Anda di halaman 1dari 3

Minggu, 23 Desember 2007

HUKUM FOREX MENURUT PERSPEKTIF ISLAM...

FOREX bukan perjudian sekiranya kita mempunyai ilmu semasa menjalankan perniagaan ini di
samping tidak lupa untuk berdoa kpd tuhan. Setelah kita mempelajari teknik2, kita berusaha utk
memahaminya. setelah kita berasa yakin, boleh lah mencuba menggunakan virtual money
semasa trading sbg latihan. jgn gusar dgn keadaan market, bertawakal setelah membuat
keputusan. insya Allah kalau rezeki tak ke mana. Jika tiada ilmu, maka jadilah forex seperti
taruhan atau perjudian.

Prof. Drs. Masjfuk Zuhdi yang berjudul MASAIL FIQHIYAH;Dalam bukunya Kapita Selecta
Hukum Islam, didapati bahawa Forex (Perdagangan Matawang Asing) diperbolehkan dalam
hukum islam.

Perdagangan matawang asing timbul kerana adanya perdagangan barang-barang


keperluan/komoditi antara negara yang bersifat international. Perdagangan (Eksport-Import) ini
tentu memerlukan alat pembayara iaitu WANG yang mana setiap negara mempunyai ketentuan
sendiri dan berbeza satu sama lainnya sesuai dengan penawaran dan permintaan di antara negara-
negara tersebut sehingga timbul PERBANDINGAN NILAI MATA WANG antara negara.

Perbezaan nilai mata wang antara negara terkumpul dalam suatu BURSA atau PASAR yang
bersifat international dan terikat dalam suatu kesepakatan bersama yang saling menguntungkan.

Nilai mata wang sebuah negara dengan negara lainnya adalah berubah (berfluktuasi) setiap saat
sesuai volume permintaan dan penawarannya. Adanya permintaan dan penawaran inilah yang
menimbulkan transaksi mata wang. Secara jelasnya adalah tukar-menukar mata wang yang
nilainya berbeza.

HUKUM ISLAM dalam TRANSAKSI MATAWANG ASING

1. Ada Ijab-Qobul: —> Ada perjanjian untuk memberi dan menerima

* Penjual menyerahkan barang dan pembeli membayar tunai.


* Ijab-Qobulnya dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan.
* Pembeli dan penjual mempunyai wewenang penuh melaksanakan dan melakukan tindakan-
tindakan hukum (dewasa dan berfikiran sihat)

2. Memenuhi syarat menjadi objek transaksi jual-beli yaitu:

* Suci barangnya (bukan najis)


* Dapat dimanfaatkan
* Dapat diserahterimakan
* Jelas barang dan harganya
* Dijual (dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau kuasanya atas izin pemiliknya
* Barang sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan.
Manakala pendapat Muhammad Isa, bahawa jual beli saham itu diperbolehkan dalam agama
dengan berdalilkan

‫التشترواالسمك فیالماءفاءنه غرد‬

“Jangan kamu membeli ikan dalam air, karena sesungguhnya jual beli yang demikian itu
mengandungi penipuan”. (Hadis Ahmad bin Hambal dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas’ud)

Jual beli barang yang tidak di tempat transaksi diperbolehkan dengan syarat harus diterangkan
sifat-sifatnya atau ciri-cirinya. Kemudian jika barang sesuai dengan keterangan penjual, maka
sahlah jual belinya.

Tetapi jika tidak sesuai maka pembeli mempunyai hak khiyar, ertinya boleh meneruskan atau
membatalkan jual belinya. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi riwayat Al Daraquthni dari Abu
Hurairah:

‫من سترئ شيتالم يرهفله الخيارإذاراه‬

“Barang siapa yang membeli sesuatu yang ia tidak melihatnya, maka ia berhak khiyar jika ia
telah melihatnya”.

Jual beli hasil tanam yang masih terpendam, seperti kentang, bawang dan sebagainya juga
diperbolehkan, asalkan diberi contohnya, kerana akan mengalami kesulitan atau kerugian jika
harus mengeluarkan semua hasil tanaman yang terpendam untuk dijual. Hal ini sesuai dengan
kaedah hukum Islam:

‫المشقة تجلب التيسر‬

Kesulitan itu menarik kemudahan.

Demikian juga jual beli barang-barang yang telah terbungkus/tertutup, seperti makanan dan
sebagainya, asalkan diberi label yang menerangkan isinya. Vide Sabiq, op. cit. hal. 135.
Mengenai teks kaedah hukum Islam tersebut di atas, vide Al Suyuthi, Al Ashbah wa al Nadzair,
Mesir, Mustafa Muhammad, 1936 hal. 55.

JUAL BELI MATAWANG ASING DAN SAHAM

Yang dimaksud dengan matawang asing adalah mata wang luar negeri seperti dolar Amerika,
Poundsterling,Euro, Dollar Australia, Ringgit Malaysia dan sebagainya.

Apabila antara negara terjadi perdagangan international maka setiap negara memerlukan
matawang asing sebagai alat pembayaran luar negeri yang dalam dunia perdagangan disebut
devisa. Misalnya eksport Malaysia akan memperolehi pendapatan dari hasil eksportnya,
sebaliknya import Malaysia memerlukan hasil untuk mengimport dari luar negeri.
Dengan demikian akan timbul penawaran dan permintaan di bursa matawang asing. Setiap
negara berwenang penuh menetapkan nilai wangnya masing-masing (nalai adalah perbandingan
nilai wangnya terhadap mata wang asing) misalnya 1 dolar Amerika = RM 3.70. Namun
perbandingan nilai tukar setiap saat boleh berubah-ubah, tergantung pada kekuatan ekonomi
negara masing-masing. Pencatatan kurs uang dan transaksi jual beli matawang asing yang
diselenggarakan di Bursa Matawang Asing (A. W. J. Tupanno, et. al. Ekonomi dan Koperasi,
Jakarta, Depdikbud 1982, hal 76-77)

Rasanya untuk lebih jelas lagi hayati petikan di bawah :

“Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya ada menghadiri kursus Forex di sebuah syarikat swasta, Stable Alliance Sdn.
Bhd. Yang menguruskan urusniaga Forex (Foreign Exchange Currency) beroperasi di Megan
Avenue, Off Jalan ampang, KL. Saya berminat untuk menambah pendapatan saya melalui forex
selain mencari sumber lain untuk melangsaikan hutang saya setelah permohonan baitulmal saya
tidak mendapat galakan. Pegawai syarikat itu ada menunjukkan sijil syariah atau pengesahan
boleh urusniaga mengikut syariah dari mufti Perak iaitu dari pihak Dato’. Disini saya inginkan
kepastian adakah benar pihak Dato, ada mengeluar sijil mengatakan Forex itu dibolehkan oleh
syariah kepada syarikat berkenaan? Sekalipun tidak saya ingin penjelasan Dato, berhubung
Forex, adakah boleh saya masuk kedalam urusniaga Forex, memandangkan hutang saya yang
amat besar tidak dapat saya langsaikan kalau hanya bergantung kepada gaji bulanan saya yang
Cuma RM 1,000. Untuk perhatian tuan, hutang tersebut adalah hutangyang terpaksa saya bayar
kerana kegagalan saya dalam akedemik kepada pihak penaja, dan juga hutang saya kepada
kawan-kawan ketika biasiswa saya dihentikan dan saya memerlukan kewangan untuk sedikit
sara diri dan mencari tiket pulang ke Negara ketika itu.

Segala perhatian Dato’ amat saya hargai.

-insan malang,

Fakhrunnazim Muhajir

Jawapan :

Waalaikumsallam.

Kepada : Fakhrunnazim Muhajir

Mengenai urusniaga Forex. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak membuat
pengesahan, boleh berurusniaga dengan Forex.

Wallahhua’lam

Sumber : http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/Musykil_utama.htm

Anda mungkin juga menyukai