Anda di halaman 1dari 31

PERATURAN OLAHRAGA

(KOAM 2006-2007)
ALEEMA SHAZEA WASHIF
NUR LIYANA RAMLI
117: PENGUKUR PELUMBA
LEBUHRAYA ANTARABANGSA
 Seorang pengukur Lumba Lebuhraya
Antarabangsa dilantik untuk
mengesahkan laluan di mana,
keseluruhan atau sebahagia lumba
lebuhraya diadakan di luar stadium.
 Yang dilantik mesti ahli Panel

Pengukur Lumba Lebuhraya


Antarabangsa IAAF/AIMS (Gred A
atau B)
Tugas:
 Ukur laluan dalam satu tempoh masa

yang sesuai sebelum pertandingan.


 Semak dan sahkan laluan jika

menepati peraturan IAAF bagi lumba


lebuhraya.
 Melihat sendiri perjalanan acara

supaya atlit ikut laluan yang diukur


dan disahkannya.
 Mengeluarkan sijil kepada Wakil

Teknik.
118: PELEPAS & HAKIM FOTO
PENAMAT ANTARABANGSA
 Seorang hakim pelepas dan hakim
foto penamat antarabangsa dilantik
oleh IAAF atau persatuan setempat
yang berkaitan.
 Pelepas antarabangsa memulakan

perlumbaan, hakim foto penamat


menyelia semua keperluan foto
penamat.
119: JURI RAYUAN
 Lazimnya mengandungi 3,5 atau 7
orang. Salah seorang menjadi
pengerusi dan setiausaha dilantik
bukan dalam kalangan mereka.
 Tugas:

-Pastikan kejohanan dijalankan


dengan betul.
-Selesaikam bantahan-bantahan.
-Tempat rujukan untuk hal-hal
berkaitan. Keputusan muktamad.
120: PEGAWAI- PEGAWAI
KEJOHANAN
 Jawatankuasa pengelola lantik
semua pegawai (Peraturan Ahli).
 Referi & katua hakim mesti pakai

toaha(lencana yang jelas)


 Penolong-penolong boleh dilantik

tapi tidak sehingga arena sesak


dengan pegawai.
 Doktor wanita untuk acara wanita.
121: PENGARAH
PERTANDAINGAN
 TUGAS:
- Rancang keperluan penganjuran
kejohanan (teknikal) dengan
bantuan wakil-wakil.
- Pastikan rancangan dilaksanakan
tanpa masalah teknikal.
- Wujudkan interaksi (peserta)
melalui sistem komunikasi yang ada
& sentiasa boleh menghubungi
pegawai.
122:PENGURUS KEJOHANAN
 TUGAS:
- Pastikan kelicinan perjalanan
kejohanan.
- Pastikan semua pegawai telah
melapor untuk menjalankan tugas,
lantik pengganti, ada kuasa singkir
pegawai yang tidak patuhi peraturan.
- Menetapkan siapa yang boleh
masuk arena (dengan bantuan
Marsyal)
123: PENGURUS TEKNIK
 Tentukan balapan, landas lari,
bulatan, lengkok, tempat mendarat
(acara padang), alat.( mengikut
peraturan IAAF)
124: PENGURUS PERSEMBAHAN
ACARA
 Rancang penyusunan acara
persembahan
 Pastikan segalanya dilaksanakan

 Berinteraksi secara langsung di

antara ahli pasukan persembahan


guna alat komunikasi.
125: RAFERI
 Raferi berlainan untuk setiap bidang yang
berlainan dan tiada kuasa untuk bidang
yang lain.
 Pastikan peraturan dipatuhi.
 Buat keputusan untuk hal yang timbul dan
yang tidak ada dalam peraturan.
 Referi luar stadium ada kuasa
memutuskan kedudukan dalam satu
perlumbaan jika hakim bagi keputusan
yang dipertiakaikan tidak dapat buat
keputusan.
 Referi balapan ada kuasa buat keputusan
dalam hal berkaitan pelepasan jika tidak
setuju dengan keputusan yang dibuat oleh
pasukan/kumpulan pelepasan.
 Tidak boleh berperanan sebagai Hakim atau
pengadil.
 Semak semua keputusan akhir, tangani
pertikaian, dan selia pengukuran pencapaian
(rekod) –jika tiada hakim ukur(elektronik.
 Buat keputusan tentang bantahan dan
bangkangan (pengendalian pertandingn)
 Ada kuasa bagi amaran/singkir peserta yang
didapati tidak senonoh.
 Amaran kad kuning atau merah dan
dicatat pada kad keputusan.
 Ada kuasa isytihar acara batal dan

menjadualkannya semula, pada bila-


bila masa.
 Lengkapkan dan tandatangani kad

keputusan dan serah kepada


setiausaha pertandingan.
126: HAKIM-HAKIM
 AM:
- Buat kerja hakim masing-masing.

 BALAPAN & LEBUHRAYA:


- ditempatkan pada bahagian balapan yang
sama akan menentukan keputusan.
- Hakim berada sekurang-kurangnya 5m
drpd, sebaris dengan, garisan penamat &
platfom yang mendongak ke belakang/
 PADANG:
- hakimi & rekod setiap percubaan
sah.
- 2 orang hakim atau lebih buat
catatan bagi semua percubaan,
semak catatan pada akhir tiap-tiap
pusingan.
- Hakim angkat bendera putih bagi
percubaan yang sah dan bendera
merah jika tidak sah.
127: PENGADIL (BALAPAN &
JALAN KAKI)
 Pembantu kepada referi.
 Tiada kuasa untuk buat keputusan akhir.
 Perhatikan kes-kes faul dan pencabulan
peraturan (kemukakan laporan bertulis
kepada referi)
 Angkat bendera kuning untuk setiap
pelanggaran peraturan.
 Pengadil mencukupi bagi menyelia
kawasan pertukaran baton dalam lari
berganti-ganti.
128: PENJAGA MASA & HAKIM
FOTO PENAMAT
 Untuk catatan tangan, pastikan
bilangan penjaga masa mencukupi.
 Penjaga masa bertindak sebagai

sokongan jika alat foto penamat


automatik sepenihnya digunakan.
129 : KOORDINATOR PELEPASAN,
PELEPAS DAN PELEPAS-PELEPAS
PANGGIL BALIK
 Bertanggungjawab ke atas tugas-

tugas tersebut :
• Agihkan tugas kepada kumpulan hakim-
hakim pelepas. Dalam kes pertandingan
di bawah 1(a) dan 1 (b) adalah menjadi
tanggungjawab Wakil-wakil Teknik
untuk menentukan acara mana yang
akan diserahkan kepada Pelepas-
Pelepas antarabangsa.
• Menyelia agar tugas yang
dipertanggungjawabkan kepada Pelepas
dijalankan dengan sepenuhnya.

• Menjadi pengantar di antara staf teknikal


syarikat peralatan masa dengan Pelepas.

• Merekod dan menyimpan semua dokumen yang


berkaitan dengan pelepasan termasuk dokumen
yang menunjukkan masa reaksi atlet semasa
pelepasan dan salah mula jika dapat diperolehi.
 Pelepas hendaklah mempunyai kawalan
sepenuhnya terhadap peserta-peserta
yang sedang dalam keadaan sedia.
 Pelepas hendaklah berdiri di tempat yang
ia boleh melihat sepenuhnya semua
pelumba sebelum dilepaskan.
 Seorang atau lebih Pelepas Panggil Balik
hendaklah disediakan bagi membantu
Pelepas.
 Setiap Pelepas Panggil Balik hendaklah berada di
kedudukan supaya dapat memerhatikan dengan
jelas setiap peserta yang diawasinya.
 Amaran dan Pembatalan yang termaktub dalam
Peraturan 162.7 & 8 hanya boleh dikuatkuasakan
oleh Pelepas.
130 : PENOLONG-PENOLONG
PELEPAS
 Penolong-penolong Pelepas hendaklah memastikan
yang semua peserta bertanding dalam saringan
atau larian yang betul dan memakai nombor bib
mereka juga dengan betul.
 Menempatkan semua peserta di lorong atau
tempat permulaan masing-masing. Kemudian,
Penolong-penolong Pelepas hendaklah memberikan
isyarat kepada Pelepas bahawa semua peserta
sudah bersedia.
 Bertanggungjawab terhadap kesediaan baton-
baton bagi pelari-pelari pertama acara Lari
berganti-ganti.
131 : PENCATAT-PENCATAT
PUSINGAN
 Mengambil catatan pusingan yang dilengkapkan
oleh setiap peserta dalam semua larian yang
melebihi 1500 m.

 Seorang Pencatat Pusingan tidak boleh


dipertanggungjawabkan untuk mencatat lebih
daripada empat orang peserta.

 Ditugaskan untuk mempamerkan baki pusingan


yang diletakkan dekat garisan penamat.
132 : SETIAUSAHA
PERTANDINGAN
 Mengumpulkan semua keputusan penuh tiap-tiap
acara, yang diberikan oleh Referi, Ketua Penjaga
Masa atau Ketua Hakim Foto Penamat dan
Penjaga Alat Penyukat Angin.

 Hendaklah menyampaikan keputusan-keputusan


ini dengan segera kepada Juruhebah,
merekodkannya dan mengemukan kad-kad
keputusan kepada Pengarah Pertandingan.
133 : PENGAWAS
 Pengawas mempunyai kuasa penuh
mengawasi arena dan tidak
membenarkan sesiapa yang tidak
berkenaan kecuali pegawai-pegawai
yang bertugas dan peserta-peserta
yang akan bertanding memasuki dan
berada di arena.
134 : JURUHEBAH
 Hendaklah memaklumkan kepada para hadirin
nama dan nombor peserta yang mengambil
bahagian bagi setiap acara, maklumat yang
berkaitan dengan catatan masa, ketinggian dan
jarak.
 Bagi kejohanan yang dijalankan mengikut
Peraturan 1(a), Juruhebah Bahasa Inggeris dan
Perancis akan dilantik oleh IAAF. Di bawah
pengawasan Pengurus Acara Persembahan dan di
bawah arahan am penganjur dan/atau mereka ini
hendaklah bertanggungjawab terhadap semua
protokol ketika membuat hebahan.
135 : JURU UKUR RASMI
 Hendaklah memeriksa semua tanda
dan alat terpasang dan memberikan
sijil-sijil yang berkenaan kepada
Pengurus Teknik sebelum Kejohanan.
 Beliau hendaklah diberikan akses

sepenuhnya terhadap pelan-pelan


dan gambarajah stadium dan laporan
pengukuran bagi tujuan pengesahan.
136 : PENJAGA ALAT
PENYUKAT ANGIN
 Hendaklah menentukan yang alat penyukat angin
diletakkan mengikut Peraturan 163.9 (Acara-
acara balapan) & 184.5 (Acara-acara padang).

 Beliau hendaklah memastikan halaju angin


mengikut arah larian bagi acara-acara yang
berkenaan dan merekodkannya, menandatangan
keputusan yang diperolehi dan menyerahkannya
kepada Setiausaha Pertandingan.
137 : HAKIM UKUR
(ELEKTRONIK)
 Seorang hakim ukur hendaklah dilantik
sekiranya alat pengukur jarak elektronik
digunakan.
 Sebelum kejohanan, beliau hendaklah
berbincang dengan semua staf teknik dan
memahirkan dirinya dengan alat tersebut.
 Sebelum acara bermula, hendaklah menyelia
penempatan alat pengukur tersebut, dengan
mengambil kira keperluan-keperluan teknik
yang diberikan oleh staf teknik.
138 : HAKIM-HAKIM BILIK
PANGGILAN
 Ketua hakim bilik panggilan akan menguruskan
perjalanan di antara kawasan memanaskan
badan dan kawasan pertandingan untuk
memastikan supaya atlet, selepas diperiksa
dalam Bilik Panggilan hadir dan bersedia di
kawasan pertandingan untuk memulakan acara
seperti yang dijadualkan.
 Hakim-hakim hendaklah merujuk sebarang isu-
isu yang tidak dapat diselesaikan atau perkara-
perkara berbangkit kepada Referi Bilik Panggilan.
139 : PESURUHJAYA
PENGIKLANAN
 Hendaklah mengawasi dan
menguatkuasakan Undang-undang
dan Peraturan Semasa Pengiklanan
IAAF dan akan menentukan isu
pengiklanan atau perkara berbangkit
di dalam Bilik Panggilan dengan
Referi Bilik Panggilan.

Anda mungkin juga menyukai