Anda di halaman 1dari 15

Pratomo, Agus Joko (2008) ANALISIS KERENTANAN BANJIR DI DAERAH ALIRAN SUNGAI SENGKARANG

KABUPATEN PEKALONGAN PROVINSI JAWA TENGAH DENGAN BANTUAN SISTEM INFORMASI


GEOGRAFIS. Skripsi thesis, Universitas Muhammadiyah Surakarta.

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:-

1. Hujan yang berterusan. 

Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-
kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah
keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

2. Proses pembandaran.

Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan


tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-
anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.

Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak
sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan
tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan
kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

3. Hakisan sungai.

Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara
semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.

Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and
menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu
mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.

Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-
sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan
pengaliran air tersekat.

Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau
pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai
akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

4. Hutan tadahan.
Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan.
Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan
kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua
peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar.
Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke
udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.

Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan
yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai
tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air
sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

5. Sistem perparitan tidak terancang.

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang
dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari
parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

KESAN-KESAN BANJIR

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa
kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:

1. Kemusnahan Tanam-tanaman

Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara
tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-
tanaman ini akan merugikan para petani.

2. Kemusnahan Harta Benda

Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan serta
merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini
membawa kerugian besar kepada penduduk.

3. Penyakit
Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang berlaku akan
menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-
rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.

4. Kematian

Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang rendah dan
berhampiran dengan sungai.

5. Kerugian Kerajaan

Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik dan
mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh kerajaan dengan
memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kesemua ini memerlukan kos
penyelenggeraan yang tinggi.

Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan dan
minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan sementara mangsa banjir.

CARA-CARA MENGATASI BANJIR

Pelbagai cara dijalankan, antaranya:

Menyediakan Sistem Perparitan

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa dibersihkan.
Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai mampu mengalirkan
sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan proses
pemendapan dan pembuangan bahan-bahan buangan.

Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman sungai dengan
mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai
bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.
 

Memelihara Hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah
terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat
dilakukan di lereng-lereng bukit.

Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh
dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan mengalir dengan
perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan
dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini
dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan
air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri ke
sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan supaya
aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.

Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak
dijadikan tempat pembuangan sampah.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan
hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga
harus sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

PERISTIWA-PERISTIWA BANJIR DI SABAH

Tahun 1996

Ribut Greg yang membawa hujan ribut ke Sabah pada 26 December 1996 telah menyebabkan banjir di
bahagian utara timuran Sabah (Keningau) dan telah mengorbankan banyak nyawa. Kebanyakan mangsa
adalah rakyat Indonesia yang bekerja di daerah tersebut.

Hujan lebat berserta dengan angin kencang telah mengakibatkan air Sungai Liawan, Sungai Pampang,
Sungai Sinagang dan Sungai Bayayo melimpah tebingnya. Kawasan-kawasan lain yang turut menerima
ancaman ribut ini adalah Tuaran, Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Tawau dan Sandakan.

 
Tahun 1997

Banjir kilat yang melanda ibu negeri dan Penampang pada 17 Mei 1997 menyebabkan kebimbangan dan
kesusahan serta kesesakan lalulintas di dalam dan sekitar bandar berikutan hujan lebat bermula selepas
jam 3.00 petang. Ia berterusan hingga lewat petang dan pada jam 8.00 malam.

Ramai pemandu terkandas di jalan-jalan, manakala para pejalan kaki enggan menaiki perkhidmatan
pengangkutan awam dengan pulang berjalan kaki.

Kebanyakan lokasi yang terlibat ialah kawasan-kawasan yang terdedah kepada banjir seperti Putatan,
Penampang, Luyang, Likas, Inanam dan Menggatal. Banjir ini berlaku disebabkan sistem perparitan yang
tidak sempurna.

Keadaan yang sama turut berlaku di Sandakan. Banjir ini dikatakan berlaku disebabkan oleh pembinaan
jalan yang menyebabkan parit-parit tersumbat. Kawasan yang terjejas adalah kawasan perumahan yang
mengakibatkan banyak perkakas rumah musnah.

Tahun 1999

Banjir yang paling teruk melanda Sabah berlaku pada 6 Januari 1999. Lebih 2000 penduduk di tujuh
daerah di Sabah telah dipindah ke beberapa pusat pemindahan sementara. Hujan lebat turun lebih 10
jam tanpa berhenti mengakibatkan banjir besar. Daerah Penampang yang merupakan kawasan yang
paling teruk dilanda bencana tersebut. Mengikut laporan, 57 kawasan di tujuh daerah terlibat itu adalah
Kota Kinabalu sebanyak 12 kawasan, Penampang (22), Papar (10), Kota Belud (7), Tuaran (5), Beaufort
(3) dan Keningau (3).

Semasa oleh Idris Saleh - 5 Nov 2007


Versi: 

22 MAY 2009

Isu banjir kilat - GMC & penduduk pengkalan Lebai Man Bersua Muka

MMC-Gamuda jelaskan isu banjir kilat

SUNGAI PETANI - Pihak kontraktor MMC-Gamuda Joint Venture yang


bertanggungjawab ke atas Projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik dari
Ipoh ke Padang Besar turun padang mendengar keluhan penduduk di
Kampung Pengkalan Lebai Man yang menghadapi masalah banjir kilat akibat
daripada pelaksanaan projek tersebut.

Jurucakap daripada MMC-Gamuda, berkata, pihaknya dimaklumkan


mengenai masalah banjir kilat yang dihadapi penduduk kampung terbabit
sejak projek tersebut berjalan kira-kira setahun lalu daripada pihak media.

Menurutnya, mereka mengambil inisiatif turun padang dan mendengar


sendiri rintihan penduduk seperti yang dilaporkan pihak media.

“Apa yang boleh pihak kami beri jaminan ialah setelah projek ini selesai,
penduduk di sini tidak akan mengalami masalah banjir kilat lagi
memandangkan satu parit besar akan dibina di kiri dan kanan landasan
keretapi ini bagi menampung pengaliran air ke kawasan tersebut.

“Masalah banjir ini terjadi akibat daripada air yang dihalakan ke kampung ini
melalui satu pembetung dari kawasan setinggan berhampiran Sekolah
Kebangsaan (SK) Patani Jaya. Kami tidak dapat menutup pembetung
tersebut dan menghalang pengaliran air ke kampung ini. Pihak kami juga
tidak dapat memenuhi permintaan penduduk untuk membina parit besar
terlebih dahulu yang menghala ke Sungai Petani memandangkan kami
menghadapi masalah pengambilan tanah,” katanya.

Sehubungan itu, MMC-Gamuda meminta kerjasama daripada pihak berkuasa


tempatan memantau perkara itu dengan memindahkan terlebih dahulu tiga
rumah setinggan berhampiran SK Patani Jaya untuk menutup pembetung
yang mengalirkan air ke kawasan Kampung Pengkalan Lebai Man.

Sementara itu, wakil penduduk, Abd Rahim Abdullah, berkata, masalah


banjir sememangnya sering berlaku sejak mereka menghuni kampung
terbabit 50 tahun lalu.

Namun katanya, sejak pelaksanaan projek terbabit setahun lalu, masalah


banjir semakin serius dan air yang melimpah dari kawasan pembetungan
terbabit yang dihalakan ke kampung mereka menyebabkan air paras lutut
memasuki rumah.

“Keadaan ini merunsingkan penduduk dan membahayakan keselamatan


kami semua memandangkan hujan lebat dalam masa sejam sahaja air
sudah memenuhi ruang rumah dan mengakibatkan kerugian dan kerosakan
harta benda.

“Sampai bila penduduk mahu menanggung masalah ini? Jika ada kes
kehilangan nyawa baru pihak berkenaan mahu bertanggungjawab? Jadi saya
mewakili penduduk meminta semua pihak duduk berbincang untuk
menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian pernah melaporkan penderitaan penduduk Kampung


Pengkalan Lebai Man beberapa bulan lalu yang menghadapi masalah banjir
kilat berikutan pelaksanaan projek pembinaan landasan keretapi berkembar
elektrik yang dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua setengah tahun
lagi.

AD MI N - K ED AHLAN I E TI M E - 6:47 A M
LABEL S: I SU TEMPA TA N , MA S YA R A KA T , S IN A R HAR I AN

ISU BANJIR YANG TIADA NOKTAH... APA


PERANAN KITA?
Wednesday, 30 June 2010 10:23

Boleh dikatakan hampir setiap hari, kita akan mendengar masalah berkaitan isu
air. Tidak kira sama ada melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio ataupun
daripada orang yang kita kenali baik keluarga mahupun sahabat handai.

Terbaru sekali ialah masalah banjir. Beberapa lokasi di sekitar tanah air dilanda banjir, contohnya
seperti di Felda Jengka 25, Maran yang berlaku kerana pembetung rosak dan telah menjejaskan
aktiviti seharian bagi 400 orang penduduk.

Selain itu, banjir turut berlaku di Melaka kerana hujan lebat hampir 6 jam yang menyebabkan 13
kawasan penempatan dinaiki air antara 0.1 hingga 0.9 meter.  Sementara itu di Johor Bahru dan
Muar, hujan lebat yang berterusan selama 2 jam telah menyebabkan kegiatan harian penduduk
terjejas.

Permasalahan ini jika dipandang dari sudut yang lebih global, turut melanda di beberapa negara
seperti di China, Ghana dan juga Myanmar. Jumlah angka korban dianggarkan menghampiri 300
orang selain ribuan penempatan yang musnah.

Namun secara keseluruhannya, isu banjir ini telah sekian lama mendapat perhatian daripada
semua pihak, malah kerajaan juga telah memainkan peranan dengan positif, menjanjikan
peruntukan kewangan untuk menaik taraf sistem pembetungan dan memulakan projek mencegah
dan tebatan banjir di sekitar kawasan rendah.

Isu lain yang ingin dibangkitkan ialah pencemaran di kawasan tadahan seperti yang berlaku di
Sungai Hiliran, Losong, Kuala Terengganu akibat daripada pembangunan pesat di sekitarnya.
Pencemaran berlaku kerana sikap segelintir peniaga pasar basah yang membuang sampah serta
buangan sisa minyak daripada bengkel bot nelayan yang berhampiran.

Pengarah Jabatan Trivecosta Negeri Terengganu, Datuk Wan Zahari Wan Ngah telah
mencadangkan supaya kempen kesedaran yang berterusan harus dilaksanakan di samping
menyeru masyarakat memainkan peranan dengan sentiasa memantau keadaan sungai.

Kesimpulannya, kita sebagai penduduk dan juga pengguna disarankan agar lebih prihatin dan
tegas terhadap permasalahan yang berkaitan dengan air. Lebih-lebih lagi air merupakan sumber
asas yang sangat penting dalam kehidupan.

Syed Mubashir Bin Syed Mohammad


Forum Air Malaysia

ASIF, RIAS ASRIATI (2010) PEMANFAATAN RUANG TERBUKA HIJAU PUBLIK DI KELURAHAN
WAWOMBALATA KOTA KENDARI. Undergraduate thesis, Universitas Diponegoro.

Kerajaan Salurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Tawau


TAWAU, 9 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 500 keluarga yang menjadi mangsa banjir kilat di Kampung Pasir Putih di sini terus
mendapat perhatian kerajaan.

Pada pagi Isnin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyerahkan bantuan bernilai
RM100,000 melalui Tabung Bencana Bakti Desa kepada Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Bantuan itu membuktikan kerajaan sentiasa prihatin atas musibah yang berlaku ke atas setiap rakyat di negara ini tanpa
mengira kaum, kata Shafie semasa menyampaikan bantuan itu kepada Abdul Ghapur di bilik tetamu kenamaan, Lapangan
Terbang Tawau, di sini.

"Saya juga telah meminta Ghapur supaya meneliti apa keperluan rakyat di kawasan berkenaan untuk di kemukakan kepada
kerajaan Pusat.
"Pegawai kementerian saya juga telah membuat tinjauan dan memberi laporan mengenai kerosakan dan kerugian yang di
alami oleh penduduk kampung berkenaan ...dalam laporan dan gambar yang diberikan, amat memilukan di mana keadaan
paras air sampai ke atas rumah dan amat membimbangkan," katanya.

Abdul Ghapur yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas bantuan tersebut
untuk meringankan beban rakyat yang terbabit dan menurutnya bantuan itu akan diagihkan kepada kira-kira 500 pemilik
rumah yang musnah akibat banjir kilat itu.

Selain itu, katanya pihaknya juga akan menyampaikan bantuan tiga ribu keping papan lapis kepada mangsa yang terlibat
pada 14 Ogos ini.

Pada 29 Julai lalu, kira-kira 500 buah rumah terjejas dalam banjir kilat, dua buah rumah musnah di bawah arus dan
berpuluh-puluh kenderaan rosak.

Mengenai tanah runtuh di KM42 Lebuh Raya Tawau-Semporna, Shafie berkata beliau akan membawa perkara itu kepada
Kementerian Kerja Raya di peringkat pusat untuk mengambil tindakan segera.

Katanya kerja baik-pulih jalan itu perlu di lakukan segera memandangkan jalan berkenaan adalah laluan utama ke
Semporna, Kunak, Lahad Datu, Sandakan dan Kota Kinabalu.

"Kelewatan memperbaiki jalan itu, selain menjejaskan perhubungan beberapa daerah, akan menimbulkan masalah jika
berlaku kecemasan seperti membawa pesakit dari Semporna, Kunak atau Lahad Datu ke hospital Tawau," katanya, sambil
menambah pihak Jabatan Kerja Raya telah memaklumkan pembaikan sementara jalan itu akan memakan masa dua hingga
tiga minggu untuk siap.

Tinjauan Bernama di laluan itu yang dibuka satu hala mendapati kesesakan trafik sejauh kira-kira 2km dari kedua-dua arah.

Banjir merupakan peristiwa terbenamnya daratan (yang biasanya kering) karena volume air
yang meningkat
Banjir dapat terjadi karena peluapan air yang berlebihan di suatu tempat akibat hujan besar,
peluapan air sungai, atau pecahnya bendungan sungai.

Di banyak daerah yang gersang di dunia, tanahnya mempunyai daya serapan air yang buruk, atau
jumlah curah hujan melebihi kemampuan tanah untuk menyerap air. Ketika hujan turun, yang
kadang terjadi adalah banjir secara tiba-tiba yang diakibatkan terisinya saluran air kering dengan
air. Banjir semacam ini disebut banjir bandang.

Penyebab banjir – Diantara beberapa penyebab banjir adalah:


1. Ilegal Loging (Penebangan hutan liar)
2. Bertumpuknya sampah pada saluran air, sehingga terjadi penyumbatan pada saluran air.
3. Kurangnya kesadaran masyarakat untuk melakukan penanaman kembali pada daerah / hutan
hutan yang baru di tebangi.
4. Tidak adanya lagi tanah resapan untuk digunakan air sebagai tempat baginya beristirahat
dikala hujan turun. tidak ada lagi lahan hijau sebagai tempat resapan air tanah. akibatnya, ketika
hujan tiba, tanah menjadi tergerus oleh air dan kemudian air terus meluncur tanpa adanya
penghalang alami yang kemudian menyebabkan banjir. dan masih banyak lagi penyebab-
penyebab banjir yang lainya.

Faktor alam penyebab terjadinya banjir adalah:


Badai  juga dapat menyebabkan banjir melalui beberapa cara, di antaranya melalui ombak besar
yang tingginya bisa mencapai 8 meter. Selain itu badai juga adanya presipitasi yang dikaitkan
dengan peristiwa badai. Mata badai mempunyai tekanan yang sangat rendah, jadi ketinggian laut
dapat naik beberapa meter pada mata guntur. Banjir pesisir seperti ini sering terjadi di
Bangladesh.

Gempa bumi dasar laut maupun letusan pulau gunung berapi yang membentuk kawah (seperti
Thera atau Krakatau) dapat memicu terjadinya gelombang besar yang disebut tsunami yang
menyebabkan banjir pada daerah pesisir pantai.

2009... Banjir Besar Akankah Berulang?

(1/1)

Admin:
MASALAH banjir kini kembali hangat dibicarakan. Apa itu banjir, mengapa terjadi banjir,
apakah hujan lebat dalam waktu hitungan jam selalu identik dengan banjir, adakah pengaruh
fenomena global ikut berperan di sana, dan masih banyak lagi pertanyaan yang kiranya perlu kita
telaah dengan baik dan sempurna.

Definisi banjir dalam tinjauan atau ulasan ini adalah banjir besar seperti peristiwa yang hampir
melumpuhkan kota Jakarta pada minggu pertama Februari 2007. Kejadian itu merupakan
ulangan peristiwa pada bulan yang sama tahun 1996 dan 2002. Di luar tahun tersebut, Jakarta
tentu saja mengalami banjir tetapi dengan skala, dampak, dan eskalasi kerugian yang relatif jauh
lebih kecil.

Menarik sekali mencermati adanya kecenderungan periode 5-6 tahun pada peristiwa banjir besar
Jakarta tahun 1996, 2002, dan 2007. Apabila diamati, terdapat kesamaan pola pada hadirnya cold
surge, yaitu massa udara dingin yang terbawa oleh sirkulasi angin utara-selatan (meridional)
akibat gangguan tekanan tinggi (high pressure disturbance) di daerah Siberia. Kemudian
melewati ekuator di Selat Karimata, dan mencapai laut dan pesisir utara Jawa dengan kecepatan
yang konsisten, lebih dari 10 meter/detik (m/det) dan berlangsung antara 12 hingga 24 hari.

Selain faktor hadirnya cold surge, banjir Jakarta 1996, 2002, dan 2007, diduga juga memiliki
korelasi dengan gangguan atmosfer dalam bentuk osilasi gelombang Maden-Julian Oscillation
(MJO) yang memiliki periode 30-50 harian, dan kondisi iklim regional El Niño/La Niña
Southern Oscillation (ENSO) dan Indian Ocean Dipole (IOD) dari Samudra Pasifik dan Samudra
Hindia.

Banjir Februari 1996 terjadi pada saat kondisi iklim regional mengalami La Niña lemah
bersamaan dengan datangnya fase aktif MJO. Banjir Februari 2002 terjadi pada saat kondisi
iklim regional normal dan juga fase aktif MJO. Banjir Februari 2007 terjadi saat kondisi iklim
regional El Niño di Samudra Pasifik dan IOD di Samudra Hindia baru saja meluruh, tetapi MJO
pada fase tidak aktif. MJO menjadi faktor dominan kedua selain cold surge yang menyebabkan
banjir Jakarta 1996 dan 2002.

Fenomena MJO terkait langsung dengan pembentukan kolam panas di Samudra Hindia bagian
timur dan Samudra Pasifik di bagian barat sehingga pergerakan MJO ke arah timur bersama
angin baratan (westerly wind) sepanjang ekuator selalu diikuti dengan konveksi awan kumulus
tebal. Kumpulan awan konvektif yang kemudian dikenal sebagai Super Cloud Cluster (SCCs)
inilah yang diduga kuat menyebabkan hujan dengan intensitas tinggi sepanjang penjalarannya
yang menempuh jarak 100 kilometer dalam sehari di Samudra Hindia dan 500 kilometer per hari
ketika berada di Indonesia.

Selain meningkatkan curah hujan, terutama ketika kondisi iklim regional mengalami La Niña
seperti saat ini, MJO juga menyebabkan munculnya siklon tropis dan gangguan instabilitas
atmosfer, seperti depresi atau tekanan rendah seperti terlihat pada akhir Desember 2007, ketika
MJO dalam fase matang. Intensitas curah hujan tinggi dan dalam waktu cukup lama (torrential
rains) terjadi di laut dan pantai utara Jawa menyebabkan wilayah Jawa Tengah mengalami
longsor akibat hujan deras yang terus-terusan mengguyur yang menimbulkan korban jiwa dan
menyebabkan instabilitas atmosfer di perairan selatan Bali (Kompas, 26 Desember 2007).

Selain itu, siklon tropis Melanie terbentuk di perairan barat laut Australia pada 30 Desember
2007 dan beberapa hari kemudian siklon tropis Helen muncul di perairan utara Australia (sekitar
Darwin) pada 4 Januari 2008. Wilayah Jakarta beruntung terhindar dari curah hujan dengan
intensitas tinggi saat berlangsungnya fase matang MJO tersebut. Instabilitas atmosfer hanya
terjadi di perairan selatan Jawa dalam bentuk depresi (tekanan rendah) pada 1 Januari 2008
akibat pergerakan siklon tropis Melanie. Kondisi tak kondusif terjadinya banjir besar di Jakarta
disebabkan tak hadirnya faktor cold surge saat itu.

Menarik saat mencermati banjir Jakarta Februari 2007 yang terjadi saat MJO tidak aktif. Kondisi
iklim regional IOD yang meluruh di Samudra Hindia bagian timur dianalisis sebagai faktor
kondusif meningkatnya intensitas curah hujan harian secara lokal di wilayah Jakarta dan
sekitarnya. Cold surge yang membawa uap air hangat dari Laut Cina Selatan dan Selat Karimata
mencapai wilayah Jakarta menyebabkan konvergensi angin (datang dari arah barat daya)
bertekanan rendah di permukaan (0-3 km) yang secara intensif dan berlangsung cukup lama
sejak akhir Januari sampai minggu pertama Februari 2007. Sebaliknya di lapisan menengah
(lebih dari 3 kilometer) berembus angin tenggara yang berlawanan dengan arah angin di lapisan
bawahnya dan membawa massa udara kering akibat proses depresi di Samudra Hindia bagian
timur pada saat meluruhnya IOD.

Kondisi ini menyebabkan gaya gesekan angin secara menegak (wind vertical shear) yang besar
di permukaan dan menjadi kondisi sangat kondusif untuk intensifikasi pembentukan awan
kumulus dalam waktu lama dan berulang dalam sehari. Kondisi ini pula dapat dilihat saat cold
surge hadir dalam waktu cukup lama (12 hari) pada kasus banjir Jakarta 2007 dan meningkatkan
durasi curah hujan harian di wilayah Jakarta dan sekitarnya dengan pola hujan yang terjadi
sepanjang malam (pukul 20.00-22.00) selama 4-5 jam, berhenti sebentar pada dini hari, dan
hujan lagi pada pagi hari (pukul 8.00-10.00) selama 3-4 jam. Bahkan pada kondisi cold surge
memiliki kecepatan maksimum (15 m/det) yang terjadi pada 31 Januari hingga 1 Februari 2007,
hujan pada malam hari terus berlangsung sampai pagi, 8-9 jam.

Dari uraian di atas tampak paling tidak ada 3 faktor dominan yang menyebabkan banjir Jakarta
1996, 2002, dan 2007, yaitu kehadiran cold surge dengan kecepatan angin dari arah barat daya
lebih besar 10 m/det dan berlangsung dalam waktu cukup lama (12-24 hari); fase aktif osilasi
gelombang MJO dalam periode 30-50 hari; dan kondisi lokal adanya massa udara kering pada
lapisan menengah (lebih dari 3 km) yang menyebabkan meningkatnya instabilitas angin secara
menegak yang pada gilirannya menjadi kondisi kondusif pembentukan awan kumulus melalui
proses konveksi pada saat cold surge berada di lapisan permukaan (0-3 km).

Selain ketiga faktor di atas, kondisi iklim regional La Niña dapat memicu naiknya curah hujan di
atas normal di wilayah Jakarta dan sekitarnya. Namun, hal itu bukan faktor utama penyebab
banjir besar di Jakarta tanpa kehadiran cold surge dengan periode 12-24 hari. Rangkaian gambar
berikut ini menyajikan kondisi intensitas curah hujan di wilayah Indonesia selama Februari 2008.

Dari rangkaian gambar di atas terlihat bahwa kawasan Indonesia barat, khususnya DKI Jakarta
dan sekitarnya, umumnya akan menerima curah hujan dengan intensitas tinggi pada bulan
Februari terkait dengan adanya siklus tahunan yang dikenal dengan istilah AO (annual
oscillation). Yang menarik di sini adalah apakah banjir serupa akan berulang pada Februari tahun
2009 mendatang ?Apakah Jawa Barat, khususnya Bandung dan kawasan di sekitarnya, juga
berpeluang besar menerima curah hujan dengan intensitas tinggi pada saat itu. Sangat sulit
menjawabnya karena belum ada metode dan model cukup akurat dengan tepat meramalkan
kehadiran cold surge dan MJO. Yang dapat kita lakukan saat ini adalah meramalkan peluang
terjadinya kedua faktor dominan itu.

Namun, catatan selama banjir Jakarta 1996, 2002, 2007, dan 2008 mensyaratkan adanya cold
surge kuat sebagai faktor utama terjadinya banjir besar di Jakarta. Dengan demikian, meskipun
fase aktif MJO diasumsikan memasuki wilayah Indonesia pada minggu ke-2 atau ke-3 bulan
Februari 2009 mendatang, peluang berulangnya banjir 2009 akan kecil. Apalagi faktor lokal
kontribusi massa udara kering di lapisan menengah akibat kondisi regional Indian Ocean Dipole
yang meluruh tidak terjadi selama tahun 2008 lalu.

Namun, kita hendaknya tetap waspada mencermati perubahan cuaca dan iklim. Meskipun
peluang berulangnya banjir 2008 akan kecil, gangguan dalam bentuk instabilitas atmosfer akibat
depresi, siklon tropis, dan curah hujan yang meningkat secara regional pada saat fase puncak
MJO dan La Nina berlangsung harus tetap diwaspadai saat memasuki akhir Februari dan
sepanjang Maret 2009 nanti. ***

Dr. Eddy Hermawan, bekerja di Pusat Pemanfaatan Sains Atmosfer dan Iklim Lapan Bandung.

CATATAN:
Secara astronomis, konjungsi Bulan - Matahari akan terjadi pada 26 Januari 2009 pukul 14:56
WIB ditandai dengan terjadinya Gerhana Matahari Cincin yang bisa diamati di Sleat Sunda.
Ketika terjadi konjungsi, ini akan diikuti dengan pasang naik tertinggi yang sangat berpotensi
menghasilkan banjir pasang (rob) di daerah2 yang elevasinya lebih rendah dari permukaan laut.

Secara astronomis pula, data empiris menunjukkan ketika posisi Matahari ada pada deklinasi
minus 18 - 15 derajat terjadi curah hujan di atas normal khususnya di Pantura Jawa, lebih khusus
lagi di DKI Jakarta.

[alternatif-net] Banjir di Johor akibat curi pasir ke Singapura

Salmah Ahmad
Sun, 21 Jan 2007 17:59:53 -0800

Bahana curi pasir dari Johor untuk dijual kepada


Singapura kini menyebabkan Johor kerap tenggelam.
Kegiatan curi pasir sudah berlaku berpuluh-puluh tahun
yang didalangi oleh pemimpin UMNO.

Kini Yahudi Selatan itu semakin besar ditambak, atas


kelicikan curi pasir oleh UMNO Johor. Beberapa minggu
lalu salah sebuah tongkang curi pasir yang sebesar
beberapa padang bola telah hanyut ke Terengganu.
Adakah itu bukti UMNO Terengganu pun sudah pandai curi
pasir ?

Pastikan SPR menangkan UMNO/BN dalam setiap


pilihanraya demi mengekalkan tradisi menyamun rakyat
dan negara.

Usaha Untuk Melesapkan Faktor Sebenar Banjir Di Johor


Giat Dijalankan?

Oleh 110km_blogspot

"Melihat kepada usaha Karam Singh Walia untuk mengupas


faktor-faktor yang menyebabkan banjir di negeri Johor
seperti yang dilaporkan dalam berita TV3 malam tadi
dan ulasan di dalam surat khabar The Star dan
lain-lain akhbar hari ini yang memaparkan kekecewaan
Putera Mahkota Johor terhadap empangan yang tidak di
urus dengan betul, serta berita berkenaan ancaman
cuaca dan suhu dunia yang tidak menentu yang mungkin
menyebabkan ancaman banjir di Johor akan berulang
seakan-akan ingin menyembunyikan sesuatu yang lebih
besar.

Saya tertarik dengan ramalan seorang Prof/jurutera 4


tahun lalu yang mendakwa kesan penambakan tembok dan
pembesaran wilayah oleh Singapura dengan menggunakan
pasir dari negeri Johor akan menyebabkan banjir besar
akan berlaku di negeri Johor.

Barangkali, penganalisis politik Barisan Nasional


telah menyedari akan bahaya nya jika rakyat terus
menerus mempercayai banjir besar yang di alami Johor
adalah berpunca dari penjualan pasir ke Singapura dan
kerja penambakan negara republik itu. Ini menunjukkan
sikap pentingkan diri dan mengejar keuntungan pemimpin
politik BN dan ahli korporatnya yang hanya
mementingkan wang menyebabkan rakyat Johor ditimpa
kesusahan sekarang.

Saya harap terdapat pihak yang dapat menganalisa


perkara ini.

______________________________________________________________________________
______
Need Mail bonding?
Go to the Yahoo! Mail Q&A for great tips from Yahoo! Answers users.
http://answers.yahoo.com/dir/?link=list&sid=396546091

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice


Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]


To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links

Anda mungkin juga menyukai