Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN KOMPANG

Kompang adalah sejenis alat muzik tradisional dari keluarga membranofon. Ia menyerupai
sebuah kuali dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh (badan) dan belulang.
Baluh bingkai kompang diperbuat daripada kayu pokok nangka. Manakala belulang pula
adalah daripada kulit kambing.
Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis. Antara jenis-jenis kompang ialah:
a. Kompang Hadrah ( Negeri Perak )
b. Kompang Johor / Jawa
c. Kompang Eizhar ( Negeri Selangor )
d. Kompang Kelalang ( Negeri Melaka )

Kompang boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz
kompang yang mengikut peringkat umur pemain adalah seperti berikut:

Saiz (cm) Umur (tahun)


30 cm 12 tahun dan ke bawah
32.5 cm 13 dan 14
35 cm 15 dan 16
37.5 cm dan 40 cm Orang dewasa
SEJARAH KOMPANG

Kompang dipercayai berasal dari Timur Tengah berdasarkan beberapa pendapat iaitu ;

Pendapat pertama:
Bentuknya sama dengan hadrah yang menyerupai kompang yang terdapat di negara Arab.
Pendapat kedua :
Lirik lagu yang dimainkan selalunya dalam bahasa Arab , contohnya Selawat Memuji
Rasulullah SAW.

Permainan kompang dibawa oleh pedagang Arab yang datang berdagang ke Nusantara. Ia
digunakan untuk menarik perhatian pembeli terhadap perniagaan mereka. Dipercayai
permainan ini menjadi ikutan masyarakat tempatan dan seterusnya berkembang sehingga
kini.
Manakala permainan kompang berkembang ke Tanah Melayu akibat imigrasi masyarakat
Jawa. (Abdul Latif Ali,1980:12)

PEMBUATAN KOMPANG

FUNGSI KOMPANG

Persembahan kompang ini mempunyai pelbagai fungsi dan peranan. Pada asasnya, ia
bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara. Sungguhpun demikian, fungsi permainan
ini turut mengalami perkembangan mengikut masa. Antara fungsi permainan kompang
ialah;

1. Mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid,
marhaban)

2. Mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi yang
melibatkan pembesar

3. Menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak
lempong, cak lempong pacik dan gamelan.

4. Untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak
bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan.

5. Pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi

6. Permainan kompang biasanya dapat dilihat dan dimainkan oleh persatuan atau kumpulan
dalam sesebuah kampung, sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi, yayasan kesenian
negeri, serta institusi-institusi kerajaan bagi mengekalkan keaslian permainan muzik
tradisional Melayu.

Persembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk
memulakan dan menamatkan sesuatu permainan dengan arahan atau lakuan tertentu.

TEKNIK PERMAINAN

Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya.
Kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri. Pada asasnya, kompang
menghasilkan dua bunyi iaitu ‘pak’ dan bunyi ‘bung’. Pukulan ‘pak’ mestilah lebih berat
daripada bunyi ‘bung’.

Bunyi ‘pak’ dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil
jari tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk
menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang
lain semasa memukul.

Bunyi ‘bung’ dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada
permukaan dipukul dengan jari. Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa
membuat pukulan. Sila rujuk posisi dan cara memegang kompang.
OSISI PEMAIN KOMPANGPermainan ini dipersembahkan secara beramai-ramai atau ensembe
l. Biasanya dimainkan oleh kira-kira 10 hingga 20 orang. Posisi pemain semasa perse
mbahan kompang adalah sama ada secara duduk atau be
jalan sambil berarak.

Rajah 1.7 : Susunan pemain kompangSumber : Tan,Sooi Beng(1997)

Terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni. Tiga
kumpulan paluan tersebut dipanggil Melalu, Meningkah dan Menyilang. Fungsi paluan ini
adalah seperti berikut;

• Kumpulan Melalu memainkan rentak asas.

• Kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu.

• Kumpulan Meningkah menjadi penghias rentak yang dimainkan paluan antara kumpulan
Melalu dan Menyilang.

Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu;

• Pukulan ‘Mula’ untuk memainkan sesebuah lagu

• Pukulan lagu dan

• Pukulan ‘Mati’ untuk mengakhiri sesebuah lagu.

PENJAGAAN KOMPANG

Kompang dalam simpanan seharusnya dikendurkan permukaannya. Sebelum memulakan


permainan kompang, permukaannya perlu ditegangkan dengan sedak. Kompang yang
basah seharusnya dijemur sehingga kering supaya tahan lebih lama.

Semasa dalam simpanan juga, kompang perlu diletakkan dengan berkeadaan muka
kompang bertindan dengan permukaan lain dan disusun di rak atau almari yang sesuai. Ini
untuk mengelakkan kerosakan muka kompang apabila ditindani oleh baluh kompang.

PENALAAN KOMPANG

Penalaan kompang bertujuan untuk meninggikan ton bunyi kompang dan menegangkan
permukaannya dengan menggunakan sedak. Sedak boleh dibuat daripada rotan atau wayar
plastik. Sedak ditolak dengan kayu sedak di sekeliling bahagian dalam, di antara baluh dan
belulang kompang.

Anda mungkin juga menyukai