Anda di halaman 1dari 38

ABSTRAK

Kajian ini dibuat untuk membantu 4 orang murid lelaki tahun 2 sekolah saya yang sedang
belajar di kelas pemulihan khas.Mereka gagal dalam Ujian Pelepasan 3 KIA2M tahun 1
2007 dan gagal dalan ujian saringan BM kelas pemulihan.Berdasarkan ujian saringan
bahagian bacaan, pelajar ini didapati sudah mengenal semua huruf dan dapat
membatangkan sukukata kv tetapi gagal untuk membaca degan lancar walaupun
perkataan yang berpola kv+kv.mereka perlu mengeja dahulu dan mengambil masa yang
agak lama untuk membunyikan perkataan yang dieja tadi.Kadang kala mereka
membunyikan perkataan yang tidak berkaitan dengan apa yang dieja,contoh: eja ka+ki
bunyi kita,eja ba+tu bunyi tuba, eja ba+tu bunyi bata.Hasil dari perhatian saya dalam
kajian ini saya dapati pelajar ini lupa apa yang mereka eja iaitu bunyi suku kata awal
perkataan,mereka cuma ingat sukukata yang akhir sahaja apabila menyeja sesuatu
perkataan.Dalam kajian ini saya sepadukan kaedah konvensional iaitu menggunakan kad-
kad perkataan dan gambar dengan kaedah berbantukan komputer dengan menggunakan
perisian iaitu e-bacalis yang dibina sendiri, khusus untuk membantu murid ini
melancarkan bacaan mereka.Dalam kajian ini saya khususkan untuk membolehkan mereka
membaca dengan lancar dan menulis dengan tepat (ejaan) 30 patah perkataan berpola
kv+kv (Lampiran A).Saya sertakan CD videoklip bacaan murid yang dirakam sebelum
kajian dan selepas kajian dibuat.Videoklip ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar ini
sudah boleh membaca dengan lancar 30 perkataan berpola kv+kv yang diberi.

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.

Pada minggu kedua, bulan Januari 2008 saya menerima 4 orang murid lelaki tahun dua
yang dicalonkan ke kelas pemulihan khas kerana gagal dalam ujian pelepasan tiga KIA2M
2007. Saya juga telah memberi ujian saringan Bahasa Malaysia kelas pemulihan kepada
mereka untuk memastikan mereka betul-betul calon yang layak mengikuti program
pemulihan khas.

Berdasarkan analisa kertas ujian KIA2M/P3 dan ujian saringan di atas, saya dapati 4 orang
murid ini telah mengenal semua huruf kecil dan besar dan boleh membatangkan sukukata
asas konsonan + vokal ( kv). Mereka juga sudah boleh membaca perkataan-perkataan
berpola KV + KV dengan cara mengeja tetapi tidak lancar dan kadang-kadang tidak tepat.
Berdasarkan pengalaman saya, murid-murid begini akan boleh membaca dengan lancar
apabila diberi kaedah yang tepat dan masa P&P yang mencukupi.Membaca dan menulis
perkataan berpola kv+kv adalah kemahiran asas kelas pemulihan khas.

Adalah menjadi tanggungjawab saya selaku guru pemulihan khas untuk memulihkan
murid-murid ini. Saya mengambil keputusan untuk menjadikan masalah mereka ini
sebagai fokus kajian tindakan saya.Sekiranya masalah ini tidak diatasi, dikuatiri murid-
murid ini akan terus tidak boleh membaca dengan lancar dan ini akan mengganggu proses
P&P mereka di kelas induk.

Fokus Kajian

Walaupun murid-murid ini sudah mengenal semua abjad besar dan kecil dan boleh
membatangkan sukukata KV, tetapi mereka masih tidak boleh membaca terus perkataan-
perkataan yang diberi guru. Apabila perkataan berpola KV+KV diberi,mereka membaca
dengan mengeja terlebih dahulu dan mengambil masa yang agak lama untuk
membunyikan perkataannya yang kadang kala tidak tepat. Apabila gagal membaca dengan
lancar perkataan berpola KV+KV, mereka tidak akan boleh membaca perkataan yang
berpola KV+KVK, KVK+KV, KV+KVKK dan seterusnya. Apabila gagal membaca perkataan,
mereka juga akan gagal membaca rangkaikata dan seterusnya tidak boleh menguasai
kemahiran membaca ayat dan petikan karangan.

Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid ini diharap akan mencapai objektif
berikut:

I. Objektif Umum

Meningkatkan kelancaran bacaan 4 orang murid pemulihan khas ini iaitu membaca 30
perkataan berpola kv+kv yang terdapat dalam ujian saringan.

II. Objektif Khusus

a) Meningkatkan kelancaran bacaan bermula dengan perkataan berpola kv+kv.


b) Meningkatkan kelancaran membaca rangkaikata berpola kv+kv.

c) Membolehkan murid-murid ini menulis/ejaan perkataan berpola kv+kv

d) Meningkatkan kelancaran membaca kumpulan ayat yang dibina dari perkataan-


perkataan berpola kv+kv.

4. Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 4 orang murid lelaki tahun dua berbangsa Melayu yang sedang
mengikuti Program Pemulihan Khas.

5. Tindakan yang dijalankan.

Tinjauan Awal Masalah.

v Berdasarkan analisa keputusan ujian KIA2M pelepasan 3 dan ujian saringan Bahasa
Malaysia didapati murid-murid ini telah mengenal semua abjad.

v Mereka boleh membatangkan sukukata kv tetapi perlu mengeja terlebih dahulu dan
tidak lancar.

v Apabila mengeja perkataan berpola kv+kv mereka mengambil masa yang agak lama
sebelum membunyikan perkataannya dan kadang kala tidak tepat.

Program e-bacalis
Program e-bacalis ialah singkatan daripada perkataan baca dan tulis. e – mewakili
elektronik.

Komponen dalam program ini ialah:

1. 5 kad 30 set gambar tanpa perkataan

2. 5 kad 30 set gambar dan perkataan

3. 1 kad 30 perkataan pola kv+kv tanpa gambar

4. 1 kad 30 set gambar seperti kad no.1 yang dikecilkan

5. 90 keping kad-kad perkataan kv+kv (terdiri dari 3 warna


yang berbeza @30)

6. perisian interaktif e-bacalis yang dibina khusus untuk membantu murid-murid ini
belajar berbantukan komputer.

Cara Pelaksanaan

1. murid diberi kad gambar, tanpa perkataan dan disuruh menyebut nama-nama gambar
tersebut.

2. murid diberi kad gambar berperkataan dan dilatih tubi mengeja perkataan tersebut
berperingkat-peringkat sehingga lancar.

3. murid diberi kad 30 perkataan kv+kv tanpa gambar dan dilatih tubi membacanya.

4. murid diberi kad seperti kad no.3 dan disuruh gunting perkataan tersebut satu persatu.

5. murid memadankan perkataan yang digunting dengan gambar-gambar berkenaan di kad


no. 1

6. murid memampal perkataan tersebut pada gambar berkenaan pada kad no.1
7. murid menulis perkataan di kad no.4 berdasarkan gambarnya.

8. setelah murid mahir kaedah konvensional ini mereka di ajar bagaimana menggunakan
aplikasi interaktif berbantukan komputer. Perisian e-bacalis.(perisian ini telah di upload
ke website www.uluskum.net/remedial )murid boleh menjalankan aktiviti ini secara
offline atau pun online.

9. dalam perisian e-bacalis disediakan token berbentuk edu-game untuk murid yang telah
menunjukkan prestasi yang baik sebagai galakan dan dorongan supaya tekun belajar.
Mereka boleh bermain dalam pengawasan/seliaan guru.

10. guru memerhati dan menilai prestasi murid semasa mereka menjalankan aktiviti-
aktiviti di atas.

Refleksi Kajian

Kesemua 4 orang pelajar sampel kajian ini telah menunjukkan prestasi yang
memberangsangkan. Mereka telah dapat mambaca 30 perkataan berpola kv+kv dengan
lancar dan dapat menulis/ejaan dengan tepat.
Disertakan CD videoklip menunjukan tahap kelancaran bacaan mereka sebelum dan
selepas kajian ini dibuat.
Dalam aktiviti berbantukan komputer,mereka menunjukan minat yang tinggi untuk
belajar dan sentiasa bersedia untuk meneruskan sesi P&P seterusnya apabila sesi P&P
semasa tamat.
Pengkaji dapat merumuskan bahawa sesuatu kemahiran hendaklah melibatkan 5 elemen
penting untuk meningkatkan prestasi pelajar semasa P&P berjalan.

5 elemen tersebut ialah:

a) Membuat kerja bertulis yang dirancang dengan baik dan membetulkan kesalahan murid
semasa mereka membuat kerja bertulis tersebut.

b) Melibatkan pergerakan murid yang terkawal kerana pergerakan memberi kesan yang
baik dalam pengaliran oksijan ke otak. Otak yang menerima oksijan yang cukup memberi
kecerdasan dan prestasi ingatan yang baik.

c) Aktiviti hand-on dan mind-on. Contohnya seperti suaian kad perkataan/gambar,


padanan kad perkataan/perkataan,suaian kad-kad sukukata/cantuman membina
perkataan.

d) Kolaboratif antara murid hendaklah diberi penekanan kerana kerjasama antara mereka
memberi ruang belajar yang sama kepada murid-murid yang lemah dengan murid yang
lebih maju

e) Mempelbagaikan medium bahan bantu mengajar.Menggunakan kaedah konvensional


dan bahan-bahan tersebut di aplikasikan dengan perisian komputer yang dibina sendiri
bersesuaian dengan kemahiran yang diajar.contoh dalam kajian ini ialah perisian kursus e-
bacalis.

8. Cadangan Kajian Seterusnya

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut.


a. menggunakan perisian e-bacalis untuk mengajar kemahiran bacaan perkataan berpola
kv+kvk yang diolah semula bersesuaian dengan kemahiran tersebut.
b. Menghasilkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan 5 elemen penting(seperti catatan di
atas) dalam setiap kemahiran yang diajar.
c. Melibatkan murid sendiri dalam menghasilkan bahan-bahan P&P.

9. Bibliografi

1. nota-nota hasil bengkel 1/2008 Kajian Tindakan bagi guru-guru pendidikan khas
anjuran Jabatan Pendidikan Khas pada 5-8 Mei 2008 bertempat di Puteri Resort Ayer
Keroh Melaka.

10. Lampiran.
a) senarai 30 perkataan berpola kv+kv.
b) perkataan bergambar(kvkv).
c) perkataan tanpa gambar(kvkv).
d) CD contoh aktiviti 5 elemen penting dalam P&P.
e) CD rakaman bacaan murid sebelum dan selepas kajian dijalankan.

Dicatat oleh skfskf di 19:15 0 ulasan


Label: kelancaran bacaan

RABU, 2009 JANUARI 28


STRATEGI PENGAJARAN LISAN

PENGENALAN

Keupayaan bahasa lisan seseorang kanak-kanak bergantung kepada pendedahan yang


diterimanya daripada persekitaran selain daripada keupayaan kognitif yang dimilikinya.
Teori interaksi telah menegaskan kepentingan menyediakan peluang-peluang untuk
berinteraksi yang lebih luas kepada kanak-kanak untuk membantu mereka menguasai
bahasa lisan dengan cekap.Oleh itu guru perlu memperbanyakkan aktiviti lisan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasnya.

STRATEGI PENGAJARAN LISAN

Pengajaran lisan kepada kanak-kanak bukanlah perkara yang mudah dan boleh dianggap
remeh. Walaupun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal dikuasai kanak-
kanak, namun mereka tetap memerlukan pembelajaran lisan yang tersusun dan terancang
supaya kemahiran lisan yang sedia ada itu dapat dikembangkan dan dimantapkan lagi

Seorang guru yang hendak mengajar kemahiran lisan kepada muridnya perlu
mempunyai strategi pengajaran yang jelas. Guru perlu jelas apakah pendekatan yang
hendak diambilnya, apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk tajuk dan pada situasi
tertentu, dan akhirnya apakah teknik pengajaran yang sesuai dengan pendekatan dan
kaedah yang telah dipilih. Dari situlah dipilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan muridnya.
A) PENDEKATAN

Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian bagi


melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi bahasa,
pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu bersifat
teoritis. Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya dapat dinilai setelah dilaksanakan,
misalnya di dalam bilik .

Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan empat


jenis pendekatgan iaitu:

i. pendekatan induktif
ii. pendekatan deduktif
iii. pendekatan eklektik, dan
iv. pendekatan komunikatif

Pendekatan Induktif

Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakan secara melihat contoh-contoh


unsur bahasa yang diajar. Melalui contoh-contoh yang diberi itu akan membantu pelajar
membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspek bahasa yang diajar. Guru hanya
membantu murid melalui soalan-soalan, berbincang, memerhati, memberi contoh-contoh
dan sebagainya, dan akhir sekali memberi peluang kepada murid membuat kesimpulan
sendiri berdasarkan pemahamannya.

Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif, iaitu dalam


pendekatan ini pengajaran dibuat dengan memberi kesimpulan atau generalisasi terlebih
dahulu di awal pengajaran dan kemudian barulah dikemukakan contoh-contoh yang sesuai
selepasnya.
Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan pendekatan


deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model pendekatan eklektik
bergantung kepada pendekatan mana yang diberi penekanan . Model-model di bawah
akan membantu anda memahami penggunaan pendekatan eklektik.

a) Penekanan kepada pendekatan induktif:

Contoh/fakta Kesimpulan Contoh

b) Penekanan kepada pendekatan deduktif:

Kesimpulan Contoh Generalisasi

Pendekatan Komunikatif

Anda tentu masih ingat tentang teori pemerolehan bahasa interaksional yang
meniktikberatkan proses interaksi dalam proses pemerolehan bahasa. Begitu juga dengan
pendekatan komunikatif yang menyarankan murid-murid diberi peluang menggunakan
bahasa dalam konteks dan situasi tertentu. Murid dilatih menggunakan bahasa dengan
peraturan-peraturan yang betul termasuk juga kemahiran menggunakan bahasa mengikut
konteks dan situasi.

B) KAEDAH

Kaedah adalah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Kaedah merujuk
kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar sesuatu kemahiran
bahasa kepada pelajar di dalam bilik darjah. Kaedah yang digunakan adalah untuk
menyokong pendekatan pengajaran yang dipilih oleh guru. Terdapat berbagai-bagai
kaedah pengajaran bahasa yang dapat diaplikasikan untuk pengajaran lisan

Antara kaedah yang sesuai digunakan dalam mengajar bahasa adalah seperti kaedah
tatabahasa terjemahan, kaedah Terus, Kaedah askar/tentera, kaedah nahu terjemahan,
dan sebagainya. Anda kena cari sendiri lah penjelasannya ye!!

C) TEKNIK

Teknik adalah cara yang lebih khusus yang digunakan untuk mengajar (atau menguji)
sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik dicipta untuk membantu guru menjayakan
sesuatu kaedah pengajaran. Antara teknik pengajaran lisan adalah bercerita, berlakon,
berbincang, sumbang saran, tunjuk cara, main peranan, soal jawab, dan sebagainya.
Teknik pengajaran ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan
teknik pengajaran yang dipilih.

Sebagai kesimpulan, pertalian antara pendekatan, kaedah, dan teknik dapat dilihat
seperti berikut:

Teori
Bahasa

Pendekatan
pengajaran

Kaedah
pengajaran

Teknik
pengajaran

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, pendekatan, kaedah, dan
teknik ini dilaksanakan secara kuliah, kelas, kumpulan, atau secara individu mengikut
kesesuaian. Bagi kanak-kanak masalah pembelajaran, pengajaran secara individu adalah
diutamakan.

TEKNIK PENGAJARAN LISAN

Teknik pengajaran lisan yang dipilih haruslah menepati objektif pengajaran dan juga
bersesuaian dengan umur, minat, dan kebolehan murid. Objektif teknik pengajaran lisan
adalah untuk membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran lisan dengan mudah dan
berkesan. Teknik pengajaran lisan bukan sahaja dijalankan melalui aktiviti pelajar sahaja
tetapi boleh dijalankan juga dengan menggunakan bahan bantu mengajar seperti
televisyen, radio, tayangan video , dan sebagainya.

Antara teknik pengajaran lisan tersebut adalah bercerita, berbual, menyanyi, berlakon,
main peranan, boneka, sumbang saran, perbincangan , dsb.

i. Teknik bercerita

Teknik bercerita sangat digemari oleh kanak-kanak dan memainkan peranan yang penting
dalam pengajaran lisan. Dalam pengajaran bahasa secara umumnya, teknik bercerita
bermaksud guru menyampaikan pengajarannya melalui aktiviti bercerita, iaitu guru akan
bercerita kepada murid-muridnya dan seterusnya disusuli dengan aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab, murid menceritakan semula cerita
tersebut, dan sebagainya. Dalam konteks pengajaran lisan, teknik bercerita lebih
tertumpu kepada murid itu sendiri, iaitu mereka akan bercerita secara lisan sama ada
tentang pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang didengar atau dibaca, dan
sebagainya.

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah membantu mereka melalui soalan-
soalan atau gambar-gambar seperti gambar tunggal atau gambar bersiri. Semasa murid
bercerita, guru hendaklah memberi perhatian tentang sebutan, bahasa, gaya pertuturan,
dan kelancaran.

ii. Teknik perbualan


Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk. Teknik perbualan
bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon.
Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka
setiap hari. Murid-murid boleh diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi,
permainan, dan sebagainya. Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid atau
sesama murid. Tajuk yang guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid
supaya mereka dapat berbual tentang tajuk itu.

iii. Teknik menyanyi

Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi. Bagi
kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan dan
menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk menarik minat murid
mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak memilih lagu yang
hendak dinyanyikan oleh murid-murid iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan
perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh
murid-murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang perlu
murid kuasai sebutannya.

iv. Teknik lakonan

Teknik lakonan amat baik untuk mengajar dan melatih bahasa lisan kanak-
kanak. Melalui lakonan kanak-kanak dilatih melakonkan watak-watak
tertentu dengan menggunakan skrip pendek dan ringkas. Teknik ini dapat
melatih sebutan, intonasi, dan kelancaran pertuturan kanak-kanak di
samping melatih menggunakan pelbagai jenis ayat seperti ayat penyata,
ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah.

v. Teknik boneka

Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau ”puppet”. Teknik ini adalah
antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan
dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan. Ada kanak-kanak
berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu bercakap setelah gurunya
menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan dia juga menggunakan boneka untuk
menjawab soalan guru tadi. Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti
boneka kayu, boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan sebagainya. Namun,
boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka. Bagi
mencapai objektif pengajaran lisan, guru hendaklah memberi peluang muridnya bercakap
atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama mereka.

v. Teknik main peranan

Dalam teknik main peranan, murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita
atau situasi yang ditetapkan. Murid perlu faham akan peranan watak itu dan
menghayatinya lalu melakonkan aksi dan percakapan watak itu. Contoh situasi yang diberi
boleh seperti berikut:

Seorang murid telah terjumpa syiling dua puluh sen.


Dia pergi berjumpa gurunya dan menyerahkan syiling
itu kepada gurunya sambil memberitahu di mana dia
menjumpai syiling itu. Guru memuji sikapnya yang
amanah itu.

vii. Teknik berbincang

Dalam pengajaran bahasa, teknik berbincang sering digunakan untuk mendapatkan isi dan
menyusun isi tersebut bagi sesebuah karangan. Guru boleh menjalankan teknik
perbincangan ini melalui dua cara, iaitu, (1) perbincangan berlaku antara guru dengan
murid-murid, dan (2) perbincangan berlaku antara murid dengan murid sama ada secara
kelas atau dalam kumpulan kecil. Semasa perbincangan, isi-isi penting dicatat di papan
tulis dan kemudian disusun berdasarkan kehendak tajuk perbincangan. Bagi mengajar
kemahiran lisan, guru menggalakkan murid bercakap untuk memberi pendapat dengan
ayat dan tatabahasa yang betul.

viii. Teknik perbahasan


Teknik ini sering digunakan oleh guru bahasa untuk melatih murid-murid kemahiran
bertutur khusus di hadapan penonton yang ramai. Melalui teknik ini murid diminta
berbahas tentang satu tajuk atau isu yang diberi. Teknik ini amat berkesan untuk
membentuk keyakinan diri yang tinggi di kalangan murid sekolah. Bagi murid
berkeperluan khas, guru boleh mengubah suai teknik perbahasan ini dalam bentuk yang
lebih mudah dilakukan mengikut keupayaan murid.

Teknik-teknik pengajaran lisan di atas boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak


masalah pembelajaran menguasai kemahiran lisan. Guru hendaklah merancang terlebih
dahulu aktiviti lisan yang hendak dilaksanakan dan aktiviti yang dijalankan hendaklah
berfokus kepada penglibatan murid secara optimum. Sebagai contoh, sekiranya guru
memilih untuk menggunakan teknik bercerita dalam pengajarannya, maka ia hendaklah
merancang aktiviti yang memberi peluang murid-muridnya menceritakan pengalaman
atau minat mereka, bercerita tentang gambar besiri atau gambar tunggal, tentang ibu
bapa mereka, dan sebagainya. Aktiviti sebeginilah yang dapat membantu murid
menguasai kemahiran lisan mereka dengan lebih baik.

Latih Tubi Lisan

Menguasai kemahiran lisan, terutamanya sebutan adalah sukar bagi sesetengah kanak-
kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran. Kanak-kanak Down Syndrome dan
kanak-kanak spastik adalah antara contoh kanak-kanak berkeperluan khas yang sering
menghadapi masalah lisan terutamanya sebutan. Selain itu kanak-kanak yang mengalami
masalah gagap juga sangat memerlukan aktiviti lisan untuk membantu mengurangkan
masalah tersebut. Namun, bagi masalah gagap yang serius, kanak-kanak tersebut
memerlukan rawatan khusus oleh pakar fisioterapi pertuturan.

Guru boleh menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan untuk masalah lisan seperti sebutan
kepada muridnya di dalam kelas melalui aktiviti latih tubi. Latih tubi adalah satu cara
mengajar dengan mengulang-ulangkan fakta atau sesuatu kecekapan yang diajar. Cara ini
merupakan sebahagian daripada usaha menghafaz atau mengingat sesuatu. Tujuannya
adalah untuk mencapai taraf kemahiran yang maksimum dan menjadikan apa yang
dipelajari itu kekal dalam ingatan, malahan dapat digunakan dalam situasi-situasi lain.
Latih tubi amat perlu digunakan untuk kanak-kanak masalah pembelajaran. Selain mereka
mengalami masalah pertuturan terutamanya dalam sebutan, mereka juga sangat lemah
dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Latih tubi akan dapat membantu
mereka mengingat kemahiran lisan yang dipelajari.

Terdapat dua jenis latih tubi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
lisan iaitu (1) latih tubi aspek sebutan atau fonologi, dan (2) latih tubi aspek struktur atau
ayat.

1. Latih Tubi Aspek Sebutan ( Fonologi )

Kanak-kanak masalah pembelajaran kebanyakannya menghadapi masalah sebutan. Latih


tubi jenis ini khusus digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah
menyebut bunyi-bunyi tertentu dalam perkataan. Ada dua jenis latih tubi bentuk ini iaitu
latih tubi pasangan minimal dan latih tubi pemintal lidah.

i. Latih tubi pasangan minimal

Kanak-kanak masalah pembelajaran kerap menghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi


konsonan tertentu. Mereka kerap tersalah menyebut konsonan yang mempunyai
perbezaan bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna
perkataan itu tersasar jauh, misalnya d dalam perkataan ladang disebut sebagai l
sehingga bertukar menjadi perkataan lalang. Oleh itu guru perlu menyediakan senarai
perkataan yang mengandungi konsonan d dan l dan meminta murid menyebutnya
berulang-ulag kali sehingga mahir.

Contoh: dari --- lari


ladang --- lalang
lada --- lala
dada --- lada
tadi --- tali

ii. Latih tubi pemintal lidah


Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih kanak-kanak menyebut sesuatu
bunyi dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan kepada bunyi
tertentu yang menjadi masalah kepada kanak-kanak menyebutnya.

Contoh:

a) Masalah menyebut fonem /p/

Pandang pandan tepi pagar depan padang

b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan ( contoh yang


sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris)

She sells sea shells at the sea shore. The shells she sells are sea
shore shells.

2. Latih Tubi Aspek Struktur ( Ayat )

Latih tubi struktur digunakan untuk memahirkan murid dengan bentuk-bentuk ayat
tertentu dan membimbing murid menguasai kemahiran membina ayat. Dalam konteks
pengajaran kemahiran lisan, latih tubi ini dapat membantu murid menyebut ayat yang
lengkap dengan lancar. Terdapat berbagai-bagai jenis latih tubi jenis ini dan guru juga
boleh mencipta sendiri bentuk latih tubi struktur yang hendak diberikan kepada
muridnya.

i. Latih tubi gantian


Saya suka makan

mi
nasi
bubur
mihun

Bahagian tetap
Bahagian
gantian
Bahagian tetap

1. Tuan Puteri itu

2. Buku cerita itu

3. Rumah Pak Ali

sangat
amat
terlalu
sungguh
agak
paling
terlampau

cantik.

besar.

tebal.
Bahagian gantian
Bahagian
tetap
Bahagian gantian

Pencuri
Penyamun
Penculik
Penjahat
Perompak
Penyeluk saku

itu telah

dihukum.
ditangkap
dipukul.
diberkas.
dipenjarakan.
dibicarakan.

ii. Latih tubi berkembang

Guru menyebut

Murid menyebut

Saya suka main


bola
sepak
dengan kawan

di padang

sekolah

Saya suka main.


Saya suka main bola.
Saya suka main bola sepak.
Saya suka main bola sepak dengan kawan.
Saya suka main bola sepak dengan kawan di padang.
Saya suka main bola sepak dengan kawan di padang sekolah.

iii. latih tubi ulangan

Guru menyebut

Murid menyebut

Awak boleh pergi.


duduk
tidak
Ali,makan
kucing, panjat pokok

Awak boleh pergi.


Awak boleh duduk.
Awak tidak boleh duduk.
Ali boleh makan.
Kucing boleh panjat pokok.
iv. latih tubi mengubah

Guru /murid menyebut

Murid menyebut

Saya tidak hendak makan.


Saya tidak berjalan.
Ini bukan buku.
Dia tidak suka makan durian

Saya hendak makan.


Saya sedang berjalan.
Ini buku.
Dia suka makan durian.

Berdasarkan beberapa contoh latih tubi yang diberikan di atas, jelas menunjukkan
bahawa latih tubi boleh membantu kanak-kanak yang bermasalah dalam kemahiran lisan
membetulkan sebutan dan juga struktur ayat.

Dicatat oleh skfskf di 06:04 0 ulasan

MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

PENGENALAN

Bahasa adalah perantara untuk manusia berkomukasi sesama mereka. Manusia perlu
berkomunikasi kerana itulah lumrah kehidupan manusia yang saling memerlukan di antara
satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa keupayaan berbahasa, adalah sukar
seseorang itu hendak meluahkan perasaannya, menyampaikan ideanya kepada orang lain,
dan sebagainya.

Masalah Bahasa

The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah
mendefinisikan masalah bahasa sebagai;

“… adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami


dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks,
sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah
bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang
kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa
yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak
upaya mengikut arahan.”

The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah memberikan


definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut;

“Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan


pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau
penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya),
atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan
satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk
bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan
bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam
komunikasi (sistem pragmatik).”

Bentuk bahasa

a. Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan
kombinasi bunyi.

b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan


pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem).

c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan


perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam
lingkungan ayat tersebut.

Kandungan Bahasa

a. Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan,


kehendak, dan makna perkataan dan ayat.

Fungsi atau penggunaan Bahasa

a. Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa


dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau
percakapan.

Berdasarkan definisi masalah bahasa di atas, masalah-masalah yang dihadapi adalah


seperti berikut;

i. Fonologi

Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi


masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan
menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”, “blink”
untuk drink”.

ii. Morfologi

Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan


yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan “tenses” yang
salah (bahasa Inggeris).
iii. Sintaksis

Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan


tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan
menyampaikan pendapat yang kompleks.

iv. Semantik

Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata


yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak
berupaya memahami makna perkataan.

v. Pragmatik

Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak


memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam
situasi yang berbeza.

Punca Masalah Bahasa

Antara punca masalah bahasa adalah:

Kelewatan bahasa

Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya. Sesetengah


kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain,
tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan
intervensi awal untuk membantunya.

Aphasia
Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk
membentuk, atau memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-simbol
arbitrari bahasa. Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. Bagi kanak-kanak kerosakan
otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak.
Manakala bagi orang dewasa pula mungkin akibat daripada strok atau kecederaan akibat
kemalangan.

Gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders /CAPD)

Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran)
dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak mengalami masalah
pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat menterjemah
maklumat auditori yang diterima daripada telinga dengan baik.

Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa yang


serius. Masalah bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada ketidakupayaan
memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang tepat, ketidakupayaan memproses
bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa pelahiran.

Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara khusus
adalah seperti berikut:

i. mengingat kembali perkataan


ii. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak
iii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna
iv. menggunakan ayat yang betul dan lengkap
v. meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami
vi. menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis
vii. memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain
viii. mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang
berbeza
Intervensi Pengajaran Bahasa

Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklah diberi perhatian
untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untuk membantu memulihkan atau
mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi.
Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak masalah
pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa kaedah dan teknik pengajaran
yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Antara intervensi
pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah
penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:

i. Ajar bahasa di dalam situasi


Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami
isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu
ayah di kebun.

ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal


Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut
peringkat umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep
baru
Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak
masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik, dan sebagainya.

iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan


Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara
mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang
apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.

v. Terangkan apa yang orang lain lakukan


Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan
perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah
dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.

vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang
khusus
Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat
meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar
dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman
pembaca berita TV membaca berita.

vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa


dalam lingkungan konteksnya
Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk
menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu,
aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa.

Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak


masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

Masalah Pertuturan

Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di
antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan simbol-simbol yang
diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan idea
dan bertukar-tukar fikiran.

Unsur-unsur pertuturan

Pertuturan mempunyai empat unsur, iaitu suara, bunyi atau talun (resonance), artikulasi,
dan kelancaran.

a. Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu (1) pic (pitch) yang merujuk kepada tinggi
rendah nada suara, (2) kekuatan, atau kenyaringan suara, dan (3) kualiti suara.

b. Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap
sebagai sebahagian daripada suara. Ada individu yang mempunyai suara yang kuat dan
ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu nyaring.
c. Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk
mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

d. Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yang


boleh mengganggu komunikasi.

Kategori masalah pertuturan

Apakah yang dikatakan pertuturan normal?

Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa


melalui mulut, dilafazkan dengan baik, mempunyai kualiti semula jadi, rentak dan kadar
yang baik, dan mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi sesuai dengan peringkat
umur.

Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah
artikulasi, masalah suara, dan masalah kelancaran.

i. Masalah artikulasi

Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan


yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan
yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut:

penggantian
pengguguran
pengubahan, dan
penambahan

Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan
dengan bunyi yang lain, misalnya “malan” untuk “makan”” wabbit” untuk “rabbit”.
Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.
Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi
konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan,
misalnya “idung” untuk “hidung”, “besa” untuk “besar”, dan lain-lain.

Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan
maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan “sip”
disebut “shlip”. Sekiranya untuk perkataan “susah”, konsonan “s” disebut dengan
hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut,
misalnya “sssyusyah”

Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti “bawa”


disebut “bawah atau bawuah”, “animal” disebut “ ammanimal” atau “ammaminal”.

a) Punca masalah artikulasi

Masalah artikulasi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang menyebabkan gangguan
artikulasi. Di antaranya adalah seperti sumbing bibir atau sumbing lelangit, kecacatan
lidah, penyakit ataupun kecacatan pada hidung atau tekak, kelumpuhan otak, peniruan
pertuturan yang salah ketika mula belajar bercakap sewaktu kanak-kanak, dan juga faktor
persekitaran.

Sumbing, iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut, tisu
lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang mengganggu pengeluaran udara melalui
hidung dan menghasilkan suara yang sengau.

Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage) yang
mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanak akan
menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul.

Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang
dewasa. Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi memudahkan
mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut perkataan dengan pelat,
misalnya “nacik” untuk “nasi”, “be’ ak” untuk “berak” dan sebagainya. Sekiranya
kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akan mengalami
masalah menyebut perkataan dengan betul.

Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak misalnya


persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan dua atau lebih bahasa ,
tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa bimbingan orang dewasa
sebagai model..

b) Strategi Intervensi Masalah Artikulasi

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu kanaka-kanak yang
menghadapi masalah artikulasi sebelum masalah itu berlarutan dan memberi kesan yang
negatif kepada kanak-kanak tersebut. Di antaranya adalah seperti terapi pertuturan,
pendekatan interaktif, dan komunikasi tambahan (augmented communication).

Terapi Pertuturan

Ahli terapi pertuturan akan menjalankan terapi bersama kanak-kanak secara individu,
dalam kumpulan kecil, atau secara terus di dalam kelas untuk mengatasi masalah
pertuturan kanak-kanak. Di antara strategi yang digunakan adalah:

· aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-
kanak dan bercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atau
peristiwa yang berlaku digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak .
Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang betul dan menggunakan kaedah
latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan juga bahasa.

· Terapi artikulasi (alat pertuturan), iaitu melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan
latihan-latihan melalui tunjuk cara penyebutan yang betul kepada kanak-kanak. Terapi ini
dilaksanakan melalui aktiviti permainan. Misalnya ahli terapi akan menunjukkan cara
menyebut sesuatu huruf, misalnya “ r ” . Selain itu dia juga akan menunjukkan cara
bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi “ r “sebut.

Pendekatan Interaktif
Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa,
guru pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula
jadi kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang untuk
lakukan, ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa
kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa pergi ke restoran dengan menggunakan
bahasa dan sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan pendekatan ini adalah
untuk merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak. Justeru, sebutan mereka
akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi perbendaharaan kata mereka.

Komunikasi Tambahan

Ada kalanya terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah


pertuturan yang serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan
diperkenalkan kepada kanak-kanak ini. Satu bentuk komunikasi tambahan adalah bahasa
isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh golongan masalah pendengaran.

ii. Masalah suara

Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal
atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara berbeza dari
segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurang menyenangkan apabila
dikeluarkan secara sengau, serak atau garau (hoarseness), dan berbisik. Semua ini akan
mengganggu komunikasi yang berkesan.

Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara dan
akan pulih apabila tekak diubati dan kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan.

Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang menghadapi masalah suara berdasarkan
petunjuk-petunjuk berikut:

i. suara sengau
ii. suara orang yang sesak nafas
iii. suara berbunyi kasar atau suara seperti orang menarik nafas sambil
bercakap
iv. suara sangat perlahan
v. bercakap seperti berlagu
vi. bercakap senada (monotone voice)
vii. pic (pitch) suara biasanya tinggi atau rendah
viii. corak penekanan perkataan dalam ayat yang berlainan daripada biasa, dan
ix. bersusah payah menyebut perkataan ( contoh: mengejip mata, muka berkerut,
menggenggam tangan, dsb)

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah suara, mereka boleh dipulihkan melalui
intervensi terapi pertuturan seperti yang dibincangkan sebelum ini.

iii. Masalah kelancaran

Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan


kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan
yang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan
berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi
akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang
tidak sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan
gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.

Terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan gagap. Di antaranya adalah:

gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak (2-4 tahun), tetapi akan
beransur-ansur pulih setelah melalui pengalaman interaksi dengan persekitaran,

Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita, dan

gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetik keluarga.

Individu yang gagap akan menunjukkan ciri-ciri tertentu pertuturannya. Namun dari segi
fizikal individu yang gagap tidak ada perbezaan dengan individu normal. Di antara ciri
individu yang gagap adalah seperti berikut:

Pertuturan tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap mengulang-ulang menyebut
perkataan dan pemanjangan bunyi perkataan .

Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf yang sama .

Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi.

Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan kadar pertuturan,
memejamkan mata, mengulang suku kata, perkataan atau frasa, dan menggerakkan
tangan semasa bertutur.

a) Punca masalah gagap

Banyak faktor yang dikaitkan sebagai punca kepada masalah gagap. Berdasarkan pendapat
daripada beberapa penulis, punca masalah gagap dapatlah dirumuskan seperti berikut.

Ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal kanak-


kanak. Ketika kanak-kanak sudah mula mahu bercakap, otot-otot pertuturan masih belum
bersedia dan tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekat
dan berulang-ulang.

Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya persekitaran rumah


yang tidak selamat dan tidak menggembirakan serta hubungan emosi yang tidak cukup di
antara anak dan ibu bapa.

Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan mempunyai masalah
kesihatan.

Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang terutamanya ibu
atau bapa, pengalaman yang menakutkan, dan menghidap sesuatu penyakit.

Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur.


Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan masalah
gagap akan diturunkan kepada anak-anak mereka.

Seseorang yang mahir tangan kiri boleh menjadi gagap sekiranya dipaksa menggunakan
tangan kanan untuk menulis atau membuat sebarang kerja.

b) Panduan mengurangkan masalah gagap

Morley M.E. (1972) telah memberikan lima prinsip rawatan untuk membantu individu
gagap mengatasi masalah mereka.

Menyesuaikan diri dengan gagap

Ramai individu gagap berasa yang mereka adalah berlainan daripada orang lain hasil
daripada pengalaman-pengalaman dan reaksi orang lain terhadap pertuturan mereka yang
gagap. Sedarkan mereka bahawa ramai orang yang kononnya tidak gagap sebenarnya
mengalami masalah bercakap tersekat-sekat dan mungkin gagap pada masa-masa
tertentu. Mereka perlu mengakui yang mereka gagap dan menerima hakikat ini secara
positif tanpa rasa takut dan beremosi.

2…Terapi mengurangkan ketegangan.(Relaxation therapy)

Rawatan terapi mengurangkan ketegangan ini akan mengurangkan ketegangan fizikal dan
mental. Sekiranya diamalkan selalu akan meningkatkan keselesaan dan ketenangan
mental yang akan meningkatkan kecekapan dan keyakinan untuk menjalani kehidupan
tanpa tekanan.

Latihan-latihan yang membantu ke arah mengawal petunjuk-petunjuk


Gagap.

Latihan hendaklah yang boleh menyumbang ke arah pengalaman


pertuturan yang lancar dan latihan yang membantu mereka mengawal
gagap ketika berlaku.

Perbincangan, cadangan, dan tugasan

Pada setiap kali rawatan, masalah dan situasi tertentu akan dibincangkan. Misalnya yang
berkaitan dengan penggunaan telefon, membeli tiket bas, dan berbagai-bagai masalah
dan situasi lagi. Cadangan diberi bagaimana individu itu mengatasi masalah yang
dihadapinya dan menjadikan situasi gagap sebagai latihan untuk melaksanakan cadangan-
cadangan yang diberi.

Terapi kumpulan

Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi secara
berkumpulan. Di sini dia akan bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalah yang
sama dan berkongsi pengalaman masing-masing.

Intervensi untuk memulihkan masalah gagap perlulah dimulai pada peringkat awal
masalah gagap ditunjukkan sebelum menjadi lebih teruk.

Dicatat oleh skfskf di 06:02 0 ulasan

Konsep Pemulihan

Mat Nor Husin Dan Jais Sahok (1990 :6)

Pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah kerana
tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidak
bermasalah.
Koh Boh Boon (1982 :2)

? Pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan
membaiki kelemahan pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid lambat,iaitu mereka yang
lembab (lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain).

Prinsip-Prinsip Pendidikan Pemulihan


? Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian
awal atas mereka.
? Pendekatan secara individu,misalnya mengadakan kelas khas yang kecil.
? Kurikulum yang diubahsuaikan.
? Dalam mengajar sesuatu item,kita hendaklah menegaskan luasnya dan buken
perinciannya.
? Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah.
? Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat kepuasan.
? Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat diberi
perhatian.
? Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara.

Pelaksanaan Program Pemulihan

? Mengenal pasti murid yang memerlukan program pemulihan dengan cara memerhati
atau membuat ujian saringan.
? Mencari punca kelemahan murid dalam bidang kemahiran yang berkenaan dengan cara
memerhati atau membuat ujian diagnostik.
? Merangcang dan menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai bagi pemulihan
untuk murid
? Menentukan aktiviti pengejaran dan pembelajaramn yang sesuai dengan kebolehan dan
daya penyerapan murid.
? Jika murid yang menyertai program pemulihan itu berjaya menguasai kemahiran yang
dikehendaki,murid itu harus ditempatkan dalam kumpulan yang sesuai.
? Selepas program pemulihan guru harus juga memberi aktiviti sokongan dengan tujuan
mengukuhkan kemahiran yang dikuasai serta membina keyakinan murid.

Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Pendidikan Imbuhan

? Walaupun pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan berkait rapat tetapi ia tetap
mempunyai perbezaan yang tertentu.
? Menurut kamus lengkap,perkataan imbuhan bermaksud tambahan pada barang-barang
yang disukat,ditimbang dan lain-lain, manakala perkataan perulihan pula bermaksud
pulih,sembuh atau kembali seperti sedia kala.
? Daripada pengertian yang diberikan di atas, nyatalah bahawa ‘imbuhan ‘membawa
maksud keadaan kekurangan atau kerugian yang memerlukan tambahan,manakala
‘pemulihan ‘ pula bermaksud suatu keadaan yang tidak memuaskan yang memerlukan
pembaikan.
? Pendidikan imbuhan pada amnya bolehlah dianggap sebagai satu usaha atau tindakan
yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan. Ia merupakan langkah-langkah
yang rapi dan teliti yang diprogramkan untuk mencegah berlakunya sebarang kelemahan
di kalangan murid.
? Pencegahan seperti ini dilakukan pada peringkat awal pembelajaran.Biasanya
pendidikan imbuhan melibatkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang sekiranya
dibiarkan akan menyebabkan berlakunya keciciran.

Pendidikan Imbuhan Menitik Beratkan Perkara Berikut.

1. Pendidikan imbuhan haruslah dilaksanakan lebih awal,iaitu pada peringkat awal


pembelajaran.
2. Guru hendaklah menentukan aspek-aspek pembelajaran yang diperlukan.Pangajaran
disusun dengan rapi dan teliti.
3. Guru hendaklah juga menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas dan khusus.
4. Guru hendaklah boleh mengubahsuai bahan-bahan kurkulum dan kaedah pengajaran
dan pembalajaran dalam bentuk yang lebih berkesan.
5. Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan badan-
badan lain yang boleh membantu meningkatkan prestasi murid.

Rumusan dan Kesimpulan

® Dalam membentuk strategi pendidikan imbuhan ,satu program menyeluruh yang


melibatkan ibu bapa dan komuniti hendaklah dititikberatkan .Program ini juga harus
meliputi program untuk kesihatan yang sempurna,makanan dan pemakanan.
® Pendidikan pemulihan pula adalah sebahagian daripada pendidikan imbuhan.
Pendidikan pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu.Dalam pendidikan pemulihan,murid ini
biasanya di tempatkan dalam kelas khas di sekolah.
® Aktiviti pemulihan biasanya dijalankan dalam jangka masa yang pendek dan
ditumpukan kepada usaha untuk mengatasai kelemahan dalam kemahiran-kemahiran asas.
Grafik Perbezaan Antara Pendidikan Pemulihan Dengan Imbuhan. Pendidikan Pemulihan
Dalan KBSR Dan KBSM
? Pelajar-pelajar di dalam kelas KBSR adalah berbeza dari segi minat, bakat dan
kebolehan.Begitu juga pelajar-pelajar di kelas KBSM.Oleh sebab kebolehan pelajar-
pelajar adalah berbeza, maka kadar pembelajaran juga berbeza.
? Dalam suatu tempoh masa yang tertentu,terdapat pelajar yang masih belum menguasai
sesuatu kemahiran. Dengan itu,pendidikan pemulihan adalah diperlukan bagi pelajar KBSR
dan KBSM,

Peranan Guru Biasa Dalam Perlaksanaan Pemulihan Kelas Biasa.

? Perbincangan berkenaan pendidikan pemulihan dalam bahagian ini adalah ditumpukan


pada peranan guru biasa.Guru biasa hanya menerima latihan yang terhad dalam teori dan
amali pendidikan pemulihan.
? Oleh itu guru biasa ini hanya dapat mengendalikan kes-kes yang ringan sahaja.Kes-kes
yang lebih serius dalam masalah pembalajaran hendaklah dikendalikan oleh guru
pemulihan khas yang telah menghadiri kursus pendidikan pemulihan khas.

Langkah-Langkah Khusus Dalam Pengelolan Pemulihan Kelas Biasa

? sesi pemulihan kelas biasa.


? pengenalpastian pelajar .
? penganalisisan masalah.
? Perancangan.
? Pengajaran.
? Penilaian.
? tindakan susulan.

1. Pengenalpastian Pelajar

? Cara-cara yang biasanya digunakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar lambat ialah
seperti pemerhatian,pentafsiran rekod prestasi dan rekod profil,ujian kertas dan
pensil,latihan harian,soal jawab dan temu bual dengan guru darjah dan ibu bapa.
? Maklum balas yang diperolehi melalui cara-cara tersebut dapat memberi gambaran
tentang pelajar-pelajar yang belum menguasai konsep dan kemahiran yang telah diajar
oleh guru.
2. Penganalisisan Masalah

? Cara yang digunakan untuk menganalisis masalah pembelajaran ialah dengan memerhati
cara pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.Misalnya dengan memerhati
bagaimana seseorang pelajar menjalankan operasi tambah atau tolak,guru dapat
menentukan jenis-jenis masalah matematik yang dihadapi oleh seseorang pelajar.

3. Perancangan

? Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan pelajar


iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi masalah-
masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti.
? Prinsip Perancangan Pengajaran Pemulihan
1. Pengajaran pemulihan hendaklah seimbang dengan kebolehan pelajar. 2. Elakkan
daripada menyampaikan aktiviti pembelajaran yang terlalu banyak

Anda mungkin juga menyukai