunakan formula melalui kaedah Plus n Minus.

Walau bagaimanapun, guru masih memainkan peranan yang penting dalam


membimbing dan memantau gerak kerja pelajar agar tidak lari dari kaedah asal dan
kehendak soalan . Tahap kecekapan dan pemahaman pelajar terhadap satu-satu
kaedah adalah bergantung kepada keperihatinan,kreativiti dan dorongan guru.

RUJUKAN

Chong Yoon Choi ,2005. Siri Teks Referens Geografi. Selangor: Pearson Malaysia
Sdn.Bhd.
S. Rajanderan, 2005. Visual Pelangi Geograrfi tingkatan 2.Selangor: Penerbitan Pelangi
Sdn Bhd.
Rosnani Rifin dan Junaidah Salehudin, 2008. Masteri Memori Melalui Peta Minda
Geografi PMR. Selangor: PNI Neuron (M) Sdn Bhd.

Contoh soalan yang diberikan kepada pelajar.

1. Berdasarkan rajah di bawah, apakah waktu tempatan di Bandar Q?

10
45 T 108 T
___________________________________
P Q
12.00 ?
Tengah malam

A 4.12 pagi
B 4.12 petang
C 10.00 pagi
D 10.00 malam

2. Jam di Z menunjukkan pukul 9.10 pagi, apakah waktu di X?

A 4.50 pagi
B 1.30 petang
C 10.15 malam
D 12.30 tengah hari

3. Jika waktu di Greenwich ( 0 ) ialah pukul 12.00 tengah hari, pukul berapakah di
Bandar X yang terletak di 75 T?

A 7.00 pagi
B 9.00 pagi
C 5.00 petang
D 10.00 malam

4. Berdasarkan rajah di bawah, jika tarikh di Bandar X ialah 10 februari, apakah


waktu tempatan dan tarikh di Bandar Y?

A 1.00 pagi , 10 Februari

11
B 2.00 pagi, 11 Februari
C 3.00 pagi, 11 Februari
D 6.00 pagi, 10 Februari

5. Sekiranya penduduk X sedang menonton televisyen jam 8.00 malam, yang


manakah benar tentang kegiatan penduduk di kawasan yang bertanda

A Penduduk di kawasan I sedang bersarapan jam 7.00 pagi


B Penduduk di kawasan II sedang bermain bola jam 5.00 petang
C Penduduk di kawasan III sedang makan malam jam 9.00 malam
D Penduduk di kawasan IV sedang tidur jam 12.00 tengah malam

6. Apakah waktu tempatan di Y ( 60 T ) jika waktu di X (15 T ialah jam 12.00


tengahari?
A 3.00 pagi
B 9.00 pagi
C 3.00 petang
D 6.00 petang

12

Anda mungkin juga menyukai