Anda di halaman 1dari 13

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR JARAK JAUH

1.0 PENGENALAN
Pada zaman teknologi moden yang semakin mencabar ini, manusia perlu
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan demi meningkatkan taraf
hidup masing-masing. Pengajian jarak jauh(PJJ) adalah menjadi alternatif
kepada pelajar-pelajar yang sudah berusia dan berkeluarga untuk mencapai
impian di atas. Menurut Prof. Dr. Mohamad Sulaiman(Mac 1997) PJJ merupakan
peluang ke dua bagi mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke pusat
pengajian tinggi disebabkan oleh sebab-sebab tertentu tetapi mempunyai
kelayakan. Pengajaran dan pembelajaran secara PJJ ini berlangsung melalui
pembelajaran kendiri. Dalam konteks PJJ, pembelajaran kendiri bermaksud
pelajar belajar secara bersendirian, tidak bertemu muka selalu dengan
pensyarah ataupun rakan yang lain.Komunikasi dilakukan melalui pertolongan
media seperti komputer, video,telefaks, telefon bimbit,, faksimili dan internet.
Menurut Rozhan Hj. Mohammad Idrus (1994) terdapat dua ciri utama yang amat
penting dalam pelaksanaan PJJ:

i) Segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara


dalam keadaan pelajar terpisah daripada pengajar.
ii) Tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan kepada pelajar itu
sendiri. Dengan secara sendirian, pelajar akan belajar dan juga
menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi menambah dan
memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari.

Dalam usaha untuk mendapatkan segulung ijazah, pelajar-pelajar jarak jauh ini
terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah. Masalah-masalah
ini telah menuntut pelajar-pelajar tersebut melakukan perubahan ke atas diri
mereka di dalam usaha untuk mencapai matlamat dan impian mereka.

1
2.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR
JARAK JAUH.

Terdapat tiga kategori masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar jarak


jauh iaitu masalah pembelajaran, masalah kekeluargaan dan masalah sosial dan
kemasyarakatan.

2.1 MASALAH PEMBELAJARAN

Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar jarak jauh adalah seperti


berikut :

2.1.1 kos yang tinggi.


Pelajar jarak jauh terpaksa menanggung kos pembelajaran yang
tinggi terutamanya untuk membayar yuran sekitar RM1000 hingga
RM4000.00 bagi memperolehi bahan bacaan dan penggunaan
media. Kos ini menjadi bebanan kepada mereka kerana gaji yang
mereka perolehi bukan sahaja digunakan untuk belajar tetapi juga
digunakan untuk keperluan lain seperti untuk keluarga, keperluan
harian dan sebagainya.

2.1.2 Interaksi yang minimum


Pelajar PJJ jika dibandingkan dengan pelajar sepenuh masa
mempunyai interaksi yang minimum bukan sahaja dengan
pensyarah tetapi juga dengan rakan sekuliah.

2.1.3 Sukar memahami pelajaran


Pelajar-pelajar jarak jauh didapati sukar untuk memahami pelajaran
kerana usia yang sudah meningkat.

2
2.1.4 Keletihan
Pelajar-pelajar jarak jauh juga sering keletihan kerana terpaksa
belajar selepas waktu bekerja atau selepas membuat aktiviti luar.
Keadaan tersebut menyebabkan berlakunya ganguan dalaman dan
ganguan luaran. Menurut France Henri dan Anthony Kaye ( dipetik
dari Keegan D. 1993) ganguan dalaman merujuk kepada perasaan
marah, tekanan emosi dan takut manakala faktor luaran pula ialah
keadaan yang panas, peralatan yang tidak mencukupi, bunyi bising
dan sebagainya.

2.1.5 Masa yang terhad


Pelajar-pelajar jarak jauh berhadapan dengan masa yang terhad
kerana mereka terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan
mereka dan keluarga.

2.2 MASALAH KEKELUARGAAN

2.2.1 Pelajar –pelajar jarak jauh juga berhadapan dengan masalah


kekeluargaan. Banyak aktiviti kekeluargaan tidak dapat lagi
dilakukan seperti dahulu.Pergeseran dengan suami atau isteri dan
anak –anak kadangkala berlaku kerana banyak masa pasangannya
terpaksa dihabiskan untuk belajar .

2.3 MASALAH SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN

2.3.1 Pelajar –pelajar jarak jauh tidak dapat melakukan aktiviti


kemasyarakatan dan sosial seperti biasa. Kuliah-kuliah agama dan
aktiviti seperti gotong royong jarang dapat dihadiri kerana
kesibukan belajar.

3
2.4 Jadual dibawah merujuk kepada kajian yang telah dibuat ke atas pelajar-
pelajar jarak jauh melibatkan tiga buah universiti iaitu Universiti Teknologi
Mara(UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya (UM)
melibatkan 258 orang responden. Jadual ini menunjukkan masalah-
masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar terbabit dalam pengajian
mereka.

Perbandingan Persepsi Berkenaan Kenyataan Mengenai Kemahiran Belajar

Persepsi Persepsi
Kod Kenyataan   Nilai T
Awal Semasa
    N Mean std Mean std  
Saya tidak dapat memenuhi
SS8 keperluan pembelajaran di 116 3.172 1.032 3.491 1.067 3.020
universiti
Saya sukar memahami
SS10 modul pembelajaran 118 2.983 1.004 3.415 1.081 3.560
universiti.
Saya tidak tahu
SS11 menggunakan kemudahan 117 3.196 1.093 3.521 1.171 3.680
perpustakaan
Saya keberatan untuk
membentang pandangan
SS14 115 2.982 0.964 3.321 1.105 3.020
atau pendapat saya di dalam
kelas
Saya tidak tahu bagaimana
hendak mencapai
SS16 118 2.788 1.037 3.084 1.181 2.720
kefahaman mengenai
objektif pengajaran saya
p < 0.05

3.0 IMPLIKASI DARIPADA MASALAH-MASALAH DI ATAS

4
Terdapat beberapa implikasi daripada masalah yang dihadapi oleh
pelajar-pelajar jarak jauh.

3.1 Kos yang tinggi telah menyebabkan pelajar-pelajar PJJ terpaksa


mengurangkan perbelanjaan mereka. Belanjawan diperketatkan
dan hanya perkara-perkara penting yang diberi keutamaan.
3.2 Kesukaran untuk bertemu dengan rakan-rakan dan pensyarah
meyebabkan pelajar-pelajar PJJ terpaksa belajar di dalam
suasana ‘pengasingan’. Proses pembelajaran dalam suasana
‘pengasingan’ merupakan gejala yang tidak sihat (Shireen Haron,
April 1995).
3.3 Keletihan kerana penat bekerja menyebabkan pelajar-pelajar PJJ
tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran.Ditambah
pula dengan masa yang terhad untuk mengulangkaji pelajaran dan
menyiapkan tugasan memungkinkan pelajar-pelajar PJJ
berhadapan dengan masalah stress. Masalah ini diburukkan lagi
dengan gangguan dalaman dan luaran yang dihadapi oleh pelajar-
pelajar tersebut.
3.4 Pergeseran yang berlaku di dalam keluarga juga memberi kesan
kepada ketenangan fikiran seseorang pelajar itu.
3.5 Hubungan dengan masyarakat setempat juga tidak lagi terjalin
seperti dahulu. Masa untuk aktiviti kemasyarakat terpaksa
dihadkan dan ini kadang-kadang tidak dapat difahami oleh
sesetengah penduduk setempat.

3.6 Jadual dibawah merujuk kepada kajian yang telah dibuat ke atas
pelajar-pelajar jarak jauh melibatkan tiga buah universiti iaitu

5
Universiti Teknologi Mara(UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia
dan Universiti Malaya (UM) melibatkan 258 orang responden.
Jadual ini menunjukkan kesan-kesan dan perubahan yang telah
dilakukan oleh pelajar-pelajar terbabit dalam menguruskan
pengajian mereka.
Perbandingan Persepsi Berkenaan Kenyataan Mengenai Rekreasi
Persepsi Persepsi
Kod Kenyataan   Nilai T
Awal Semasa
    N Mean std Mean std  
Aktiviti fizikal saya
R1 120 3.333 1.024 2.975 1.184 -4.090
dikurangkan
Saya sekarang mempunyai
R2 115 3.139 1.083 2.687 1.180 -4.760
kurang hobi
Saya harus mengorbankan
R3 119 2.697 1.054 2.253 1.087 -5.180
masa untuk hobi saya
Saya mengurangkan masa
R4 118 2.720 1.069 2.194 1.006 -5.600
menonton televisyen
Keluarga saya bersedia
R5 mengorbankan percutian 120 2.850 1.010 2.508 1.029 -4.540
mereka
Saya tiada masa untuk
R6 120 3.191 1.048 2.775 1.212 -4.450
percutian.
Semua masa lapang saya
R7 120 3.300 1.009 3.016 1.159 -2.860
dihabiskan dengan belajar
Keluarga saya selalu pergi
R8 120 3.558 1.052 3.308 1.172 -3.420
bercuti tanpa saya.

Perbandingan Persepsi Berkenaan Kenyataan

Mengenai Kesihatan, Kewangan Dan Agama

Kod Kenyataan   Persepsi Persepsi Nilai T

6
Awal Semasa
    N Mean std Mean std  
  Kesihatan            
H3 Saya kurang tidur 119 2.789 1.073 2.495 1.049 -3.370
Hidup saya penuh dengan
H7 117 3.359 1.110 3.188 1.217 -2.220
stress
  Kewangan            
Belanjawan saya sangat
F1 120 2.550 1.099 2.083 0.984 -5.270
ketat/terhad.
  Agama            
Saya mempunyai masa
L1 120 2.216 0.891 2.316 0.907 2.030
untuk aktiviti keagamaan.
Saya lebih memahami ajaran
L3 117 2.094 0.881 1.897 0.855 -3.900
agama saya
Saya lebih bertoleransi
L4 dengan kepercayaan agama 117 2.623 1.040 2.538 1.079 -2.280
lain.

p < 0.05

4.0 CADANGAN BAGI MENANGANI MASALAH-MASALAH DI ATAS.

Pelajar-pelajar PJJ mempunyai beberapa alternatif yang boleh


digunakan di dalam usaha untuk mengatasi masalah-masalah di atas seterusnya
meneruskan pembelajaran mereka dengan jayanya dan berjaya mendapat
segulung ijazah yang diimpikan. Berikut dikemukakan beberapa cadangan bagi
menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar PJJ :
4.1 Bagi menyelesaikan masalah kos yang besar, adalah diharapkan
agar pihak majikan dapat memperuntukan sumber kewangan atau
dana berbentuk pinjaman, biasasiswa atau sebagainya untuk

7
menggalakkan pekerjanya mengikuti program PJJ ini. Ianya akan
meningkatkan motivasi kerja mereka untuk belajar dan akhirnya
dapat meningkatkan prestasi kerja mereka ke tahap yang lebih
baik. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan
Awam (CUEPACS) telah menuntut kerajaan untuk memberi
beberapa keistimewaan kepada kakitangan kerajaan termasuk
guru sebagai galakkan untuk mereka melanjutkan pelajaran di
dalam PJJ ini.Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan(KPPK) N. Siva Subramaniam (Utusan
Malaysia,1997) antara keistimewaan yang harus diberikan ialah
pelepasan cukai perkhidmatan dan cuti tanpa rekod untuk
menghadiri kursus insentif yang dianjurkan oleh universiti. Menurut
Anthony Bates (dipetik dalam Keith.H,1993) teknologi yang
dipelajari hendaklah dipengaruhi oleh bidang tugas pelajar dan kos
seharusnya rendah.
4.2 Bagi menyelesaikan masalah interaksi yang minumum dan
merapat jurang ‘pengasingan’ mestilah wujud daya usaha di
kalangan semua pihak yang terlibat khususnya institusi PJJ,
pensyarah dan pelajar PJJ sendiri.Kaedah ‘peer tutoring’ iaitu
pelajar sekuliah mengambil daya usaha untuk mengadakan
kumpulan kecil dan berbincang tentang segala masalah
pembelajaran haruslah diwujudkan. Audio kaset boleh digunakan
supaya pelajar yang tidak ada masa ke kuliah boleh medengar
syarahan matapelajaran yang telah dimuatkan di dalam pita
rakaman ini. Bagi sistem PJJ ini, internet merupakan satu pilihan
yang paling berkesan untuk merapatkan jurang pengasingan ini.
Pelajar boleh berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan lain
melalui bilik darjah maya iaitu LMS, email dan juga chat. Ianya
bolehlah dijalankan sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung.

8
4.3 Penggunaan audio kaset, video dan komputer (internet) ini juga
boleh menyelesaikan masalah kesukaran memahami pelajaran
oleh pelajar-pelajar dewasa ini. Selain itu penggunaa teknik-teknik
pembelajaran seperti teknik pengimbas (scanning dan skimming),
nemonik, SQ3R dan mencatat nota juga boleh membantu mereka
menangani masalah kefahaman mereka. Untuk berjaya, pelajar
seharusnya mempunyai motivasi yang tinggi disamping sifat
berdikari serta tidak boleh bergantung kepada orang lain.
4.4 Bagi menangani masalah stress yang disebabkan oleh faktor
keletihan, masa yang terhad dan masalah keluarga perkhidmatan
kaunseling haruslah disediakan oleh pihak universiti. Ianya juga
bertujuan menangani masalah berbentuk akademik ataupun
peribadi agar ia tidak berlanjutan dan menjejaskan prestasi
pelajaran pelajar.Pelajar harus mengatur masa untuk belajar
dengan membahagikan masa untuk keluarga, kerja dan tugas
lain.Sokongan ahli keluarga amat penting supaya pelajar dapat
menetap masa belajar dengan kerelaan ahli keluarga.Penggunaan
masa berkualiti haruslah diamalkan. Rancanglah masa dengan
baik dengan menyenaraikan segala tugas, temujanji dan masa
untuk belajar di dalam buku harian agar aktiviti berjalan lancar dan
sistematik.
4.5 Hubungan dengan masyarakat setempat perlu juga diambil
kira.Janganlah kerana alasan menyambung pelajaran,kita
bertindak untuk tidak lagi meluangkan masa dengan masyarakat
setempat. Aktiviti seperti kenduri,bergotong-royong dan solat
berjemaah di surau atau masjid perlulah dihadiri walaupun tidak
sekerap seperti dahulu. Masyarakat setempat tentunya faham
dengan keadaan kita sekiranya kita mempunyai interaksi yang baik
dengan mereka. Malah, mereka akan lebih menghormati dan
menjadikan kita inspirasi kepada anak-anak mereka untuk berjaya.

9
5.0 RUMUSAN
Sebagai rumusannya,bolehlah dikatakan bahawa sistem PJJ ini
memberi peluang kedua kepada pelajar dewasa untuk meningkatkan taraf
pendidikan mereka. Walaupun mereka sudah bekerja dan mempunyai
tanggungjawab untuk keluarga, mereka masih lagi boleh belajar. Malah bagi
yang sudah menjangkau umur 40-an, faktor wang atau gaji yang besar bukan
lagi menjadi faktor utama mereka belajar. Salah satu motivasi untuk belajar ialah
untuk mendapatkan segulung ijazah sebagai inspirasi dan hadiah kepada anak-
anak. Disiplin yang tinggi, daya usaha yang gigih, sokongan daripada keluarga
dan masyarakat setempat akan menjadi faktor- faktor kepada kejayaan pelajar-
pelajar dewasa Pendidikan Jarak Jauh ini.Masalah-masalah yang mereka hadapi
seperti masalah pembelajaran, masalah keluarga dan masalah sosial dan
kemasyarakatan adalah bersifat sementara dan boleh diatasi. Semoga ilmu yang
ditimba membawa manfaat yang besar kepada keluarga, bangsa, negara dan
Agama Islam yang amat dicintai.

(Jumlah perkataan = 1750 perkataan)

Perbandingan Persepsi Berkenaan Kenyataan Mengenai Kemahiran Belajar

10
140
SS8 Saya tidak dapat
memenuhi keperluan
pembelajaran di universiti
120

SS10 Saya sukar


100
memahami modul
pembelajaran universiti.

80
SS11 Saya tidak tahu
menggunakan kemudahan
60 perpustakaan

40
SS14 Saya keberatan
untuk membentang
pandangan atau pendapat
20 saya di dalam kelas

SS16 Saya tidak tahu


0
bagaimana hendak
Mean std Mean std mencapai kefahaman
N Persepsi Awal Persepsi Nilai T mengenai objektif
pengajaran saya
Semasa

Perbandingan Persepsi Berkenaan Kenyataan Mengenai Rekreasi

11
140 R1 Aktiviti fizikal saya
dikurangkan

120
R2 Saya sekarang
mempunyai kurang hobi

100
R3 Saya harus
mengorbankan masa
untuk hobi saya
80
R4 Saya mengurangkan
masa menonton
televisyen
60
R5 Keluarga saya
bersedia mengorbankan
40 percutian mereka
R6 Saya tiada masa
untuk percutian.
20
R7 Semua masa lapang
saya dihabiskan dengan
0 belajar
Mean std Mean std R8 Keluarga saya selalu
pergi bercuti tanpa saya.
-20 N Persepsi Awal Persepsi Nilai T
Semasa

12
Perbandingan Persepsi Berkenaan Kenyataan

Mengenai Kesihatan, Kewangan Dan Agama

140 H3 Saya kurang tidur

120
H7 Hidup saya penuh
100 dengan stress

80 F1 Belanjawan saya
sangat ketat/terhad.
60
L1 Saya mempunyai
40 masa untuk aktiviti
keagamaan.
20
L3 Saya lebih memahami
ajaran agama saya
0
Mean std Mean std
-20 L4 Saya lebih bertoleransi
N Persepsi Awal Persepsi Nilai T dengan kepercayaan
Semasa agama lain.

13