Anda di halaman 1dari 2

Mengapakah saya ingin menjadi seorang pengawas?

Itulah soalan yang telah ditanya kepada


saya. Pada mulanya, saya ingin menjadi seorang pengawas kerana saya menganggap jawatan pengawas
sebagai jawatan yang “cool”. Tetapi, apabila saya berfikir dengan dalam tentang menjadi seorang
pengawas, saya telah menyedari bahawa menjadi seorang pengawas bukan semuanya “cool”.

Seperti yang telah saya cakap di perenggan sebelumnya, pada mulanya saya menganggap
jawatan ini sebagai jawatan yang “cool” kerana seorang pengawas boleh ponteng kelas mungkin kerana
ada tugas tertentu. Seorang pengawas juga boleh pakai seragam sekolah yang tidak sama dengan murid
yang biasa. Selain itu, seorang pengawas boleh mencatatkan nama seorang murid yang dia tidak suka
walaupun murid itu tidak berbuat salah.

Sekarang, saya telah menyedari bahawa seorang pengawas mesti menjadi seorang murid yang
bertanggungjawab, rajin dan bercakap jujur. Saya mahu jawatan ini kerana saya boleh menjalankan
tugas saya sebagai seorang wargasekolah SMK Taman SEA dengan menegur rakan-rakan saya supaya
mematuhi peraturan dan menjadi seorang murid yang baik.

Selain itu, saya akan belajar untuk menjadi seorang murid yang jujur dan saksama kerana saya
mesti mencatatkan nama rakan yang telah berbuat salah walaupun rakan itu ialah kawan akrab saya.
Saya juga akan belajar untuk mengawal darah panas saya kerana saya tidak boleh memarahi rakan yang
telah berbuat salah tetapi menegur dia sahaja.

Seorang pengawas akan menjadi alat penghubung antara guru dan pelajar. Jika ada seseorang
murid yang bermasalah tetapi takut untuk memberitahu guru, saya sebagai seorang pengawas
semestinya mendengar masalah dia dan menasihati dia jika masalahnya tidak perlu bantuan seorang
guru. Kerana ini, saya mahu menjadi seorang pengawas. Saya sebagai calon pengawas terpaksa
bersikap tegas dan adil tetapi juga boleh menjadi seorang kawan kepada seseorang yang tidak beberapa
dikenali.

Kesimpulannya, pilihlah seorang murid yang mengamalkan ciri-ciri seorang pengawas. Jika
anda, sebagai “senior” saya, percaya pada saya dan fikir yang saya boleh menjadi seorang pengawas
yang baik, pilihlah saya, Supreedha Iyer!

Anda mungkin juga menyukai