Anda di halaman 1dari 13

KELEMAHAN

MEMBANDINGKAN PENDAPATN
NEGARA ANTARA MASA
AHMAD KHAIRUL
MOHD HAZWAN
Perubahaan Tingkat Harga Umum
-tingkat haraga umum sesuatu tahun adalah
berbeza dengan tingkat harga umum yang lain.
-kenaikan tingkat pendapatan mungkin disebabkan
oleh kenaikan tingkat harga atau pertambahan
pengeluaran secara fizikal atau kedua-duanya.
-kenaikan tingkat harga umum mengurangkan
kuasa beli pengguna dan menaikan kos hudup
rakyat.Oleh itu , perbandingan pendapatan negara
harus dilakukan dengan mengasingkan unsur
perubahan tingkat harga
PERUBAHAN KUALITI BARANG
DAN PEKHIDMATAN
Perbandingan pendapatan negara antara
dua tahun perlu mengambil kira faktor
perubahan dalam kualiti barang dan
perkhidmatan yang dinikmati oleh rakyat.
Kenaikan tingkat harga umum yang
menurunkan taraf hidup rakyat mungkin
berpunca daripada peningkatan dalam
kualiti barang dan perkhidmatan yang
dihasilkan.Oleh itu,walaupun tingkat harga
umum telah naik,taraf hidup rakyat telah
meningkat jika rakyat dapat menikmati
kualiti barang dan perkhidmatan yang
lebih tinggi
Perbandingan pendapatan negara antara
dua tempoh masa adalah kurang tepat
kerana data pendapatan negara tidak
mencerminkan sebarang perubahan
dalam kuantiti barang dan perkhidmatan
yang dihasilkan
PERUBAHAN KOMPOSISI
KELUARAN NEGARA
Perubahan nilai pendapatan negara tidak
menunjukkan perubahan dalam komposisi
keluaran sesebuah negara.
Perkembangan teknologi dan inovasi
membolehkan lebih banyak jenis barang
dan perkhidmatan baru dihasilkan.Oleh
itu,taraf hidup masyarakat telah
meningkat kerana dapat menikmati
pelbagai jenis keluaran yang baru.
Namun demikian,jika kenaikan dalam
pendapatan negara berpunca daripada
tambahan keluaran yang tidak
memanfaatkan pengguna secara langsung
seperti kelengkapan senjata,maka taraf
hidup rakyat tidak banyak berubah.
PERUBAHAN DALAM SAIZ
PENDUDUK
Tambahan pendapatan negara tidak
semestinya diikuti oleh peningkatan
pendapatan per kapita sekiranya kadar
kenaikan penduduk adalah lebih tinggi
daripada kadar kenaikan pendapatan negara.
Tambahan pendapatan negara hanya akan
menaikkan taraf hidup rakyat jika saiz
penduduk bertambah dengan kadar yang
lebih perlahan.
Perubahan Masa Rehat
-data pendapatan negara tidak menunjukkan
perubahan dalam jumlah masa rehat pekerja.
-tambahan pendapatan negara mungkin
disebabkan oleh tambahan masa bekerja dan
pekerja terpaksa mengorbankan masa rehat
yang lebih banyak.
-oleh itu, taraf hidup rakyat tidak meningkat
jika rakyat menikmati masa rehat yang
semakin berkurang.
- sebaliknya , jika tingkat pendapatan negara
telah menurun disebabkan oleh tambahan
masa rehat taraf hidup tidak semestinya
merosot
Perubahan eksternaliti negatif
-perubahan tingkat pendapatan negara tidak
menggambarkan kesan eksternaliti negatif
seperti masalah pencemaran alam sekitar yang
dihadapi oleh rakyat.
-sekiranya peningkatan negara diikuti oleh
kesan eksternaliti negatif yang bertambah serius
dan rakyat perlu menanggung kos sosial yang
lebih tinggi akibat daripada aktiviti pengeluaran ,
maka taraf hidup rakyat sesebuah negara tidak
meningkat malahan tetap turun dan sebaliknya
rakyat menikmati taraf hidup yang lebih tinggi
jika rakyat tidak perlu menanggung kos sosial
yang tinggi walaupun tingkat pendapatan negara
tidak banyak berubah.

Anda mungkin juga menyukai