Anda di halaman 1dari 11

Asal usul Peribahasa

Siapakah pencipta peribahasa yang kita gunakan pada hari ini sering menjadi
tanda Tanya. Siapa penciptanya dan bilakah masa ia dicipta. Peribahasa haruslah
dijunjung sebagai hasil kesusasteraan rakyat yang tidak mementingkan nama penulis
atau penciptanya melainkan diterima sebagai hasil kolektif masyarakat tersebut.

Ungkapan peribahasa terkandung keunggulan pemikiran yang terhasil daripada pengalaman


hidup dan ketajaman pemerhatian masyarakat terhadap alam sekitar mereka. Terdapat beberapa sebab
atau bagaimana terciptanya peribahasa iaitu:

Sebab Terciptanya Peribahasa

1. Perbandingan sesuatu peristiwa dengan cerita yang masyhur

2. Hasil kiasan tentang benda-benda dan peristiwa-peristiwa biasa yang berlaku


dalam kehidupan mereka sehari-hari.

3. Terdapat peribahasa yang lahir hasil kepercayaan masyarakat.

4. Berasal daripada bahasa kiasan yang digunakan pada suatu tempat atau masa
tertentu dan kemudian terkenal kepada umum

5. Peribahasa juga berasal daripada cerita-cerita yang masyhur kejadian-kejadian


yang luar biasa yang dijadikan perbandingan.

6. Peribahasa timbul hasil pemerhatian orang dahulu terhadap benda-benda yang


ada dalam kehidupan mereka.

7. Peribahasa timbul akibat kepercayaan terhadap sesuatu kuasa yang luar biasa
atau dari pertuturan-pertuturan biasa dalam kehidupan seharian.

Peribahasa Dari Bahasa Kiasan


Penciptaan bahasa memerlukan ketajaman pengamatan dan kekayaan
pengalaman dan pergaulan. Hasil kebijaksanaan dan kepantasan berfikir penciptanya
lahirlah peribahasa berdasarkan kiasan terhadap ragam hidup masyarakat
sekelilingnya.

Contohnya:

Peribahasa Maksud

Berat tulang Malas melakukan pekerjaan

Berat hati Kurang senang

Mulut murai Banyak bercakap dan becok

Menanti kucing bertanduk Menunggu sesuatu yang mustahil berlaku

Berdasarkan contoh yang diberikan, jelaslah bahawa unsure kiasan yangmelahirkan


peribahasa menggambarkan kebijaksanaan masyarakat dan hubungan rapatnya
dengan alam keliling.

Peribahasa Daripada Cerita Yang Masyhur

Bermula daripada cerita-cerita lisan yang berkembang dalam masyarakat


tradisional, lahir pula peribahasa yang merujuk kepada cerita atau peristiwa daripada
cerita tersebut. Antara cerita-cerita yang masyhur adalah seperti berikut:

1. Mat Jenin

 Angan-angan Mat Jenin

2. Abu Nawas

 Abu Nawas (cerdik/pandai)

3. Pak Pandir
 Pak Pandir (bodoh/lurus)

Peribahasa Hasil Kepercayaan Masyarakat

Masyarakat melayu zaman dahulu merupakan masyarakat yang tertutup


daripada pengaruh luar dan mereka dapat mencipta dan menghasilkan peribahasa dan
hasil-hasil sastera Melayu. Mereka juga menggunakan dan mengamalkan kepercayaan
yang tertentu. Hasil kepercayaan dan pengalaman hidup seharian mereka inilah yang
kemudiannya diturunkan kepada generasi berikutnya dalam bentuk cerita dan
ungkapan-ungkapan peribahasa yang indah.

Kebanyakan masyarakat berpegang kepada adat bahawa apabila memberikan


sesuatu kepada seseorang, tidak boleh diambil balik:

 Buruk siku

Apabila berlakunya gerhana bulan, mereka percaya bahawa bulan sedang sakit
kerana cahayanya yang gelap lalu dikatakan:

 Bulan sakit

Melakukan pekerjaan dengan beransur-ansur dan berhati-hati:

 Biar lambat asal selamat

 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Peribahasa Hasil Pemerhatian Terhadap Benda Atau Persekitaran

Pekerjaan masyarakat sangat rapat dengan alam sekeliling. Hasil pemerhatian


mereka terhadap alam sekeliling dapat mempengaruhi mereka menggunakan
ungkapan-ungkapan yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Contohnya:

 Kaki ayam (orang yang tidak memakai kasut)

 Ikut rssmi padi, makin berisi makin tunduk. Jangan ikut rasmi jagung, makin berisi
makin jegang. (member nasihat tentang sikap baik dan buruk melalui hasil
pertanian mereka)
 Bagai aur dengan tebing (hubungan yang erat antara keluarga atau masyarakat)

Fungsi Peribahasa

Terdapat beberapa fungsi peribahasa dalam kehidupan seharian manusia iaitu:

1. Peribahasa sebagai pemberi pengajaran

 Peribahasa mengingatkan individu tentang pelbagai kemungkinan yang


akan datang, membuat pilihan dan bertindak, seperti berhutang, boros,
meminjam dan member pinjam.

2. Peribahasa menggambarkan kepelbagaian hidup manusia

 “bersalai tak berapi”.

3. Peribahasa teguran

 Bertujuan menegur atau melarang daripada membuat sesuatu.


Contohnya, “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”.

Jenis-jenis Peribahasa

Terdapat beberapa jenis peribahasa di dalam bahasa Melayu. Antaranya ialah:

1. Perumpamaan

2. Pepatah

3. Bidalan

4. Kiasan

5. Kata-kata hikmat

6. Simpulan bahasa

7. Perbilangan

Perumpamaan
Perumpamaan merujuk kepada peribahasa yang menggunakan perkataan
berupa perbandingan untuk membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Berikut
adalah contoh perkataan perumpamaan:

1. Umpama

 Umpama cincin dengan permata

2. Bagai

 Bagai bulan dipagar bintang

3. Ibarat

 Ibarat bunga sedap dipakai layu dibuang

4. Laksana

 Laksana katak diharung ular

5. Seperti

 Seperti pungguk rindukan bulan

Pepatah

Pepatah ialah ungkapan-ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam.


Makna setiap ungkapan itu tidak berubah-ubah dan pepatah berfungsi sebagai
pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam. Berikut
adalah sebahagian contoh pepatah:

1. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

 Sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang zaman.

2. Zaman beralih, musim berubah

 Segala sesuatu, baik perasaan, peraturan, rekaan atau ilmu pengetahuan


akan berubah mengikut perkembangan masa.
3. Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan patah.

 Apabila melaksanakan sesuatu perbuatan hendaklah dibuat dengan


bijaksana supaya tidak ada pihak yang rugi.

Bidalan

Bidalan hamper sama dengan peribahasa yang lain kerana susunan kata-kata
pendek tersebut telah melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama dahulu.
Bidalan dapat ditafsirkan sebagai perbandingan teladan dan pengajaran. Berikut adalah
contoh bidalan:

1. Jika pandai menggunting, pandailah menjahitnya.

 Kerja yang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan.

2. Jangan bijak terpijak, biar bodoh bersuluh.

 Jangan berasa diri bijak tetapi dihina orang, biar bodoh asal suka
bertanya, pasti akan Berjaya.

3. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

 Berfikir dengan teliti sebelum mengambil tindakan.

4. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

 Sebaik-baik sedar akan sesuatu kesilapan, segera insaf dan


membetulkannya.

Kiasan

Merupakan bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya


kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebut
bandingan. Kiasan dapat dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:

1. Kiasan asal

 Kiasan yang menggunakan benda lain sebagai perbandingan.


 Perkataan kiasan yang selalu digunakan ialah bagai, bak, ibarat, laksana,
macam, seperti dan umpama.

 Contoh kiasan asal adalah seperti:

 Putih seperti kapas

 Hancur bagai kaca jatuh ke batu

 Merah macam biji saga

2. Kiasan berpindah

 Kiasan jenis ini tidak menggunakan kata-kata perbandingan dan kata yang
hendak dibandingkan it uterus dicantumkan dengan benda yang dibuat
perbandingan.

 Kiasan berpindah terbahagi kepada tujuh jenis. Perhatikan jadual di bawah:

Kiasan Maksud Contoh kiasan

Kiasan Sandar Kiasan yang dikaitkan  Tidur ayam


dengan benda lain
 Diam ubi
keranan keupayaan sifat
atau perbuatan benda  Senyum kambing
tersebut mempunyai
 Mandi kerbau
persamaan dengan
perkara yang hendak  Pekak badak
dikiaskan.

Kiasan Terus Kiasan yang mnyatakan  Pisau cukur


sesuatu perkara secara
 Serkap jarang
terus dengan benda lain
yang mempunyai makna  Puteri lilin
berbeza daripada makna  Kutu embun
kata itu sendiri.

Kiasan Menunjukkan  Tak tumbuh tak melata, tak


Berangkap perbandingan secara sungguh orang tak kata
berirama atau
 Banyak udang banyak garam,
mempunyai pertentangan
banyak orang banyak ragam
bunyi.

Kiasan Berbunga Kiasan yang  Mengetuk pintu hatiku


menggunakan kata-kata
 Merah menyala-nyala
yang berbunga.
 Angin lembut

Kiasan Pemanis Kiasan untuk melindungi  Berbadan dua


atau Gayang seseorang daripada
 Nafkah batin
memperkatakan sesuatu
yang tidak manis jika  Buang air besar
disebut secara terus
 Orang rumah
terang.
 Datang bulan

 Meninggal dunia

Kiasan Melompat Kiasan yang melagkah  Tangan baju


satu tingkat atau lebih
 Menjahit baju
daripada perkara yang
sebenar.  Mencucuk atap
 Minum kopi

Kiasan Melarat Kiasan daripada kata  Mengambil berat


yang menyimpang jauh.
 Ringan kepala

 Badan berisi

 Kaki botol

3. Kiasan Permanusiaan

 Kiasan yang memberikan sifat-sifat atau perlakuan yang lazimnya hanya


dimiliki atau dilakukan oelh manusia terhadap objek yang tidak bernyawa.

 Contohnya:

 Angin membelai-belai rambutnya

 Matahari bersinar garang

 Kesedihan melingkari perasaanku

4. Kiasan Berkacau

 Kiasan yang dapat menimbulkan kekeliruan kerana mengandungi fakta-


fakta yang bertentangan antara satu sama lain.

 Contohnya:

 Nafsunya merentak-rentak seperti kuda hendak masuk belayar


di dalam lautan cinta berahi.

Kata-Kata Hikmat

Merupakan kata-kata yang digunakan oleh orang yang bijaksana yang berfungsi
sebagai panduan hidup. Contoh kata-kata hikmat adalah seperti berikut:
 Bersatu teguh bercerai roboh

 Hidup bahasa hiduplah bangsa

 Bertangguh itu pencuri masa

 Jagna dipandang orang yang berkata, pandang apa yang dikata

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga
perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali dengan makna asal
perkataan tersebut. Contohnya:

 Buka mulut

 Hari jadi

 Isteri muda

 Makan masa

 Orang asing

 Langkah kanan

 Ayam tambatan

 Mulut tempayan

Perbilangan

Perbilangan bermaksud ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga khususnya


masyarakat yang mengamalkan adat pepatih. Perbilangan dalam adat pepatih disebut
sebagai perbilangan kerana cara menyebutkan puisi-puisi itu seolah-olah seperti
membilang. Contohnnya:

 Ke bukit sama didaki

Ke lurah sama dituruni


Ke laut sama direnangkan

 Yang berat sama dipikul

Yang ringan sama dijinjing

Hati gajah sama dilapah

Hati kuman sama dicecah.

Anda mungkin juga menyukai