Anda di halaman 1dari 5

Ciri-ciri Disleksia

Umum

 Sangat menumpukan perhatian dan komited tetapi gagal


 Selalu jatuh – “clumsy”
 Terlupa nama benda-benda
 Tidak tentu arah
 Gunakan jari untuk mengira dan membaca
 Sangat kecewa bila selalu gagal di sekolah. Minat belajar tetapi terlalu sukar kuasai.
 Tidak merangkak semasa bayi
 Nampak pandai tetapi pelajaran lemah
 Pandai dalam bidang seni Sering berhadapan dengan bentuk emosi yang tidak menentu
“moody” tanpa sebab-sebab tertentu.

Menulis

 Sewaktu menulis, sering mengigit jari, pen dan tenung buku seperti tidak faham.
 Sukar menulis atau memindahkan maklumat ke atas kertas
 Bentuk tulisan yang berbeza
 Tidak dapat menulis mengikut garisan
 Lemah atau tidak sama apabila menggunakan tanda baca atau huruf besar
 Sukar menyalin maklumat atau meniru dari papan tulis atau buku teks serta yang
diperdengarkan atau disebut oleh guru.
 Meninggalkan atau menyelit perkataan
 Meninggalkan atau menyelitkan huruf
 Keliru dengan perkataan pendek seperti ia, dia, ini dan sebagainya
 Menulis terbalik dari kiri ke kanan

Mengeja

 Tidak boleh mengeja perkataan asas dan mudah yang seharusnya ada pada seseorang
murid atau tahap perbendaharaan kata mengikut umur . Contohnya murid tahun 1
sepatutnya boleh mengeja perbendaharaan kata mudah seperti baju, muka, emak,
nama sendiri dan lain-lain lagi.
 Keliru huruf yang sama bentuk seperti b-d, u-n dan lain-lain.
 Keliru huruf atau bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata.Contohnya almari –
lamari (al / la)
 Kelihatan kurang berhati-hati
 Kemahiran mengeja yang lemah - ejaan tidak konsisten
 Keliru dengan perkataan yang hampir serupa
 Menggabung suku kata secara terbalik
 Salah menyusun abjad dalam perkataan
 Terbalik menulis abjad, keseluruhan perkataan atau meletakkan huruf pada susunan
yang salah. Contoh abjad - b d, u n, m w, p q. Contoh perkataan terbalik – masa sama,
buku kubu, duku kudu.
 Tidak suka menulis
 Tulisan amat buruk dan sukar dibaca
 Menekan semasa menulis
 Kerap menggunakan pemadam semasa menulis
 Tidak memulakan huruf besar dipermulaan ayat
 Selalu terpaksa menyalin daripada rakan
 Kesukaran menulis karangan
 Hasil kerja tidak kemas.
 Sering campurkan huruf besar dengan huruf kecil.
 Bentuk abjad tidak jelas.
 Tidak ada jarak antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Contohnya
sayamakannasi
Menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya

Membaca

 Kemahiran membaca lemah – sukar memahami dan menggunakan teks bacaan


 Lemah atau tidak sesuai menggunakan intonasi dan ekspresi
 Lemah pemahaman dan sering membaca dengan silap
 Tidak menghiraukan tanda baca
 Menambah perkataan pada bacaannya
 Sering melangkau baris semasa membaca
 Salah sebutan
 Tidak berupaya membaca ayat yang panjang ~ was-was dan kurang yakin salah atau
betul.
 Sukar mengasingkan suku kata perkataan yang tidak biasa digunakan
 Keliru dengan perkataan dan huruf yang kelihatan sama
 Tertinggal atau menambah perkataan semasa membaca
 Pura-pura membaca buku berpandukan gambar yang dilihat atau mereka cipta
 Teragak-agak semasa membaca
 Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca
 Pembalikan perkataan seperti batu –tuba, gula-lagu dan sebagainya
 Keliru kedudukan perkataan seperti makan-makna dan lain-lain
 Keliru bahasa Inggeris dan bahasa Melayu seperti jam-jem, cat-cat dan lain-lain
 Penambahan seperti bulan-bulang dan sebagainya
 Kependekan perkataan seperti bunga-buna
 Pembalikan perkataan dalam ayat. Contoh – Pada masa yang sama ~ dapa sama yang
sama
 Pembalikan huruf dalam perkataan seperti naik-naki,

Bercakap dan Mendengar

 Lambat dalam memproses maklumat


 Kelihatan seperti tidak mendengar
 Tidak melakukan atau menyusun arahan mengikut urutannya
 Menghadapi kesukaran bertutur dan mengeluarkan perkataan yang sesuai semasa
bercakap.
 Perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat
 Sukar mengikut arahan secara lisan terutamanya arahan yang panjang
 Bahasa lisan lebih baik daripada penulisan
 Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat untuk membaca sendiri
 Suka belajar dengan irama kanak-kanak “nursery rhymes”

Matematik dan Nombor

 Sukar dalam menyusun atur maklumat – hari-hari dalam minggu, bulan-bulan dalam
tahun.
 Menghadapi kesukaran dalam matematik mental
 Keliru tanda dan simbol
 Terbalik atau keliru dengan nombor yang sama bentuk 3-5-8, 9-6 dan 45 = 54
 Lemah dalam menyelesaikan masalah matematik, mungkin pantas dalam matematik
lisan (congak)
 Sukar mempelajari sifir matematik
 Keliru dengan konsep masa dan waktu
 Sukar memahami konsep wang

Pengamatan dan Tingkah Laku

 Keliru dengan konsep arah – depan , belakang, kiri, kanan, atas, bawah
 Kerap terasa tertekan
 Keliru memakai kasut pada kaki yang betul
 Konsep kendiri yang rendah
 Sukar menggunakan jalan yang berliku
 Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor
 Salah membutangkan baju
 Sering dilabelkan pemalas dan bodoh kerana kelihatan tidak bermina dalam pelajaran
 Daya tumpuan dan perhatian singkat
 Daya pengamatan lemah
Kecelaruan Pandangan dan Penglihatan

 Mengeja dengan tidak konsisten


 Sering meninggalkan huruf pada pangkal perkataan
 Sering menambah huruf pada hujung perkataan
 Masalah dalam susunan huruf
 Sukar memahami perkataan
 Daya ingatan yang lemah
 Sukar membayangkan perkataan

Kemahiran Motor

 Kemahiran motor halus dan motor kasar kurang memuaskan


 Koordinasi yang lemah
 Pergerakan pergelangan tangan yang luar biasa
 Lambat menulis
 Tulisan yang buruk
 Sukar memegang pensil dengan betul
 Sukar menggunting
 Sukar mengimbangkan badan
 Sukar menyepak dengan baik
 Sukar menaiki tangga dengan betul

Kemahiran Sosial

 Tidak mempunyai ramai kawan


 Pendiam dan jenis orang yang senyap dan tidak banyak bercakap
 Susah hendak bergaul
 Bercakap dengan kuat / menjerit
 Kemahiran sosial kurang memuaskan
Hyperaktif
 Perangai atau perlakuan seharian tidak konsisten