Anda di halaman 1dari 8

Falsafah Pendidikan Muzik mengikut Dalcroze adalah mengutamakan perasaan dan

pergerakan fizikal sewaktu menikmati muzik’. Beliau berpendapat insan ‘harus bertindak alas
secara fizikal melalui pergerakan badan apabila menghayati melodi muzik. Justeru itu
Dalcroze memberi penekanan terhadap memperkembangkan potensi individu untuk
mengekspresikan perasaan dan diri melalui muzik. Kebolehan mendengar, memahami dan
menikmati muzik melalui pergerakan secara tidak langsung dapat memberi kebebasan kepada
individu untuk memperkembangkan daya imaginasi dan idea.

Emilie Jaques Dalcroze berpegang kepada beberapa prinsip bagi menguatkan teori
pembelajaran yang diperkenalkan. Antaranya adalah seperti berikut:

i. Secara semula jadi, setiap kanak-kanak  mempunyai  emosi dan perasaan. Oleh yang
demikian, pembelajaran muzik awal kanak-kanak haruslah tertumpu tentang strategi
bagaimana hendak menzahirkan emosi muzik kepada bentuk-bentuk pergerakan
anggota badan yang bersesuaian dengan muzik yang diperdengarkan.
ii. Anggota badan adalah instrumen yang paling dekat bagi kanak-kanak untuk
menggambarkan atau meluahkan emosi mereka.
iii. Kanak-kanak akan bergerak balas secara spontan dengan gaya dan pergerakan tertentu
bagi menyatakan perasaannya terhadap muzik yang didengari.
iv. Sebelum bermain alat muzik, kanak-kanak harus terlebih dahulu berlatih. Apresiasi
muzik di kalangan kanak-kanak tidak dapat diterapkan dengan hanya latihan-latihan
aural atau penerangan lisan mengenai tonaliti, pic dan harmoni. Kefahaman tentang
elemen-elemen utama dalam muzik dapat diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang
mengaitkan pembelajaran muzik dengan pergerakan manusia seperti berlari, berjalan,
berdiri, duduk dan sebagainya. Sebagai contoh; konsep cepat (allegro) atau sederhana
(moderate) dapat dikaitkan dengan pergerakan berlari atau berjalan yang berkait terus
dengan pengalaman kehidupan seharian mereka.

 Ciri-ciri Pendekatan Dalcroze


1. Inner Hearing
Dalcroze berpendapat kebanyakan pelajar tidak berupaya untuk menyanyi atau
menulis kembali melodi atau harmoni yang biasa didengari. Justeru itu beliau
berpendapat latihan khas perlu diberikan bagi membantu pelajar membentuk inner
hearing atau pendengaran mendalam. Kaedah yang dicadangkan ialah melalui solfa.
Notasi atau not muzik mestilah diajar secara sistematik melalui Pendekatan Solfa.

2. Perasaan Individu
Dalcroze telah mengenal pasti bahawa kebanyakan pelajarnya cuma belajar cara
memainkan alat muzik dan menyanyi dengan tepat, tetapi pada masa yang sama
mengabaikan perasaan yang seharusnya dizahirkan dengan pergerakan fizikal sewaktu
aktiviti permainan alat atau nyanyian tersebut.

3. Muzik dan Gerakan


Dalcroze percaya bahawa pelajar dapat merasai dan menghayati pic, irama dan melodi
sesebuah lagu melalui pergerakan yang tertentu. Oleh yang demikian, Dalcroze
banyak menuliskan lagu-lagu gerakan (gesture song) yang merupakan gabungan di
antara muzik dan gerakan yang sesuai dijalankan di peringkat kanak-kanak.
KAEDAH DALCROZE DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MUZIK
Dalcroze memperkenalkan tiga aspek dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik iaitu:

a. Eurhythmic
b. Improvisasi
c. Solphege (solfa)

Eurhythmic
Dalcroze menyedari bahawa murid-murid peka kepada muzik melalui pergerakan. Beliau
menamakan kaedahnya sebagai eurhythmics iaitu dalam bahasa Yunani bermaksud  good
movement.

Mengikut Dalcroze, konsep muzik dapat dibina melalui pergerakan irama.    Dalam pelajaran
eurhythmics, murid-murid bergerak bebas mengikut muzik yang didengari. Dalcroze
mengesan bahawa pelajarnya cuma belajar cara-cara bermain alat muzik dan menyanyi secara
tepat tetapi mengabaikan elemen perasaan sewaktu melakukannya. Mereka berjalan, berlari,
melompat dan membuat pergerakan mengikut kreativiti diri yang menggambarkan perasaan
kepada muzik yang didengarinya. Tiap-tiap murid membuat pergerakan masing-masing
mengikut persepsi diri sendiri terhadap muzik, oleh itu pergerakan yang terhasil adalah
tersendiri. Pembinaan pergerakan murid adalah bermula tindak balas fizikal yang senang
kepada kombinasi kompleks yang berpandukan kepada gerak tangan sambil mengira rentak di
mana dalam masa yang sama kaki bergerak mengikut tekanan (syncopated patterns)  dan
kepala mengangguk pada rentak-rentak yang tertentu.                   

Eurhythmics memerlukan penglibatan individu secara menyeluruh dari aspek minda, anggota
badan serta emosi diri di mana perkara-perkara berikut dilakukan secara aktif :

 mendengar;
 merasai (feel);
 berimaginasi kuat (strong imagination);
 mengintepretasi bunyi; dan
 bertindak/respon/bergerak.

Hasil dari penglibatan aktif dan menyeluruh pelajar, Dalcroze mendapati bahawa tahap
pembelajaran berkaitan dengan elemen atau unsur muzik, seperti irama, melodi, harmoni,
bentuk dan lain-lain di kalangan pelajar telah meningkat dan bertambah baik melalui aktiviti
pergerakan dengan muzik. la secara tidak langsung telah menajamkan lagi daya pendengaran
(aural) individu terhadap muzik untuk menterjemahkannya kepada gerakan yang sesuai dan
kreatif, yang seterusnya membawa kepada celik akal dan literasi muzik di kalangan pelajar.

Menurut Dalcroze, badan adalah alat pertama untuk mempamerkan interpretasi, imaginasi dan
emosi. Gerakan badan akan berlaku berpandukan rangsangan/stimulus dari:
 bentuk bunyi;
 gerak isyarat(signal);
 lisan seperti perkataan ayat, puisi atau sajak; dan
 vokal seperti nyanyian dan juga muzik bunyi-bunyian.

Improvisasi
Dalam pendekatan Dalcroze, improvisasi merupakan satu aktiviti yang boleh meningkatkan
imaginasi dan kreativiti pelajar. Improvisasi merupakan gabungan atau lanjutan kepada
aktiviti eurhythmics (pergerakan berirama). Sebelum melakukan aktiviti improvisasi,
pengalaman dan pengetahuan asas tentang elemen irama dan pic diperlukan. Berdasarkan
elemen asas tersebut maka pelajar melakukan pengubahsuaian, penambahan atau lanjutan.
Pelbagai aktiviti improvisasi boleh dilakukan dengan penggunaan suara, tubuh badan dan alat
perkusi. Piano merupakan instrumen utama yang digunakan untuk memainkan melodi atau
irama asas sebelum pelajar membuat improvisasi terhadap apa yang didengari.

Tumpuan aktiviti improvisasi adalah sesuatu yang dilakukan secara spontan, bukannya ditulis
atau dirancang terlebih awal. Dalcroze mengatakan bahawa semua orang tanpa mengira bakat
boleh dilatih memainkan menghasilkan sesuatu karya muzik secara spontan. Setiap murid di
dalam kelas beliau diajar mencipta muzik sendiri secara berpandu. Pelajar tersebut diberi
kebebasan dan peluang untuk mengekspresi ciptaannya.

Penekanan dalam improvisasi adalah berkenaan dengan latihan irama. Konsep masa dan
tenaga yang diterokai dalam sesuatu ruang dalam kelas pergerakan berirama eurhythmics
dipraktikkan kepada bermain piano. Piano menjadi alat utama improvisasi kerana penggunaan
anggota badan dan muzik seperti pergerakan jari dan tangan.

Dalcroze menggunakan improvisasi untuk mengukuhkan konsep teori dan harmoni. Beliau
meminta pelajar membuat improvisasi dari sesuatu melodi ke arah pembinaan melodi baru
dengan menggunakan kefahaman pelajar tentang jeda-jeda. Secara tidak langsung, bermula
daripada dua pic yang dicipta akan melatih pelajar cekap dalam harmoni.

Tumpuan improvisasi juga adalah murid belajar mencipta sesuatu karya dalam pelbagai
tempo, daftar suara dan dinamik tetapi tetap memberi perhatian kepada melodi lagu. Mereka
diberi bimbingan dan tunjuk ajar bagaimana menjalankan eksperimen ke atas julat yang lebih
luas pada mata piano. Mereka dibenarkan untuk menggunakan pelbagai skala, mood, gaya,
ton, bentuk muzik sama ada tradisional atau moden untuk menghasilkan sesuatu karya yang
baru dan menarik.

Solfege
Telinga dihubungkaitkan dengan bunyi, manakala keseluruhan saraf dikaitkan dengan irama.
Solfege pula adalah pengetahuan tentang melodi dan harmoni. Seperti tubuh badan digunakan
sebagai alat berirama semula jadi, suara pula adalah alat tonal yang natural. Justeru itu, suara
bertindak sebagai bahan ekspresi dalam Latihan Solfege Dalcroze. Solfege bertindak sebagai
ton, hubung kait antara ton dan ton kualiti (timbre).
Tujuan solfege diperkenalkan adalah supaya pendidik muzik dapat merancang  latihan dan
aktiviti bagi tujuan memperkembangkan pendengaran secara aktif dan merangsang saraf
pendengaran supaya peka terhadap ketepatan pic. Solfege dalam pendekatan Dalcroze, adalah
satu latihan pendengaran. Pendengaran boleh mempertingkatkan kesedaran tentang pic,
perbezaan ton dan perbezaan kualiti ton. Pendengaran dalaman (inner hearing) juga dapat
meningkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman adalah sebutan atau sebahagian daripada
lirik nyanyian yang dinyanyikan dalam hati. Pendengaran dalaman dapat ditingkatkan melalui
nyanyian, melodi, harmoni, pic atau perbezaan kualiti ton atau timbre. la juga dapat
mempertingkatkan kemahiran membaca skor serta improvisasi secara vokal yang boleh
membawa kepada kemahiran muzik yang lebih tinggi seperti ciptaan dan gubahan.

Pendengaran yang baik sangat diperlukan dalam musicianship yang baik. Aktiviti solfege
dapat melatih individu untuk pendengaran yang lebih tajam dan teliti. Penekanan juga diberi
dalam nyanyian. Murid akan menyanyikan jeda- jeda dalam melodi lagu berdasarkan sesuatu
skala dengan pic yang tepat. Aktiviti  ini menggalakkan murid-murid mempelajari dan
menguasai ton dengan suara  sendiri. Selain dari membaca melodi dengan solfege, pelajar
juga diberi latihan menulis semula solfege yang diperdengark

APLIKASI PENDEKATAN DALCROZE


DALAM BILIK DARJAH
Berdasarkan penelitian yang mendalam terhadap pendekatan yang diperkenalkan oleh Emilie
Jaques Dalcroze, didapati bahawa gabungan antara eurhythmics atau pergerakan berirama
dengan solfege menghasilkan improvisasi. Melalui improvisasi, sentuhan dan citarasa
individu dapat dihasilkan dalam ciptaan sendiri yang kreatif berdasarkan kepada kegiatan-
kegiatan eurhythmics dan solfege.

Secara amnya, aplikasi pendekatan Dalcroze di dalam bilik darjah memfokuskan kepada
aktiviti berikut:

 penumpuan (pay attention);


 konsentrasi dan mengingati;
 menghasilkan semula (reproduce);
 menukar (change); dan
 automatis (involuntary action).

Kesemua aktiviti ini dilakukan melalui pergerakan fizikal yang melibatkan aural
(pendengaran), kinestetik (tangan/ suara), visual (penglihatan) dan kreativiti.

Gabungan penekanan terhadap eurhythmics, solfege dan improvisasi seperti yang


diperkenalkan oleh Dalcroze telah memberi impak yang besar terhadap paradigma dan
persepsi pendidik muzik tentang pendidikan muzik kanak-kanak. Antara fokus dan unsur-
unsur yang diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran muzik ialah:

i. Eurhythmies Dalcroze meningkatkan keupayaan memerhati, memahami, memberi


tumpuan pendidik muzik terhadap kepaduan penggunaan ruang, masa, tenaga dan
keseimbangan bagi menghasilkan pergerakan yang baik mengikut irama tertentu.
ii. Kanak-kanak secara semula jadi memang suka bergerak dan mereka seronok
melakukan apa sahaja. Dengan demikian, pendekatan Dalcroze menggalakkan mereka
meneroka penggunaan ruang, masa, tenaga dan tempo atau kelajuan yang pelbagai
sewaktu melakukan pergerakan. Contoh:
a. Bergerak dengan cepat (berlari), lambat (berjalan) atau berjalan secara
berjingkit-jingkit sebagai aktiviti penerokaan dan penggunaan ruang
b. Melompat, meniarap, berguling, mencangkung dan sebagainya untuk
meneroka dan mencari pengalaman baru menggunakan semua anggota tubuh
badan untuk bergerak.
iii. Anggota badan merupakan alat utama yang mampu mempamerkan interpretasi murid
atau individu yang melibatkan imaginasi, emosi, serta pergerakan badan yang
bertindak berpandukan bahan rangsangan atau stimuli dalam bentuk bunyi, gerak
isyarat (signal), lisan seperti perkataan, ayat, puisi atau sajak, vokal seperti nyanyian
dan juga muzik bunyi-bunyian.
iv. Pergerakan badan adalah pengalaman yang paling efektif dalam aspek merasa dan
menzahirkan emosi terhadap sesuatu yang didengar. Mendengar pula adalah kunci
kepada pengalaman ini. Dengan mendengar, murid dapat memberi respon pergerakan
yang  tepat dengan penggunaan masa, ruang dan tenaga. Sesuatu perasaan kanak-
kanak kadang kala tidak dapat diucapkan dengan kata-kata tapi dapat diinterpretasikan
dengan pergerakan badan. Antara perkara-perkara yang boleh diinterpretasikan ialah
lagu yang berasaskan lirik serta konsep muzik seperti irama, tekanan, detik, sinkopasi,
perbezaan pic, kontur melodi, dinamik, tempo, bentuk yang terkandung dalam muzik
sedia ada.
v. Kreativiti diberi penekanan dalam program eurhythmics di mana keupayaan dan
kebolehan melakukan sesuatu yang berbeza di kalangan murid-murid dipertingkatkan.
Selain pelajar belajar untuk mengimprovisasi dalam bentuk pergerakan, ekspresi
kreatif juga boleh disalurkan melalui media yang berbeza seperti penggunaan suara,
alat perkusi, piano, alat tiup kayu, brass dan alat bertali.
vi. Murid-murid digalakkan untuk meneroka, menguji, mencuba dan mencari jalan baru
dalam menggunakan tubuh badan mereka untuk belajar. Penggunaan bahan bantu
belajar seperti bola, riben, keratan muzik yang pelbagai bentuk, genre, rentak dan
irama digalakkan jika ia menjadi satu rangsangan untuk melakukan pergerakan yang
lebih dinamik.
vii. Seorang pendidik muzik seharusnya berpengetahuan dan berkemahiran tentang
bidangnya. la juga harus bijak merancang dan menyampaikan isi pelajaran yang telah
dirancang menggunakan pelbagai teknik dan pendekatan yang kreatif dan segar bagi
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Mereka perlu
mempunyai kemahiran dan kreativiti yang tinggi terutamanya dalam penciptaan alat
dan bahan bantu mengajar serta cara penyampaian isi pelajaran menggunakan
pendekatan dan kaedah mengajar yang pelbagai dengan mengambil kira gaya
pembelajaran murid agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan dan
menyeronokkan.
viii. Sebelum memulakan suatu pengajaran dan pembelajaran, pendidik muzik haruslah
memikirkan langkah-langkah dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat
kematangan murid, kesediaan murid dari segi fizikal dan mental, bilangan semua
murid di dalam kelas, dan pengalaman sedia ada murid. Pemilihan bahan bantu
mengajar yang akan digunakan dalam pergerakan haruslah berfungsi, menarik,
mencukupi, berkesan dan boleh juga menggunakan sesuatu yang telah
diimprovisasikan.
ix. Pendidik muzik yang berkebolehan dalam melakukan pergerakan berirama sama ada
dalam bentuk demonstrasi atau melakukan sesuatu pergerakan bersama-sama murid-
muridnya adalah satu kelebihan. Penyertaan pendidik bersama pelajar dalam sesuatu
aktiviti akan menjadi satu motivasi dan rangsangan kepada murid.

mile Jaques-Dalcroze (1865-1950)

Lulusan  Konservatori Vienna dan Swiss. Mempunyai latar belakang muzik tradisional yang
kuat.Dilantik sebagai Professor harmoni di Konservatori Muzik Geneva ketika berusia 25
tahun. Ibunya, Pestalozzian seorang guru muzik.”Dalcroze Eurhythmic” adalah pendekatan
muzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam muzik.Konponen asas
Dalcroze ialah:

1. Euritmik
2. Solfege
3. Improvisasi

Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam pendidikan


muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melaljui proses
penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta
penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-
kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, university dan
orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan
jasmani dan seumpamanya.

Kaedah Dalcroze merupakan  suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-
keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenalpasti 9 keinginan kanak-
kanak:

 Untuk bergerak
 Berjaya dan diperkenalkan
 Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat
 Untuk bersaing
 Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik
 Untuk mengembara
 Memperoleh kepuasan kreativiti
 Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama
 Untuk mengetahui

Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam teorinya


iaitu “Theory of multiple interlligences”. Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7
“theory of multiple interllegences” dalan teori Gardner. Oleh itu muzik dengan gerakan
adalah elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga prosos
asas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.

Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana tidak
menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak berupaya mendengar
harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk membolehkan
pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik.Berbagai usaha dan cara
dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi memahami muzik adalah
teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.

Euritmik (eurhythmic)

Ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa
muzik.Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik ialah
emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan
manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi  bahan-bahan penting yang boleh meningkatkan
perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik
dan perasaan.Idea muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar
kepada sumber muzik.

Euritmik memerlukan keupayaan mempamirkan interpretasi individu yang melibatkan


imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak
isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vocal seperti nyanyian atau muzik instrumental
(muzik tanpa nyanyian).

Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh.Ia melibatkan penyatuan


minda anggota badan serta emosi secara total dimana individu perlu:

 Mendengar
 Merasai
 Berimaginasi
 Mengintrepetasi bunyi
 Bertindak/respon/bergerak
 Membayangkan maksudnya secara luaran

Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep/unsur muzik
seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan seumpamanya.
Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan satu bentuk
kreografi.

Solfa (solfage)

Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran


pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality). Pendengaran dalaman (inner-hearing) dapat
mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan
sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yang
tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang.

Improvisasi (improvision)

Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak
isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemen
yang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan
yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan
orang dewasa tanpa memerlukan latihan.

Pergerakan :
1. Setempat – tepuk, hayunan, berpusing, conducting (memimpin), membongkok
bergoyang, bercakap, menyanyi dan seterusnya.
2. Pergerakan di ruang udara – berlari, berjalan, menjengket, mengelunsur, melompat
bergelop, merangkak dan seterusnya.

Dalcroze mengutamakan kemahiran yang perlu ada:

 Penumpuan (attention)
 Konsentrasi, mengingati
 Menghasilkan semula (reproduce)
 Menukar (change)
 Automate

Kemahiran di atas diajar melalui pergerakan fizikal yang melibatkan:

 Aural (pendengaran)
 Tectile/kinestathetic (tangan/suara)
 Visual (penglihatan)
 Kreativiti (pemikiran)

4 Langkah pusingan pergerakan dalam teori Dalcroze:

1.Preparation

Bernafas dengan menghayun tangan serta bahu  dijauhkan dari dada dalam tempo, detik
sepanjang proses menarik nafas.

2.Attack

Menghembus nafas (strike kedua belah tangan)

3.Prolongation

Mendepakan tangan dengan lebar merasakan detik yang panjang.

4.Kembali kepada preparation

Angkat tangan ke atas, depakan dan bernafas semula

Kaedah Dalcroze sejajar dengan teori pengajaran dan pembelajaran Jerome Bruner (1964)
yang menyatakan kanak-kanak belajar melalui 3 cara/mod pengajaran:

 Mod Enaktif – melalui perlakuan dan pengalaman di persekitarannya.


 Mod Ikonik – melalui penggunaan symbol grafik gambar/lukisan
 Mod Simbolik- melalui abjad, nombor termasuk notasi muzik