Anda di halaman 1dari 11

Makmal Two-tier Database

oleh Dr. Mohammad Faidzul Nasrudin

1. Gunakan pen-drive anda dan cipta satu folder. Contohnya berikan nama folder tersebut
“two-tier”.

2. Copy dan paste folder “eclipse” ke dalam folder “two-tier”.


3. Cipta satu folder baru dalam folder “two-tier” untuk menyimpan projek Java anda.
Contohnya berikan nama folder tersebut “workspace”.

4. Buka folder “eclipse” dan larikan perisian Eclipse anda dengan mengklik eclipse.exe.

5. Dalam tetingkap “Workspace Launcer”, browse folder “workspace” yang telah anda cipta
sebelum ini. Tekan butang “OK”.

6. Setelah perisian Eclipse terbuka, tutup tab “Welcome”.


7. Pada tab “Package Explorer”, klik kanan, klik New > Java Project.

8. Dalam tetingkap “New Java Project”, berikan “Project Name” = “two-tier”. Tekan butang
“Finish”.
9. Buka pepokok projek sehingga anda dapat melihat item “src”.

10. Klik kanan pada “src”, klik New > Package.

11. Dalam tetingkap “New Java Package”, berikan “Name” = “com.connector”. Tekan butang
“Finish”.

12. Ulangi langkah sebelum ini untuk mencipta dua lagi Java Package iaitu “com.console” dan
“com.gui”.
13. Dalam tab “Package Explorer”, klik kanan pada “com.connector”. Klik New > Class.

14. Dalam tetingkap “New Java Class”, berikan “Name” = “Jdbc” (J huruf besar kerana nama
kelas). Klik butang “Finish”.
15. Dalam tab “Package Explorer”, klik dua kali pada item “Jdbc.java”. Lengkapkan aturcara
tersebut sehingga menjadi:

package com.connector;

import java.sql.Connection;
import java.sql.DriverManager;
import java.sql.SQLException;

public class Jdbc {


static Connection con = null;
static String url = "jdbc:odbc:northwind";
static String id = "mfn";
static String pwd = "mfn";
public Jdbc() {
try {
Class.forName("sun.jdbc.odbc.JdbcOdbcDriver");
} catch(java.lang.ClassNotFoundException e) {
System.err.print("ClassNotFoundException: ");
System.err.println(e.getMessage());
}
try {
con = DriverManager.getConnection(url, id, pwd);
} catch(SQLException ex) {
System.err.println("SQLException: " + ex.getMessage());
}
}
public Connection getJDBCConnection()
{
return con;
}
}
16. Dalam tab “Package Explorer”, klik kanan pada “com.connector”. Klik New > Class. Dalam
tetingkap “New Java Class” berikan “Name” = “MyConsole”. Klik butang “Finish”.
17. Dalam tab “Package Explorer”, klik dua kali pada item “MyConsole.java”. Lengkapkan
aturcara tersebut sehingga menjadi:

package com.console;
import java.sql.*;
import com.connector.Jdbc;

public class MyConsole {


static Connection con = null;

public static void main(String[] args) throws Exception {


Jdbc myJdbc = new Jdbc();
con = myJdbc.getJDBCConnection();
if(con!= null){
System.out.println("Got Connection.");

try {
Statement stmt = con.createStatement();
String selectString = "select * from products";
ResultSet rs = stmt.executeQuery(selectString);

while (rs.next()) {
String pid = rs.getString("ProductID");
String pname = rs.getString("ProductName");
String pprice = rs.getString("UnitPrice");
System.out.println(pid+", "+pname+", RM"+pprice);
}

stmt.close();
con.close();

} catch(SQLException ex) {
System.err.println("SQLException: " + ex.getMessage());
}
} else {
System.out.println("Could not Get Connection");
}
}
}
18. Bagi melarikan aturcara anda, klik pada butang “Play” dan klik pada “MyConsole”.

19. Perhatikan keputusan queri anda pada tab “Console”.


20. Dalam tab “Package Explorer”, klik kanan pada “two-tier”, klik “Export”.

21. Dalam tetingkap “Export”, buka pepokok hingga terbuka item “Runnable JAR file”. Klik
butang “Next >”.
22. Dalam tetingkap “Runnable JAR file”, pilih “Launch configuration” = “MyConsole” dan
browse mana-mana folder untuk menyimpan fail JAR anda. Contohnya anda klik butang
“Browse...” dan pilih folder “two-tier”. Berikan nama fail JAR anda “console.jar”. Tekan
butang “Finish”.

23. Buka console (command prompt) anda dan buka direktori yang mengandungi “console.jar”.
Untuk melarikan aplikasi anda, taipkan “java –jar console.jar”.

Anda mungkin juga menyukai