Anda di halaman 1dari 2

PENDEKATAN INDUKTIF MELIBATKAN AKTIVITI MENGUMPUL DAN MENTAFSIR

MAKLUMAT-MAKLUMAT, KEMUDIAN MEMBUAT GENERALISASI ATAU KESIMPULANNYA.


PADA PERMULAAN PENGAJARAN, GURU AKAN MEMBERIKAN BEBERAPA CONTOH YANG
KHUSUS TETAPI MENGANDUNGI SATU PRINSIP YANG SAMA. BERDASARKAN PADA
CONTOH-CONTOH YANG DIBERIKAN, MURID DIBIMBING MEMIKIR, MENGKAJI,
MENGENAL PASTI DAN MENTAFSIR MAKLUMAT YANG TERKANDUNG DALAM CONTOH-
CONTOH KHUSUS ITU, KEMUDIAN MEMBUAT GENERALISASI ATAU KESIMPULAN YANG
BERKENAAN.

KAEDAH INDUKTIF YANG BERLANDASKAN PENDEKATANNYA, MERUPAKAN SALAH


SATU KAEDAH MENGAJAR YANG SESUAI DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN BERBAGAI-
BAGAI MATA PELAJARAN, KHUSUSNYA MATEMATIK, SAINS DAN BAHASA.

JENIS PENDEKATAN INDUKTIF

 MEMBENTUK SATU GENERALISASI DARIPADA CONTOH-CONTOH TERTENTU.


MISALNYA MENCARI SIRI SEGITIGA YANG SAMA DARIPADA PELBAGAI SEGITIGA.
 MEMBENTUK SATU PRINSIP DARIPADA UJIKAJI TERTENTU. MISALNYA MENDAPAT
PRINSIP GRAVITI DARIPADA UJIKAJI BENDA-BENDA DIJATUHKAN DARI ATAS KE
BAWAH.
 MEMBENTUK SATU HUKUM DARIPADA PERNYATAAN-PERNYATAAN TERTENTU
MISALNYA, MENDAPAT HUKUM TATABAHASA DARIPADA MEMBUAT ANALISA
TERHADAP STRUKTUR AYAT-AYAT BAHASA.
 MENDAPAT SATU TEORI DARIPADA SATU URUTAN PEMIKIRAN. MISALNYA,
MEMERHATI TINGKAH LAKU MANUSIA UNTUK MENDAPATKAN SATU TEORI
PEMBELAJARAN.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN SECARA INDUKTIF

 SEBELUM MEMULAKAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA


INDUKTIF, GURU HARUS MENYEDIAKAN CONTOH-CONTOH YANG SESUAI, IAITU
YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH MURID MEMBUAT GENERALISASI. DI SAMPING
ITU, SOALAN-SOALAN HARUSLAH DISEDIAKAN UNTUK MEMBIMBING MURID
MENDAPAT KESIMPULAN YANG BERKENAAN.
 GURU TIDAK HARUS MEMBERI KETERANGAN ATAU MENGHURAIKAN ISI
PELAJARAN YANG BERKAITAN DENGAN KESIMPULAN. MURID-MURID HARUS
DIBIMBING MELALUI AKTIVITI SOAL JAWAB UNTUK MENDAPAT KESIMPULAN DIRI
SENDIRI.
 JENIS CONTOH KHUSUS YANG DIBERIKAN HARUSLAH DIPELBAGAIKAN, TETAPI
MENGANDUNGI CIRI YANG SAMA SERTA MUDAH UNTUK MEMBOLEHKAN MURID
MENGENALPASTI.
 CONTOH-CONTOH KHUSUS YANG DIPILIH HARUSLAH SESUAI DAN MENCUKUPI.
 SETELAH CONTOH-CONTOH KHUSUS YANG DIKEMUKAKAN OLEH GURU, MURID-
MURID JUGA DIGALAKKAN MEMBERI CONTOH-CONTOH YANG SERUPA.
 ALAT BANTU MENGAJAR HARUS DISEDIAKAN UNTUK MEMBANTU MURID
MENDAPATKAN KESIMPULAN YANG BERKENAAN.
 KAEDAH INI HARUSLAH MENGIKUT URUTAN YANG TEPAT, IAITU DARIPADA
CONTOH-CONTOH SPESIFIK KEPADA UMUM.