Anda di halaman 1dari 2

ELEMENT 3

BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI PELBAGAI KAUM DAPAT


MEMPERKUKUHKAN DAN MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT
MALAYSIA?

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaum-
kaum yang ada di Malysia ini.Seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum
Melayu.Tahun Baru Cina oleh kaum Cina,Depavalli oleh kaum India, Cristmast
oleh kaum India atau Cina yang menganut ajaran Kristian.

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan


mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum
yang ada di Malaysia ini sama-sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan
budaya bangsa masing-masing.Rumah terbuka antara kaum mengalakkan mereka
saling kunjung mengunjungi di antara satu sama lain.Bersama- sama berkongsi
kemeriahan dan kegembiraan semasa menyambut hari perayaan.Melalui Majlis
rumah terbuka ini sifat muhibah dan semangat bermasyarakat dapat lahir
dengan sendirinya.

Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum


yang menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun
berlainan bangsa dan agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau
masyarakat yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan
lahir nilai hormat menghormati terhadap kaum-kaum lain.Sebagai rakyat
Malaysia, kita mesti menyokong Konsep Satu Malaysia yang dinyatakan oleh
Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.

Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan


bermuafakat di antara satu sama lain.Masyarakat perlu bertolak ansur ,
bekerjasama dan tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang
ke kampung menyambut perayaan atau menolong ketika membuat persiapan
untuk menyambut perayaan kerana semasa musim perayaan semua rakyat
Malysia akan bercuti walaupun kaum yang tidak menyambut perayaan ketika itu.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat


bertanggungjawab kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam
sanubari masing-masing.Justeru itu Semasa perayaan tradisi kita perlu lebih
bersatu padu dan berharmoni.Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur
menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum diminta menyayangi negara dan
bangga kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini dapat mengekalkan
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai