Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran Berkomunikasi 

Pengenalan
Komunikasi itu penting bagi anda menyatakan perasaan dan pendapat.

Komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.

Apakah komunikasi yang berkesan?


Komunikasi yang baik merangkumi:

• Penerangan yang jelas


• Menunggu giliran untuk bercakap
• Tidak ada yang baik dan buruk
• Membantah dengan tenang
• Berkomunikasi dengan sopan di mana ianya pendek
dan jelas
• Bertentang mata

• Duduk tegak
• Berkomunikasi dengan nada biasa
• Bercakap bila perlu
• Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah
• Meminta pertolongan dengan baik
• Menggunakan empati tetapi bahasa yang dihormati

Apakah komunikasi yang tidak berkesan?


Komunikasi yang tidak berkesan adalah:

• Mencaci
• Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap
• Bercakap tanpa henti atau terlalu diam
• Mengalih pandangan ke tempat lain semasa bercakap
• Bercakap sambil lewa
• Menjerit
• Mencaci dan menggunakan bahasa yang kasar
• Melepaskan geram

Apakah prinsip-prinsip komunikasi yang berkesan?


• Mengekalkan pandangan mata (eye contact) dan ekspresi muka yang bersesuaian
• Mendengar dengan minat
• Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain
• Membuat refleksi apa yang anda faham daripadanya
• Secara jujur luahkan bagaimana perasaan anda sama ada baik atau buruk tanpa
menyakiti hati pendengar

Bagaimanakah keberkesanan mendengar?


• Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka
• Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh
minat. Beri sepenuh perhatian
• Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti
"oh" atau "Umm-hmm"
• Ulangi apa yang telah diperkatakan dan tunjukkan yang anda faham apa yang
diperkatakan

Kenapakah kemahiran berkomunikasi ini perlu?


• Orang akan mendapati diri anda lebih menarik
• Anda akan mendapat ramai kawan
• Anda akan lebih difahami
• Anda akan lebih baik di sekolah
Apa akan terjadi jika komunikasi tidak berkesan?
• Anda akan selalu salah faham dan bertengkar
• Anda susah difahami oleh orang lain
• Segala kemahuan tidak dapat dicapai
• Anda tidak disukai

Kepada siapa anda perlu meminta bantuan bagi


meningkatkan kemahiran berkomunikasi anda?
• Guru anda
• Kaunselor
• Pegawai Komunikasi
• Pakar Psikologi

Tip bagi komunikasi berkesannya


• Bagaimana anda berkomunikasi dengan orang lain?
• Jawab soalan - soalan di bawah dan jumlah skor yang anda peroleh

Bagi setiap kenyataan bulatkan 1, 2, atau 3 bergantung kepada keberkesanan anda


berkomunikasi dengan seseorang.

Adakah anda pengucap yang efektif? Tidak/jarang Kadang- Kebiasaan


- jarang kadang
Bertentang mata semasa berkomunikasi? 1 2 3
Menunjukkan minat mendengar apa yang 1 2 3
diperkatakan dengan menganggukkan
kepala.
Tidak mengganggu semasa atau selepas 1 2 3
rakan anda bercakap
Adakah anda menyoal soalan yang menarik 1 2 3
Adakah anda pengucap yang efektif? Tidak/jarang Kadang- Kebiasaan
- jarang kadang
menunjukkan anda berminat dengan apa
yang diperkatakan?
Suara anda jelas, mudah didengari dan 1 2 3
difahami oleh semua.
Adakah anda memberi perhatian kepada 1 2 3
yang tidak bersuara?
Adakah anda pasti percakapan anda 1 2 3
melibatkan dua hala atau hanya anda yang
bercakap dan mendengar?
Adakah anda menghargai orang lain? 1 2 3
Anda cuba mengelak daripada menunjukkan 1 2 3
tanda - tanda tidak menggemari percakapan
seperti menguap walaupun percakapan tidak
diminati.
Adakah anda mendapat kepastian terhadap 1 2 3
sesuatu yang tidak pasti seperti yang
diperkatakan?

Markah

• Jika anda mendapat 25 markah atau lebih, anda adalah penyampai yang terbaik
• Jika anda mendapat 16-24 markah, anda adalah penyampai yang berkesan
• Jika anda mendapat kurang 15 markah, anda perlu mendalami komunikasi anda

Semakan akhir: 14 Julai 2006